Saturday, 23 April 2011

Omegle ke omelette???

Assalamualaikum & hi y'allz!


Pejam celik pejam celik dah hari Sabtu. Buku tak ada satu pun yang habis dibaca. I tak faham kenapa dan macamana I boleh jadi semalas ni. Well, akhir semester lepas pun macam ni jugak. Masa bosan2 time study week I try bukak Omegle. Tau tak apa tu Omegle? Ishk you allz ni... Faceboooooooooook je tau! Omegle ni macam Yahoo Messenger (YM) cuma kita tak kenal siapakah gerangan manusia yang sedang berbual-bual dengan kita. Yup! I lebih suka chat dengan orang yang kita tak kenali sebab I nak cari kawan baru dari serata alam ni. Serata alam maksudnya dari seluruh dunia. Bukan berlagak tak mahu kawan dari Malaysia cuma I ambil kesempatan untuk dapatkan kawan baru yang bukan Melayu walaupun mereka mungkin bukan seorang Muslim. Tak salah, keannn?? Bukankah ada dalil yang mengatakan Allah menjadikan manusia pelbagai bangsa dan rupa sebagai khalifah di muka bumi ni untuk saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Tu tak bermaksud yang bukan Islam kita tak boleh bergaul ok.


I tau pasal Omegle daripada kawan I, tambah2 lagi Miera Aziz ada cerita pasal dia ber'omegle' dan lagi best! Kami tertembung secara tak sengaja dalam Omegle. You allz bayangkanlah, dunia ni punya kecil. Beribu entah2 berjuta orang nak guna tiba2 kami berdua boleh terjumpa. Hahaha! Walau apa pun I nak pesan dan beri amaran pada you allz semua yang belum pernah cuba Omegle ni. Ramai orang especially 'mat saleh' ataupun western people kebanyakannya, termasuk yang wanita ok. Mereka masuk kedalam Omegle untuk 'memuaskan nafsu'. Percayalah... ini perkara biasa dalam Omegle. Perkara biasa yang berlaku adalah mereka akan tanya pasal A.S.L. What the fish with A.S.L??? Ini sebab 'asl' ni ada banyak maksud. Tapi soalan ni bermaksud they allz ni nak tau A=Age, S=Sex dan L=Location you allz. Ini penting bagi 'merealisasikan hajat' mereka. Tak suka? You better click 'disconnect' button.Tapi you allz kena 'open' lah! Niat kena bersih... apa objektif sebenar anda ke Omegle. I dah ada dua orang kawan yang I jumpa dari Omegle. Tapi yang paling setia ialah Hwa Lee. She's from Korea and she will be 18 this year, if I'm not mistaken lah. She's still schooling right now. I masih berbalas-balas email dengan dia. Alasan dia nak cari kawan sebab nak improve bahasa Inggeris dia sebab we allz contact dalam gmail dan gunakan English sebagai bahasa perantaraan walaupun I suggest kat dia untuk guna Google Translate dia masih tak mahu. Hahaha~ She has a blog but I can't understand her writing. Faham2lah kenapa. But she's good!

Semalam pulak, baru berkenalan dengan Rama dari Indonesia. Dia lelaki dan berumur 17 tahun. Mungkin dia ingatkan I perempuan berdasarkan nama. Tapi dia ok je bila tahu I bukan perempuan. Haha~ Kami chat sampailah pukul 2 pagi semalam. Dia ada email I dan kami mungkin akan stay connect melalui Twitter.

Jadi, kesimpulannya I suka Omegle terutamanya bila objektif I untuk dapat kawan baru berjaya. Hehehe... mungkin kalau you allz ada free time boleh cuba cari kawan dan bertukar-tukar pendapat. Why not right?

p/s: Bencilah budak kolej ni! Tengoklah bola sepak kat tv bawah. Ni tengok kat internet agaknya sampai connection jadi slow. Arrrrghhhh!!!

No comments: