Monday, 23 May 2011

Welcome to a new world, Adik!

Assalamualaikum & heyy y’allz!

Hehe… a few hours konon. Dah nak masuk dua hari tak sempat update. Sorry y’allz! I tak plan pun untuk bertolak ke Batu Pahat malam semalam. Kenapa? Adik I daftar masuk ke Kolej Matrikulasi Johor kat Tangkak siang tadi. I used to study there right before I become a degree student in UiTM. Tak sangka sangat3… sepantas ni masa berlalu. Dah tiga tahun I tinggalkan matriks. Sekarang adik I pulak yang nak masuk situ. She got two choices but she decided to choose the ‘shortcut’. I cuma bantu dia dari segi maklumat dan pengalaman je. Pilhan dia yang lagi satu adalah untuk ke UiTM Lendu, Melaka. Thank God dia tak nak masuk situ sebab I tak berapa setuju. Ada lah sebab2 nya. Tapi I dengar kabo yang anak saudara I akan masuk situ. Tak kisahlah… rezeki masing2 ye tak?

I tengok adik I macam excited sangat tapi dalam masa yang sama mesti nervous. Alahai… I tau lah. Lagi pulak dia first time masuk kolej a.k.a. asrama. Mestilah berdebar-debar nak kenal orang2 baru dan environment baru. I okay je dia nak masuk mana2 IPT pun. Yang penting dia boleh buat dan jangan jadi macam I. I suka adik I dah tak ada kat rumah. Tak payah rebut2 remote tv. *abang yang teruk* Tu secara jujurnyalah tapi I bangga dia akhirnya dapat sambung belajo tambah2 masuk kolej yang pernah I masuk. Offer lain we allz tolak tepi dulu. Tu lain cerita. Buat apa nak sedih2? Dia dah beso… layaklah dengan muka dia kena belajo jauh2. Haruslah akan rasa sunyi sebab we allz ada empat beranak je. So, tolak campur tinggal ayah dan ibu jelah kat rumah (bila I start sem baru). Mesti they allz happy sebab boleh honeymoon bagai keaaannnn? Hahaha~ Eleyh! Macam I tak tau ayah I tu cepat touching. Memang betullah sangkaan I bila ayah yang mengalirkan air mata masa peluk adik tadi. Anak dua orang je you allz. Mestilah sedeyh lagi2 ni lah first time anak perempuan dia tinggal jauh (walhal 100km++ je). Ibu pun... tapi adik macam cool je. Macam I lah senang kata tapi tak taulah kan kot2 lepas we allz balik tadi meraung. Haha~ *Jangan marah ayah & adik! =P

Konon nak post kat R&R Pagoh tapi internet connection asyik lost je. Ayah yang drive sebab pagi2 ni I mamai sikit. *sikit kah?* So, better if he drives the car. Malam tak apa. Sambil2 hanto adik tadi dapatlah jumpa beberapa orang bekas pensyarah. Sangat banyak cerita dan rasa sangat3 happy tadi. I miss them meyh. Of course, I will miss my sis too, like my parents miss me. *perasan* Semoga dia dapat buat yang terbaiklah, insyaAllah. ~XOXO~



p/s: Tak pasal2 tak dapat tengok Mentor semi final malam tadi. Huhu~

No comments: