Monday, 29 August 2011

Selamat... Selamat Hari Raya!!!

KAD RAYA

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Tajuk kat atas tu memang kena sebut sambil nyanyi okey. 
Lagu Ramlah Ram... haha
Okey... I tak dibenarkan online sebenonya malam2 raya ni tapi I ngendeng2 kat ibu nak pinjam Celcom Broadband. 
Alhamdulillah... dapat jugak buat post sempena malam raya.
Haruslah tak dibenarkan. 
In 1 hour more, they are about 30 people who will drop by our house for takbir raya.
Gila tak? I tak bersiap lagi ni... 
Let say orang tiba2 datang memang lintang pukanglah I lari masuk bilik nak pakai songkok bagai kan? Hahaha~


Raya bukanlah hari paling seronok bagi I memandangkan I bukan budak2 lagi...
yang tak faham apa2. 
I'm adult!
So, I would understand every single that happens around me.
Famili I ni banyak drama so kadang2 penat nak layan.
Tapi, ni kan hari kemenangan kita sebagai umat Islam.
Ramadhan dah pergi...
Syawal datang kembali.
Walaupun berat badan I langsung tak berkurang puasa kali ni...
I tak kisah...
yang penting semua orang KENA HAPPY!
Dalaaaaaaaaaaaaaaam maksudnya tu... I je yang faham.
Okeylah... I nak bersiap menyambut tetamu.

SELAMAT HARI RAYA, y'allz!
Mohon ampun atas segala silap & salah I. *kalau ada
Semoga segala amalan baik kita di bulan Ramadhan diterima Allah S.W.T.
Yang buruk pula diampunkanNya. *amin
Terima kasih untuk sesiapa yang follow dan baca.
~XOXO~

Eid Ul-Fitr

Wednesday, 24 August 2011

Quick Post yang PALING QUICK

As-salam & heyy y'allz!

I tak ada masa dah ni. Hari ni busy sangat. Tambah2 lagi pagi I pening kepala, malam pun I pening kepala. Adehhh~ Dugaan kot hari ni. Dah tu hari ni perut ni rasa macam 'beraingin' sangat. Paling lapo sepanjang Ramadhan kali ni adalah hari ni! SubhanAllah... sabo jelah! Kat kelas I hamun budak sebab cari pasal. Thanx lah kat diorang. Dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat I tak naik suara tinggi macam tadi. I rasa they allz sengaja nak buat I naik hangin. Terimalah penangan high pitch tadi! Selamat tak sampai 5 oktaf. HAHA~

Pastu teman ibu pergi Danga City Mall. Ibu nak beli handbag. Adussss! Alhamdulillah... beli pun! Duit I pun melayang RM24. Beli apa?? Adalahhhh... *tak penting pun!* Lepas tu singgah bazar tapi dah tak larat nak turun.

Sekarang... I tunggu lepas sahur. I dengan Fatmie nak bertolak ke Seremban. Nak shopping raya kat KL. InsyaAllah lah semuanya berjalan lancar. Pergi selamat dan balik selamat. *macam doa pergi haji giteww

Okeylah, I nak tidur dah. Tak larat ni. Paksa je online ni sebab I takkan post apa2 dalam masa 3-4 hari. See you allz later okay! ~XOXO~

p/s: Tak sabo nak shopping y'allz! XD

Monday, 22 August 2011

Malam 2 Leko... ke Lekor? Ke Lekur? Ke Liku??

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Actually, I laughed before I gave salam to you allz. Why? Sebab tajuk tulah! I tak sure lah mana ejaan yang betul. Hmm... I bukannya dalam mood yang baik sejak beberapa hari yang lepas ni. Kenapa? Entahlah! Yang penting bukannya sebab I tak shopping lagi okey. Walaupun I excited dan tak saboooooooo sangat nak shopping tapi bukan itu sebenonya yang buat I risau. Sebenonya, I risaukan amalam I dibulan Ramadhan yang semakin 'macam berkurang'. *boleh giteww?

Sejak beberapa hari ni nafsu MALAS I melanda diri yang suci ini. *geli tak ayat?* I risau sejak malam ke-20 Ramadhan lagi. Yelah, orang makin nak tambah2kan amalan sebab dah 10 malam terakhir tapi I? Asyik banyak berangan, lalai dan sebagainya. Risau tau? Ustazah kat tadika tu pun cakap yang sejak2 dah nak masuk 20 Ramadhan ni makin letih dan kurang bermaya. Banyangkan ustazah yang punya baik I kenal tu pun kata dugaan tu berat masa bulan Ramadhan ni. Apatah lagi I yang bukan ustaz ni kan? Lagiiiiiiiilah tak tahan dugaan. I ni bukannya nak berlagak alim ke apa atau bukannya I ni baik sangat. I cuma nak kongsi perasaan risau I ni je. Tak salahkan? Inikan blog persendirian. Suka hati I lah nak cakap pasal amalan I ke apa. Setuju? So, agak2 you allz apa masalah I ni sebenonya? I sedih tau memikirkan Ramadhan dah nak habis. Betul jugak ayah pernah mentioned

"Kalau Ramadhan sepanjang tahun pun tak apa."

The thing is... that's not going to happen! The reality is Ramadhan is just a month!
A month! Kalau tak rebut untuk beramal sibuk duduk depan lappy, online bagai, buat kuih tapi tak solat pun tak guna jugakkan? Sorry, I tak bermaksud nak buat you allz yang membaca ni terasa. Kita orang Islam kan? So, sikit ke banyak ke kita sepatutnya terfikirkan semua ni. Sham Kamikaze ada cakap dalam Facebook dia. Bunyi dia lebih kurang macam ni, 

"Jangan sibuk dengan persiapan nak beraya je! Amalan dibulan Ramadhan lagi penting. 10 terakhir ni Nabi Muhammad S.A.W tinggalkan semua perkara yang kurang penting semata-mata untuk beribadah."

Jadi kita? Tak nak ke sama2 beramal ibadah? Kalau tak ke masjid pun at least buatlah amalan sendiri2 dalam bilik. Kalau pemalas macam I ni, better paksa diri tu pergi masjid, letak reminder dalam handset. Ajak famili ke kawan2 kot2 itu yang buat kita lebih bersemangat. Setuju? Jadi, sama2lah kita ye mengimarahkan 10 Ramadhan terakhir dengan amalam2 yang mulia tak kisahlah wajib ataupun sunnah. Insya'Allah... gol I supaya Ramadhan kali ni lebih baik daripada Ramadhan tahun lepas akan tercapai. *Aamiiin~

Saturday, 20 August 2011

Shopping dulu...

Assalamualaikum & heyy y'allz!

I nak post semalam tapi I lagi pentingkan rehat. Tapi last2 hari ni 'terponteng' kerja. Tambahan lagi, student I datang kelas sebab ada terapi kaki. *perlu ke bagi tau?* Jadi apa yang I nak post semalam? Tengoklah tajuk you allz! Aiiigggooo! Jangan malas boleh tak? *tiba2 tempered

I shopped yesterday. Dalam pukul 4pm baru keluo rumah. Ingatkan nak TENGOK2 je. Last2... hmm... 2 pasang yang I TERBELI. I mean, 2 shirts and 2 pants. Levi's, actually! Hahaha... First time eva I beli Levi Strauss y'allz. Janganlah sangkak2. Kali ni SALE. Tu yang I rebut nak beli sekarang tu. Susah kot Levi's nak ada sale. Betul tak? *siapa yang kuat shopping tau

Ye ye ye! I tau I dah janji dengan Fatmie nak ke KL untuk shopping. Plan tu tetap jadi. Senang! Sekarang ke KL cuma untuk cari baju jelah! Seluo dah cukup. Lelaki bukan pakai sampai 10 pasang seluo pun. Kan??
Sorrylah Fatmie sebab aku dah start dulu. With you or without you, I'm still going to buy something. I rasa antara sebab muka I berjerawat adalah I tak dapat shopping. It's not about nak raya okay! Lumrah bagi orang yang shopaholic macam I akan dapat KEPUASAN yang maksimum setiap kali lepas keluo duit untuk shopping. Yes! Sampai macam tu sekali. I risau jugak sebab selagi ada duit selagi tulah susah nak tolak jualan murah. Ini antara kelemahan I ramai orang lain ada cuma I tak ada musim. Kalau ada je lebih RM100 alamatnya duit tu akan 'dimangsakan'lah jawabnya. Konklusinya, JANGAN TIRU MACAM I!

p/s: Sekejap dah malam ke-20 Ramadhan. Tak rasa apa2 ke you allz? Rasa sedih ke? Btw, I tinggal sorang2 je kat rumah. Buka dan sahur semua sorang2. Parents I balik kampung.

Widget Baru!

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Hahaha... I nak vangga sorang2 pun bukannya I yang buat widget2 ni sendiri. They allz yang cipta. So, I cuma nak bagi kreditlah untuk they allz yang banyak berjasa pada I. Okey, mula!

First! I nak ucapkan terima kasih kat Belog AdamXis sebab bagi Tutorial: Letak Icon Kiri Facebook Twitter Formspring. I jumpa kat blog Armie dulu sebenonya. Thanx kat Armie jugak. Hehehe... Fuhh! Bukan senang okey I nak deal dengan benda alah ni. Bagi I susah dan complicated jugaklah. I bukan suka buat benda2 ni tapi tiba2 jumpa, comel pulak tu jadi I pun try lah. Teka berapa kali I buat baru jadi? Lebih kurang 5 kali baru berjaya. LOL! Terukkan I? Nama je Baby Millennium tapi buta IT boleh tahan. Alhamdulillah... comel tengok logo burung warna pink kat sebelah kiri tu. Thanx again to AdamXis! *wink2

emma thank you


Second! I nak berterima kasih kepada widgetindex sebab dari I ada 'binatang peliharaan' comel kat sebelah kiri ni sampailah ikon raya ni. Widgetindex ni dah banyak berjasa untuk I hias sikit2 blog I ni. Azem pun guna jugak! Taeyang if I'm not mistaken. *betul ke eja nama tu?* Btw, you allz mamfoo? I allz tak mamfoo you allz. Bukan apa, I tak minat K-POP. Kalau ya dah lama I guna gambo K-POP artist. Ahakz~ Jadi, daripada si comel, Doraemon bertuko menjadi kartun raya. Sempena nak raya ni kan? Sesuailah kalau I tambah mood raya sikit dalam blog I ni. ^________^

Taeyang


So, you allz... how? Kalau nak tak payah segan2. Klik je tutorial tu. Kalau nak ada widget tambahan, klik je link warna oren tu. Okeylah, nak makan sebelum tidur. ~XOXO~

Monday, 15 August 2011

Nak shopping apa ek...?

As-salam & heyy y'allz!

Dahsyat jugak I hari ni post entry sampai empat. Hahaha... Actually, I've drafted them already. Tinggal nak post je! I kan memang nak ce citer pasal shopping raya tahun ni. Sebab tu tajuk tu macam tu. Loghat Johor sangat! LOL~

I sebenonya plan dengan Fatmie si mamat Korea *perasan!* tu nak shopping raya kat KL kali ni. Dia yang ajak dulu sebab I memang ada idea macam tu tapi rasa2nya takkan terjadi kalau dia tak ajak. Insya'Allah plan tu akan jadi. Weeeeeeeeeee~ *excited

Tapi, sebelum shopping kenalah ada preparation dari segi duit/budget dan item2 yang pelu dibeli keaaaaannn? Kalau you allz tengok entry I yang sebelum2 ni, wallpaper kat lappy pun I dah letak gambo kasut Supra. Nak beli tapi susah wooaaahh nak cari yang ori. Cepat habis katanya. No wonderlah ada banyak jual yang replika.

Jadi, apa yang I nak beli? Berapa pasang? I tak nak cakap. I cuma nak share beberapa barang *beberapa ke??* yang I fantasikan dalam imaginasi shopaholic I. Hahaha~ *jangan fikir bukan2 okey












Credit to StyLa Men's Garage & Kay Korean Men's Wear Collection for all the photos. Susah nak menepati citarasa seseorang. Gambo2 kat atas ni bukanlah betul2 menepati apa yang I cari. Cuma sikiiiiiiit je persamaan yang ada. Haruslah I nak cari yang lagi meletOp daripada tu. Seboleh2nya hampir sama dengan apa yang ada dalam imaginasi I. Bukan nak over tapi kita yang keluo duit kan? Jadi, kepuasan tu kenalah semaksimum duit yang dikeluokan. Faham? Hahaha... I ni shopping untuk sem baru sekali sebab tu banyak casual wears. Kenapa tak ada baju Melayu? Nak tau kenapa? Sebab I dah tempahlah... I tak suka baju Melayu beli. Dunnow why! Maybe my parents dah biasa tempahkan kot.  

Selain tu, I ada jugak kasut2 yang I berkenan. Tengoklah! *macam paksa je




Dah dah dah! Sikit je I boleh bagi you allz tengok. I akan try cari kasut2 ni kat KL nanti. Harap2 jumpalah. Berdarah hidung I tengok tau! LOL~ I memang suka kasut2 snickers yang hi-cut macam ni. Last time pernah beli tapi I prefer yang tak ada tali. Kenapa? Sebab I malas nak ikatlah! Aiiigggooooo! Tu pun susahkah? *sorry ter'emo'* Thanx to 'Menjual Kasut Branded' for those images. I wish I'll find great outfit in somewhere in KL. And... affordable of course! Hihi~ XOXO

p/s: Dah lama tak design baju macam dulu-dulu...

RE-Tag


Assalamualaikum & heyy y'allz! 

Sihatkah? *buat2 tanya kabo. Boleh?* I dapat benda ni masa kat blog lama dulu (sekarang dah private). Kenapa nak post balik? Suka hati I lah! *emo tiba2* Boring2 nak update banyak sikit hari ni. *macam dah tak ada kerja lain kan?

1. DO YOU THINK YOU ARE HOT? 

   HAHAH!! Of coz lah... NOT!

2. YOUR CURRENT WALLPAPER IS



3. TELL ABOUT THE WALLPAPER 

     Dah kemaruk sangat nak pergi shopping tak dapat2. Huhuhu...


4. THE LAST TIME TO EAT PIZZA...

    Last year with my classmate at the Pizza Hut juz behind our campus. *ya ampun! Lamanyaaaa!!!

5. LAST SONG YOU LISTENED TO...

   As long as I can tell you... Alhamdulillah by Maher Zain. *insaf tak?

6. BESIDES COMPLETING THIS TAGGIN' I AM... 

   Drinking a glass of Orange Juice. *currrlassssz kau, Kah!

7. NICKNAMES:

   Amirul? (my frriends only)
   Akim? (some of my frenz n family members)
   Along? (in my family)
   Mikah (since I have a Facebook account)

8. TAG 5 PEOPLE

    Fatmie
    Rya
    Norman
    Azem
    Ch'a
    
    
9. THE PERSON ON NO. 1 IS...

   My BFF who is studying at UCD, Ireland.

10. SAY SOMETHING TO THE PERSON ON NO.

    Hi,Ch'a!  ;D

11. NO. 3 IS IN RELATIONSHIP WITH...

    Dunnow lah... janda tuuuu... haha

12. WHAT ABOUT NO.

    She's my BFF too! ^___n

13. LOVE WORDS TO NO.  4

    Hai, Jim! Miss you so much!^^

14. 4 FACTS ABOUT THE PEOPLE YOU'VE TAGGED
  1. They have Facebook accounts and we are good friends.
  2. We knew each other quite well.
  3. They are all students.
  4. They are all AWESOME!

Breakfast With Dear BESTIES!^^

Assalamualaikum & heyy y'allz!


I nak post semalam tapi dah tak laraaaaaaaaaaaaaaaaaaaat sangat. Bukan sebab dah kenyang tapi letih dan rasa ngantuk. Last2, sejam lebih jugak tergolek2 atas katil baru tertidur. Mulalah insomnia ni nak datang balik. *Adoyyaaaiiiii!

So, what story? Semalam I dengan kawan2 I si Fatmie, Rya, Kinah, Fateenz & Yana pergi berbuka kat Seoul Garden, KSL City. Kecian Linda tak dapat join we allz buka sama2. Credit to Rya for planning the 'Riang Ria Berbuka' event. Currrlaaaaaaaasssszzz kau Rya! Hahahaha~ Tak habis2 ketawaaaaaaaaaaaaaa je semalam. To be exact, I don't wanna follow the plan at first b'coz I afraid that there'll be a problem for me in the future. *in term of money* Tapi Fatmie berjaya jugak pujuk dengan alasan tak ada kawan lelaki lain nak teman dia dan dia boleh velanja parking dan kalau lebih daripada RM30++ dia akan bayo selebihnya. Yes, memang lebih! LOL~

Keluo rumah Fatmie amek dalam pukul 4pm. *aku lambat, sowie* Fateenz dah ada sekali. Sampai2 je sibuk calling Kinah dengan Rya tapi tak dapat. Sampaikan crossing line, sekali lelaki yang jawab. Terkezut you allz! Ingatkan Kinah bawak laki tadi. Hahaha~ Teruk gila coverage Celcom kat situ. Dunnow why.

Surau kat KSL City pun sedeyh sebenonya. Nak buat macamana? Pemilik dia non-Muslim. Redha jelah kan! Sepanjang bersiar2 dalam KSL semalam I kena tahaaaaaaaaaaaaaan jek nafsu nak shopping. Nak beli pun I tak bawak duit. Kira tindakan bijak jugaklah! Sebab I nak bukak puasa bukannya shopping raya. Lol~

Pasal shopping raya nanti I ce citer kemudian okey. Jom tengok kenangan semalam! Hehehehe~

Anak beranak yang bahagia. LOL!!!

My favourite boutique!

Baru jumpa... dah start gossip! ishk3...















I punya! XD


Empat dara pingitan... *sweeeeeeeeet gitew



Si Fatmie menyingai! Hahaha~



Gambo paling cute!

Semuanya guna kamera Fatmie & Fateenz. Dua-dua beli kamera baru siap ada DSLR lagi! Best jugak dapat guna kamera diorang. Banyak jugak yang I tolong amekkan. Haha~  *vangga* Haruslah! Daripada tak reti sampai dah reti guna. Comelkan kawan2 I. Macam I jugak! *omaiGOD! Perasannya kau Mikah!

p/s: Tak boleh lupakan beg dan coat semalam kat KSL City... ;(

Pukullah Aku!!!

As salam & heyy y'allz!

Entry kali ini berkisarkan tentang kes pukul dan kecurian a.k.a serang samun Asyraf Haziq. *skemanya ayat!
Haha... I tak mau cakap skema2 ni. Tak best! Kurang jujur katanya. So, apa yang I nak ce citer? I tak bercerita cuma nak memberi pendapat. Semua orang dah tau cerita ni kan? Siapa yang tak tau memang nak kena pukul dengan surat kabo ni agaknya. Ahakz! Before that, thanx a lot to BERNAMA Fatmie for telling me and my friends include my dad the whole story. Lol~



Well, frankly speaking... I didn't watch the video at all. Semuanya dah Fatmie ceritakan. So, what's left to be told? Haha~ Saudara Asyraf tu dah dapat 12,000£ plus2 kalau I tak silap. (Sila KLIK!) Lebih daripada layak. Sebab tak ada kemalangan jiwa pun kan. Ye! I memang jealous sebab I ni terkemut2 poket nak keluo duit untuk shopping raya tapi orang lain pulak dapat duit. Tapi, I taklah jealous tahap tak munasabah sampaikan nak cakap "Pukullah aku sekali!!!". Tak rela I! HAHA~ 

Adillah agaknya sebab dia mangsa dalam situasi hari tu keaaaaaaaaaaann? I dengo kaboada orang kata famili dia bukan orang senang. Sebenonya, masa mula2 dengo cerita ni I memang rasa kasihan sangat tapi perasaan I berubah bila dia dah dapat ganti rugi yang cukup beso. For me, he got more than enough. Pada pendapat I lagi, ramai lagi rakyat Palestin yang perlu dibantu dan diberi makan (RAMAI SANGAT!) berbanding seorang pelajar anak watan kita. *opinion only!




Jadi, sekarang ni dah tak ada alasan bagi dia untuk tak beli buku, belajo bersungguh2 dan berjasa kepada orang lain yang dah banyak membantu. Alhamdulillah... dia selamat hari tu. Yelah, sayanglah jugakkan. Orang kita tu you allz. Kalau tak ada yang membantu entah apalah yang bakal terjadi kat dia. *wondering


p/s: Thanx penadigital.com for the photos.

Friday, 12 August 2011

Pergi Bazaar Ramadhan untuk Dipuji??

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Aduhhh! Lega dah sampai rumah. Punyalah macam2 ragam orang yang I jumpa hari ni. Student PMR yang I ajo tuisyen tu dah lah dari Isnin asyik tak jadi datang. Bila hari ni dah dapat jumpa sekejap je dah nak balik. Alasan?? Ayah dia tak nak stuck kat traffic jammed. Sabo jelah aku! Gaji I belum dapat full lagi ni. Patutlah gatalllllllllllllll je tangan ni kan?! *nada geram

Dah habis 'layan' dia tadi I teruslah pergi ke Giant. Konon2nya nak beli moisturizer & face powder. *siapa kata lelaki tak pakai? Last2, dengan Gillette tu sekali I angkut. Pelik?! RM30++ semuanya. I tak kira lepas bayo terus catwalk keluo verangan2 nak jenguk2 je Bazaar Ramadhan Taman Suria kat depan Giant tu. 

Gerard Catwalk


Biasalah, matahari kan mencarak kat atas kepala. Haruslah I pakai shades bagai. Confident! Jalan catwalk masuk bazaar. Fuhh! Belum 5 petang dah jammed dengan kereta keluo masuk. Tapi, masa I lintas tu rasa2nya semua orang terkaku, berhentikan kereta untuk bagi I lintas. *mamfoooooo??

I am on fire!


Tak sampai 2 minit I masuk dalam bazaar, I dengo beberapa 'kritikan membina' daripada abang2 yang menjual kat situ. Tak payahlah I cakap apa yang dia sebut ye. Nanti you allz menyampah pulak dengan I. HAHA~ Macam2 gaya! Majoritinya semua nak tarik customer. Yelah, kalau tak memuji-muji orang takut tak laku pulak kan. Tapi, dah dipuji-puji sepanjang jalan tu teruskanlah berjalankan? Takkan nak stop then bagi close up pose pulak?! LOL! Hari tu masa kat Batu Pahat pun sama jugak. Akak tu pandai tau nak tackle I. *haha. OmaiGOD! Perasannya!

I cuma aminkan jelah. Tak kisahlah orang puji ikhlas ke tidak. They allz niat lain they allz tanggung dosa. Betul tak? Lepas call ibu, I decide nak beli Chicken Chop 5 hingget dan 2 jenis kek. Satu tu Choc Cheese dan satu lagi tu Oreo Cheese Cake. Semuanya I spent RM10 je. First time eva I spent my own money during this Ramadhan. Tak boleh tahan. I fikir lain kali I dah tak mau pergi lagi so better if I buy them now, right? Tapi masa I beli tu tak ada pulak tuan kedai tu memuji-muji. Ahakz! 



Dah lebih 5 petang mestilah jalan pun sesak. Lepas singgah kedai apek beli telur 10 biji (ibu kirim) I pun balik. Konklusinya, kalau rasa down je, pergilah bazaar Ramadhan untuk menyerap masuk segala pujian orang. Asal rasa bosan je, apa kata pergi bazaar untuk mendengar puji-pujian penjual kat bazaar. Mesti balik tu you allz bertambah 2-3kg lebih daripada hari biasa. =P

beauty is self confidence


p/s: Patutlah bayo terlebih, tag harga lain, kat cashier jadi lain! Giant is going to pay for this.
p/s/s: Selamat berbuka puasa!^^

Thursday, 11 August 2011

Segmen cx's: Geng UiTM by Campus

Assalamualaikum & heyy y'allz!^^



Tekan SINI!

I found that this would be an interesting to do. Besides, I don't have the idea to write for today. Dah alang2 CX's bagi link dia kat komen, apa kata I buat kan? Bukan susah sangat pun. Thanx cx's! *wink2

Soalan CX's & jawapan kepada soalan2nya:

UiTM campus mana?

I study kat UiTM Kampus Bandaraya Melaka a.k.a Melaka City Campus.

Course apakah?

I ambil course Bachelor Degree in Marketing.

Part berapakah??

I will be in Part 5 this September.

They are my friends! (who might be interested)


p/s: Sorry cx's, I tak retilah nak link kan pada gambo tu. hihi~

Vakum Blog

Assalamualaikum & heyy y'allz!


Vacum



Ya Rabbi! Lagi 3 jam je lagi I nak kena bangun sahur tapi I tak tidur2 lagi sebab vakum blog ni berhabuk seminggu tak hapdet. LOL! Nak buat macamana?? Sambil tepuk nyamuk atas keyboard, tiba2 tangan ni jadi sangat rajin dan ringan seolah-olah menari ke awang-awangan kat laptop ni. *tipuuuuulah tu!

I rindoooooooo sangat nak menaip tapi seperti orang2 lain, *mana ada orang lain? Kau sorang jelah!* aku rasa malaaaaaaaaaaaaaaaasss sangat nak menulis blog walhal cerita berlambak2, idea mencurah2, imaginasi terpancot2... okey3! Enough! Sebelum blog I bertuko menjadi blog 18SX baik I istighfar banyak2... astaghfirullahal'azim! *sambil ulang 3 kali

Bulan Ramadhan ni... takkanlah I nak buat kerja macam tu you allz. I nak cerita panjang masa tak menginzinkan. Jadi, I cuma nak cakap yang I touch up sikit2 blog ni. Alahai... tak banyak mana pun. Cuma tuko sikit2 je warna dia jadi fancy macam blog I muda2 dulu. *pleasssssseeee!

Lepas tu I nak cakap yang I dah tuko/tambah sikit2 link kat bawah tu. Fatmie! Aku dah tuko dah link kau tu. Lain kali buat panjang2 lagi okeyyyy?! Kerja aku memang asyik nak menghafal link blog korang pun! *sentap tak? hahaha

Selamat they allz kawan baik I selama-lamanya (BFF). Kalau tak, tahun depanlah baru I hafal URL they allz tu dan tuko. Panjaaaaaaaaaaaaaaaannnggg tak hagak2. Nanti I letak sampai ke hujuuuuuuuuuuuuuuuunnngggg address box tu baru they allz tau. Rya jangan terasa ye! *padahal dah menangis belakang almari tu. hahaha

Okeylah y'allz. Dah keji orang sikit2, *sikit ke???* I nak susun sepuluh jari I yang halus2 comel ni nak mintak maaf especially kat kawan2 I tu. Jom, kita layan lagu yang sinonim dengan bulan Ramadhan ni. *pasang sendiri lagu tu!


Harapan Ramadhan
 

Raihan & Man Bai
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Sumbangan Putera Izfiq

p/s: Selamat bersahur, berpuasa dan berbuka! 10 hari dah berlalu... 

Tuesday, 2 August 2011

Al-kisah 1 Ramadhan

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Ni quick post sekali lagi.
I ada banyak jugak nak cakap tapi ibu dah 'mengerah' I untuk hantar makanan ke rumah jiran sebelah.
Hehe~
So, I just nak cakap yang semalam I kena ikut parents I hanto adik I balik ke kolej.
Selain tu...
 I ikut sebab nak berbuka puasa dengan Tok Mak & Tok Bah kat kampung.
BEST!!!

Macam2 makanan ada tambah2 lagi famili Mak Cik pun ada. ^_^
Tapi lepas je balik dari bazar Ramadhan kat Kampung Istana, Batu Pahat tu I rasa pening.
PENIIIIIIIIIIIINNNGGG sangat!
I dah lama tak rasa pening macam tu y'allz.
Tu yang tak tahan sangat tu.

Walaupun dah tidur sekejap.
Mungkin sebab I drive dari pagi sampai petang tu non-stop.
Sekadar berhenti masa hanto adik dan solat jamak kejap kat masjid.
Silau matahari lagi...
Memanglah I kalah bila silau.

Maybe cuaca tu dahsyat sangat bagi I yang memang 'Candle Prince' ni kannnn... 
haha~ *perasan!
Malam tadi lepas makan Panadol dalam kereta...
baru hilang sikit2 pening tu.
Kalau tak, YA ALLAH! Rasa sejuk macam nak demam.
Risau jugak sebab patutnya hari ni kerja.
Kasihan ayah terpaksa drive sorang2 sepanjang malam.
Patutnya I yang jadi driver malam.
Alhamdulillah selamat sampai JB.
Jalan raya jammed gila!

Hmm...
Last2, hari ni I tak datang kerja.
Tak larat.
InsyaAllah... esok sihat! Ngee~
Selamat Berbuka y'allz!
~XOXO~

p/s: Tak sabonya nak tunggu buka puasa sebab Ibu buatkan Laksa Johor feveret I. Weee~

Monday, 1 August 2011

Ku Mengharapkan Ramadhan...

Assalamualaikum...

Sorry lah I tak fancy2 sangat greet you allz. Entah kenapa malam 1 Ramadhan kali ni I rasa seronok sangat dengan ahli keluarga lengkap berempat di rumah tapi dalam masa yang sama I rasa sedikit sebak. Mungkin bila dapat muhasabah diri yang selama ni banyak sangat sia2 kan masa yang ada. Kurang fokus masa beribadah dan banyak dosa. Dosa dengan Dia, dosa dengan ibu ayah, dosa dengan semualah! *huhu

Ya, Allah... aku bersyukur sangat aku dapat jumpa semula bulan Ramadhan kali ni. 
Aku harap sangat... aku harap sangat Ramadhan kali ni akan membawa perubahan yang baik untuk aku, famili aku, sahabat2 baik aku dan semua Muslim yang aku kenali. 
Terimalah segala amalan kami sepanjang kami hidup sebagai hambaMu ya Allah... 
khususnya segala ibadah yang kami lakukan pada bulan ini. 
Sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Memahami lagi Maha Mengetahui. 
~amin~

Dengan segala kerendahan hati ni... I mohon maaf dan ampun atas segala salah silap I selama I menulis blog dan berkawan dengan you allz semua yang mengenali diri ini. *tiba tacing* I rasa seronok lagi sebab mula2 I plan nak buat solat Terawih afdhal 8 rakaat je tapi entah macamana semangat nak buat sampai habis tu datang. Maybe the spirit of Ramadhan just absorbed through my vein. Haha~ Seriously! I'm not joking. Dah pulak tu, masa Witir dah nak habis ayah cuit2 I bagi tau Dato' Muhd Noh bin Gadot. Kenal ke tak? Beliau (skema seyh!) tu kan bekas/mantan Mufti Johor. Sekarang ni dah jadi Penasihat Sultan kalau I tak silap. Dapatlah bersalam dengan dia. Ngeehee~ Peliklah jugak sebab I solat dekat masjid taman perumahan I je. Dah lama sangat tak dapat bersalaman dengan tokoh agama Islam sejak2 habis sekolah dulu. *miss old times

Well, I nak tidur... Selamat Bersahur! And most importantly, Happy Fasting d' Ramadhan al-Mubarak!!! =D

RAmadan