Wednesday, 4 May 2011

Doraemon: Cartoon of All Time


doraemon

As-salam & heyy y'allz!

Mesti siapa2 yang follow dan online masa ni menyampah sebab asyik blog I je yang muncul hapdet blog. Lappy I pun silap2 boring tengok muka I dari pagi sampaaaaaaaailah tengahari. Nak buat macamana y'allz, I tak ada paper hari ni dan memang dah plan nak update story je sepanjang hari ni. Malam nanti baru belajo. *insyaALLAH

Kenapa Doraemon? Hmm... agak2 kenapa ek. Kalau I nak jawab baik jawapannya mestilah, "Ada lewww." Tapi kalau I tak mau cakap baik2 jawapannya adalah, "Suka hati akulah! Blog aku. Hak akulah nak cakap kartun apa yang best!" Gitewwww... sentap terus kawan2 yang nak baca. Directly tekan button 'X' kat atas belah kanan tu. Wakaka~ Kau relax je bro, chill je! Jap lagi I mulakan cerita kenapa I kata 'Doraemon: Cartoon of All Time'. Memandangkan hari tu dah cerita pasal My Girl, apa kata cerita pasal kartun pulak.

doraemon
Motiffff??!

Ok, ramai dalam kalangan kita membesar mesti tengok kartun. At least satu atau dua jenis. Setujooo? Kecuali yang tak ada TV kat rumah sebab ibu dan ayah dia takut anak2 dia terpengaruh. Walhal banyak lagi perkara yang boleh buat anak2 zaman sekarang rosak dan terpengaruh dengan budaya yang pelik2 selain daripada TV. Kartun yang berakhir dengan suku kata 'mon' ada banyaaaaaaaak. Pokemon (kontroversi maksud nama watak), Digimon, Sailormon (moon), Tintumon, dan semestinya Doraemon. Tapi apa yang best sangat dengan Doraemon ni hah? Sampai you allz sanggup solat Maghrib kelam kabut sampaikan tak sempat baca doa terus bukak kain campak tak berlipat dan duduk depan TV? Hah! Kantoiiiiii... you allz macam tu keaaannnn?? Baik ngaku cepat! *psiko

doraemon


Ok3... tak adalah sampai macam tu kan. Tapi waktu Doraemon biasa ditayangkan sekarang memang mula pukul 7.30pm kat ntv7. I suka gilewww kartun Doraemon ni. Ada macam2 sebab. Dari kecik sampailah sekarang kartun ni tak pernah berhenti tayang. Tengoklah! Mana ada lagi Dragon Ball keluo TV? Sailormoon kah? Kartun popular zaman sekarang semuanya pasal detektif dan penyiasatan bagai. I tak minat. Pada I kartun kenalah something yang amat comel dan sedap. Sedap maksudnya jalan cerita menarik dan buatkan kita ketagih. I dah kenalpasti sebab kenapa I kata Doraemon ni beeeeeeeeeeest.

cake

:: Main character

Ada ke kartun lain yang watak utama dia kucing yang ada poket? Tak ada kan? Kucing kat rumah you allz ada poket? Tak jugak kan? Sebab tulah I suka tengok kartun ni. Doraemon tu berbentuk bulat warna biru dan bersuara comel serak2 basah macam masa kucing buat bunyi manja. Walaupun katanya Doraemon tu robot tapi tak nampak macam robot pun. Memanglah takkan ada kat dunia pun kucing yang boleh keluar barang dari poket yang tak pernah wujud tu tapi macam besssssssssst jek tengok. Bila2 nak ke Paris boleh mintak pintu ajaib tu. lol~ Paling tak boleh blahh bila Doraemon siap boleh ada hati dengan kucing dekat2 dengan rumah tu. Walaweyh! Comel ok itu bahagian.

Tadaaaaaaa!

:: Significant characters

Kat sekolah dulu, you allz ada tak kawan ke pembuli yang berbadan beso macam Giant? Cepat naik angin, berlagak macam serba boleh dan suka belasah orang yang lembik. Mesti ramai yang kata ada sebab kat sekolah I pun ada jugak. Ahakz~ Lagi satu, mesti ada budak lelaki yang nerd dan looser macam Nobita masa kat sekolah dulu kan? Wajiblah! Biasa  jugak time kat sekolah dulu ada budak2 yang digelar Doraemon disebabkan kedoraemonan dia. Hahaha... sebab tu Doraemon popular. Watak2 dia mudah nak ingat sejajar dengan perwatakan kawan2 kat dalam kelas dulu2. ;P Doraemon pun ada adik-beradik dan yang selalu keluo TV si Doralin tu.

Kau hingat suara kau sedap? =P

Cute!^^

:: Pronouns 

Pronouns? Apa tu? Kata ganti namalah! Aiiiyyooo! Tu pun tak tau. Kalau kartun sepatutnyalah, agak2 you allz sesuai guna kata ganti nama apa? Saya-awak ke aku-engkau? Mestilah saya-awak sebab kalau guna kata ganti nama aku-engkau bunyinya macam kasar dan kurang sesuai untuk kanak2 bawah umur. Nanti masa tadika lagi dah cakap aku engkau dengan kawan2 macamana? Tak best lah. Keharmonian dan keseronokan alam kanak2 tak terasa. Kena guna kita-awak-saya-kamu-kami. Sebab tu kartun ni best dan jadikan dia lain daripada yang lain. Macam Digimon ke Dragon Ballz, ada guna saya-awak? Jaraaaaaaaaaannng. Acapkali mesti guna engkau-aku. Takkanlah Bezita@Bejita lawan Goku nak guna saya-awak-kita? Lalala~


:: Obscene elements

Rasa2nyalah Doraemon antara kartun yang paling kurang kontroversi dan unsur2 lucah dari Jepun. Bukannya tak pernah ada cuma biasanya kalau dalam TV tak masukkanlah. Komik mungkin kot. I jarang baca komik Doraemon sebab I tak suka membaca. I prefer to watch the cartoons. Kalau ada orang beli baru I baca. Hehe~ Doraemon ni lebih 'bersih' lah nak dibandingkan dengan Shin Chan ataupun Dragon Ballz ataupun Sailormoon. Semua tu I tengok masa zaman budak2 dulu. Eh! Jangan salah faham ok. Maksud I kartun tu semua bukan bahagian yang tak senonoh tu. Huh! I tak faham kenapa kartun yang penontonnya ramai kanak2 perlu diselitkan dengan humor berunsur lucah. Mungkin kartun macam Shin Chan tu layak kena ban.

Mulalah tu... "gajah... gajah..." Adoyyai!

:: Sing along song

Hahaha... peliklah kalau siapa yang tau pasal Doraemon tapi tak boleh humming the jingle. Seriously! Ayah I pun kenal bunyi kartun Doraemon start dengan ending macamana ni... takkan you allz tak tau? I tak boleh ikut semua liriklah tapi boleh sikit kalau nak nyanyi sama. Wakaka~ *Takut tikus kah?! 


Konna koto ii na 
Dekitara ii na 
Anna yume konna yume ippai aru kedo 
Minna minna minna 
Kanaete kureru 
Fushigina POKKE de kanaete kureru 
Sora wo jiyuu ni tobitai na 
(hai! takekoputaa!) 
An-An-An 
Tottemo daisuki 
Doraemon...
 
shukudai touban shiken ni otsukai 
Anna koto konna koto taihen dakedo 
Minna minna minna 
Tasukete kureru 
Benrina dougu de tasukete kureru 
Omocha no heitai da 
(sore! tototsugeki!) 
An-An-An 
Tottemo daisuki 
Doraemon
 
Anna toko ii na 
Iketara ii na 
Kono kuni ano shima takusan aru kedo 
Minna minna minna 
Ikasete kureru 
Mirai no kikai de kanaete kureru 
Sekai ryokou ni ikitai na 
(ufufufu... doko demo DOA!) 
An-An-An 
Tottemo daisuki 
Doraemon 
An-An -An 
Tottemo daisuki 
Doraemon


:: Dorayaki

Siapa kata kuih ni tak ada peminat? Suka kot tengok part Doraemon dok melantak kuih Dorayaki ni dalam bilik Nobita lepas tu tak nak bagi orang lain. Dah lah buat muka comel masa makan dengan feeling2 puas makan padahal kartun je. Hahaha... Semua peminat kartun ni akan terliur sekejap bila ada babak Doraemon makan kuih tu. OmaiGOD! Cakap pasal kuih dorayaki tu teringatlah dorayaki Malaysia a.k.a. Tokiwado. Nak2 yang inti cheese. Ouuuchh! Menjilat jari you allz. 

Credit to inezkitajima.wordpress.com for this yummy pic.

:: His Voice

Haruslah suara Doraemon tu satu fenomena untuk peminat2 dia. Yelah, cuba you allz fikir kat Malaysia ni siapa yang buat suara Doraemon masa rakaman alih suara tu? Tak tau? Entah! I pun tak tau. Lalala~ Tapi cuba fikir kalau orang yang buat suara Doraemon tu dah pencen ke meninggal dunia ke siapa agak2 nak ganti? Bukan semua orang ada suara Doraemon. HAHA~ Maka sebab tulah kadang2 suara Doraemon dan watak2 lain macam Suneo boleh bertuko dan kita akan perasan sedikit perbezaannya especially bila suara tu sedikit berbeza. Huhu...


Doraemon cosplays
Enjoy!

Seronok cakap pasal I punya favourite cartoon ni. Excited mengingatkan zaman kanak2 yang happening bila ada kartun tapi Malaysia pun dah ada apa kartun2 yang hebat macam Upin & Ipin, Boboi Boy dan Keluang Man. Hahaha... Eh! I'm serious okay. Ayah I pun akan faham kalau lepas Maghrib hari Sabtu tu muka I je ada depan TV dulu sebab nak tengok kartun tu. Dapat tengok slot kedua kartun Doraemon pun dah kira bahagia dah hidup. Budak-budak kan perangai I? Well, what can I say. It's fun to be like kids sometimes. I akan merengek2 kalau bukak2 je dah habis dan biasanya akan buat mimik muka sedeyh kalau lagu ending dia dah keluo sebab rasa tak puas. Nak download tapi tak rajin. Lagipun bajetlah faham kalau bahasa Jepun tu. Hihihi~

p/s: Congratz to my favourite singer, Mariah Carey has given birth yesterday. They got twins!^^

6 comments:

Sophia said...

suka suka suka :)hee ,

Mikah Lurima said...

hehe... great!^^

shidee said...

hai.. nice blog.. beautiful picture.. i love it..

if you have time come to visit my blog http://shidee08.blogspot.com/
do not forget to follow me..

thank you..
hehee..=)

Mikah Lurima said...

Shidee>> Thanx 4 dropping by here. Dah g blog u n follow. u're welkem~^^

eyqa said...

haha3..cer doremon mmg besh ar..komik ke cter pnjg or pendek sume pn besh...i love cter pnjg doremon kota hantu dgn doremon planet zamu.cter pnjg doremon sun-goku besh gak..u should watch it,at leats beli ler komik dy,,

Mikah Lurima said...

hmmm... ingt nk donlod je ataupun pnjam sapa2 yg ada cd. hihi~