Thursday, 1 December 2011

Non Halal: TOBASCO




Assalamualaikum & heyy y'allz!

I tak plan pun nak post any entry. Almaklumlah you allz, dah pagi buta dah ni. Tapi I gigih dan gagahkan juga diri I ni disebabkan I terbaca kat dua laman web ni, MalaysiaKini & Empayar Pemuda pasal sos Tobasco yang digunakan di restoran-restoran makanan style barat ni. Tak faham? Western food faham? Walaweyh! *sorry, mood ngigau* Nak tahu pasal apa, silalah klik nama laman web tu. (:

Alhamdulillah, I tak pernah makan dan I rasa famili I pun tak pernah makan tapi manalah kita tau kan 'kalau-kalau'. Dalam Islam tak elok sebut 'kalau'. I pernah pergi Sarpino's Pizzeria, salah satu restoran yang jual pizza kat Subang selain Pizza Hut. Memang sedap! Don't worry, it's a halal restaurant. (: Kat atas meja tu ada botol sos ni tapi I tak ambillah sebab I memang tak makan sos. Apa-apahal you allz masih kena berhati-hati kotlah kan ada dalam makanan yang you allz beli tapi tak nampak. Allah Maha Mengetahui tapi kita? Sebab tu kena mulakan dengan nama Allah dalam segala hal terutamanya makan! 

InsyaAllah, Tuhan akan berkati segala apa yang kita bedal tu, okey? Na'uzubillah... minta jauhlah daripada I pernah atau hampir termakan benda-benda haram macam apa yang terkandung dalam sos Tobasco tu. Yang I yakin, memang tak pernah! *tawakkaltu'alaAllah* Begitu juga denganfamili I. Hopefully, same goes to every Muslim out there especially my relatives and friends. Nak makan western food boleh, tapi carilah kedai makan Melayu atau HALAL ataupun paling baik, buat sendiri! Setuju? Okeylah you allz, I nak 'revise' sikit dengo lagu untuk persembahan penutup MADIM UiTM KBM hari Sabtu ni. *khamboiyy! Revise untuk test bukan main susah.* Tak pilih lagi lagu apa nak nyanyi ni you allz!!! Seriau I tau tak! Lepas tu baru tidur. Okay, good night & sweet dream! ~XOXO~


No comments: