Sunday, 22 May 2011

Le Tour D' Langkawi

As-salam & heyy y'allz!

Sebelum I citer lebih lanjut I nak ucapkan takziah kepada waris-waris mangsa korban kejadian runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat. Maaflah tersalah maklumat dalam entry sebelum ni. I terasa sayu bila tengok berita tadi. Even Aznil Hj. Nawawi reported about this sad news on Akademi Fantasia (Live). 

From my friend, Mr. Google. =)

Okay, I have to keep my promise to this blog and my followers. Eyqa dah cakap dah suruh cepat 'report' pasal trip ke Langkawi hari tu tapi I ni kelisa sangat nak online dan taip entry. Tapi sejak Selasa hari tu I dah mula di tag ke gambo2 yang meletOp kat Facebook. So, I rasa I kena jugaklah citerkan pasal trip seminggu yang lepas. Bayangkan! Dah seminggu baru nak citer. Ishk3... Mikah, Mikah... *sigh* Sebelum apa2, I nak bagi tau yang I pergi trip ke Langkawi ni under International Business Unity Club (IBUC), UiTM Melaka City Campus. Wahh! English gitewww. Arosso! I akan mulakan... SEKARANG! =P

11 Mei 2011 a.k.a. Rabu

I packing barang semuanya hari ni. Punya malas tu nak kemas lepas sampaikan lepas habis last paper pun tak kemas2. Pagi2 tu bangun seawal Subuh (tak tipu ok!). Aduhhh... penat sangat. Kemas rumah sekali semua. Selamatlah Norman dan Anep ada. Dengan barang I yang memang super duper loaded tu memang tak mampu nak buat 'clearance' sorang2. LOL! Itulah... nak buat macamana. I ni memang tak reti bawak barang sikit2. I nak rasa selesa walau kat mana pun I tinggal. You allz mesti herdik I kalau tengok kereta I yang comel tu penuh dengan barang. Sungguh! Yek2 je Azem kata pukul 2pm bas nak bertolak ke KL Sental. I ni punyalah bertungkus-lumus bersiap secepat mungkin. Rupa2nya bas jalan pukul 3pm++. Kereta? Kereta I tinggalkan kat kolej je. Macam2 jugak procedure dia tapi alhamdulillah, Pn. Ikhwana memang understanding. I just love the way she manages the college. 

I bawak 2 beg pek. Satu warna merah dan satu warna hitam. Almaklomlah, bag packing katanya. So, haruslah I bawak beg yang biasa2 je. Ikutkan hati dah lama I bawak beg sebeso bagasi. Hua3~ Alhamdulillah... perjalanan baiiiiiiiiiiiiiiiiik je sampai KL Sentral. Ada jugaklah singgah kat perhentian Plus (tak sure yang mana) untuk solat Asar. They allz makan2 tapi I cuma minum Mango Smoothies Coolblog + pearl je. Fuhh! Izi memang tak tipu. Sedap meyh! 

Sampai2 kat KL Sentral kononnya nak jugaklah jumpa Faiz ke Zira ke... tapi they allz cakap I lewat sangat bagi tau. So, tak ada lah rezeki nak jumpa. Ada dalam 3 jam lebih kurang  untuk tunggu keretapi. Yes! We allz naik train untuk ke Arau. Barulah adventure! Hihi~ Sempat solat Isya' dan Maghrib jamak ta'khir, siap siggah 7Eleven, tangkap gambo bagai dan bolot air singgit kat mesin air tu. Yeah! We were so crazy and very excited. I ni serba serbi jakun dan sedeyh sebab tu first time I sampai KL Sentral. Jakun you allz! Agak cantik untuk sebuah stesen perkhidmatan kenderaan awam. Ala2 airport a.k.a. KLIA pada pandangan I lah. Masa nak naik KTMB ada sikit kekalutan tapi alhamdulillah pihak pengurusan dapat uruskan walaupun agak kelam kabut masa nak duduk tu. Ni pun kira first time I naik keretapi. Sekali lagi... jakunnya I ni. Malooo jek. I tak puas hati dengan koordinator yang cek tiket tu. Tapi malaslah nak citer. I nak citer yang best2 jek. Haha~

Masa naik keretapi ni mula2 rasa sikit panaslah sebab kurang rasa air-cond dalam tu. Tambah2 lagi we allz angkat beg berat2 bagai dengan ada yang bawak hiking bag lagi. Lagiiiiiiiiiiiiilah rasa bahang! Haha~ Mula2 plan nak tidur tapi they allz beli tiket Kelas Ekonomi. Kerusinya tegak dan keras. Cuma boleh kebelakangkan sikit2 je. Ada tray kat depan dia. Thank God tak dapat yang bertentangan dengan arah jalan dan yang ada meja bersemuka dengan penumpang lain. Huh! Tak sanggup I nak pandang muka orang yang I tak kenal sepanjang perjalanan. Nasihat I kalau you allz nak jalan lebih daripada 5 jam naik train silalah beli tiket Business Class. Untuk keselesaan you allz jugak. Mahal sikit jek pun. 

Mula2 Ifa dan Aza ajak pergi kafeteria. Yelah! Ifa lapo... kecian dia. I pulak terlalu excited sampai tak boleh tidur. So, mulalah I dan Azem bangun dan jalan ke kafe (kat gerabak depan). Macam2 jugaklah gosip yang terkeluo dari mulut masing2. Bukan suka2 nak ngumpat cuma mendengar luahan hati kawan. Yelah, kata nak release stress selepas final exam. Haruslah ada sikit2 gosip untuk lepaskan beban hati ni keaaannnnn... nasihat kepada yang belum pernah naik KTMB. Silalah bawa bekalan makanan sebab apa2 yang dijual di dalam gerabak adalah mahal. Ye! Jadi baik you allz bersedia dengan McD ke Subway ke untuk mengalas atau sekaligus mengenyangkan perut you allz. Tak berbaloi rasanya kalau you allz beli makanan dalam tu. Just a suggestion.

Balik semula ke tampat duduk we allz duduk senyap2. Konon2 nak tidurlah keaaaaaaannn. Berangan2 sambil dengar mp3. Keretapi tu gerak agak cepat dan mungkin jugak sebab KL dengan Perak tak jauh mana. Tau2 je dah sampai Ipoh. I sememangnya EXCITED! Kenapa? I tak pernah jalan2 sampai utara. Tambah lagi satu kejakunan. Famili I tak suka makan angin jauh2. So, I ni memang tak pernah jejak tanah ke negeri2 utagha ni. Hehehe~ Sampai Ipoh terus mabuk kamera posing tak hingat dunia macam baru telan beberapa pil kuda. Sampaikan penumpang2 gerabak lain bengang tengok we allz yang riang ria ambil gambo kat situ. Kebetulan pulak train tu stop lebih lama kat Ipoh berbanding perhentian2 lain dan stesen dia amat 'stylo'! =D

Habis je posing bagai. Konon2 nak tidur sebab bajet penat ambil gambo. *cehh! macam kau je yang snap picture* Keretapi baru nak gerak tiba2 si Ifa datang tunjuk gambo kat kamera dia. Amat cantik ok! So, I dengan Azem pun bangun balik berkejo ke bahagian antara pintu masuk tu untuk tangkap gambo lagi. Photo shoot we allz tamat pukul 1am. Masa ni semua orang dah raise white flag dah sebab tak larat dan terlalu penat. Haha~

12 Mei 2011 a.k.a. Khamis

Sedo2 je dah pukul 6am++. I memang tidur nyenyak tapi Azem tak. Kecian dia... alolo~ *Buwek3* We allz mula2 confident lah ada surau dalam KTMB tu. Rupa2nya sedeyh! Masa we allz naik keretapi hari tu, gerabak yang ada surau tu tak disambung. Lol! Why?? Kata salah sorang kakitangan dalam tu, gerabak tu rosak. Huhu~ Tak memasal ambil wudhuk kat tandas yang kecik dan solat atas kerusi je. Kiranya I ada pengalamanlah solat dalam kenderaan yang bergerak. Insaf you allz! Seriouly. I rasa terharu sangat sebab bukan senang nak ada pengalaman macam tu. You allz mampu driving kat high way sambil solat? Non mampu! =P

Sampai je Arau, bas UiTM Arau dah sampai. So punctual okay! Bas tu masih baru lagi sebab terlalu selesa dan cantik serba serbi. Tapi tak sampai 30 minit dah sampai Jeti (I lupa nama tempat tu). We allz tunggu dalam 45 minit je untuk feri sampai. Turun je bas dah boleh bau laut. Yes! I boleh kenal bau laut tu macamana. It's hard to describe how. Since I'm a modern guy who live in a developed city of course I can differentiate the smell of city and not city. Haha~ Dalam feri memang tak boleh tidur sebab I ni excited nak tengok pemandangan. First time y'allz! Haruslah nak tengok tingkap segala bagai. Perjalanan dalam 45 minit jugak. We allz sampai lebih awal dari bas so, kenalah tunggu. Sementara tu makan dulu kat kedai terdekat kat situ. Boleh tahanlah, tak mahal sangat cuma dah sampai laut ni nak jumpa ayam agak susah. Huhu~ I ni tak suka ikan so terpaksalah I telan ikan goreng. Haha~

Sampai je tempat penginapan a.k.a. chalet we allz berehat. Ada dalam 2 jam setengah sebelum aktiviti island hoping. Alhamdulillah, I dan Azem di'offer' untuk duduk chalet berdua je. So, we allz antara yang first dapat kunci. Memang tak sabo sangat nak mandi dan segarkan badan. Baring manja2 atas tilam empuk sambil ditiup pendingin hawa yang sejuk. Whooooosshhh! Antara 2 jam yang paling menenangkan selepas perjalanan 10 jam yang amat meletihkan. 

Okay, I have a lot more to tell you and to leave my sweet memory in this blog but I can't. I need to sleep. We'll continue after a few hours insyaAllah... but before that, enjoy those pictures!^^ Btw, USB kamera I entah ke mana. Ini adalah hasil daripada kamera kawan2 I. Hihi~










One of the best scenery picture that Ifa snapped during our trip. Siapa copy semua gambo ni tanggung dosa okay! I tak halalkan. Sekiranya nak jugak berbuat demikian sila minta kebenaran. Kalau tak jumpa kat akhirat. I'm waiting for you...
p/s: Tak sabo nak pergi Tangkak semula...

3 comments:

eyqa said...

wah3...besyer p lgkawii..p underwoterworld tak??t ltak pic bebanyak,,bia gamba mnceritakan sumer.hehe..

eyqa said...

wah3...besyer p lgkawii..p underwoterworld tak??t ltak pic bebanyak,,bia gamba mnceritakan sumer.hehe..

Mikah Lurima said...

hehe...
tak g underworld sbb x plan pown. lg pun x rse tertarik coz dlu dah g Aquaria. heee~
orait! i will.