Sunday, 9 October 2011

Makan-makan

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Boringnya hari ni. Selamat Azem tinggalkan 'berokben' dia kat rumah ni. Bolehlah I update hal semalam. Yelah, sejak tinggal kat apartment a.k.a. rumah sewa ni susah nak dapat internet free. Kat rumah tak ada pasang WiFi jadi kenalah tebalkan muka pinjam siapa2 punya 'berokben' atau cilok internet rumah jiran. LOL! Semua housemate keluo dari pagi tadi. PPKP katanya. Duduklah termangu I sesorang kat rumah ni. Nak makan, malas keluo rumah. Sorang2 lagi pun. Makan biskut jelah jawabnya. Dah2! Jom tengok apa yang jadi semalam. :D


Fyda tu elak kuah tumpah je. LOL


Tak faham kenapa Que mesti terkejut macam tu. :P


Mun excited bukak nasi empet ke?? Hahaha


Ni je tapi... sedap dan mengenyangkan! *burrppp, alhamdulillah!




Linda wajib ye nak pose masa makan. 


3 teruna pingitan... silalah pilih! Hehe




 
 Malu-malu konon... walhal 'masyuk' makan! Haha 
Suka tau CT tangkap gambo macam ni! *notty






Gambo-gambo yang tak banyak beza. 
We allz memang looooove ambil gambo banyak-banyak. :P

 
Macam-macam kanak Ribena tak pernah jumpa kamera.



Suka gambo ni!^^


Bajet-bajet gambo drama swasta. Ada tak? *matiiiiilaahhhh!


 Tiga dara pingitan... Heyh! Dua dara pingitan + seorang teruna tampan. 
*Matilah statement!!!!!


Mint - Eyqa - Kak Wida - CT - Mickey *haaahh?? Pengsan terus!

Fahamkan kalau tengok gambo je?? Haha... Kelmarin Al Fairoz a.k.a. Al sms I ajak datang rumah. Ada makan-makan pukul 1 petang katanya. I terfikirlah jugak. Makan-makan apa ek. Raya dah habis. Time I tanya dia cuma jawab "Datang jelah...". Adoyyai! Buatnya mak kau buat kenduri doa selamat tak ke bengang kitorang datang pakai seluar jeans dan t-shirt bagai, orang lain pakai baju Melayu siap bawak Yaasiin. Siapa yang malu? We allz jugak...

Tapi legalah bila dah sampai tu Al pun cuma pakai seluo track bottom dengan jersi je. Ya! Dalam gambo tu Al ialah orang yang pakai jersi kuning belang-belang tu. HAHA! Sempoi kan? Dia memang sempoi je tapi baik hati. Janji lepas Zohor nak bertolak. Patutnya pukul 1.30pm lah paling lewatkan? Sekali pukul 2 petang  baru mula gerak. Rumah Al tu I pernah pergi tapi tak ingat jalan. Kerubong katanya! Sebab kena konvoi. Dua motor dan 3 kereta. Mamfooo? Kat JB konvoi raya dengan kawan2 pun tak ada motor. Macam polis trafik eskot pulak nak ada motor-motor bagai ni. Lol! Rumah Al ni complicated sikit *sikit ke??* nak pergi. Alhamdulillah... selamat sampai, selamat makan dan selamat balik. Tak pernah jumpa mak dia. masa first time datang dulu Ramah sungguh orang Melaka ni. Tu yang I suka pasal orang kampung kat Melaka ni. Hehehe... Terima kasih kepada Al sebab sudi ajak we allz. Thanx jugak kat Ahmad dan Kodat sebab sanggup tunggu we allz yang leceh ni. *nak-nak aku*

Lepas selesai rumah Al, I ikutkan je kehendak kawan-kawan perempuan I ni. Eyqa, CT, Mint dan Kak Wida carpool dengan I. Actually, I tak jadi pergi kalau they allz tak ikut. Mimi dan Erra ajak pergi karaoke. Mun yang bawak they allz berdua. Jadi, pergilah we allz ke Mahkota Parade berkarok bagai. Dua jam jugaklah. Akhirnya tercapailah hasrat I nak karok minggu ni cuma plan dengan Norman dan Azem masih valid okey. Ahakz~

Dah settle karaoke konon-kononnya nak makan sama-sama tapi tak jadi sebab hujan. Mun and the gang went to 'Bayview'. We allz makan kat gerai dekat-dekat dengan rumah. Janji ada atap!Hahaha.. I'm glad that place was opened last night. If not, I think I had to find somewhere else. Semua orang dah lapo jadi setuju kat mana-mana pun. Gambo last tu kat gerai makanlah. ^_^

p/s: Kredit to Ct for those pictures. ;)

No comments: