Friday, 28 October 2011

Surprise Me!

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Alhamdulillah... akhirnya dapat peluang nak online guna laptop housemate I. I baru je bangun daripada tidur. Awal tak I tidur? Pukul 8 lebih dah terlelap lepas tu sedo-sedo dah pukul 11pm. Entah kenapa ngantuk sangat. Padahal biasanya insomnia sampai ke pagi. Alhamdulillah ada nikmat tidur kan. Daripada tak dapat berehat langsung? Jadi, syukurlah... Mungkin jugak sebab pening kepala akibat terkena hujan. Lebat you allz hujan kat Melaka. Katanya macam seluruh Malaysia hujan. Baguslah kalau musim dah ikut waktu normal semula. Sekali lagi, syukur alhamdulillah! :) I pergi makan dengan 'Arifah dan Izi  lepas kelas petang tadi. Tu yang kena hujan. Payung ada tapi tak gunakan betul-betul. LOL!


Alolo... teringat kat WiFi. T_T


So, what's up? I nak cerita pasal tajuk tu tapi eloklah jika I mulakan daripada kisah kelas I tadi. Kononnya berangan giliran individual presentation kelas Global Marketing petang tadi. Bukan mainlah prepare. Pakai santek-santek... last2 masuk kelas baru perasan yang I tertinggal pendrive. Arrrrrrghhhh! Rasa frust gila tertonggeng tertumus tadi tau masa I perasan yang thumb drive I tertinggal kat rumah. Nak buat macamana? Nak suruh balik? Hujan lebat you allz. Masa sampai tu hujan dah stop sekejap tu yang I tak bawa payung tu. Padan muka! Tak pernah dalam sejarah pendrive tinggal. Beritahu Qem dia cuma text "T_T" je. Haha... sms si 'Arifah dia marah-marah I suruh pergi ambil. Last2 I terus beritahu Madam Kay. Nasiblah dia okey je bila I kata I nak giliran I present minggu depan. What a relief!!! Fuhh! Okey, selesai satu cerita. Moral of the story, bring everything on your presentation day and DO NOT! Leave anything. Konon nak beg ringan bawak sikit je. Last2, barang yang penting tu tertinggal. Haha~

Panjangnyaaaaaaaaaaaa muqaddimah I nak ce citer. Hahaha... Mesti siapa2 yang baca dah tertidur sekejap tadi. Lepas makan tu, I terfikir nak pergi mana ek. Dari kelmarin berangan nak pergi jengah Bank Islam. Nak cek kot-kot duit dah masuk. I drive lah dengan confident ke Bank Islam belakang kampus I tu. *senang dah ada ATM kat situ* Dalam hati I ni berbisik dan doa pada Allah... I cakap, "God! Please surprise me." Means, I'm hoping that YPJ has deposited our money into my account. Yelah, selalunya cek duit tak masuk lagi sampai I dah tak hairan pun. I lagiiiiiiiilah terkejut kalau duit dah masuk. Sampai je berlari sambil tutup kepala dengan Pashmina. *kau hade?* Hujankan you allz. Jaket tu mahal so kena elakkan daripada terkena air. Lol! Jaket lagi penting daripada kepala. Macamana tu?


Sengaja je tak nak bagi you allz ngantuk. Segar tak? *evil laugh*


Masukkan kad ATM, tekan 'Bahasa Melayu' *bahasa jiwa bangsa*, masukkan password, tekan 'semak baki'... okey, tunggu. PAPPP!!! Keluo amaun empat digit yang I dah lama tak nampak sejak dari cuti sem hari tu. WOW!!! I just couldn't help myself from screaming out loud. Actually not that loud but still lah... macam masa part 2 dululah I jerit dan peluk ATM machine tu. Percaya tak? I tak tipu okey. I memang jenis luahkan segala perasan dihadapan orang. Hahaha... untoooooonggglaaahhh tak ada orang kat situ. Kalau tidak? Mampu kena cerca dek kelakuan aneh I tu? Non-mampu you allz... *style Azem* I masuk kereta baru I sambung jerit semula. Walaupun muka ni tumbuh jerzzz bagai tapi yakin muka I sangat berseri-seri lepas I tau duit I dah masuk. Asyik senyuuuuuuuuum je masa drive balik ke rumah tu. Withdrew a few hundreds and then I deposited all of it into my Maybank account. Whooooooosshhh! Ikutkan nafsu I nak terus ke Jusco tapi I malaslah sebab fikirkan hujan. Untooooooonglah hujan... kalau tidak memang dandan tadi I pergi shopping sorang-sorang. Yang paling penting bayo hutang ayah dulu dan hutang kawan-kawan. *insyaAllah* Plan bajet betul-betul sebab ada dua lawatan bulan depan. InsyaAllah... I akan belanja duit tu untuk kebaikan. 

Dahlah you allz. I rasa kawan I nak guna lappy dia. Kita sambung ce citer lain kali k. Good night. Sleep tight! ~XOXO~



Agak-agak I kena terapi duit kat muka kot untuk hilangkan jerzzz... lol~



p/s: Nak mimpi indah bersama-sama duit. Jangan jealous! ;P

No comments: