Tuesday, 12 April 2011

_ _ _ _ blog ke Goblog??! (Elak minum ais dan manis2)

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Apa kabo y'allz? I amat penat dan stress seperti biasa. Wuwuwu~ Hopefully korang sihat2 dan gebu2 ok. Haha~ Ok, tak nak lengah masa. I nak cerita perkara yang berkaitan dengan tajuk. I bukan cakap pasal minuman sebab Ezwan cakap pasal kopi ok. HAHA. Sejak dua menjak ni kan, I asyik terminum air yang maniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiissss je! Maksud terminum tu adalah... air2 yang I beli daripada luar macam kat warung2 tu semuanya manis2. Sampai I rasa 'fade up' nak beli air kat luo. Yelah, beli laicikang masyaAllah manis yang amat. Beli teh tarik pun sama. Mula2 ingatkan kedai belakang kolej ni je yang macam tu. Ni baru tadi lepas habiskan minum air teh tarik beli kat warung sebelahnya tu... pun manis! "Weyh brader.. kau anak tokeh gula ke lori gula accident terlanggar dapur kau buat air hah??!" Mabuk tau minum manis sangat ni. Dah tambah air panas pun tak hilang2 manis. Ni plastik air yang keluarkan gula ke hape?! Semalam pun, pergi ****blog (which is quite often last week)... I beli ABC ***g dia tau. Ni first time lah kiranya I beli perisa tu sebab biasanya I terus order chocolate flavour. Then, rasa dia ya ALLAH! Manis medu. Tau tak medu tu apa? Medu tu maksudnya terlalu manis sampai tersedak lebih daripada sekali. Kalau air kat warung tersedak sekali je, ABC tu tersedak berkali2. Tu kalau ayah I yang minum mau kena sumpah perempaun tukang buat tu! lol~



Fuhh! Memang feeling lah kalau dapat ni! HAHA~
Taubat lepas ni takkan order selain perisa chocolate, strawberry dan buah-buahan. Talk about ice-blended and iced drink, suddenly I remember about my 'pantang'. Yes, I ni banyak kena pantang y'allz! Bukan nak jaga kecantikanlahhh... kecantikan tu kan "hak milik setiap insan". Gitewwww! So, I pantang sebab nak jaga kesihatan. Cantik tu kira macam side effect yang baik jelah. Mampu?

I ni tak boleh sebenonyer minum munuman berais sebab macam2. Tapi oleh sebab I ni kepala batu macam air batu jugak, I tak ikut pesanan ayah dan tukang ubat tu. Almaklomlah y'allz... tak duduk depan ibu dan ayah. Makan pun main baham jelah! Belanja pun ikut sukaaaaaaaaa je. Last2, menangis duit habis.

Jadi, I nak bagi tau kenapa I amalkan petua tak minum minuman ais ni (kadang2 tak ikut jugak) sejak dari bangku sekolah. InsyaAllah... orang mengandung pun elok amalkan. (Serious!) Ni adalah sebab2 kenapa I pantang minum air batu/ais:

1. Ais boleh menyebabkan perut buncit.
  
Yup! Seperti korang semua dah sedia maklum ais jugak boleh menyebabkan perut kita kembung dan buncit. Korang ingat lawo sangat ke perut boroi tu?! Kepada yang memang 'sihat' janganlah ambil hati. Tapi ni teguran untuk orang2 yang kurus tapi perut 'mengandung'. Bukannya minum sambil makan je tau yang boleh buat perut buncit. Ais pun sama! Yelah, dah makan makanan berlemak atau berminyak lawan pulak dengan ais tak ke beku lemak2 tu dalam perut. Ishk! Orang mengandung janganlah terasa  jugak eyh sebab anda2 semua terkecuali. Haruslah perut 'kembung' 9 bulan keannnn... lalala~ Bukti paling hampir adalah ayah I. Walaupun dia dah 53 tahun tapi perut still maintain. Tak nampak pun P.J.K. (perut jauh ke hadapan). Cayalah sama kamu ayah!^^ Ais jugak boleh menambah terukkan obesiti.


2. Ais boleh menyebabkan sakit tekak.

Siapa kata time waktu panas boleh minum ais banyak2?? Angkat tangan. Siapa lak yang kata minum ais masa cuaca sejuk tak apa?? Angkat tangan! Sah! Yang angkat tangan semua goblok! Yelah, dua2 soalan jawapannya tidak setuju. Tapi masalahnya, I nampak pulak tangan you allz semua?! Lalala~

3. Ais boleh menyebabkan ulcer/mata ikan makin teruk.

I jaraaaaaaaang kena mata ikan tapi I tau kalau cuaca panas tiba2 kita minum air batu dengan izin Allah akan menerukkan lagi keadaan ulcer korang tu. Tak mau kan? Jadi, jangan minum ais ok.

4. Ais tak boleh hilangkan rasa pedas.

Hah! I tau ramai antara orang2 kita especially orang Melayu suka makan pedas. Then, korang ingat air sejuk tu boleh hilangkan pedas kat mulut korang. Non-mampuuuu y'allz! So, layaklahhhh dengan mulut2 korang yang memang longkang tu kannn untuk rasa semakin pedas sebab ais bukan je tak hilangkan pedas malah boleh menambahkan tahap pedas. Jawapannya, minum air suam. =P

5. Ais boleh buatkan kita rasa letih.

Korang mungkin tertanya2 kenapa korang rasa letih dan lesu je. Cepat penatlah senang cerita. Kenapa? Sebab ni lah! Minum ais tak khingat dunia! Nak ****blog tu! Korang ingat bagus sangat ke minum banyak2 sampai sibuk nak penuhkan cop2 kat kad korang tu?! Hahahaha... keji kan mulut I. Tapi hakikatnya, ais memang akan mengurangkan tenaga korang mungkin sebab cuaca panas dan tiba2 korang sedut pulak air sejuk. Memanglah mengundang sakit seperti sakit pening kepala, selesema, batuk, dan demam.

Tired

6. Ais boleh rosakkan gigi.

Kita usik jap bahagian kedoktoran. Dah sedia maklum ais tu sejuk yang amat dan keras. Jadi haruslah gigi pun boleh bertukar menjadi hitam keaannn?? Tambah2 lagi air manis tahap dewa. Doktor gigi kan dah bagi tau kita masa kat sekolah dulu. Ni ada jugak yang tak reti2 bahasa gigit/kunyah ais sampai hancur. Korang ni... I mampu nak belanja makan roti canai kalau nak. Kenapalah korang gigit ais tu? *sigh*

7. Ais boleh menyebabkan perjalanan darah perlahan.

OK! I memang bukan doktor ataupun student medic tapi I ada pengalaman dan memang suka cara ubat2an orang kampung atau erti kata lain cara berubat orang Melayu Islam. Bekam tu kan sunnah Rasulullah S.A.W. Jadi, I ni masa muka I start keluar jerawat dengan teruk dan 'deras'nya, I pun ambil inisiatif untuk merawat dengan cara berbekam dengan harapan darah kotor dalam badan keluarlah. Yelah, kami ni tak keluar haid macam perempuan, so ni jelah caranya. I dah ikhtiar dengan macam2 cara dah Pakai T3, OXY dan jugak sejenis serum yang agak mahal semata2 nakkan kulit I sihat balik tapi sedeyh sebab tak berjaya y'allz. Ada orang bekam kat kepala, belakang badan dan kat muka pun ada. Tapi I buat kat belakang badan jelah. 1st time kan masa tu. Masa dah habis tu, abang tukang urut tu terus panggil ayah masuk ke bilik rawatan tu sebab darah I yang keluar warna gelap sangat dan amat pekat macam jeli (bak kata ayah lah). Then, dia kata ni sebab awak minum ais ni. Actually memang pun. A few days before I went for the treatment I bought 2 cups of ****blog. Sah! Memang I ni tak boleh minum ais sebab dia bukannya tukang ubat yang pertama cakap pada I tentang perkara ni.

8. Ais boleh menyebabkan buang air kecil yang kurang lawas.

Kita 'open' ok. Tak suka, sila skip. Jangan minum air batu terlalu kerap ataupun seelok2nya elakkan sebab kencing kita boleh jadi kurang lawas. Kurang lawas pun ada tahap dia. Kalau ada sakit batu karang lainlah pulak tak lawasnya. Ni tak lawas mungkin tanpa korang perasan. Korang tau kan kencing kena toskan dulu? Tapi, korang pasti ke korang dah habis 'semua'?? Hah, ingat!! Tak toskan betul2 dosa tau. Nanti pakaian tak bersih, solat tak sah. Macamana? So, lepas ni berhati2. I ingatkan diri I sekali supaya kita dapat berkat daripadaNya. Selain tu, kita boleh rasa kurang puas masa buang air. Ingat! I cakap pasal kencing buang air bukannya kencing menipu. Huh~

9. Ais boleh menyebabkan kurang subur.

Hahhhh!!! Ni amat2 penting ok. I tak pasti I baca kat mana tapi I tau yang minuman berais ni tak elok untuk diamalkan sebab boleh menyebabkan 'telur' kita, tak kisahlah laki2 ke perempuan, kurang sihat ataupun subur. I cakap dari segi minuman ok. Bukan cara ubatan sebab ada cara rawatan untuk kesuburan yang guna ais tapi untuk luaran dan bukan dalaman. Tak percayakan I, sila lupakan point yang ni. Tapi, I just nak tanya... korang nak mudah dapat anak tak??? HEHE~

Kesimpulannya, elakkanlah minum air sejuk yang berais sebab ais boleh mendatangkan banyak 'bad side effect' kepada kita. Nak rasa sekali-sekala bolehlah. Selaluuuuu? JANGAN! Amalkanlah minum air suam, air mineral ataupun air manis yang panas. Lebih menyegarkan dan selamat. InsyaAllah tak ada yang bahayanya minum air panas waktu2 panas terik. Tunggu sejuk sikit lepas tu telanlah! Senang. Nak minum air manis pun berpada2lah. Jangan sampai dah ada diabetis baru nak menyesal. Ye... memanglah Nabi Muhammad S.A.W. suka minuman yang sejuk dan manis tapi dulu2 korang rasa ada ais kahh? Apatah lagi peti sejuk. Setuju?? Paling2 pun bikar tanah liat/labu sayong. Gula pun belum tentu lagi dah ada masa zaman Nabi Allah. Manis maksudnya yang 'natural' ataupun semulajadi kata orang. Contohnya madu. Apa yang I cakap ni hanyalah berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan sedikit bahan bacaan sebagai rujukan. I bukan orang medikTV yang boleh bagi fakta2 saintifik cuma logik akal dan petua orang Melayu kita je. Tak suka, boleh jalan. Suka, sila amalkan! ~XOXO~

p/s: Gigih tak I menaip walhal ada test lagi esok. Adeeehhhh~

2 comments:

eyqa zull said...

ais uat kt jdik kurang subur ke??baru tawu,huu..thanks for share..

Mikah Lurima said...

eyqa zull>> lebih kurang macam tulah. tukang2 urut selalu cakap macam tu. pantang atau elakkan minuman berais. tapi biasalah kitakan kat Malaysia... panas tu kadang2 sangat tak boleh tahan. Huhuhu