Thursday, 13 October 2011

WiFi is a KITTEN!



As salam & heyy y'allz!

Kelmarin ibu call I. Nak cakap  pasal barang yang I beli kat Facebook tu dah sampai. Macam-macam lagilah. Tiba-tiba dia cakap,
"Kat rumah ni dah ada WiFi. Cakap kat adik kat rumah dah ada WiFi dah sekarang."

I lah pelik. Dulu suruh pasang WiFi tak nak pasang. Dah we allz adik-beradik sambung belajo barulah sibuk nak pasang WiFi! *mulalah nak membebel*

I mula-mula cuma bagi reaksi,

"WiFi?"

Ibu cakap apa tau?
"Tanyalah adik WiFi tu apa?"

Mulalah I nak start marah. Yelah, bukannya I tak tau WiFi tu apa? I jawablah macam ni,

"Bukannya Along dungu sangat tak tau WiFi tu apa!", biasalah I kadang-kadang overreact

"Haha... WiFi tu kucing," tiba-tiba ibu cakap sambil gelak sikit.

"??????????????????", dalam hati I kata "Apakah??!"

"Hari tu kan kita jual kucing. Lepas tu kebetulan kedai tu ada anak kucing baru datang. Adik pulak dah lama 'mengidam' nak ada kucing warna putih. Tu yang ibu beli tu," jawab ibu.

Lepas tu I mulalah membebel bagai. Yelah, I ingatkan jual kucing untuk cover expenses makanan kucing. Parsi y'allz! You allz ingat murah ke? Tau kan mahal? I bukan nak show off okay tapi nak menegakkan fakta. Ya! Maintenance kucing mahal pun mestilah mahal macam kucing tu jugak. LOL! Ibu I pun mengadu jugak entah kenapalah adik letak nama WiFi. Adoyyai...

Tapi lepas ibu I mms gambo kucing tu I terus jatuh hati. HAHAHAHA~ Tak senonohkan perangai I. Selalu sangat overreact. I  memang paling banyak membebel fakta bila dengan famili. Yelah, tak mau they allz membazir macam-macam. Sayang katanya...^^

Nak tengok kucing tu? Nanti... :P


p/s: Tak sabonya nak balik rumah jumpa 'adik' baru. :D

No comments: