Thursday, 14 April 2011

Tegur Direct Lagi Senang & 'Tenang'

As-salam & heyy y'allz!

Pelik! Hari yang busy dan paling productive lah senang kata. Tapi masih tangan ni 'gatal' sangat nak tulis blog. Apasal pun I tak tau. Hari ni kan adalah hari yang I paliiiiiiiiiinnggg banyak tertegur direct kat kawan2 I. Mungkinlah sebab I stress dan terlalu banyak pressure kot hari ni. Tu yang main cakap lepas dan pedas je. Tapi, I terlepas pandang kesan dia. Dulu, I ni lagi dahsyat bila 'sound' direct kat orang ni sebab kalau boleh I nak 1 dunia dengar apa yang I nak kata dan perkataan yang I guna selalunya 'bombastik'. Tak sure lah kalau sekarang 'bakat' tu masih ada lagi atau tak. 

Tengah hari tadi, I bawak laptop memandangkan presentation terlalu memerlukan I untuk bawak lappy. I tinggalkan lappy tu atas meja kat Pusat Pelajar sebab nak pergi makan kat kafe (which is sebelah je pun). Then, masa I baru lepas makan dan masuk semula ke Pusat Pelajar dan ada seorang classmate perempuan yang mintak nak bukak sekejap sebab bosan. Dengan confident I jawab,

"Sorry! I'm not bringing this laptop for you to use. I got 2 presentations today."

Mungkin ada orang tak ambil hati tapi kalau you allz dengar nada dan intonasi mesti korang sentap sekejap. Lepas solat, I mintak maaflah kat budak perempuan tu dan dia kata tak kisah malah siap wish luck lagi kat I. Tak sangkalah dia macam tak sentap sangat dengan kata2 I tu. lol~

Tadi, masa tengah busy dan stress siapkan kerja (which is I haven't finish yet), roommate I main gitar. Dia mintak izin dulu of coz sebab dia amat berbudi bahasa ye. Lepas tu, makin lama makin bising sebab dia main 'goreng' dan buat I macam terkejut2 gitewww. Terus I tinggikan suara,

"****....!" (Panggil nama dia lah takkan mencarut pulak?!)

Lepas tu dia terus perlahankan bunyi gitar tu dan 5 minit kemudian berhenti, simpan gitar semula. Easy! Tegur direct ni memang berkesan dan rasa relief. Ada lagi satu, masa nak masuk bilir air tadi. I nampaklah ada 'sotong' tergantung kat shower. I nak guna shower tu so I terus tanya kawan I tu,

"***, kamu punya kahh ituuuu??"

Dia terus bangun dari katil dan pergi bilik air dan tengok. Rupa2nya memang dia punya. Hahahaha~ Langsung tak nampak dia macam ambil hati ke apa. Siap cakap "Sorry" lagi tau. Heeee~ Kan bahagia kalau I boleh tegur kawan2 I yang buat salah ataupun cakap direct to the point macam ni tiap2 hari. Tak ada simpan2 dalam 'peti'. Legaaaaa dan tak stress. Cakap sekarang dan selepas beberapa minit dah neutral macam biasa. Apa kata you allz cuba cakap atau slow talk dengan kawan2 guna approach yang bersesuaian. Mesti kawan2 sayang lebi kat you allz. My friend, Ayumi did say to me...

"Honesty is the most important thing in friendship."

The truth

Sampai bila2 I ingat okay! Dah lah you allz. I nak settle kan kerja sampai siap dan mungkin stay up sampai pagi. Tata & good nite! ~XOXO~

p/s: Tiba2 je ada idea lagi nak menaip. Marketing Channel bila nak siap???

No comments: