Monday, 10 October 2011

I'm 'fragile'!

Assalamualaikum & heyy y'allz!

I tak berapa ada mood hari ni. Kelas pertama tadi I datang lewat gila! Kenapa? Inilah yang I nak ce citer. Semalam masa otw nak tidur tiba-tiba rasa sakit perut. Sungguh! Tak bagi peluang langsung nak terus terlelap. Bukan sakit perut nak erk erk tau. Haha! *tak sihat pun nak main-main lagi* Sakit dia macam nak suruh I berguling-guling atas tilam. Pukul 4 pagi masih tak tidur-tidur. Aduhhh! Lemah betullah. I dahlah memang insomnia. Last2 I carik minyak cap Kapak tu. Itu je minyak panas yang I ada. Sapulah... 20 minit selepas tu 'pengsan'.  
So, bila tidur lewat sangat haruslah bangun pun lewat. I pulak kalau bangun memang sangat mamai a.k.a. 'slow motion picture'. Faham? Semua benda yang I buat akan jadi secara perlahan walaupun I cuba nak cepatkan. Masuk kelas 45 minit selepas kelas start tanpa sebarang alasan. Dah sampai tu baru tahu ada presentation. Teammates I boleh lupa yang I satu group dengan they allz. Nak baran pun I malas sebab I tak larat nak 'sound'. Lagi pun I tahu they allz tak sengaja. They allz pun buat slides pagi tadi. You allz mamfooo? Hah! Mestilah... goreng jelah tadi masa present. Thank God the topic is just about global warming. Okeylah... at least tak adalah I menampakkan yang I langsung tak tahu-menahu apa-apa. Right? 

I malas nak cakap kat orang kenapa I datang lewat ke kelas sebab hal-hal macam malam tadilah. Orang mana faham. They allz tak faham. Silap-silap you allz pun tak faham. I ni mudah kena sakit-sakit. Bukan sakit orang-orang tua tu y'allz. I mean since I was a baby. I pernah kena paru-paru berair masa umur I dalam 3 tahun ke 4 tahun macam tu. Hampir-hampir kena asthma. Penyakit batu karang. Last time, the doctor said that I could get a gastric. Not gastric juice lah! Sakit perut yang orang selalu kena sebab tak sarapan pagi tu. Tahu tak? Google sendiri! Senang cerita I ni tak lasak. Faham? Sebab tu I tak sertai aktiviti lasak-lasak. Walhal I suka kot wall climbing ataupun jungle tracking. SANGAT SUKA! Tinggal I kenalah bawak macam-macam ubat in case anything happen. Alhamdulillah tak pernah pulaklah tengah snorkling sesak nafas ke apa. LOL! I penatlah nak explain kat orang. Biarlah kawan-kawan ingatkan yang I ni memang suka datang lambat. It's better.



p/s: Jerawat makin kurang tapi tutup dengan plaster. :P

2 comments:

yana d'zone said...

haaaa malam2 dah x bole tweet2 jugak,nanti lambat lagi...kan dah... =)

Mikah Lurima said...

eyh... tak ada kena mengena dgn tweet semalam. Huhu... yelah2. I try tidur lebih awal. :) Tq 4 reminding.