Thursday, 28 April 2011

2 Papers Done!

Assalamualaikum & heyy y'allz!

"Ko leyk je bro, chill je!" Bak kata kawan2 I lah. Naik semak jugak kepala I dengar quote ni dalam beberapa minggu ni. Yelah, final exam dah start katanya. Maka, mulalah mood I tak tentu arah, sekejap nak marah, sekejap nak histeria, sekejap nervous lah, macam2 lah! Selagi final paper tak habis macam tulah gayanya. Tapi kawan2 I si Azem dan Norman tu balik2 akan ulang "Ko leyk je bro, chill!" Argghhh! Menyampah aku! Hahaha~ Padahal I pun dua kali lima je. Agak2 sesuai je masa nak perli balik memang I ulanglah sebut quote tu. We allz memang suka nak 'cerca' satu sama lain ni. Seronok! Time ngantuk2 belajo pun boleh sego semula. Kaaaann~

Alhamdulillah... masuk je hari ni I dah habis 2 paper. Semalam, I jawab 1st paper, Sales Management (MKT549). Okay... I memang tak taulah apa yang I dah buat dengan answer booklet kali ni. I agak seram bila ter'confuse' sama ada I jawab lebih daripada setengah booklet atau tak. Yelah, jawab soalan esei patutnya banyak pakai muka surat. Masa jawab ngantok dan mabok dia Tuhan je yang tau. Dah lah kampus keji buka pendingin hawa sejuk macam kat Atlanta. Dah pakai jaket tebal pun tak boleh cover. Lepas tu revision macam tak nak 'telan' masuk otak. Lagi pulak jawab ada yang tak lengkap (tapi semua soalan I letak jawapanlah). Lecturer pulak jenis tanda strict. Waktu2 macam ni memang mintak Allah bagi miracle jelah. InsyaAllah lulus! Tu yang penting sebab I tak sanggup nak repeat. Hopefully... *aamiiin

Tak ada lah sampai macam ni.
Thanx ILUVISLAM.COM

Tadi pagi... I kena jawab paper Hubungan Etnik lak. Kod dia? Oh... CTU553 okay! Bukan CTU533. Ooooppps! Ada orang terasa kah? Sorry... gurau sajow! =P Dua2 hari ni exam paper start pagi pukul 9am. Ya Allah... ya ampun! Mintak nyawa nak bangun you allz. Dua2 malam tu I belajo dengan Azem except malam tadi secara sms gitew. Kau mamfooo? Kaaannn... well, demi skor exam paper I sanggup buat apa2 je (last minute I mean). Haruslah belajo pun kena canggih. You allz ingat I deactivate Facebook I tak mampu nak guna teknologi lain? You are wrong. Alhamdulillah, paper CTU553 siang tadi jauh lebih baik daripada paper semalam tu. Allah Maya Pemurah! Apa yang I baca mengena dan I ingat serta mampu 'goreng' seperti karipap buatan ibu. Sedaaaaaappp gitew. Tak macam paper Sales Mgt, I 'goreng' tapi tak masak2. Rupa2nya api gas dah habis. Huahuahua~ *apalah aku merepek ni

Paling menaikkan semangat I adalah apabila carry marks I tinggi untuk CTU553. Tu pun macam biasa tengok lepas habis paper. I dah lamaaaaaaaaaaaa tak rasa antara yang paling tinggi dalam kelas sejak sem 2 dulu. Nak buat macamana, kita manusia kan. Ada jatuh dan naik. I rindu sangat zaman kegemilangan I waktu result peperiksaan semuanya baik dan tak menghampakan. Alhamdulillah lecturer I 'pandai' bagi markah. Adil dan saksama rasanya. No wonderlah I suka belajo dengan dia dan tak pernah ponteng kelas dia walaupun dia pernah 'sound' I masa buat group assignment dulu. Thanx Ustaz! That carry mark has made my day. Tapi carry mark untuk paper MKT549 tu memang I tak mau tengok. No, thanx~



p/s: 4 papers more to go. Next one will be on 3rd May. Chaiyyokkk Mikah!^^

4 comments:

F@!Z said...

haish nk wish kt fb ssh
so nyebok kt cni je ar

GUD LUCK N ALL DA BEST EXAM KALI NI!!

ko pki pointer ke? (blur suda)
haha klu pki la, moga2 dpt 4plat :D

Mikah Lurima said...

hehehe...

THANX FAIZ!!!!

muahx3 sama kau! haha

yup, pkai pointer. insyaAllah... amin~

kau pun! Good Luck 4 ur final exam... gambate!

azzaharul azem said...

haruslah men'cerca' aku??katernyerr CTU533???kewwjii uols..hahah..sentap 2 saat..da!tak sentap da..ahhaa..mwtifff..haruskah mabok segala??

Mikah Lurima said...

eyh...apa3?? x bsalah apa2 pun x ckap apa2 pun taw. hahaha

ko leyk je babe, ko chill je! x payah nak sentap2 dgn aq. gurauan semata2. lol~

haruslah, tdo konon2 nak bgn awal tp bgn kol 7 pun x puas lg. mabok r! haha