Monday, 30 January 2012

AJL 26 Tak Habis-habis

As salam & heyy y'allz!

I yang tak habis-habis sebenonya nak komen pasal AJL malam tadi. Hahaha~ Okey, bagi pendapat I pentas dia lawo dan nampak hebat hanya masa opening tu je. Next performances pentas tu biasa jah! Tak ada sangat pun elemen yang ditonjolkan. Kenapa? Tak sempat siapkah pentas tu? Huhuhu... don't get me wrong. I'm a fan of AJL too. Just wanna say a little bit more about other things.

Lepas tu... ikut expectation I lagu Penakut jelah yang tak ada dapat apa-apa sebab lagu-lagu lain ada dalam list AJL 26: The Expectation. I don't wanna comment more on the result. Kiranya apa yang I agak tu mengenalah cuma tak ikut turutan jelah. Well, Awan Nano did win for 'Best Song' in Anugerah Planet Muzik(APM) last year. So, it was not impossible at all for that song to win in AJL again. Right? Plus, if I wanna give some criticism, I would say even though Haifz won it but by far he's the most 'selekeh' winner for AJL lah. Okay! Siapa sangka, tak payah keluo bajet yang beso... pakai track bottom je dengan t-shirt yang I buat tidur. Hahaha~ You mampu? I tak mampu you allz. At least kak Ning Baizura masa nyanyai lagu Awan Yang Terpilu dulu mucul tak pakai kasut atas tikar dengan pakai baju kurung tu kira molek lagilah. Itu kreativiti masing-masing. I kritik bukan bermaksud I puji sungguh sungguh dan tak bermaksud I mengutuk ya. Sila fahami betul-betul. 

That's all I wanna say. ~XOXO~

p/s: Dah tak ada dah iklan artis main air. =P

Anugerah Juara Lembu??

As salam & heyy y'allz!

Selain AJL 26 ada juga event lain yang disiarkan secara live stream di internet. Contohnya, ceramah agama oleh Ustaz Azhar Idrus. Alhamdulillah, baguslah siapa yang dapat hadir. Yang tengok online pun bagus. I bukan tak minat ya tapi AJL sekali je setahun you allz. Tak salah rasanya untuk tonton. I know a lot about art & music so I believe that there's no harm for me to watch or listen to the annual tv show. 

Well, it's appropriate lah for those 'good people' to say like that in the Facebook. I tahu yang pergi majlis ilmu lagi bagus, jauuuuuuh lebih bagus tapi mengherdik we allz yang sibuk menonton AJL 26 tadi dengan macam-macam cara sangat tak berkesanlah untuk menarik orang dan sungguh kurang bijak. Wajarkah you allz baru lepas dengar ceramah agama guna perkataan 'lembu' kat untuk gantikan huruf 'L' dalam ejaan AJL? #sedih Tapi, ada I kisah? I tengok jugalah AJL 26 sampai habis. Hahaha~ InsyaAllah, Tuhan faham kita berhibur ala kadar. #peace (=

Ustaz tak salah apa-apapun... I pun minat dia. Siap 'like' lagi kat Facebook. Pandai ustaz edit gambo. Cuma tu jelah I nak lontarkan pendapat tentang apa yang I baca dalam Facebook. Peminat ustaz juga rasanya tu.

Imej daripada blog ini.

Okeylah you allz, I nak switch off laptop ni dari petang tadi kasihan kat 'dia' penat. Hehe... good night you allz! As salam... XOXO~

p/s: Teringat lagi ceramah Imam Muda Asyraf kat KBM dulu. BEST!^^

Sunday, 29 January 2012

AJL 26: The Result

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Tak payahlah klik tak ada apa-apapun. Credit to Gua.Com.My!


WOW!!! Hahahaha... saja je start dengan "WOW" tu. Taklah se'wow' mana opening AJL 26 kali ni. Gembar gembur sangat semalam masa ramai orang datang tengok full dress rehearsal. I rasa Jamal Abdillah sangat hebat masa persembahan pembukaan tirai Anugerah Juara Lagu (AJL) ke -26 tadi sebab dia pakai ala-ala Michael Jackson. Suara dia pun sangat memukau tambahan lagi sound system sangat best. I don't know lah if Sony Bravia's sound system was the reason of it or just my feeling. Pentas dan backdrop memang lawolah. Awie & Sheila Majid antara yang sama-sama buat persembahan pembukaan. Semuanya ada gelaran masing-masing, Raja Pop, Ratu Jazz & Raja Rock. Btw, legend is more suitable for somebody who's already dead. *peace*


Macam post I sebelum ni dalam AJL 26: The Expectation, I dah ada target jugalah siapa yang patut menang tapi sangkaan I meleset. I wish Yuna wins something but so sad, she didn't get any trophy. Penakut is a great song... I don't know, we were not the professional judges. Melalui persembahan siaran langsung tadi I ingatkan trofi Persembahan Terbaik akan dirangkul oleh Hafiz tapi Alyah yang dapat. Sangat mengejutkan ramai orang ya sebab dia bawa Remy Ishak ke atas pentas kot. Itu memang WOW! Hahaha~ Lepas tu I rasa mengikut telinga I ni, dan juga fahaman vokal I, Jaclyn Victor melalui lagu Sedetik Lebih ataupun 3 Suara lagi layak dianguerahkan Persembahan Vokal Terbaik AJL 26 berbanding Hafiz. Ya! Hafiz nyanyi sangat best. Vokal dia makin matang dan mantap tapi... *sigh*


Yuna pun layak untuk dianugerahkan dengan trofi 'Best Peromance' untuk Penakut sebab stage presence dia sangat unik. Btw, walaupun I bukan peminat Faizal Tahir lagu Karma memang 'cool' sebab gabungan Audi Mok dengan Faizal Tahir memang tak dinafikan sejak AJL tahun-tahun lalu. Entahlah... kalau nak komen semua memang tak boleh berhenti sampai esok. Hahahah~ Bayangkan jelah Twitter I sampai bagi warning you allz.




Tahniahlah kepada komposer Sedetik Lebih sebab dapat juga bawa anugerah khas untuk AJL ke-26 ni. Tahniah juga Alyah sebab Kisah Hati tu mampu bagi impak kali ni. Tahniah kepada pemenang-pemenang AJL 26 tahun ni. Termasuklah trio terhebat kegemaran I, 3 Suara! =D

Ini dia keputusan AJL 26 kepada yang belum tahu dan nak ambil tahu. ^_^

Lagu Terbaik:

Juara: 
Awan Nano - Hafiz (M. Nasir & Budi Hekayat)

Naib Juara:
Beribu Sesalan - 3 Suara [Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah] 
(Kevin Chin & Tinta)

Tempat Ketiga:
Karma - Faizal Tahir (Faizal Tahir & Audi Mok) 

Persembahan Vokal Terbaik:

Hafiz - Awan Nano

Anugerah Mobile Celcom:

Sedetik Lebih - Jaclyn Victor/Anuar Zain (Edry Abdul Halim)

Nak tahu lebih pasal hadiah?? Sila klik sini

p/s: I rindu untuk AJL ada kategori-kategori muzik macam dulu...

Ada Apa Dengan JPO?

Assalamualaikum & heyy y'allz!



Dah lamaaaaaaaaaaaaaaaa tak post entry sekali dapat tulis blog sampai 3 entry sehari. Mampu? Yelah, agak hebatlah untuk si pemalas ni. Hahahaha~ Hari Rabu lepas I keluo dengan Kelis, Kinah & Faiz. Mulanya planning berlima tapi si Cha'a ni entah ke mana jadilah berempat je. Konon nak pergi Seoul Garden kat KSL Mall tapi tak jadi sebab rasa tak berbaloi makan berpuluh-puluh ringgit sedangkan kat rumah masing-masing ada banyak sangat makanan. Lol! Lastly, we went to Red Box at Plaza Pelangi. 

From 12pm-3pm we spent our time there. Tak banyak lagu pun rasanya sebab terkial-kial nak pilih lagu. Dah lama tak pergi you allz! Kinah boleh pula malu-malu kucing nak pilih lagu favourite K-Pop dia. Ahakz! 12pm baru I dengan Sakinah sampai sebenonya. Macam-macam jelah halnya bila nak bersiap. Tapi kali ni melampaulah sebab blackout siang-siang hari. *sabojelah* Dah balik rumah blackout semula. =_____=

Lepas tu pergi makan dekat Restoran Remaja Classic. Adik ber'hadek' jugalah dengan Restorang Remaja dekat BBU sebelah Masjid BBU tu tapi yang ni terletak kat depan Menara Jati a.k.a. Hasil Dalam Negeri (HDN). Berpuluh ringgit jugalah keluo dek menyanyi karaoke dengan makan tapi rasanya muailah berbanding makan kat Seoul Garden waktu-waktu semua orang dalam kegawatan ekonomi ni. Huhuhu~

Entah macamanalah boleh terlahirnya dan terzahirnya idea nak ke JPO tu. Sama ada si Faiz atau si Kelis disokong oleh Sakinah. I ikut je sebab I carpool dengan Kinah. Tak tahu JPO tu apa? JPO stands for Johor Premium Outlet. Planning dulu nak pergi masa opening tempat tu tapi tak jadi sebab masa tu dah nak balik ke Melaka cuti tak panjang lagipun. Tempat ni ala-ala shopping mall macam Pavilion Kuala Lumpur tu cuma yang ini dia buat style not under one roof lah. Faham? Tak ada pendingin hawa kat situ. Setiap kedai ada lot masing-masing. Pintu masing-masing... keluo kedai je kalau hujan memang tempias rasanya. Hahahah~ Lawo tu haruslah!!! Tapi JPO ni tempat shopping untuk orang-orang kaya. Jenama hebat-hebat je yang banyak. Padini dan Vior tu kebetulan je ada kat situ. Kebetulan ternampak artis kat situ. Awal & Scha Alyahya ada hari tu tapi tak sempat nak kejo si Scha. I minat dia je so agak menariklah kalau dapat 'tangkap' dia dan ambil gambo. Boleh buat kenangan you allz. Hahaha~










JPO memang tempat beli-belah yang high class lah pendek cerita. Jauuuuuuuuuuuuh daripada pusat bandoraya JB. Kat area Kulai you allz. I rasa focus group dia, nak tarik pengunjung dari Singapura dan high income people lah. Tak kisahlah pengunjung tempatan ke pelancong. Dekorasi sangat cantik. Ada food court selain daripada kedai makan lain ataupun coffee house macam Starbucks. Kepada yang belum pernah menjejakkan kaki silalah... jangan segan-segan. Parking kira per entry so jangan risau. Hehehe~

p/s: Ambil gambo sendiri jugak baru puas hati. (=

Saturday, 28 January 2012

ALL is Adele's Fault

As salam & heyy y'allz!

Forget about why I didn't write in this blog for more than a week. Yes, the final examination finished since 17th January but my 'neighbor' has already terminated the internet service one week before last semester ended. *sigh* Plus, I was so 'busy' enjoying my life after final exam, shopping, eating, hanging out, and definitely a lot of sleep. Teehee~



It has been awhile since I bought Whitney Houston's The Ultimate Collection. You know, a guy like me will only buy a full album of one singer. I have a lot of cassettes, more than a CD or DVD. Okay, I'm so 'mad' with Adele right now. Because of her, I have to borrow my dad's money just to buy her new album, Adele Live At The Royal Albert Hall. Thank God, my dad bought it for me! Haha~ Btw, it is still a 'loan'. I have to pay it back after I get my loan a.k.a. scholarship from YPJ. (=








It means that Adele is in line with divas such as Mariah & Whitney because I bought their albums before Adele's and this album is the first live recording album that I bought. Believe me it's awesome! One price for two disc set, DVD & CD. Plus, I got a rebate! HAHAHA~ Btw, for those who wanna get this album, I bought it at Harris.

p/s: I'm listening to her right now. (:


AJL 26: The Expectation

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Sedia maklum, semua peminat muzik tanah air tahu esok malam akan satu acara yang dinanti-nantikan dan mungkin yang paling meletop TV3 adakan setiap tahun. Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-26 akan bersiaran secara langsung esok pukul 9 malam. Tahun ni I akan dapat tengok *insyaAllah*. Untuuuuunnngglah cuti sem kan sekarang. Haha~ Macam tahun lepas tengok tak sampai habis dah kena balik kolej. *menyampah!* Tapi tahun ni I akan pastikan I akan tengok kat tv. ^__^

Ini je hiburan yang I suka dan enjoy you allz. I tak minat bola sepak so I tak boleh cakap pasal bola sepak dalam blog ni. Huhu~ I love music so much. Usually I would post something 'bout international music events or singers but now I wanna talk on our local music industry.



Kenapa ek I havoc sangat nak post sampai tak sempat-sempat nak pergi mandi dulu? Haha~ Well, there are a lot of my favourite songs there, in the final of AJL. Apa-apahal pun, I tak mahu harapkan sangatlah pasal lagu mana yang akan mengungguli AJL ke-26 ni sebab sejak beberapa tahun yang lepas ramai orang yang dah frust dengan keputusan AJL. Juara tahun lepas pun ramai orang tak expect. Huhu~ Tak kisahlah lagu Ajai ke, lagu indie ke ramai yang persoalkan. AJL dah tak macam dulu! Tapi I tengok je sebab seronok dapat tengok artis kegemaran kita beraksi kat atas pentas. Tak payah harapkan sangatlah ya artis favourite you all menang sebab apa-apapun boleh jadi. Silap-silap lagu yang I tak suka menang. Lagu apa tu ek? Kawan-kawan I tahu rasanya... haha~

Siapa yang setia tengok AJL, orang tu mesti setia ambil tahu pasal AIM. Setuju? Contohnya I lah... kontroversi kot masa lagu Yuna, Penakut kena tarik balik anugerah sebagai Lagu Terbaik AIM tahun lepas. I tak tahulah kenapa Anuar Zain tak mahu perform lagu Sedetik Lebih esok malam. Kan lagu ni yang diangkat sebagai Lagu Terbaik lepas AIM tarik balik trofi kemenangan tu. Gila tak? I just assume that Anuar Zain don't wanna sing his song maybe because he doesn't want people to question his victory on AIM last year. Yelah, should be dah menang kat AIM patutnya menang dalam AJL juga ya tak? Jangan salah faham okey, I peminat Anuar Zain. Haruslah I frust jugalah Anuar Zain takkan perform lagu Sedetik Lebih tu esok.

