Monday, 4 July 2011

Belajarlah Menulis di Atas Pasir

Assamualaikum & heyy y'allz!

This is my first time copying from someone. My best friend, Fatmie, tagged me in this note. Nota ni memang ada kena mengena dengan kehidupan harian kita semua. I rasa tak salah kalau kita kongsi. Hehehe~



Bismillahirrahmanirrahim..

Dua orang sahabat karib sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir. A dan B. Di tengah-tengah perjalanan, tiba-tiba sahaja tercetus pertengkaran di antara mereka berdua. A telah menghadiahkan B satu tamparan yang hinggap di pipinya.


B berasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindak balas.
Tanpa berkata apa-apa, B menulis di atas pasir :
Hari ini, sahabat baik ku telah menampar mukaku.

Kemudian mereka meneruskan perjalann sehinggalah mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjlanan yang masih jauh.


Dalam asyik membersihkan diri masing-masing, B nyaris
tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya, A.
Ketika B mulai sedar dari lemas dan hilang rasa takut, dia menulis di atas sebuah batu :
Hari ini,sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.


A bertanya: “kenapa setelah aku melukai hatimu,kau menulis di atas pasir. Dan sekarang,kenapa pula kau menulis di atas batu?

Sambil tersenyum, B berkata : : “ketika seorang sahabat melukai kita,,kita harus menulisnya
di atas pasir agar angin dan ombak kemaafan datang menghembus dan menghapuskn tulisan itu. Dan apabila sesuatu yang luar biasa terjadi,kita harus memahatnya di atas batu hati kita,agar tidak hilang ditiup sang bayu.”


Moral cerita, dalam khidupan seharian kita, sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yan juge berbeza-beza. Oleh kerna itu,cubalah utk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu. Belajarlah menulis di atas pasir.


Seperti jua kata para hukamak “lupakanlah kesilapan yang dilakukan oleh orang lain kpd kita,tetapi ingatlah kebaikan org pd kita,,lupakanlah kebaikan yang kita lakukan kpd orang lain,tetapi ingatlah kesilapan dn keburukan yg kita lakukan kpd orang lain”….
kerna hidup ini terlalu singkat utk kita tidak melakukan kebaikan dan memaafkan kesilapan insan lain..kerana segala makhluk akan kembali kepadaNya.


<span class=" fbUnderline">Kata-kata hikmah persahabatan</span> :

Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu atau aibmu. Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.


Brang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka seseungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.

Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,seseungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.

Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.


Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.


Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain...


Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya...


Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tionggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus...


Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu..


Sahabat yang paling baik seorang yang sanggup bertarung dengan nyawa untuk menutup aibmu....





No comments: