Tuesday, 31 May 2011

I just don't have the mood!

As-salam & heyy ya'llz!

I have a lot of story to share but... 
I just don't have the feeling to type anything and post anything.
I don't know what happened to my Facebook account. 
Maybe there's something to do with my personal computer. 
I just don't know! 
I hate this moment where I can't keep in touch with other people.
Although I can see what are they doing or saying.
Da** this Facebook and lappy!
I just hate technology.
They have never been good to me.
Always want to annoy me somehow.
See you guys later!
Chow~
*I'm so pissed off until I can't say "XOXO"

p/s: I wanna congratulate Salma and Shiha for winning the 1st place and 2nd place in Mentor.
p/s/s: I think I should throw this laptop but I don't have the money to buy a new one.
p/s/s/s: I can't stop eating everything in the refrigerator. Please, come and safe me!


Monday, 23 May 2011

Thanx to you!

Assalamualaikum & heyy y'allz!


I am so x'cited!!!!!!!!!! 
Why??
 I have more than 1000 visitors y'allz! 
Maybe for some of you it's nothing but for me it's so meaningful. 
Of coz lah! For people like me or I can say new humble, so not popular n single(perlukah??) blogger like me it's a big deal. 
I just wanna say 1 000 000X thank you to all of u for visiting my simple blog. 
Thank u to all my friends who visit n especially who are following my blog. 
Alhamdulillah... insyaAllah I will improve my blog in the future just for ur entertainment n knowledge perhaps. 
~XOXO~


p/s: I baru je upload video untuk Dentyne TERAR-OKE. Hihi~

Welcome to a new world, Adik!

Assalamualaikum & heyy y’allz!

Hehe… a few hours konon. Dah nak masuk dua hari tak sempat update. Sorry y’allz! I tak plan pun untuk bertolak ke Batu Pahat malam semalam. Kenapa? Adik I daftar masuk ke Kolej Matrikulasi Johor kat Tangkak siang tadi. I used to study there right before I become a degree student in UiTM. Tak sangka sangat3… sepantas ni masa berlalu. Dah tiga tahun I tinggalkan matriks. Sekarang adik I pulak yang nak masuk situ. She got two choices but she decided to choose the ‘shortcut’. I cuma bantu dia dari segi maklumat dan pengalaman je. Pilhan dia yang lagi satu adalah untuk ke UiTM Lendu, Melaka. Thank God dia tak nak masuk situ sebab I tak berapa setuju. Ada lah sebab2 nya. Tapi I dengar kabo yang anak saudara I akan masuk situ. Tak kisahlah… rezeki masing2 ye tak?

I tengok adik I macam excited sangat tapi dalam masa yang sama mesti nervous. Alahai… I tau lah. Lagi pulak dia first time masuk kolej a.k.a. asrama. Mestilah berdebar-debar nak kenal orang2 baru dan environment baru. I okay je dia nak masuk mana2 IPT pun. Yang penting dia boleh buat dan jangan jadi macam I. I suka adik I dah tak ada kat rumah. Tak payah rebut2 remote tv. *abang yang teruk* Tu secara jujurnyalah tapi I bangga dia akhirnya dapat sambung belajo tambah2 masuk kolej yang pernah I masuk. Offer lain we allz tolak tepi dulu. Tu lain cerita. Buat apa nak sedih2? Dia dah beso… layaklah dengan muka dia kena belajo jauh2. Haruslah akan rasa sunyi sebab we allz ada empat beranak je. So, tolak campur tinggal ayah dan ibu jelah kat rumah (bila I start sem baru). Mesti they allz happy sebab boleh honeymoon bagai keaaannnn? Hahaha~ Eleyh! Macam I tak tau ayah I tu cepat touching. Memang betullah sangkaan I bila ayah yang mengalirkan air mata masa peluk adik tadi. Anak dua orang je you allz. Mestilah sedeyh lagi2 ni lah first time anak perempuan dia tinggal jauh (walhal 100km++ je). Ibu pun... tapi adik macam cool je. Macam I lah senang kata tapi tak taulah kan kot2 lepas we allz balik tadi meraung. Haha~ *Jangan marah ayah & adik! =P

Konon nak post kat R&R Pagoh tapi internet connection asyik lost je. Ayah yang drive sebab pagi2 ni I mamai sikit. *sikit kah?* So, better if he drives the car. Malam tak apa. Sambil2 hanto adik tadi dapatlah jumpa beberapa orang bekas pensyarah. Sangat banyak cerita dan rasa sangat3 happy tadi. I miss them meyh. Of course, I will miss my sis too, like my parents miss me. *perasan* Semoga dia dapat buat yang terbaiklah, insyaAllah. ~XOXO~



p/s: Tak pasal2 tak dapat tengok Mentor semi final malam tadi. Huhu~

Sunday, 22 May 2011

Le Tour D' Langkawi

As-salam & heyy y'allz!

Sebelum I citer lebih lanjut I nak ucapkan takziah kepada waris-waris mangsa korban kejadian runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat. Maaflah tersalah maklumat dalam entry sebelum ni. I terasa sayu bila tengok berita tadi. Even Aznil Hj. Nawawi reported about this sad news on Akademi Fantasia (Live). 

From my friend, Mr. Google. =)

Okay, I have to keep my promise to this blog and my followers. Eyqa dah cakap dah suruh cepat 'report' pasal trip ke Langkawi hari tu tapi I ni kelisa sangat nak online dan taip entry. Tapi sejak Selasa hari tu I dah mula di tag ke gambo2 yang meletOp kat Facebook. So, I rasa I kena jugaklah citerkan pasal trip seminggu yang lepas. Bayangkan! Dah seminggu baru nak citer. Ishk3... Mikah, Mikah... *sigh* Sebelum apa2, I nak bagi tau yang I pergi trip ke Langkawi ni under International Business Unity Club (IBUC), UiTM Melaka City Campus. Wahh! English gitewww. Arosso! I akan mulakan... SEKARANG! =P

11 Mei 2011 a.k.a. Rabu

I packing barang semuanya hari ni. Punya malas tu nak kemas lepas sampaikan lepas habis last paper pun tak kemas2. Pagi2 tu bangun seawal Subuh (tak tipu ok!). Aduhhh... penat sangat. Kemas rumah sekali semua. Selamatlah Norman dan Anep ada. Dengan barang I yang memang super duper loaded tu memang tak mampu nak buat 'clearance' sorang2. LOL! Itulah... nak buat macamana. I ni memang tak reti bawak barang sikit2. I nak rasa selesa walau kat mana pun I tinggal. You allz mesti herdik I kalau tengok kereta I yang comel tu penuh dengan barang. Sungguh! Yek2 je Azem kata pukul 2pm bas nak bertolak ke KL Sental. I ni punyalah bertungkus-lumus bersiap secepat mungkin. Rupa2nya bas jalan pukul 3pm++. Kereta? Kereta I tinggalkan kat kolej je. Macam2 jugak procedure dia tapi alhamdulillah, Pn. Ikhwana memang understanding. I just love the way she manages the college. 

I bawak 2 beg pek. Satu warna merah dan satu warna hitam. Almaklomlah, bag packing katanya. So, haruslah I bawak beg yang biasa2 je. Ikutkan hati dah lama I bawak beg sebeso bagasi. Hua3~ Alhamdulillah... perjalanan baiiiiiiiiiiiiiiiiik je sampai KL Sentral. Ada jugaklah singgah kat perhentian Plus (tak sure yang mana) untuk solat Asar. They allz makan2 tapi I cuma minum Mango Smoothies Coolblog + pearl je. Fuhh! Izi memang tak tipu. Sedap meyh! 

Sampai2 kat KL Sentral kononnya nak jugaklah jumpa Faiz ke Zira ke... tapi they allz cakap I lewat sangat bagi tau. So, tak ada lah rezeki nak jumpa. Ada dalam 3 jam lebih kurang  untuk tunggu keretapi. Yes! We allz naik train untuk ke Arau. Barulah adventure! Hihi~ Sempat solat Isya' dan Maghrib jamak ta'khir, siap siggah 7Eleven, tangkap gambo bagai dan bolot air singgit kat mesin air tu. Yeah! We were so crazy and very excited. I ni serba serbi jakun dan sedeyh sebab tu first time I sampai KL Sentral. Jakun you allz! Agak cantik untuk sebuah stesen perkhidmatan kenderaan awam. Ala2 airport a.k.a. KLIA pada pandangan I lah. Masa nak naik KTMB ada sikit kekalutan tapi alhamdulillah pihak pengurusan dapat uruskan walaupun agak kelam kabut masa nak duduk tu. Ni pun kira first time I naik keretapi. Sekali lagi... jakunnya I ni. Malooo jek. I tak puas hati dengan koordinator yang cek tiket tu. Tapi malaslah nak citer. I nak citer yang best2 jek. Haha~

Masa naik keretapi ni mula2 rasa sikit panaslah sebab kurang rasa air-cond dalam tu. Tambah2 lagi we allz angkat beg berat2 bagai dengan ada yang bawak hiking bag lagi. Lagiiiiiiiiiiiiilah rasa bahang! Haha~ Mula2 plan nak tidur tapi they allz beli tiket Kelas Ekonomi. Kerusinya tegak dan keras. Cuma boleh kebelakangkan sikit2 je. Ada tray kat depan dia. Thank God tak dapat yang bertentangan dengan arah jalan dan yang ada meja bersemuka dengan penumpang lain. Huh! Tak sanggup I nak pandang muka orang yang I tak kenal sepanjang perjalanan. Nasihat I kalau you allz nak jalan lebih daripada 5 jam naik train silalah beli tiket Business Class. Untuk keselesaan you allz jugak. Mahal sikit jek pun. 

Mula2 Ifa dan Aza ajak pergi kafeteria. Yelah! Ifa lapo... kecian dia. I pulak terlalu excited sampai tak boleh tidur. So, mulalah I dan Azem bangun dan jalan ke kafe (kat gerabak depan). Macam2 jugaklah gosip yang terkeluo dari mulut masing2. Bukan suka2 nak ngumpat cuma mendengar luahan hati kawan. Yelah, kata nak release stress selepas final exam. Haruslah ada sikit2 gosip untuk lepaskan beban hati ni keaaannnnn... nasihat kepada yang belum pernah naik KTMB. Silalah bawa bekalan makanan sebab apa2 yang dijual di dalam gerabak adalah mahal. Ye! Jadi baik you allz bersedia dengan McD ke Subway ke untuk mengalas atau sekaligus mengenyangkan perut you allz. Tak berbaloi rasanya kalau you allz beli makanan dalam tu. Just a suggestion.

Balik semula ke tampat duduk we allz duduk senyap2. Konon2 nak tidurlah keaaaaaaannn. Berangan2 sambil dengar mp3. Keretapi tu gerak agak cepat dan mungkin jugak sebab KL dengan Perak tak jauh mana. Tau2 je dah sampai Ipoh. I sememangnya EXCITED! Kenapa? I tak pernah jalan2 sampai utara. Tambah lagi satu kejakunan. Famili I tak suka makan angin jauh2. So, I ni memang tak pernah jejak tanah ke negeri2 utagha ni. Hehehe~ Sampai Ipoh terus mabuk kamera posing tak hingat dunia macam baru telan beberapa pil kuda. Sampaikan penumpang2 gerabak lain bengang tengok we allz yang riang ria ambil gambo kat situ. Kebetulan pulak train tu stop lebih lama kat Ipoh berbanding perhentian2 lain dan stesen dia amat 'stylo'! =D

Habis je posing bagai. Konon2 nak tidur sebab bajet penat ambil gambo. *cehh! macam kau je yang snap picture* Keretapi baru nak gerak tiba2 si Ifa datang tunjuk gambo kat kamera dia. Amat cantik ok! So, I dengan Azem pun bangun balik berkejo ke bahagian antara pintu masuk tu untuk tangkap gambo lagi. Photo shoot we allz tamat pukul 1am. Masa ni semua orang dah raise white flag dah sebab tak larat dan terlalu penat. Haha~

12 Mei 2011 a.k.a. Khamis

Sedo2 je dah pukul 6am++. I memang tidur nyenyak tapi Azem tak. Kecian dia... alolo~ *Buwek3* We allz mula2 confident lah ada surau dalam KTMB tu. Rupa2nya sedeyh! Masa we allz naik keretapi hari tu, gerabak yang ada surau tu tak disambung. Lol! Why?? Kata salah sorang kakitangan dalam tu, gerabak tu rosak. Huhu~ Tak memasal ambil wudhuk kat tandas yang kecik dan solat atas kerusi je. Kiranya I ada pengalamanlah solat dalam kenderaan yang bergerak. Insaf you allz! Seriouly. I rasa terharu sangat sebab bukan senang nak ada pengalaman macam tu. You allz mampu driving kat high way sambil solat? Non mampu! =P

Sampai je Arau, bas UiTM Arau dah sampai. So punctual okay! Bas tu masih baru lagi sebab terlalu selesa dan cantik serba serbi. Tapi tak sampai 30 minit dah sampai Jeti (I lupa nama tempat tu). We allz tunggu dalam 45 minit je untuk feri sampai. Turun je bas dah boleh bau laut. Yes! I boleh kenal bau laut tu macamana. It's hard to describe how. Since I'm a modern guy who live in a developed city of course I can differentiate the smell of city and not city. Haha~ Dalam feri memang tak boleh tidur sebab I ni excited nak tengok pemandangan. First time y'allz! Haruslah nak tengok tingkap segala bagai. Perjalanan dalam 45 minit jugak. We allz sampai lebih awal dari bas so, kenalah tunggu. Sementara tu makan dulu kat kedai terdekat kat situ. Boleh tahanlah, tak mahal sangat cuma dah sampai laut ni nak jumpa ayam agak susah. Huhu~ I ni tak suka ikan so terpaksalah I telan ikan goreng. Haha~

Sampai je tempat penginapan a.k.a. chalet we allz berehat. Ada dalam 2 jam setengah sebelum aktiviti island hoping. Alhamdulillah, I dan Azem di'offer' untuk duduk chalet berdua je. So, we allz antara yang first dapat kunci. Memang tak sabo sangat nak mandi dan segarkan badan. Baring manja2 atas tilam empuk sambil ditiup pendingin hawa yang sejuk. Whooooosshhh! Antara 2 jam yang paling menenangkan selepas perjalanan 10 jam yang amat meletihkan. 

