Friday, 4 May 2012

Zalora is My New Girlfriend!

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Apa tengok-tengok? Tak puas hati? Ya! You ingat you seorang je ada awek baru. I pun ada! Kepada belum ada awek lagi I ada satu soalan untuk you allz. Kau ada?! Hahahaha... Okeylah, I gurau je. Haihh? Gurau pun dah tak boleh sekarang ni kan... nyampah tau! =_= 

I nak cerita ni. I ada habit baru sejak tahun lepas. Seriously, as a marketing student I must have this experience of shopping via internet. Online shopping in other words. Well, I love shopping so there's no problem with that. But! There's a "but" y'allz. It's hard for me to believe or trust this kind of method. Well, you know... we see the object but we cannot touch it. We pay them but at the same time we couldn't see them. Who the hell are they, right? Semuanya di alam maya! Pucuk pangkalnya... you allz kena tahu sendiri mana satu online business yang you allz boleh percaya. I call those people who run this online marketing or business as -commerce people. These people sometimes do such fraud or scam. They take your money then  they vanish. 

Tapi tahun lepas I mula berani try beli secara online ni sebab I dah teringin sangat nak cuba dan apa yang I nampak kat mall tak dapat puaskan hati I. Plus, lagi murah beli secara online. Tahukan? Kay Korean Men's Wear Collection inilah penyebabnya. Hahaha! It's okay... buat masa ni I sangat berpuas hati. Alhamdulillah barang kedua yang I beli dengan Kay baru je sampai kat JB hari Isnin lepas. Geram sebab sampainya satu hari je selepas I balik ke Melaka semula. Tak sabo nak pulang ke JB. Hehe~

Tengok! Sibuk cerita pasal benda lain lak. Kasihan awek I si Zalora tu. Okey! Si Zalora ni I start jumpa dia masa kat dalam YouTube. Selalu je muncul masa I tonton video tahu. Jadi sampai hari Selasa lepas I jadi curious nak tahu. Siapa dia ni? Apakah? Dia ada kat mana sekarang? Apa yang dia ada? Tettttt!!!!! You allz fokus tak sekarang ni? I ce citer pasal online shopping centre okey. Bukan pasal awek lagi. Haha! I sengaja jelah jalan-jalan dalam tu tengok-tengok kasut dulu. Mesti kasut dulu! Tak tahu kenapa. Sekali I terjumpa satu barang yang I dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat berangan nak beli tapi tak pernah kesampaian hajat I. Apa dia? I tak nak beritahu. =P Bff I patutnya tahulah sebab I ke KL dari tahun lepas sampai ke tahun antaranya sebab cari benda tulah. Sementara tu I nak bagi you allz tahu sikit macamana nak shopping dengan Zalora ni. 


Step 1: You allz kenalah masuk laman web Zalora dulu! Kalau you allz serious nak shopping, apa kata you allz tekan "Log in". Nanti adalah caranya untuk you allz sign up. Mudah sangat! Ataupun pilih jantina 'Woman' atau 'Man' tu. *Sorry 'SheMale' tak ada.* Lalala~ Masukkan email address dan klik "Sign up"


Step 2: Kalau you allz dah berkenan dengan barang tu. Bila you allz tekan je "Add to wishlist", barang yang you allz berkenan tadi tu terus masuk dalam 'Cart' a.k.a. bakul/troli. Faham? Belum pasti lagi you allz beli so you allz tak payahlah risau nak kena bayo ke apa. (:


Step 3: Bila you allz dah pasti nak beli baru klik "Buy Now", maka nanti akan keluarlah page yang meminta info peribadi you allz macam nama penuh dan alamat segala. Yelah, kenalah jawab habis girlfriend I nak hanto ke mana lak? *sengal lah you allz ni!* Lepas tu pilihlah, samada you allz nak bayo guna kad kredit, kad debit, CDM ataupun by hand. Faham? I tak sure ada kot cara pay pal tu. 


Step 4: Nanti bila you allz dah isikan semua maklumat yang Zalora suruh, maka akan masuklah benda kat atas ni dalam email you allz. Just untuk confirm dan pada masa yang sama, akan ada keluarlah benda yang seperti gambo diatas step 3. Itu untuk suruh you allz bayo amaun yang you allz dah order siap dengan confirmation number

Macamana? Mudah ke tidokkk?? Hahaha! I bet ramai yang dah tahu dan lagi bijak daripada I. I cuma sengaja je nak ajo you allz cara budak-budak tadika shopping barang. Kalau dengan Kay, lain caranya since dia kat dalam Facebook. Ini ala-ala macam you allz shopping kat Amazon.com ataupun eBay ataupun Mudah.my. As simple as that! InsyaAllah sampai esok. Okeylah, I dah ngantuk. Tata you allz! ~XOXO~

p/s: Tak sabonyaaaaaaaaaaaaaaaa! ;D

Tuesday, 1 May 2012

Happy Labour Day!

