Friday, 2 December 2011

Spice Garden

Assalamualaikum & heyy y'allz!

I dah mula rasa ngantuk tiba-tiba tapi ini je waktu yang ada. Minggu ni I plan nak balik tapi tak jadi sebab esok ada seminar subjek Issue in Marketing. Eh, kenapa I cerita pasal seminar ek? Tak ada kena mengena dengan tajuk rasanya. *actually ada!*

You allz tau tak apa itu 'Spice Garden'? Hah, apa? Taman Pedas? Bukanlah! Kenapa pulak taman tu nak pedas. Lol! I cakap pasal Taman Rempah kat Melaka ni. Hujung minggu kali ni ada Karnival Mahasiswa (KARMA) anjuran UiTM Kampus Bandaraya Melaka. So, apa kena mengena dengan Taman Rempah? Ada banyak event yang buat kat Taman Rempah. Malam ni pun ada sebenonya. Housemates I  pun ada buka gerai jual keropok lekor bagai kat situ. 

Karnival MEGA Mahasiswa (KARMA) 2011



I busy esok dengan seminar dari 8.30 pagi sampai 4.30 petang, malam tu I akan buat persembahan untuk malam penutup MADIM. Apakah pula MADIM itu? Hahaha! Macam-macam singkatan kan? MADIM stands for Malam Dikir Mahasiswa. Malam ni saringan pertama dekat auditorium kampus je tapi finalnya esok malam kat Taman Rempah. Datanglah ya! InsyaAllah... I nyanyi kot esok. I setuju nak perform pun sebab I fikir I tak jadi balik JB. Ramai tak tahu pasal hal ni sebab I malas nak kecoh-kecoh. Siapa je yang nak tengok kan? That's why I tell about it in this blog not in Facebook or Twitter crystal clear. I perform biasa-biasa je esok. Just to fulfill people's request and enjoy my weekend. Haha~

Malam Dikir Mahasiswa (MADIM)



p/s: Tahniah kepada pencipta-pencipta lagu dan artis-artis yang dapat pergi final AJL. 

Thursday, 1 December 2011

Non Halal: TOBASCO




Assalamualaikum & heyy y'allz!

I tak plan pun nak post any entry. Almaklumlah you allz, dah pagi buta dah ni. Tapi I gigih dan gagahkan juga diri I ni disebabkan I terbaca kat dua laman web ni, MalaysiaKini & Empayar Pemuda pasal sos Tobasco yang digunakan di restoran-restoran makanan style barat ni. Tak faham? Western food faham? Walaweyh! *sorry, mood ngigau* Nak tahu pasal apa, silalah klik nama laman web tu. (:

Alhamdulillah, I tak pernah makan dan I rasa famili I pun tak pernah makan tapi manalah kita tau kan 'kalau-kalau'. Dalam Islam tak elok sebut 'kalau'. I pernah pergi Sarpino's Pizzeria, salah satu restoran yang jual pizza kat Subang selain Pizza Hut. Memang sedap! Don't worry, it's a halal restaurant. (: Kat atas meja tu ada botol sos ni tapi I tak ambillah sebab I memang tak makan sos. Apa-apahal you allz masih kena berhati-hati kotlah kan ada dalam makanan yang you allz beli tapi tak nampak. Allah Maha Mengetahui tapi kita? Sebab tu kena mulakan dengan nama Allah dalam segala hal terutamanya makan! 

InsyaAllah, Tuhan akan berkati segala apa yang kita bedal tu, okey? Na'uzubillah... minta jauhlah daripada I pernah atau hampir termakan benda-benda haram macam apa yang terkandung dalam sos Tobasco tu. Yang I yakin, memang tak pernah! *tawakkaltu'alaAllah* Begitu juga denganfamili I. Hopefully, same goes to every Muslim out there especially my relatives and friends. Nak makan western food boleh, tapi carilah kedai makan Melayu atau HALAL ataupun paling baik, buat sendiri! Setuju? Okeylah you allz, I nak 'revise' sikit dengo lagu untuk persembahan penutup MADIM UiTM KBM hari Sabtu ni. *khamboiyy! Revise untuk test bukan main susah.* Tak pilih lagi lagu apa nak nyanyi ni you allz!!! Seriau I tau tak! Lepas tu baru tidur. Okay, good night & sweet dream! ~XOXO~