Monday, 25 April 2011

GOOD LUCK Y'allz!

As-salam & heyy y'allz!

Baru beberapa jam tak bukak dah mula rasa rindu kat digital diary ni. Alolo... sweet nya! *faint* I tak ada idea sangat buat masa ni. Tapi I dah beberapa harilah jugak ada hati nak wish kat kawan2 yang nak final exam. Untuk yang dah bekerja! Janganlah sedeyh2 ok. You allz bukan suka sangatkan dengan final exam ni. Lol~ I banggalah kalau ada kawan2 yang dah ulangkaji banyak sebab apa tau, I dah masuk hari ke-4 kat kolej ni masih tak khatam2 lagi baca buku untuk first paper. Apa nak jadi? Apa nak jadi? Sampai sekarang tak baca lagi! Ewwaaahh! *over

I nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan selamat berjaya dengan ucapan...

Semoga you allz (student UiTM & IPTA/S yang lain) dan I sendiri berjaya 'grad' semester ni. Tak kisahlah you allz part berapa pun ye tak? I baru part 4 you allz. Jauh lagi... ada 2 sem lagi. Kepada yang belum start buat revision lagi... JOMlah mulakan sekarang! I dah mula ada mood study ni. *poyo

Jom baca doa!

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah, Kau permudahkanlah bagi kami dalam menghadapi dugaanMu. Permudahkanlah urusan kami ketika mengulangkaji dan menjawab soalan peperiksaan. Engkau berkatilah segala ilmu yang telah kami pelajari. Kau murahkanlah rezeki kami ya Rahman. Engkau terangkanlah hati kami, jiwa kami; Engkau lapangkanlah dada kami. Sejahterakanlah hidup kedua2 ibu bapa kami. Kau kurniakanlah kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam setiap ujian yang kami hadapi. 

*baca al-Fatihah & jangan lupa muqaddimah dan penutup doa you allz

p/s: Bila you allz ada solat hajat ke baca Yaasiin ke, selitkan nama I sekali ok! InsyaAllah, Tuhan kenal Mikah Lurima tu siapa. Ngee~ XOXO


No comments: