Friday, 28 October 2011

Surprise Me!

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Alhamdulillah... akhirnya dapat peluang nak online guna laptop housemate I. I baru je bangun daripada tidur. Awal tak I tidur? Pukul 8 lebih dah terlelap lepas tu sedo-sedo dah pukul 11pm. Entah kenapa ngantuk sangat. Padahal biasanya insomnia sampai ke pagi. Alhamdulillah ada nikmat tidur kan. Daripada tak dapat berehat langsung? Jadi, syukurlah... Mungkin jugak sebab pening kepala akibat terkena hujan. Lebat you allz hujan kat Melaka. Katanya macam seluruh Malaysia hujan. Baguslah kalau musim dah ikut waktu normal semula. Sekali lagi, syukur alhamdulillah! :) I pergi makan dengan 'Arifah dan Izi  lepas kelas petang tadi. Tu yang kena hujan. Payung ada tapi tak gunakan betul-betul. LOL!


Alolo... teringat kat WiFi. T_T


So, what's up? I nak cerita pasal tajuk tu tapi eloklah jika I mulakan daripada kisah kelas I tadi. Kononnya berangan giliran individual presentation kelas Global Marketing petang tadi. Bukan mainlah prepare. Pakai santek-santek... last2 masuk kelas baru perasan yang I tertinggal pendrive. Arrrrrrghhhh! Rasa frust gila tertonggeng tertumus tadi tau masa I perasan yang thumb drive I tertinggal kat rumah. Nak buat macamana? Nak suruh balik? Hujan lebat you allz. Masa sampai tu hujan dah stop sekejap tu yang I tak bawa payung tu. Padan muka! Tak pernah dalam sejarah pendrive tinggal. Beritahu Qem dia cuma text "T_T" je. Haha... sms si 'Arifah dia marah-marah I suruh pergi ambil. Last2 I terus beritahu Madam Kay. Nasiblah dia okey je bila I kata I nak giliran I present minggu depan. What a relief!!! Fuhh! Okey, selesai satu cerita. Moral of the story, bring everything on your presentation day and DO NOT! Leave anything. Konon nak beg ringan bawak sikit je. Last2, barang yang penting tu tertinggal. Haha~

Panjangnyaaaaaaaaaaaa muqaddimah I nak ce citer. Hahaha... Mesti siapa2 yang baca dah tertidur sekejap tadi. Lepas makan tu, I terfikir nak pergi mana ek. Dari kelmarin berangan nak pergi jengah Bank Islam. Nak cek kot-kot duit dah masuk. I drive lah dengan confident ke Bank Islam belakang kampus I tu. *senang dah ada ATM kat situ* Dalam hati I ni berbisik dan doa pada Allah... I cakap, "God! Please surprise me." Means, I'm hoping that YPJ has deposited our money into my account. Yelah, selalunya cek duit tak masuk lagi sampai I dah tak hairan pun. I lagiiiiiiiilah terkejut kalau duit dah masuk. Sampai je berlari sambil tutup kepala dengan Pashmina. *kau hade?* Hujankan you allz. Jaket tu mahal so kena elakkan daripada terkena air. Lol! Jaket lagi penting daripada kepala. Macamana tu?


Sengaja je tak nak bagi you allz ngantuk. Segar tak? *evil laugh*


Masukkan kad ATM, tekan 'Bahasa Melayu' *bahasa jiwa bangsa*, masukkan password, tekan 'semak baki'... okey, tunggu. PAPPP!!! Keluo amaun empat digit yang I dah lama tak nampak sejak dari cuti sem hari tu. WOW!!! I just couldn't help myself from screaming out loud. Actually not that loud but still lah... macam masa part 2 dululah I jerit dan peluk ATM machine tu. Percaya tak? I tak tipu okey. I memang jenis luahkan segala perasan dihadapan orang. Hahaha... untoooooonggglaaahhh tak ada orang kat situ. Kalau tidak? Mampu kena cerca dek kelakuan aneh I tu? Non-mampu you allz... *style Azem* I masuk kereta baru I sambung jerit semula. Walaupun muka ni tumbuh jerzzz bagai tapi yakin muka I sangat berseri-seri lepas I tau duit I dah masuk. Asyik senyuuuuuuuuum je masa drive balik ke rumah tu. Withdrew a few hundreds and then I deposited all of it into my Maybank account. Whooooooosshhh! Ikutkan nafsu I nak terus ke Jusco tapi I malaslah sebab fikirkan hujan. Untooooooonglah hujan... kalau tidak memang dandan tadi I pergi shopping sorang-sorang. Yang paling penting bayo hutang ayah dulu dan hutang kawan-kawan. *insyaAllah* Plan bajet betul-betul sebab ada dua lawatan bulan depan. InsyaAllah... I akan belanja duit tu untuk kebaikan. 

Dahlah you allz. I rasa kawan I nak guna lappy dia. Kita sambung ce citer lain kali k. Good night. Sleep tight! ~XOXO~



Agak-agak I kena terapi duit kat muka kot untuk hilangkan jerzzz... lol~



p/s: Nak mimpi indah bersama-sama duit. Jangan jealous! ;P

Sunday, 23 October 2011

TAK BERHASIL!

Assalamualaikum & heyy y'allz!

I rasa balik JB kali ni tak mendatangkan hasil sangatlah. Jauuuuuuuuuuh lebih tak berhasil berbanding yang I balik sini last time.You won't know why because I don't wanna tell you. I rasa you allz, siapa-siapa pun yang baca blog ni mesti tak tertarik langsung dengan post I kan? Yelah, tak ada post yang happy. Semua pasal I rasa stress dan sedih kan? Dah tu kenapa datang ke blog I lagi? *emo pulak!* Sorry sorry sorry... I memang PMS memanjang sejak-sejak ni. :P

Macam-macam perkara yang mengganggu kepala otak I ni. Friendship problem, money problem, health problem, family matter and my own personal problem. I always see a counselor during my days and when I still in KMJ. But now... UiTM KBM don't provide any special counselor just to help students with their personal problem. Actually, they should provide! Why? Yelah, takut-takut ada orang nak bunuh diri ke sebab stress. Tiada yang mustahil kat dunia ni. Btw, kenapa family matter dan bukan problem? Sebab I tak anggap famili I sebagai satu masalah atau sedang bermasalah. Semua famili ada isu masing-masing. Oh! Please admit y'allz. Every each one of us has its own family issue. The difference is we are having different situation and different family members. Agree? I nak cakap pasal macam-macam tapi kalau pasal kesihatan tu I dah pernah mention so tak perlulah lagi. Kecuali pasal masalah insomnia I yang dah berlanjutan. I rasa akan ada satu post khas untuk topik tu nanti. Pasal kawan? Tu pun I akan sebut dalam satu entry yang khas sebab itu kes yang sangat 'special'! LOL~  Pasal duit pun you allz dah tau. *bagi orang yang setia baca blog ni. Ada ke? Haha* Masalah peribadi I sendiri pun I takkan berani cakap dalam blog. Masalah I sangat complicated. SANGAT! You allz takkan faham apa yang I rasa. I harapkan Allah je faham sebab Dia Maha Memahami. Again, thank you to those who still reading my entries. I love you... ~XOXO~


I keep my promise y'allz. I nak bagi you allz tengok famili I yang baru. Hehehe... 
He's WiFi! I bet he'll be a very handsome boy in a few more years. XD

Saturday, 22 October 2011

Just Wanna Say

Assalamualaikum & heyy y'allz!

I DAH BALIK JB!!!!!
Siap edit blog lagi tau. Haha!
Ada yang I tak puas hati sebenonya.
Tapi nak buat macamana? I memang tak reti guna benda2 internet ni. Huhu
As long my blog is pink in colour, I'm okay. XD 
Alhamdulillah, malam semalam dandan drive ke JB dari Melaka.
Tumpang kereta Sakinah.
Jumpa ibu, jumpa ayah... 
Adik pun balik!
WiFi... *nanti I upload gambo*
Barang yang I beli online pun dah sampai.
I suka sebab lawo! Hihi
Tu jelah, nanti I ce citer lagi k.
~XOXO~

Sunday, 16 October 2011

Banner Baru!!!

As salam & heyy y'allz!

Esok ada presentation jadi agak mabuk sikit buat assignment sampai tak ada idea nak post pasal apa. Boleh? Hahahaha... macam biasa housemates selalu tak ada masa I cuti. Jadi dapatlah I online guna 'berokben' si Azem. Best! Tak ada lah laju sangat tapi dapatlah cari bahan untuk Strategic Management punya assignment. Siapa kata cuti boleh rehat je? Huhuhu... thanx Azem! At least ada something boleh dibuat selain tidur. =P



I pernah bagitahu ke yang ni salah seorang admin dalam Blogger Area? I pun tak berapa nak ingat tapi I rasa belum pernah kot. Well, I wanna tell you bout it now. Yes! I'm one of the admin for this group. Buat masa ni we allz ada dalam lebih kurang 2000 orang ahli yang join the group ni. Group ni kat dalam fb. You just have to click HERE. Actually, there's a banner under the chatbox. Join us! We allz punya objektif nak kumpulkan blogger-blogger dan bukan blogger yang ada kat seluruh Malaysia ni terutamanya student. We allz... I mean all the admins are quite new actually but we try our best to entertain all of you dear followers. Hopefully we could be a 'big family' and create a new area called BLOGGER AREA! ~XOXO~

p/s: Lapo gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa! 

Thursday, 13 October 2011

WiFi is a KITTEN!



As salam & heyy y'allz!

Kelmarin ibu call I. Nak cakap  pasal barang yang I beli kat Facebook tu dah sampai. Macam-macam lagilah. Tiba-tiba dia cakap,
"Kat rumah ni dah ada WiFi. Cakap kat adik kat rumah dah ada WiFi dah sekarang."

I lah pelik. Dulu suruh pasang WiFi tak nak pasang. Dah we allz adik-beradik sambung belajo barulah sibuk nak pasang WiFi! *mulalah nak membebel*

I mula-mula cuma bagi reaksi,

"WiFi?"

Ibu cakap apa tau?
"Tanyalah adik WiFi tu apa?"

Mulalah I nak start marah. Yelah, bukannya I tak tau WiFi tu apa? I jawablah macam ni,

"Bukannya Along dungu sangat tak tau WiFi tu apa!", biasalah I kadang-kadang overreact

"Haha... WiFi tu kucing," tiba-tiba ibu cakap sambil gelak sikit.

"??????????????????", dalam hati I kata "Apakah??!"

"Hari tu kan kita jual kucing. Lepas tu kebetulan kedai tu ada anak kucing baru datang. Adik pulak dah lama 'mengidam' nak ada kucing warna putih. Tu yang ibu beli tu," jawab ibu.

Lepas tu I mulalah membebel bagai. Yelah, I ingatkan jual kucing untuk cover expenses makanan kucing. Parsi y'allz! You allz ingat murah ke? Tau kan mahal? I bukan nak show off okay tapi nak menegakkan fakta. Ya! Maintenance kucing mahal pun mestilah mahal macam kucing tu jugak. LOL! Ibu I pun mengadu jugak entah kenapalah adik letak nama WiFi. Adoyyai...

Tapi lepas ibu I mms gambo kucing tu I terus jatuh hati. HAHAHAHA~ Tak senonohkan perangai I. Selalu sangat overreact. I  memang paling banyak membebel fakta bila dengan famili. Yelah, tak mau they allz membazir macam-macam. Sayang katanya...^^

Nak tengok kucing tu? Nanti... :P


p/s: Tak sabonya nak balik rumah jumpa 'adik' baru. :D

Nothing much!

Assalamualaikum & heyy y'allz!

I've been waiting for this moment. 
I mean publish a new post. 
The thing is I don't have any idea on what to be said. 
I believe I'm not alone but sometimes I feel really lonely. 
I think I need my family but whenever I reach home we are 'shouting' instead of talking.
It happens all the time. My friends?
Naaaahhh!
We have our own life. I don't wanna disturb them everytime I need someone. 
Sometimes I should give them space rather than 'disturbing' their life. 
I don't know. 
I'm confused. 
Totally! 
About what I feel... 
about what I really want in my life *talking about future here*... 
about others... 
about what's going on and... 
MYSELF! 
Is this relates to something called hormone or what? 
God, I pray a lot hoping that I'll get something bigger and better. 
Although I forget about you sometimes it doesn't mean I don't need you during that time. 
I need you every single second in my life. 
I beg for your forgiveness if my sins led to what I'm facing now.
I need a 'cure'.
I need you dear LORD.

Monday, 10 October 2011

Everyday I SENGET!

Assalamualaikum & heyy y'allz!

I tak faham dengan diri I. Assignment ada tapi tak buat. Walaupun due date tu jauuuuuuuuuuh lagi tapi I rasa I sepatutnya ambil peluang ni untuk siapkan cepat. Entah kenapa I tak siap-siapkan lagi. Ishk ishk! Tiba-tiba mood nak update blog tu melanda sejak dua tiga empat lima enam tujuh lapan dan sembilan menjak ni. *kenapa tak nak sampai sepuluh je??*


So? Apa pulak dengan tajuk tu? Hehehe... Actually, I've been planning to cover this new hot song called 'Someone Like You' by Adele. *not that latest* It has been quite a long time I didn't record any unplugged version of my favourite song since my first attempt with Beautiful last year. Tapi I tak ada kamera yang eloklah. Itulah masalahnya. Setiap hari I dengo lagu ni. Bukannya tak dengar lagu nasyid. Eyh! I dengo okey cuma tak sekerap dan se'feeling' lagu ni. Lagu ni ada sedikit menyentuh kisah lampau I sampai sekarang. I mean lyrically. InsyaAllah lah... I try kalau tak pakai handphone I pakai je kamera I yang tak seberapa tu. At least bolehlah buat halwa telinga kat YouTube ataupun Facebook. Rya pun ada ada suruh. Tapi tak serious sangat rasanya. *kan Rya?? Haha* I memang nak cover lagu tu tapi tengoklah. Bila I dah sedia. Senang kata daripada tak hafal lirik kepada dah nak hafal 100%. I ni dahlah 'slow' nak hafal lirik sejak-sejak umur dah semakin meningkat. Meningat matang okey! Heeeeeyyyh! Hahaha... 

You allz just wait and listen okay. ~XOXO~

p/s: Hafal 30 juzuk lagi baguslah Mikah! *setuju!*

I'm 'fragile'!

Assalamualaikum & heyy y'allz!

I tak berapa ada mood hari ni. Kelas pertama tadi I datang lewat gila! Kenapa? Inilah yang I nak ce citer. Semalam masa otw nak tidur tiba-tiba rasa sakit perut. Sungguh! Tak bagi peluang langsung nak terus terlelap. Bukan sakit perut nak erk erk tau. Haha! *tak sihat pun nak main-main lagi* Sakit dia macam nak suruh I berguling-guling atas tilam. Pukul 4 pagi masih tak tidur-tidur. Aduhhh! Lemah betullah. I dahlah memang insomnia. Last2 I carik minyak cap Kapak tu. Itu je minyak panas yang I ada. Sapulah... 20 minit selepas tu 'pengsan'.  
So, bila tidur lewat sangat haruslah bangun pun lewat. I pulak kalau bangun memang sangat mamai a.k.a. 'slow motion picture'. Faham? Semua benda yang I buat akan jadi secara perlahan walaupun I cuba nak cepatkan. Masuk kelas 45 minit selepas kelas start tanpa sebarang alasan. Dah sampai tu baru tahu ada presentation. Teammates I boleh lupa yang I satu group dengan they allz. Nak baran pun I malas sebab I tak larat nak 'sound'. Lagi pun I tahu they allz tak sengaja. They allz pun buat slides pagi tadi. You allz mamfooo? Hah! Mestilah... goreng jelah tadi masa present. Thank God the topic is just about global warming. Okeylah... at least tak adalah I menampakkan yang I langsung tak tahu-menahu apa-apa. Right? 

I malas nak cakap kat orang kenapa I datang lewat ke kelas sebab hal-hal macam malam tadilah. Orang mana faham. They allz tak faham. Silap-silap you allz pun tak faham. I ni mudah kena sakit-sakit. Bukan sakit orang-orang tua tu y'allz. I mean since I was a baby. I pernah kena paru-paru berair masa umur I dalam 3 tahun ke 4 tahun macam tu. Hampir-hampir kena asthma. Penyakit batu karang. Last time, the doctor said that I could get a gastric. Not gastric juice lah! Sakit perut yang orang selalu kena sebab tak sarapan pagi tu. Tahu tak? Google sendiri! Senang cerita I ni tak lasak. Faham? Sebab tu I tak sertai aktiviti lasak-lasak. Walhal I suka kot wall climbing ataupun jungle tracking. SANGAT SUKA! Tinggal I kenalah bawak macam-macam ubat in case anything happen. Alhamdulillah tak pernah pulaklah tengah snorkling sesak nafas ke apa. LOL! I penatlah nak explain kat orang. Biarlah kawan-kawan ingatkan yang I ni memang suka datang lambat. It's better.



p/s: Jerawat makin kurang tapi tutup dengan plaster. :P

Say Hi! ;D



As salam & heyy y'allz!

I sekarang ada 'kawan' baru. F.Y.I... I'm a fan of Mickey Mouse since I was a little boy... until now. It means that I can sleep tight every night now. *should be lah!* Ibu belikan untuk anak saudara I tapi dia tak datang rumah jadi ibu I cancel the plan dan buat hiasan kereta. Ada ke hiasan kereta?! Ori kot! So, tanpa segan silu I pun kecek *mengendeng  nak mintak maksudnya* kat ibu I. Ibu kata, "Ambillah...  setiap kali tidur ingat pada ibu". Wahhhh!!! Romantik tak ibu I? Hahaha... Love you Ibu! Okaylah, good night you allz! ~XOXO~

p/s: Btw, esok kelas batal. Yeah! XD

SK II: Miracle Water

SK-II

As salam & heyy y'allz!

I wanted to post about this since last Monday but I forgot y'allz. Boleh je kalau I nak masukkan dalam Quick Recap hari tu tapi tak mahulah. This is something special. It's about how long have I knew about this... how bad is my skin problem... why and how did I buy it.  *Amboi! Research tak reti buat!*

I tahu pasal SK II ni dah lama. Since Deann Yusoff become the ambassador of this brand. Yup! She's one of the actress in Anna & The King. Tapi masa tu I muda lagi. Sekolah lagi rasanya. Bermula sejak setahun yang lepas I mula ada masalah kulit muka. Sekejap ada jerawat sekejap hilang. Tapi bukan tu sahaja okey! Ni lebih serious. Dulu kulit muka I tak macam ni. Dulu pakai Eversoft dan T3 pun dah okey. Sekarang tak! Masa cuti ayah suruh jumpa doktor. Dia kata, "Tak ada apa-apa... jerawat biasa je". Oh! Takkanlah macam tu je? Tak ada apa-apa? I punya jerawat hilang datang balik. Kesan masih ada kot. You allz have no idea about my family background. Dalam ahli keluarga I terutamanya sebelah ayah, semuanya pentingkan penampilan. SANGAT! Penampilan yang terbaru akan jadi bahan bualan sepanjang musim perayaan ataupun semasa family gathering. You allz faham tak situasinya macamana? Stress tau tak! Pakaian pun boleh jadi joke. For me, I'll take it seriously. Ayah dan ibu I pulak memang jaga penampilan we allz anak-anak sejak dari we allz kecik sampailah beso sekarang ni. Sampaikan calar sikit je kat kulit habislah we allz kena soal siasat. Hahaha...

So, what happened after I consulted the doctor. He prescribed 2 types of solution. Face cleanser and a type of antibiotic named Acne Mycin. Dua-dua ni kena cari kat farmasi sebab klinik tak ada. Alhamdulillah jumpa. Pencuci muka tu I masih pakai tapi yang satu lagi tu I stop sekejap. Benda tu ada side effect. Taklah terlalu mahal tapi haruslah harga dia antara yang paling mahal dalam banyak-banyak produk untuk muka yang I guna. The result? So so lah... kawan-kawan I kata lite lite. Biasa-biasa je faham?? *emo tetiba* Sebelum sem baru start, I pergi facial treatment. Hilanglah sekejap tapi sekarang jerawat-jerawat (jerzzz) ni muncul balik. Adoyyai... MASALAH!!! I seganlah nak pergi kampus y'allz. Bukannya muka je buruk tapi stress sebab rasa sakit kadang-kadang. Paling masalah masa sujud. Sebab jerzzz I banyak kat atas kening. Huhuhu... *baru je tadi pecah masa sujud :(

Last few weeks. I read my friend's magazine. I tak ingat sangat antara Cosmopolitan atau apa ek. Ada lah promo pasal SK II ni. Dia cakaplah apa yang ada dalam tu. Masa tu rasa tertariklah dengan info dia. Lepas tu I ada jugak tweet cakap pasal produk ni. Halal ke tidokkk? Sekali Ijat reply. Dia cakap mak dia pakai. Dia confident kata halal. I pun rasa macam tu sebab I tahu kandungannya. Yelah, dalam tu ada lebih dariapa 90% kandungan Pitera. Pitera tu apa? Google sendiri okey. Jangan lemak sangat boleh? *emo lagi! Salahkan jerzzz. :P*


Tambahan lagi, Qistina pun pakai. Siapa Qis? Qis ni kawan I kat kampus. *lain course* Dia kawan Bana actually tapi I kenal sebab Bana yang kenalkan. Dia dah guna start awal tahun hari tu. The result is fantastic! Her skin is getting better. I boleh nampak bila dia tak pakai make-up. Seriously! Maybe tuan punya badan tak nampak tapi I boleh nampak. Tu pun selepas dia cakap kat Facebook. Barulah I bermesej kat inbox dengan dia tanya macam-macam.

So, when did I buy it? And how? I pergi ke Jusco Isnin lepas. Kononnya nak gunting rambut je sebab rambut I ni... sakit hati tahu tak?! Gunting rambut kat JB tapi pak cik tu potong macam tak ikhlas je. Lain yang disuruh buat lain yang dibuatnya. Dahlah RM10! HUH! Sumpah I tak nak pergi lagi kedai dia. Tak pasal-pasal potong kali kedua. Kali ni memang just nice. Hehehe. Lepas potong rambut I naiklah tingkat atas. Alasan nak tengok-tengok je. Sekali memang betul SK II ada kat Jusco. Mula-mula nak tanya-tanya macam tu je. Akhirnya I beli terus. Pek percubaan dulu tapi harga dia. Ya Allah! Boleh topup kredit setahun. Hahaha... Sorry lah I tak suka cerita pasal harga barang yang I beli. Bagi I mahallah sebab I belum berkerja tambah-tambah lagi duit pinjaman biasiswa tak masuk-masuk lagi ni. Allahuakbar! Sabo sangat-sangat dah ni. I tak faham kenapa. Duit yuran tak bayo lagi tau tak. Tapi dah beli SK II kan? Gila tak I? Tak payah jawab sebab I dah tahu jawapannya. :P Tutup mata je beli. Semata-mata nak pulihkan balik kulit muka I yang tersayang ni. Ahakz! Bak kata ayah I, "Anak-anak ayah ni memang high maintainance." *Sentap!

Alhamdulillah... legaaaaaaaaaaaa sangat dapat beli barang tu. Ada 4 perkara yang I kena pakai tapi yang paling penting tu Essence lah. Most celebrities called it as a 'Miracle Water'. And most of them are Hollywood stars. WOW! Setanding you allz produk yang I guna dengan produk yang artis guna. Matiiiiiiiiiiiiiiilaaaaaaaaaaaaahhh! Hahahaha... I senyap-senyap je beli ni. Yang penting buat masa ni ibu dan ayah I tak tahu sebab I tak nak menyusahkan atau merisaukan they allz. Walaupun I tahu they allz mungkin tak marah sebab selagi benda tu boleh mengelokkan semula kulit wajah I okey lah. Ye tak?

InsyaAllah... I doa-doa produk akan sangat berkesan pada I. Tak kisahlah walaupun akan mengambil masa yang agak lama sikit asalkan berbaloi dan halal. Instead of doing plastic surgery or botox injection. This is the best solution and the best 'investment' besides shopping. LOL! Tawakkaltu'alallah... *amin*




p/s: Siapa kata lelaki tak pentingkan penampilan wajah? *statement metro sangat!

Sunday, 9 October 2011

Makan-makan

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Boringnya hari ni. Selamat Azem tinggalkan 'berokben' dia kat rumah ni. Bolehlah I update hal semalam. Yelah, sejak tinggal kat apartment a.k.a. rumah sewa ni susah nak dapat internet free. Kat rumah tak ada pasang WiFi jadi kenalah tebalkan muka pinjam siapa2 punya 'berokben' atau cilok internet rumah jiran. LOL! Semua housemate keluo dari pagi tadi. PPKP katanya. Duduklah termangu I sesorang kat rumah ni. Nak makan, malas keluo rumah. Sorang2 lagi pun. Makan biskut jelah jawabnya. Dah2! Jom tengok apa yang jadi semalam. :D


Fyda tu elak kuah tumpah je. LOL


Tak faham kenapa Que mesti terkejut macam tu. :P


Mun excited bukak nasi empet ke?? Hahaha


Ni je tapi... sedap dan mengenyangkan! *burrppp, alhamdulillah!




Linda wajib ye nak pose masa makan. 


3 teruna pingitan... silalah pilih! Hehe




 
 Malu-malu konon... walhal 'masyuk' makan! Haha 
Suka tau CT tangkap gambo macam ni! *notty






Gambo-gambo yang tak banyak beza. 
We allz memang looooove ambil gambo banyak-banyak. :P

 
Macam-macam kanak Ribena tak pernah jumpa kamera.



Suka gambo ni!^^


Bajet-bajet gambo drama swasta. Ada tak? *matiiiiilaahhhh!


 Tiga dara pingitan... Heyh! Dua dara pingitan + seorang teruna tampan. 
*Matilah statement!!!!!


Mint - Eyqa - Kak Wida - CT - Mickey *haaahh?? Pengsan terus!

Fahamkan kalau tengok gambo je?? Haha... Kelmarin Al Fairoz a.k.a. Al sms I ajak datang rumah. Ada makan-makan pukul 1 petang katanya. I terfikirlah jugak. Makan-makan apa ek. Raya dah habis. Time I tanya dia cuma jawab "Datang jelah...". Adoyyai! Buatnya mak kau buat kenduri doa selamat tak ke bengang kitorang datang pakai seluar jeans dan t-shirt bagai, orang lain pakai baju Melayu siap bawak Yaasiin. Siapa yang malu? We allz jugak...

Tapi legalah bila dah sampai tu Al pun cuma pakai seluo track bottom dengan jersi je. Ya! Dalam gambo tu Al ialah orang yang pakai jersi kuning belang-belang tu. HAHA! Sempoi kan? Dia memang sempoi je tapi baik hati. Janji lepas Zohor nak bertolak. Patutnya pukul 1.30pm lah paling lewatkan? Sekali pukul 2 petang  baru mula gerak. Rumah Al tu I pernah pergi tapi tak ingat jalan. Kerubong katanya! Sebab kena konvoi. Dua motor dan 3 kereta. Mamfooo? Kat JB konvoi raya dengan kawan2 pun tak ada motor. Macam polis trafik eskot pulak nak ada motor-motor bagai ni. Lol! Rumah Al ni complicated sikit *sikit ke??* nak pergi. Alhamdulillah... selamat sampai, selamat makan dan selamat balik. Tak pernah jumpa mak dia. masa first time datang dulu Ramah sungguh orang Melaka ni. Tu yang I suka pasal orang kampung kat Melaka ni. Hehehe... Terima kasih kepada Al sebab sudi ajak we allz. Thanx jugak kat Ahmad dan Kodat sebab sanggup tunggu we allz yang leceh ni. *nak-nak aku*

Lepas selesai rumah Al, I ikutkan je kehendak kawan-kawan perempuan I ni. Eyqa, CT, Mint dan Kak Wida carpool dengan I. Actually, I tak jadi pergi kalau they allz tak ikut. Mimi dan Erra ajak pergi karaoke. Mun yang bawak they allz berdua. Jadi, pergilah we allz ke Mahkota Parade berkarok bagai. Dua jam jugaklah. Akhirnya tercapailah hasrat I nak karok minggu ni cuma plan dengan Norman dan Azem masih valid okey. Ahakz~

Dah settle karaoke konon-kononnya nak makan sama-sama tapi tak jadi sebab hujan. Mun and the gang went to 'Bayview'. We allz makan kat gerai dekat-dekat dengan rumah. Janji ada atap!Hahaha.. I'm glad that place was opened last night. If not, I think I had to find somewhere else. Semua orang dah lapo jadi setuju kat mana-mana pun. Gambo last tu kat gerai makanlah. ^_^

p/s: Kredit to Ct for those pictures. ;)

Friday, 7 October 2011

Nak Maki Celcom Tak Jadi.



As salam & heyy y'allz!

Alang2 dah online ni I nak cerita lagi lah. Boleh? Masalahnya tak effect apa2 pun I tanya you allz. Blog I betul tak? Ada I kisah?! Hahaha... Okey, okey, okey... I nak cerita pasal minggu lepas. I sebenonya nak keji Celcom dari berbulan2 dulu lagi tapi ada je sangkaknya sebab banyak lagi cerita lain yang penting daripada Celcom punya hal tu. Ye tak?

Ceritanya macam ni, I pakai U.O.X. sejak dari KMJ lagi. Tapi sejak dah dua tahun lebih kurang ni I guna still ada expriry date. Means, tak macam orang lain. Tak payah topup everyday, every week, every month or every year lah! *over tetibe* Kalau kredit tamat tempoh nombor Celcom I pun akan ikut sama. I selalulah berborak dengan kawan2 I. Peliklah jugak kenapa we allz tak sama. So, nak dijadikan cerita I ceciter dengan Eyqa. My classmate tuuuuu... dia kata tak pernah ke call Celcom Hotline ke? Haruslah pernah tapi tu dulu. I manalah rajin call2 nombor hotline ni. Melucut you allz! Ahakz~ Mula2 I dail tak dapat, bila dia je yang dailkan dapat lak?! See! I dah kata I tak reti sangat benda alah macam ni. Hahahah. Yang layan I tu operator lelaki. Dah cakap macam2 bagai baru dia kata,

"Encik belum validate lagi nombor ni sebenarnya. Tak apa, encik masih ada masa lagi untuk pergi ke Celcom Centre dan buat validasi". *macam student validation ke?*

I terus macam, "Ouuhhh...", walhal dalam hati, "Apa ke bongok kau Mikah *bukan nama sebeno* tak validate nombor lagi?"

Selamatlah dia tak bertuko kepada plan biasa selama I guna dalam dua tahun lebih ni. Huh! Buat malu je. Selamat I tak marah orang tu masa dalam telefon. Yelah, kata profesional you allz. Hahahaha... haruslah jaga tatasusila bagai. Before we ended our conversation he did ask something.

"Ada apa2 lagi encik nak bagitahu kami?"

Teruslah I cakap kat dia,

"Celcom pernah offer nak bagi caller ringtone free tapi after I reply 'Yes' dia terus tolak kredit I RM3. Rasa memang marah gila masa tu tapi I terus stop that caller ringtone".

Dia cakap memang I dah stop kan pun. Tapi legalah bila dapat complain macam tu kat Celcom Customer Service. Berbaloi dapat luahkan kesengalan Celcom. Hahaha... Esoknya terus pergi Celcom. Within 10 minutes plus minus, everything was settled. *relief*

 
p/s: Bagus Customer Service dia. Memang efisien sama je masa aku teman Azem dulu. Akak yang layan pun sama. LOL

Quick Recap For The Past 3 Weeks

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Ya Rabbi! Rasanya dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat tak update blog ni.
Okey, over! Taklah lama gila gila gila gila gila. Kan? Tengok I pun dah ting tong sejak2 tak post entry ni. :P

I tak nak merepek banyak sangat. Apa kata you allz baca je apa yang I  ceritakan kat bawah ni okey. Hopefully, I dapat luahkan semua yang berlaku dalam 2-3 minggu yang lepas dengan padat dan ringkaslah. Hahahaha~ Banyak sangat yang berlaku termasuklah cerita I balik JB tapi I nak cerita yang paling penting.

The Highlights!

23 September 2011 a.k.a. Jumaat
Patutnya I perform untuk majlis Hari Raya kat kampus tapi tak jadi. Kenapa?? Tanya MPP lah senang! Especially Ketua Projek!!! I malas nak cakap apa2. Yeah! I'm not a pro performer but please lah! Kemonnnlah! Kau nak orang jayakan majlis kau. Kau nak orang perform. Free of charge. Sediakan minus one untuk aku. Tu je! That was all I asked for. Kau memang sedih! Ada jawatan tapi macam tak reti pegang jawatan. It's not just 'pegang' that position! Aku pernah ada jawatan macam kau masa sekolah dulu. Lagi BANYAK! Boleh je handle. *confident*


24 September 2011 a.k.a. Sabtu

I decided to go to Sri Pentas for an audition a few days before. At first, I though that I would be alone but like so sudden Norman and Azem wanna follow. I ingat diorang maybe nak rehat2 je kat rumah. Almaklomlah, hujung minggu. Untunglah I ada kawan baik yang teman selain Sakinah guide jalan sampai sana. Kalau dia tak ada 10 kali sesatlah gamaknya. LOL! Sakinah kebetulan memang nak naik KL dengan sepupu dia. Korean Wave Concert katanya! Hahaha...
So, how was the audition?? Hmm... tulah pengalaman pertama I dan mungkin yang terakhir *kalau One in a Million tak muncul semulalah*. Kenapa? Banyak pancaroba dia y'allz! Kasihan kawan2 I ikut tapi tak dapat masuk. Walhal boleh je kalau berani nak masuk kan... overall, pengalaman yang okey. There were only  two judges that I recognize. Yang lain I tak kenal. I tak tau nak cakap macamana. Jawapan ringkasnya "I didn't get through!". I don't know why because they didn't give any comment. Sedih! Tak apalah... I redha.  Dapat selamat sampai pergi balik tu pun dah syukur alhamdulillah! Bukan rezeki I rasanya. Maybe Allah tak nak bagi I masuk reality show langsung kot memandangkan I pun tak minat yang sebenonya. Objektif I, just nak dengar komen profesional je. Tu pun tak dapat. Lagipun bagus jugak tak dapat bak kata Norman. Yelah, you allz bayangkan. Once, you got through to the next stage/level there'll be no turning back. You allz akan terikat dengan kontrak dan sebagainya. I hate contract! Thanx to Sakinah for helping me. Thank you to Norman & Azem for accompanying me and drove back to Melaka. :)



3 Oktober 2011 a.k.a Isnin
Secara rasminya I umumkan I akan extend 1 semester. Ya! 7 semester kesemuanya untuk habiskan degree in Marketing ni. Memang I tak plan pada mulanya tapi keadaan memaksa. 28 jam kredit 1 sem. Seriously? You allz mamfooo?? Haha! Sedangkan lecturer I kat KMJ pun suruh extend. Kak Nora pun cakap baik extend. My objective is I wanna 'take care' or maintain my 'beautiful' pointer. Yelah, I tak hebat macam student2 yang dapat DL setiap sem or ANC. Jangan sentap okey. That's a compliment actually. Ya! Bagi I siapa yang dapat pointer a.k.a. CGPA atas 3.5 itu hebat! Sebab I tak mamfooo lah you allz. I'm not into academic field. So, untuk I dapatkan result yang hebat *bagi I lah* I kena extend. Ramai jugak kawan yang cakap "Rugilah weyh!". Masalahnya I ni dah cukup FAST TRACK dah you allz. I kan dari kolej matrikulasi. Sudah2lah mengejar itu dan ini. Tiba masanya I relax dan perlahankan sikit cara belajar I. Apa2 hal pun terima kasihlah kepada kawan2 sebab bagi pendapat. Ada betulnya cakap they allz tapi yang menanggung tu I. Maybe I have to pay quite A LOT for the last semester but we'll think and talk about that later okay.