Assalamualaikum & heyy y'allz!

I nak ambil kesempatan ini...
untuk ucapkan,
HAPPY LABOUR DAY!!!
a.k.a.
Selamat Hari Buruh!
Hehehe~
Bukan hari bekerja okey sebab...
sepatutnya semua orang yang bekerja tak sepatunya bekerja hari ni.
*apa ayat I ni?*
I think it's not too late lah.
Ucapan ni ditujukan khas kepada...
ibu dan ayah...
yang gigih bekerja mencari rezeki halal *insyaAllah*...
untuk we allz anak-beranak.
Lepas tu,
kepada bff I...
Rya & Sakinah.
Masing-masing kerja dan praktikal.
Serta kawan-kawan I yang lain...
yang sedang buat latihan industri katanya...
termasuklah si Azem semua.
Hihihi~
Selamat bercuti you allz!
Hari ni je okey.
Tak payah nak sambung sampai Ahad lak. 
*melampaulah tewww*

Sunday, 29 April 2012

Baju Raya

As salam & heyy y'allz!

Hawau u? Haha! Macam gedik je taip macam tu. *dalam sms je I taip macam tu* Apa kabo? I mula taip entry ni seminggu sebelum I dengan famili pergi Batu Pahat untuk shopping kain baju raya. *bermula 19hb* Sebab I tak mahu lupa cerita pasal benda ni. Ini boleh dikatakan 'ritual' setiap tahun. Samada I ikut ke tidak tetap akan diteruskan. Kenapa mesti kat Batu Pahat? I dunnow... since I can't remember... we allz dah selesa dan biasa shopping kain Batu Pahat instead of pergi ke Tangkak which is known as 'syurga kain'. I dunnow, I pernah belajo kat situ. *masa KMJ dulu* I tak rasa pun banyak kain yang cantik. *just saying* Ataupun! Mungkin juga sebab kampung ibu I kat Parit Besar, Batu Pahat. Hmm... maybe...

So apa yang dah jadi last week?? Tengoklah sendiri...

Ini masa baru je sampai.
All I can say is,
that promoter memang ada chemistry dengan we allz.
Especially, my sis! lol~


Mahu tak rambang mata kan?
Kalau I jadi orang perempuan pun I boleh excited gila macam ni.
Ahakz!




Orang perempuan ek bila cari kain...
I boleh tahan lagi tengok harga ni.


I tak tahu masa ni ada sale.
No wonder lah my mom nak datang sini hari tu.


Ya! SEMPAT! 
Hahahaha


Pengsan tengok harga.
Ini dah sampai bahagian kain mahal-mahal.
Kenapa harga macam tu?
Sebab tu semua kain ala-ala batik sutera macam tu.
Plus! They are all limited edition & exclusive y'allz.

Nampak tak ada kotak merah kecil tu?
Itulah nama kedai kain yang I biasa beli kain untuk baju raya.
Sorry lupa bawa kamera masa beli. 
*bagus supaya orang tak tahu kain apa. Lol!*

Ini gambo berangkai.
"Eh! Cantiklah..."

Kejap... kejap!
"Let me think."
*monolog dalaman*

"Ah! Tak naklah."
Hahaha... adik I memang gedik!

Nama pun bahagian kain-kain eksklusif kan?
Kondusif je siap ada sofa.
Makin lamalah jawabnya kat sini.
*boring*



Tak silap I, ini kain batik 1 Malaysia rasanya. (:

Ini kain yang RM400++ tu.
Cantik memang cantik tapi...

Ini antara kain batik 1 Malaysia tu.
RM100 je sepasang. *je*




Agak-agaknya... 
apalah warna tema baju raya famili I tahun ni ek?
Boleh teka tak?
Siapa boleh teka I bagi cekidis. ;P 
*olok-olok je*

Kata promoter India yang layan we allz tu, Rashid Sibir, Pengarah Drama terkenal Malaysia tu pun shopping kain kat sini. Bukan dia exactly lah tapi mestilah orang-orang tersayang dia kan? Kira hebatlah juga tempat ni. Selebriti pun datang okey! Dah tu datang dari Seremban lak tu.

Lebih kurang 2 jam lah we allz spent time kat Euromoda Batu Pahat ni. Selain ke sini we allz biasa singgah yang kat belakang stesen bas kat bando Batu Pahat tu. Apa? Mahal? Jangan risau... setiap harga tu adalah untuk sepasang punya. Bukan semeter okey. Kalau semeter non mamfooo lah you allz. Ahakz! Tapi itulah yang I cakap... lupa nak bawa kamera sekali masa masuk kedai kat sana. Yang penting you allz tak tahu I punya kain yang mana. Haha! Ya, I suka berahsia lebih-lebih pasal baju raya. Baru feeling bila raya! *eleh, puasa pun belum lagi* Ini pun untunglah... mula-mula lappy I tak dapat nak trace file memory card kamera sebab lappy tu baru je lepas format baru. Jadi, segala binatang virus dah tak ada. Memori kad kamera pula yang affected. Tu yang I frust tak dapat post entry ni awal. Thank God lah balik Melaka tanya si Rafiq. Dapat pun scan semua. Alhamdulillah hasilnya dapatlah letak gambo. Hehehe~

I bukan nak berbangga ke apa tapi sangat bersyukur sebenonya sebab dalam famili I, I lah orang yang paling diperlukan dan dihargai pendapatnya bila datang bab shopping pakaian termasuklah kain untuk tempah baju raya. Biasalah famili I ikut tema you allz. So, semua nak kena synchronize! Bermula daripada pemilihan warna kain, tona kain, texture kain semuanya akan ikut dan ambil kira pendapat I. Walaupun bukan I yang keluokan duit. InsyaAllah one day maybe I'll support everything. ^_^

Terima kasihlah kat parents I dan adik I sebab sentiasa buat I rasa diperlukan. I sangat suka bila I rasa diperlukan terutamanya bila they allz nak pilih baju raya, pakaian-pakaian biasa dan sebagainya. Even tudung pun I yang pilihkan selalunya. Senang kata I kena ikutlah setiap kali ada misi macam ni. LOL! Hellowwww! I ni still macam lelaki lain juga, bukan suka pergi kedai kain bagai ni tapi dah I minat fesyen dan sentiasa nak pastikan yang famili I paling standout, do it right dan tak jadi fashion victim masa hari raya, hari-hari biasa ataupun masa ada function2 tertentu. (:

p/s: Harap-harap tailor still terima tempahan lagi. 

Sunday, 22 April 2012

Happy EARTH Day!

As salam & heyy y'allz!


Source: zazzle.com


Okay, this is a very short and quick post. I would like to say, "Happy EARTH Day!", to all of you dear earth population! Ahakz~ Don't ask me why do Earth Day and Earth Hour are in two different days. Because I don't have the answer. Just shut up & celebrate it by appreciating our earth. Reuse your plastic bag instead of buying it especially on Saturday. Buy hybrid car if you're rich enough. ;P And no complaining why it is so hot nowadays 'coz it's all our fault. So, start taking care of earth's 'health' besides you take care of yours. Love our earth! ;D

Look! How beautiful is that, huh?
*SubhanAllah*

p/s: Chasing the bed!

New Background

As salam & heyy y'allz!

Inilah dia bila dah cuti. Assignment tak pula tu... kecuali kenalah juga baca sikit-sikit manual SMM *Strategic Marketing Management* tapi nantilah. I tadi stuck kat satu web ni *don't wanna name it* yang I biasa cari imej atau grafik yang berwarna-warni terutamanya imej yang ada warna kegemaran I. Pink! (=

Banyaklah yang I download dan biasanya antara banyak-banyak tu I akan gunakan sebagai background. Before this I guna yang ni as my background...


Tapi lepas tu I dah rasa jemu. Usah kata I tuko avatar untuk Twitter je tapi dengan background sekali I ubah. Lol! Dah tu tempiasnya kena kat Facebook sekali. Default picture pun kena tuko baru sebab I dah naik jemu. Boring! Selamat tak tuko kepada timeline sowuteva tu. Lecehlah sebab kena ada cover photo. It is ridiculous lah for me. Come on! It's freakin' Facebook not a blog. *sigh*

Sekarang blog I dah jadi macam ni!

Hehe... cantik tak?
Tak kisahlah cantik ke comel ke tidak ke...
I punya blog. ;P

Masih gunakan unsur colour blocking. Tak tahu apa tu colour blocking?? *seriously?* Okey, nanti I buat satu entry khas untuk terangkan tentang colour block trend yang sangat popular sejak-sejak ni. *insyaAllah* Rugilah you allz yang suka fesyen especially if you allz tak tahu-menahu tentang benda ni. Btw, background lama I tu sangat colour block tapi nampak feminin sikit at the same time dan high class. Ala-ala corak urban batik macam tu. Tapi background baru ni masih ada unsur yang sama cuma lebih kepada keanak-kanakan, cute dan muda. Memandangkan mood I sekarang macam tu. *Always like that actually!* Sebab itulah I pilih imej tu. Lagipun I memang sedang excited dengan warna-warna terang macam tu. Tak ada kena-mengena dengan trend baru tu okey sebab I memang dari dulu suka benda-benda yang colourful ni. Hihi... 

p/s: Setiap apa yang kita pilih mesti ada sebab dan jalan ceritanya...