Okay, I have a lot more to tell you and to leave my sweet memory in this blog but I can't. I need to sleep. We'll continue after a few hours insyaAllah... but before that, enjoy those pictures!^^ Btw, USB kamera I entah ke mana. Ini adalah hasil daripada kamera kawan2 I. Hihi~










One of the best scenery picture that Ifa snapped during our trip. Siapa copy semua gambo ni tanggung dosa okay! I tak halalkan. Sekiranya nak jugak berbuat demikian sila minta kebenaran. Kalau tak jumpa kat akhirat. I'm waiting for you...
p/s: Tak sabo nak pergi Tangkak semula...

Saturday, 21 May 2011

Americans are pekak!

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Lady Gaga: American Idol


Apa yang I nak citer ni tak kena mengena dengan Lady Gila kat atas ni okay!
Okay, there's no big deal for those who don't what talent and what music is all about. But for someone like me... I DO CARE! Kita citer pasal Langkawi kemudian sebab sekarang ni I nak nyatakan pendapat tentang keputusan Semi Finale of American Idol (AI) last nite. Agak dah basi untuk citer tapi I peduli apa? I tak dapat nak online semalam so I citer lah hari ni. I tak lah mengikuti sangat season AI kali ni tapi memandangkan I ni peminat muzik sikit sebanyak tu ada lah jugak tertonton dan terminat dengan sesetengah bakat yang ada. Dulu... Pia Toscano yang keluo. Padahal dia layak untuk at least... at least ok! Untuk sampai semi finale tapi sedeyh dia keluo sebelum sempat dia nak tunjuk lebih lagi kelebihan. 

Pia Toscano - LG


Dah tu! Casey Abrams pun ikut jejak langkah Toscano sedangkan dia antara yang susah untuk kita semua jumpa dalam industri muzik tak kisahlah tanah air ke bukan. 

Casey Abrams Ryan Seacrest BJ


And it happened again last Friday when Hayley Reinhart was voted out from AI. Yes! It means that she'll be not in the Finale of AI. Yes! I am mad. Bukan sebab I minat dia ataupun Casey. Memanglah... peduli apa kan? Bukan kawan I pun yang masuk ataupun I yang kena singkirkan tapi masalahnya adalah ada ke kualiti? 'X' factor yang ada pada 2 finalis, Lauren dan Scott, I susah nak cari 'X' factor they allz. I can't even imagine that they will be nominated in AMA or Grammy. I cakap melalui pengetahuan dan pemerhatian. I mungkin banyak tertinggal season kali ni tapi I bukannya cakap tanpa tahu apa2. I bukannya emo cuma I rasa I dah tak ada sebab2 yang kuat untuk I tengok Finale nanti. I don't know what do Americans want. From my oipinion, Lauren Alaina is like another appearance of Kelly Clarkson but more beautiful, bigger in size (no offence) but she doesn't have her own trademark voice. I tak cakap dia tak bagus. She has some 'WOW' moments, her vocal is 'clean' but I don't think that we want another young country diva. Scott... he's kinda cute yet a macho young man. Very innocent and 'pure'. His low tone is superb and extraordinary. Kalau dia Melayu mesti sedap nyanyi lagu Broery Marantika. Tapi masih ada yang lagi layak tapi dah tersingkir. Hehe~ Remember! Just my opinion y'allz. I selalu confident cakap pasal benda2 ni. Tak suka sila pergi dari blog ini. I ada hak untuk suarakan pendapat. We'll see who's gonna be popular and get a lot of awards. Haha~ XOXO



p/s: Takziah kepada ahli keluarga dan sahabat terdekat Rumah Ijabah Anak Yatim & Al-Hafiz atas kehilangan saudara2 Islam kita disebabkan kejadian tanah runtuh petang tadi. Al-Fatihah!


Tuesday, 17 May 2011

Pulang sudeyh

As-salam & heyy y'allz!

I rindooooooooooooo sangat dengan blog tersayang ni. Alhamdulillah... perjalanan pergi dan balik trip ke Pulau Langkawi beberapa hari lepas selamat dan berjalan lancar. I excited sangat nak share cerita dan catat semua kenangan yang I akan ingat sampai bila2 tapi... I belum ada mood nak taip apa2. InsyaAllah... esok atau lusa baru I post. Dari kelmarin sampai hari ni mood I cuma nak tido, makan, berbual, tengok tv dan tido. Hahaha~ Lagipun, I ada 4 bulan untuk cerita macam2 kat dalam blog ni. *berlagaknya kau ada cuti


Ole-ole dari Langkawi. Credit to Izi! XD

Empat bulan tu tak lah lama sangat. I plan untuk cari kerja tapi memandangkan I ni memilih maknanya belum tentulah I ni akan kerja atau tak. Apa2 pun I memang mengharap dapat kerja sebab nak kumpul duit untuk trip seterusnya. Gitewwww! Plan macam dah habis study je kan? Padahal hari tu jawab exam macam sampah. Astaghfirullah... moga2 result I elok dan pass semuanya. ~aamiiin~



p/s: Selamat Hari Guru untuk semua guru yang pernah mengajar I termasuklah para pensyarah. Tak terkecuali jugak kepada bakal2 cikgu. Hihi... ~XOXO~

Wednesday, 11 May 2011

Holy Holiday!!!^^

As-salam & heyy y'allz!

Ni quick post daripada I. Kali ni I serious bila cakap ni quick post. Tak ada gambo2 bergerak okay. Haha~ I baru habis last paper semalam. Alhamdulillah, paper last mesti antara paper paling baik yang I jawab. Lol! Tak kisahlah kalau examiner tu nak cakap I jawab berapa kerat je untuk soalan last tu yang penting I yakin dengan jawapan I dan insyaAllah dapat markah kat situ. She doen't know anthing! Haha~ Perlukah I katakan ini semua. So, kenapa I nak cepat? I'm going to a trip to Langkawi. Akhirnyaaaaaaaaaa!!! Tercapai jugak cita2 I untuk pergi ke Pulau Langkawi. InsyaAllah, perjalanan menaiki bas, train dan feri akan selamat... sama ada pergi ataupun pulang. Tak sabo nak menenangkan fikiran kat sana dan ambil gambo banyak2. For sure si Izi dengan Ifa bawak dslr masing2. Kan kan kan? Hahaha~ Perasan macam ada orang jawab. =P Okelah, I tak habis packing lagi ni. Can't wait to start the journey. Btw, perjalanan ni sebenonya under course lain punya program tapi they allz offer kat siapa2 yang nak ikut. Why not right? Just grab it! XD I tak rasa yang I akan hapdet blog dalam masa beberapa hari sampailah Ahad depan sebab sepanjang masa tulah I akan ada trip. Oh! I will miss this blog so much. But don't worry, I write back A.S.A.P. ~XOXO~

p/s: Nak bawak dua beg jugak! *padahal backpacking

Sunday, 8 May 2011

Sebut lajooo-lajooo (Tongue Twisters)



Versi Melayu

Kakak ku kata kuku kaki kakak ku kagu.

Kakak ku kata kuku kaki kakak ku cagu.

Kakak ku kata kuku kaki kakak ku kejong.

Kakak ku kata kuah kari kakak ku pedas.

Kakak ku kata kuah kari kakak ku lazat.


Buaya biawak buaya biawak buaya biawak buaya biawak buaya biawak buaya biawak 
buaya biawak biawak buaya biawak buaya biawak buaya biawak

Kucing anjing kucing anjing kucing anjing kucing anjing kucing anjing kucing anjing 
kucing anjing kucing anjing kucing anjing kucing anjing

Cipan gemok cipan gemok cipan gemok cipan gemok cipan gemok 
cipan gemok cipan gemok cipan gemok cipan gemok cipan gemok

Cicak kobeng cicak kobeng cicak kobeng cicak kobeng cicak kobeng cicak kobeng 
cicak kobeng cicak kobeng cicak kobeng cicak kobeng cicak kobeng


Gigi gula-gula gila-gila gigil gila gelak-gelak

Gerak geri garu gerobok gerabak gelabah gelojoh


Delima duku delima duku delima duku delima duku delima duku delima duku delima duku delima duku

Duri durian duri durian duri durian duri durian duri durian duri durian duri durian duri durian duri durian

Timun tomato terung timun tomato terung timun tomato terung timun tomato terung timun tomato terung

~ all by me, my dad and the radio (more than 10 years ago)

**********************************************************************

English version

It's not the cough that carries you off, it's the coffin they carry you off in!

Jolly juggling jesters jauntily juggled jingling jacks.


Billy Button bought a buttered biscuit,
did Billy Button buy a buttered biscuit?
 If Billy Button bought a buttered biscuit,
Where's the buttered biscuit Billy Button bought ?? by Shirish Karker (India)


If you tell Tom to tell a tongue-twister his tongue will be twisted as tongue-twister twists tongues.
       made by Anon Ray & T Chakraborty

She saw a fish on the seashore and I'm sure the fish she saw on the seashore was a saw-fish. 

Swan swam over the sea,
Swim, swan, swim!

Swan swam back again

Well swum, swan!

Peter Piper picked a peck of pickled peppers,
if Peter Piper picked a peck of pickled peppers,

wheres the peck of pickled peppers Peter Piper picked?  

She sells sea shells on the sea shore,
but the sea shells that she sells

on the sea shore are not the real sea shells.

I thought a thought.
But the thought I thought wasn't the thought I thought I thought.

If the thought I thought I thought had been the thought I thought, I wouldn't have thought so much.

A good cook could cook as much cookies as a good cook who could cook cookies

Red bulb blue bulb red bulb blue bulb   

bubble bobble, bubble bobble, bubble bobble

Betty Botter bought some butter, but she said "this butter's bitter! 
But a bit of better butter will but make my butter better" 
So she bought some better butter, better than the bitter butter, 
and it made her butter better so it was

better if Betty Botter bought a bit of better butter!           

You want more?
Click HERE!


Adorable tongue you have there Darren



p/s: Jangan masuk hospital kena betulkan lidah sudeyh...

Because You Love Me

As-salam & heyy y'allz.

Don't wanna talk much. 
Actually...
I had a 'conflict' with my mom since last week. 
It's normal right? 
Every family has their own problem. 
I have mine and you have yours. 
It's not that serious but... 
I must say since we had some misunderstanding... 
the amount of her text messages have declined. 
It's my fault too. =(
I shouldn't have made that statement. 
Okay, stop! 
After that, 
I kept sending sms to her to show that I'm sorry and I need her... 
whenever, 
wherever and... 
whatever happened I still love her.
Lotta love! More and even huge than before...
I miss her.
I miss her cook.
I miss her smile.
What? Are you in love?
Hell yeahhh! 
I LOVE MY MOTHER!
Happy Mother's Day, IBU!!!
*tak kisahlah Hari Ibu 
tu katanya tak boleh sambut tapi I nak wish jugak!
'Coz she thinks that today is special.

♥  
♥ ♥ ♥
♥ ♥ ♥ ♥ ♥
♥ ♥ ♥
♥ 

Mother's Day


p/s: Dah sms tapi mungkin ibu dah tidur...


I blogger Muslim vs. I blogger Muslimah

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Terkejutkah tengok tajuk? Janganlah macam tu... tak baik tau. Entry kali ni ringkas je tapi amat bermakna jugaklah sebab I dipelawa oleh Ijat (lagi sekali) untuk join jadi blogger Muslim secara 'sah'. Gitewww! Haha~ It's great to be apart of something good. 


Comel tak?? Comel kan? Tu ibarat I lah cuma pakai serban dengan jubah je. Masalahnya kawan2 yang follow bukan semuanya pernah tengok rupa I kan? Hehe~ Senang je benda ni. You allz klik question mark ni; [?]

I nak tag... Cha'a dengan Faiz. Yang lain janganlah jealous ok. I try to follow the rules. Ngee~

p/s: Mata dah ngantok tapi jari ni macam main piano...

Tilikan free

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Lupakan entry a.k.a. sesi cerca mencerca tadi. Lepas je habis paper hari Jumaat hari tu, I join geng2 MR (Farah, Eza, Nabila, Ikin & Zira) pergi makan tengahari. Mula2 berangan-angan nak makan kat dalam bangunan MARA. Tapi disebabkan penuh, we allz tuko plan makan depan Coolblogwannabe. Kenapa Coolblogwannabe? Sebab tak lama lagi sebelah kampus I ada Coolblog (habislah duit aku!). Kenapa semuanya perempuan? Suka hati I lah nak makan dengan siapa? *tiba2 emo

Dah2... malas nak cerita pepanjang (ada ke perkataan ni?), after I habis kena perli kat meja dengan kawan2 (kes entry lepas a.k.a. cari sendiri), serta habis bergosip (ishk3... Jumaat keaaannn? Tak fahamlah!) tiba2 mulalah si Farah dan Ikin memulakan sesi ahli nujum Pak Belalang tak bertauliah they allz. Thank God masa tu dah habis makan. Mula2 sibuuuuuuuk dok menilik tangan si Zira dengan Nabila. Haruslah I bertanya keaannnn...

"Korang ni pehal? Korang buat apa?"

Kononnya curious sangatlah nak tau. Bajet2 semangat inkuiri I tinggilah keaaannn... padahal busy body. HAHA~ Then, si Farah bagi arahan,

"Kau buat tangan kau macam ni", sambil tunjuk caranya.

I rasa you allz mesti ada yang tau macamana cara2 normal kalau orang nak tilik tangan you allz. Sorry, I tak ada gambo. Alaaahhhh... masa kita sekolah dulu2 kan ada kawan2 kita yang jadi 'ahli nujum'. *buwek, sila menyampah

Boring


I layan je kawan2 I ni. Almaklomlah, I kan baru habis paper lepas tu stress lagi menyampah dengan gelagat examiner tu. Mestilah I relakan je melayan perangai kawan I ni. Haha~ Adoyyai! Adalah lebih 10 saat I menadah tangan macam orang sewel kat kedai tu. They allz berdua tu (Farah & Ikin) tak habis2 menilik tangan I. Geram lak sebab lama sangat. Sekali Farah cakap,

"Bini dia kaya sikit... tapi dia pandai sikit."

Hah?! I blurrrrrrrrrrr sekejap. 2 saat lepas tu baru...

"Ouh? Tak pelah dia kaya sikit daripada aku. Nanti esok harta dia biar aku yang jagakan!" *omaiGOD!

Confident Mikah! Memang kepala otak fikir nak conquer harta bini je. HAHA~ Tiba2 si Ikin cakap,

"Eh! Bak tangan, bak tangan."

"Nak apa lagi?"

"Nak tengok anak."

Anak?? Hah? Ok, fine. Silakan... hahaha. I pun bagi jelah. Yelah, enjoy jugak layan tukang tilik free ni. Alahai, bukannya I nak percaya pun. Lol! Dah tu lagi lama daripada yang first time tadi. I pelik jugak.

"Weyh! Dah habis ke belum?"

Ikin jawab, "Jap.. jap.. jap.. Satu je?" 

Sempat lagi tu dia tanya Farah. Rupa2nya they allz ni tak percaya yang kalau ikut tapak tangan I, I akan ada sorang anak je.

"Hah! Baguslah! Buat apa ramai2. Anak laki. Oklah tu."

babies


Tiba2 Eza mencelah, "Tak pelah. Kau kawen dengan aku jelah Mi***! Campur kita berdua dapat 4 orang."

"Ah! Sudeyh. Miang! Kau dah ada pakwe."

HAHAHA~ Adeh... macam2 perangai kawan I hari tu. Overall, they've made my day with those ahlinujumthingy. I malas nak layan lama2 sebab kalau tak alamatnya tak pergi solat Jumaat pulak nanti. They allz bolehlah lepak kat gerai makan tu lama2. LOL! Tapi kalau betullah... siapalah isteri I nanti ek. Ada tak muka macam Megan Fox, kaya macam Dato' CT ke... mungkin pakai kereta Porche ke... *harapan!

Megan Fox


p/s: Ijat tag I lagi... apa pulak kali ni ek.


"Stop writing. Stop Writing! STOP WRITING!!!"

As salam & heyy y'allz!

Ya Allah! Ya ampuuuuuunnn... (tiba2 feeling sinetron apekahhh??). I tak dapat hapdet blog tersayang ni semalam sebab terpaksa fokus kat paper MKT542 petang tadi (Sabtu) yang mana I tak baca2 lagi sampailah tak dapat hapdet blog ni. Sedeyh! Bacanya macam mengena je tapi rezeki tak menyebelahi I bila I macam tak boleh ingat ada 1 bahagian yang I dah ulangkaji tu sedangkan I pilih untuk jawab soalan tu. Dah lah! Malas nak fikir. Mintak2 pass sudeyh. I nak cerita hal berkaitan dengan tajuk entry ni which happened last Friday. Dah basi jugaklah cerita ni tapi nak jugak ce citer. 

Pagi tu kan I jawab paper Marketing Research. Well, nak dicepatkan cerita masa mula2 masuk tu tengok pengawas peperiksaan yang jaga tu macam baiiiiiiiiik je. Sweeeeeeeeeeet je. Mula-mula lah! Then, dia siap ambil berat lagi kat student yang duduk depan I. Yelah, mamat tu handsome so agak2nya dia pun sudilah kan nak tanya, "Kenapa? Awak tak sihat ke?" *which I was not jealous at all

Bila masa dah nak tamat maka bermulalah alkisah... tajuk diatas. Btw, paper ni jawab dalam 3 jam je. (je?) Sebelum waktu menjawab tamat, dia siap ada bagi amaran untuk jangan keluar even nak ke tandas dalam 30 minit terakhir. Apekaaahhhhh?? Tak pernah dibuat orang! Setahu I lah, yang tak boleh keluo tu maksudnya bila student dah habis jawab dan nak submit answer script je yang tak boleh keluo. Ok, lepas tu dia asyik sibuuuuuk nak ingatkan berapa minit lagi yang tinggal. She kept reminding, 

"15 minutes more..."

5 minutes later, "10 minutes more."

5 minutes later, "5 minutes more."

Then, "1 and a half munite!"

Lastly, she told us that the time was over. But the thing is I haven't finished yet at that time. Masa tulah dia mula cakap,

"Stop writing..."sambil pandang I.

"Stop writing!"

"Stop! Writing!!!"

"STOP WRITING!!!"

Fine!!!!!!!!!!!! Kau pehal hah pompuan? Kan dah I marah2. Seriously, she's the most annoying examiner I've ever met. Sampai sempat cakap pada I lagi apa tau,

"Kenapa degil sangat ni??!"

WHATTHEFISH?!! Masalahnya kau tak kutip lagi pun paper2 tu kan?? Bagi jelah aku habiskan beberapa ketul perkataan. Apa masalah kau ni sebenonya? Nak kata period kau sempat mengaji al-Quran masa jaga exam tadi (which was great). Tu yang aku tak faham. Mula2 masa masuk mood kau macam sempoooooooooi je. Yang tiba2 nak marah aku pehal? Weyh! Before this, I tak pernah nampak controlfreak macam dia ni jaga examination hall. Siap ada yang skip kutip kertas lagi time ada student yang tak habis jawab. Manusia yang I jumpa hari tu je lain daripada yang lain macam tak pernah jadi pengawas peperiksaan. CONTROL FREAK!!! Kalau kau baca kitab suci tu lepas tu nak meninggi-ninggi suara kat aku dan tak reti bersabo kau memang sedeyh! Bertolak ansurlah sikit. Haisssshhhh! Baran betul I hari tu. Masa dah keluo exam hall tu ada lah 2-3 orang yang perli2 I. Haruslah kaaaannnnn... tapi dandan I cakap,

"Markah aku tak effect pun pasal setakat dia sound2 aku tak berhenti tulis. Yang tanda bukan dia!"

Bukan I nak berlagak tapi itu adalah hakikat sebeno. Dia sememangnya examiner paling pelik pernah I jumpa. Lebih kurang samalah dengan masa bff I kena marah time dia tak berhenti menjawab masa kat sekolah menengah dulu. Huhu~ Sampai bila2 I akan ingat perempuan tu dari fakulti mana dan muka dia macamana. Tak mau jumpa dia lagi. Ya Rabbi... rensa!

control freak


p/s: Sampai Puteri pun tolong sebut nama I masa tu... haha

Thursday, 5 May 2011

2 Papegh Stghaight!

As-salam & heyy y'allz!

This is my quick post y'allz. 
Ah! Poyo. 
Bila masa lah I ni pandai taip sekejap2 dan pendek2. Haha~
But, seriously this time it's for real.
I need to study and focus more.
Tomorrow, 
I'll have to sit for Marketing Research paper.
It's like a Law paper...
the difference is MR doesn't have any codes or act.
Means that it's more difficult to remember unless you understand this subject.
The day after tomorrow...
Marketing Channel!
Oh my Gucci!!!
This subject is killin' me and my friendz.
Why??
B'coz it's hard to understand the topics and then,
we are kinda lost since the very 1st day we enter the class.
Huh~
May Allah bless me with great surprise.
I hope that I can answer all questionz and pass with flying butterflies... 
(suka hati akulah nak letak colours ke apa!).
That's all for now.
Wish me the best of luck and success.
~XOXO~

Nervous

p/s: Tak sabo nak tunggu malam Ahad...

Nothing Else I Can Say

As-salam & heyy y'allz!

Thanks For Visiting


I masih belum ada mood yang best untuk mula belajo semula sedangkan plan nak study mati-matian malam ni. Hmm... tajuk kat atas tu tak ada kena mengena dengan lagu Lady Gaga ok. I cuma post ni untuk menyatakan betapa seronoknya bila kita post sesuatu dalam blog (especially blogger tak popular macam I ni) dan orang komen atau rate. Yang paliiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnngg best bila ada orang follow. Itu yang buat I tak mau stop ber'blogging' sampai mati. InsyaAllah... hopefully. I buat blog bukan untuk ramai orang follow ke apa cuma nak ce citer hal peribadi yang tak berapa nak peribadi tu je. Tiba2 I tengok follower makin bertambah. Tu yang rasa terharu tu. Lagi2 bila kawan2 rapat sendiri yang bagi respon. Bahagia hidup ni sekejap. Rasa2nya dah mula ada mood nak study MR ni. *poyo* Thanx a lot to all my followerz especially those new ones. Thanx 4 visiting my place. Thanx jugak kepada yang drop mesej kat ShotMix. I hargai semuanya. Paling tak boleh blahh bila ada blogger yang followers dia beribu riban tapi sudi singgah blog I yang tak seberapa ni dan follow. Cayalah you allz! You allz memang supportive dan friendly. Wish me luck for my next final papers. ~XOXO~

Thanks a lot !


p/s: Thanx jugak kat Hakim sebab sudi baca semua post yang ada dalam ni dan sms semata2 nak bagitau tu je. HAHA~

Yes, I'm so down.

Assalamualaikum & heyy y'allz!

I have 3 more papers to be sited sit (Norman tegur grammar error)  for this final exam but I just don't have the mood to revise everything. Dunnow why... maybe b'coz I miss my mom. Azem knows why. No need to tell everyone I think. I miss my best friends too I guess. Miss them a lot! I could cry if I want to. Juz play the piano or guitar for me and believe me, I can cry while singing Natasha Bedingfield's Soulmate. I juz pray that Lord (Allah) will give strength for me to finish every each paper until the very last one next week. InsyaAllah~ I can't wait to go to Langkawi and leave someone called 'Stress' there then, absorb the peace and happiness from my friends and the memory of that  trip-soon-will-be. Enjoy the lyrics and you people will feel my sorrow and my strength. Click the title if you wanna download them. ~XOXO~



Incompatible, it don't matter though

'Cause someone's bound to hear my cry

Speak out if you do, you're not easy to find


Is it possible Mr. Lovable is already in my life?
Right in front of me or maybe you're in disguise

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

Here we are again, circles never end
How do I find the perfect fit?
There's enough for everyone
But I'm still waiting in line

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone
If there's a soulmate for everyone

Most relationships seem so transitory
They're all good but not the permanent one

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Oh, somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone
If there's a soulmate for everyone


**************************************************************************



Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu



Chorus


Insya Allah Insya Allah Insya Allah

Ada jalannya

Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu


Repeat chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar


Repeat Chorus


lauren verbal beat down


Credit to 4shared, elyrics and 1liriklagu.com.

p/s: I nak balik rumah esok boleh? *tempah maut