Thursday, 9 June 2011

Very bad, bad, bad LIONS!

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Mintak ampun, mintak maaflah sangat2. I sebenonya dari awal minggu hari tu nak post entry ni tapi tak lepas2. Kenapa?? Yelah, duduk rumah ni terlalu selesa dan melekakanlah. Tak sempat nak online, makan dah masuk kali keberapa pun I tak ingat. LOL! Bahayalah cuti panjang2 ni. I rasa I nak terima je offer kerja kawan ayah tu. Ok2, suka muqadimah panjang2 tau. Let's proceed!

Ahad lepas, I kena ikut famili hanto adik I balik ke Kolej Matrikulasi Johor (KMJ), Tangkak. Mula2 I malas nak ikut tapi ayah 'bising' kalau I tak ikut sebab nanti penat tak ada backup driver. Whoossshhh! Sampai je hentian Pagoh we allz berhenti kejap. I tidur sebelum tu. Singgah situ pun sebab my family nak 'buat hajat'. Layaaaaaaaannn jelah kan. Dah settle semua sampai KMJ, lepas habis angkat barang adik we allz singgah masjid dalam tu untuk solat Asar. Lambatlah jugak bertolak balik. Tapi masa balik tu yang masalah... ishk3...



I tak taulah kenapa highway Utara-Selatan selalu jammed kalau Ahad malam Isnin. Acapkalilah senang kata. Kalau I balik ke Melaka dari JB mesti nampak lebuh raya dari arah Utara tu sesah gilewww!. Selamat driver2 tu tak gilewww sekali. *tak lawak pun so tak payahlah ketawa* Tapi kali ni I yang drive sebab ayah dah ngantuk. Dari Tangkak tu sampai JB, I yang drive kereta. Singgah Pagoh lagi sekali sebab nak solat jamak. Lepas tu nak makan sekali. Hmmm... HARAM! Tak boleh makan kat situ. Bukan makanan dia yang haram lah you allz. Tempat tu penuh sangat. Langsung tak ada peluang nak dapat duduk. We allz buat conclusion mungkin sebab musim cuti sekolah dan ramai orang buat kerja kahwin sebab tu ramai orang. Tengok gaya they allz dah tau dari mana nak ke mana. Ok, kita dah tersasar jauh! HAHA~



I sebenonya nak ce citer pasal driver2 yang bawak kereta kat highway. Oleh sebab malam tu lebuh raya sesak, maka jalan pun jadi tersenggut2 lah. Faham tak? Maksudnya, sekejap jalan sekejap tak. Yang buat hati I panas malam tu bila banyak kenderaan a.k.a. driver yang selfish dan keji cilok belah kiri a.k.a. lorong kecemasan. MANA BOLEH!!! You allz ni dapat lesen macamana?? Tolong jangan jawab, "Biasalah... Malaysia." Itu sungguh klise' dan tak bermoral okay. Jangan salahkan satu Malaysia ni kalau you nak langgo peraturan. Dah pulak tu banyak yang cilok laluan kecemasan tu adalah kereta2 yang berplat nombor 'S'. Cukup setakat itu saja. I tak perlu nak mention lebih2. You allz pun faham. Cuma I nak nyatakan sikit pendapat dan hasrat hati I.

"Kalau datang negara orang tu buatlah cara pendatang. Jangan nak berlagak atau kurang ajar sangat! You allz ingat dah ada plat number negara 'LION' tu you allz bagus? Who teach you to break the rules? I rasa kalau kat sana you buat macam tu sepantas kilat saman datang kan? Tiba2 datang sini terus nak tunjuk samseng jalanan. Uncivilized people!"

Negara je maju tapi rakyat dia sedih! Lebih daripada orang sini. JPJ ke siapa2... please do something! *kata2 seorang rakyar yang prihatin, gitewww!

The Lion King


p/s: Dah lama nak cakap macam tu... akhirnya dapat jugak peluang! ^_^

No comments: