Friday, 22 April 2011

I Love EARTH!


Assalamualaikum & hi y'allz!

Apa kabo? Selamat hari Jumaat jugak kepada you allz. Agak letih selepas balik makan tengahari dengan Azem dan Norman. Almaklumlah, cuaca kat sini kan agak panas dan kering. Tak cukup air mineral kat bilik ni. Rasanya kena pergi Tesco lah alamatnya petang ni. Well, malam ada 'temujanji' dengan American Idol 10. Tak ada hajat nak tengok tapi Azem nak tengok so kita layaaaaaaan jelah. 

Sempena Hari Bumi @ Earth Day, I nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Hari Bumi kepada Bumi tempat I berlindung ni kepada seluruh penduduk bumi yang baca post ni. Alhamdulillah, walaupun semakin tua bumi kita ni mampu lagi nak tahankan dengan perangai2 manusia termasuklah perangai I ni. So, I ada beberapa perkara yang nak diingatkan kepada semua termasuk empunya diri supaya kita sama2 dapat kekalkan keamanan dan kebersihan bumi kita.

1. Kenali tong sampah.

Haha... ayat dia macam pelik je kan? Ni sebab I rasa ada antara kita yang tak reti2 nak buang sampah dalam tong sampah. I terfikir yang mungkin ada yang tak kenal tong sampah tu macamana. So, I nak terangkan rupa tong sampah dan kegunaannya. Tong sampah biasanya warna hitam tapi sejak2 ada Kempen Kitar Semula, kat Malaysia ni ada 3 warna tong sampah yang berlainan. Nak info lebih silalah klik sini! TQ~

See!
2. Tanam atau siram pokok.

Sejak2 bumi ni makin tua, iklim semakin berubah. You allz tengok tak gambo beruang kutub terduduk termenung sebelah bangkai kawan dia? Tak kecian ke kat binatang comel yang putih2 gebu tu? Sedeyh tau I tengok. Jadi, bagi mengurangkan pemanasan global dan kurang oksigen. Silalah rajin2kan diri untuk tanam pokok2 renek yang tak perlu dibaja selalu macam Pokok Bunga Kertas. Lawo pun lawo, mudah nak jaga, kalau tak pun siramlah pokok2 yang ada kat rumah you allz tu. I pun sama, kadang2 malas nak buat tapi kecian tengok pokok2 kat rumah kering. Lagi2 kalau tak berbaja. Paling senang, suruh kucing 'buang' kat dalam pasu. InsyaAllah ada hasilnya. HAHA~

Poor polar bear...
3. Kurangkan penggunaan pendingin hawa.

Tak payah nak gaduh2 pasal pendingin hawa ke penghawa dingin ok. Sekarang ni you allz rasa air-cond kat rumah tu selalu tak on? Kalau selalu belajar2lah untuk off kan dan tukar guna kipas je. Jimat pun jimat, lepas tu tak cerewet nak jaga. Lap jelah kalau berhabuk. I ada jugak air-conditioner kat rumah tapi tak pernah on. Ayah tak bagi. Huhu... tapi ada kebaikannya untuk jangka panjang. Tapi jangan pulak you allz confident off kan air-cond kat kampus. Tak pasal2 kena maki dengan technician lak. Lol~

4. Kurangkan guna plastik.

Jangan beli plastik baru. Lebih2 lagi masa you allz nak pek barang2 yang sikit. Guna je plastik lama yang you allz dapat masa beli barang kat shopping center ataupun hypermarket. Jimat! Bumi pun sayang you allz. I selalu buat macam tu. Tapi plastik sampah yang warna hitam tu tak maknanyalah nak guna semula. Dah buang tu biar jelah. Takkan nak campak sampah dalam tong lepas tu ambik plastik dia balik? Tu kedekut taik idong masen namanya! Tapi kadang2 I elak daripada keluar beli barang hari Sabtu sebab nanti tak ada plastik. Lalala~


5. Jangan bukak peti ais lama-lama.

Hah! Ni I tau ramai yang suka buat. Especially, 'kanak2' tak matang macam I. Bukak fridge tanpa sebarang tujuan hanya nak rasa kesejukan yang ada. Last2 kena marah dengan ibu dan ayah. Sebabnya, bukak peti sejuk akan menambahkan kilowatt seminit yang digunakan dan bil akan bertambah. Pernah tak fridge lupa nak tutup dan ayah membebel bila dia perasan? Ni sebab ayah I yang bayo bil elektrik! Lol. Lagipun, kebanyakan peti sejuk menggunakan gas klorofluorokarbon (CFC). Itu daripada I tau lah. Tak nak cfc? Keluokan duit lebih sikit beli yang free cfc refrigerator ok. =P 

p/s: Lagi 5 hari nak mula final exam... hmmm~

2 comments:

Ń¼dakulalaŃ¼ said...

nice info here...
pernah try wat sume yg tertulis di atas?

Mikah Lurima said...

hehe...
of coz lah i buat, sebab tu i boleh tulis. nukilan dr hati.
thanx 4 reading btw~^^