Anugerah Juara Lagu 26


Bijaklah tindakan Edry untuk bagi Jaclyn Victor nyanyi lagu tu. Originals are hard to compete meyh! Cakap pasal lagu yang tak sepatutnya berada dalam final AJL pun ada juga tapi malas nak cakaplah. Kita tengok jelah apa yang jadi esok malam okey. I nak cakap lebih-lebih pun I ni siapa? Tapi siapa-siapa pun I, I bukan dengo lagu tu tanpa sebarang perasaan. I tengok lirik tu okey dan I boleh kata faham setiap bait lagu tu. Yelah, I tak naklah dengo lagu yang tak senonohkan? Sebab apa yang kita dengo berulang-ulang kan masuk ke hati biasanya so biolah apa yang masuk ke hati tu perkara yang baik-baik. (:

Okeylah, dah panjang lebo sangat I membebel pasal AJL. All I can say about my expectation is;

Should win:

Sedetik Lebih - Jaclyn Victor
Beribu Sesalan - 3 Suara
Penakut - Yuna

Might win:

Karma - Faizal Tahir
Kisah Hati - Alyah
Sungai Lui - Aizat
Awan Nano - Hafiz

Shouldn't win:

Cinta Muka Buku - Najwa Latif

Best performance:

Karma - Faizal Tahir

This is just my expectation y'allz! Don't underestimate other songs & singers. Anything can happen you allz. I nak letak nama pencipta sekali tapi bukan semuanya I ingat. Takut tersalah letak kang jadi isu lain pula. Hahaha~ Alright, that's all for now. We'll see what happen tomorrow. ~XOXO~

p/s: Tema air katanya... jangan banjir satu stadium tu sudeyh! LOL~
p/s/s: Kenapa tak ada kumpulan nasyid yang masuk final ek? #wonder


Tuesday, 10 January 2012

Hai Si Kelisa...

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh! HEYY you allz!!!

YA ALLAH!!! Berapa lama ek I tak post entry? Ada nak masuk 2 bulan dah ni rasanya. Sorry lah my dearest blog. I terlalu sibuk sangat. Ada banyak masalah dalaman. Hahahaha~ Malas pun ya jugak. =P Apakan daya you allz... lepas I buat persembahan untuk MADIM tu terus fengsan. I demam you allz! Masa naik pentas tu lagi suara dah berubah hidung tersumbat bagai. Alhamdulillah, berjalan lancar. Ingatkan dah baik sekali next week tu demam balik. Ada lah dalam 3 minggu berlarutan. Dahsyat tak? I memang macam ni... mudah berjangkit penyakit ataupun susah sangat nak terdemam *boleh terdemam?* tapi bila dah demam... HUH! Khamekkk ko. 3 minggu terus! You allz mampu? Huhuhu...

So, how? I berhutang macam-macam ni. Hutang dengan Tuhan, hutang dengan ibu ayah, hutang dengan kawan *pun ada* dan hutang entry dengan blog. Huhuhuhu... banyak sangat yang I nak ceritakan tapi sabo okey. Untuk permulaan setelah sekian lama tak post entry I nak cerita hal yang paling latest dan tak terlalu beratlah. Tak ada kena mengena dengan isu politik, sosial ataupun ekonomi okey. Yelah, takut you allz. I ni mahasiswa tak boleh lebih lebih. Ada akta bagaikan katanya. =P So, just keep quite. Observe... diam lebih baik. (:

ShutUp


Siapa Kelisa? Apakah itu Kelisa? Hah!!! Mari sini I bagi tahu. Kelisa kan kereta I. Hari tu masa study week 2 minggu I tak bawa balik kereta tu. Tinggalkan jelah kat Melaka. Katanya semua housemate nak balik haruslah I tak tinggalkan kunci pada sesiapa. Tahu tahu je sampai Melaka semula nak start enjin kereta tak boleh. Pakai jumper 'jiran' sekejap je. Matikan enjin terus tak hidup semula. Tersedak sedak enjin tu nak start! Baran betul I kelmarin. Apa taknya, ingatkan dah boleh drive kereta tu sekali masa nak keluo makan dengan Eyqa tak boleh hidupkan semula. Akhirnya makan kat depan apartment tu je. Selamat murah. Mood I memang down jelah. Stress tak dapat nak keluo rumah lepas first paper Ahad lepas. Oh! Lupa nak beritahu yang sekarang ni musim final exam. Ahad lepas I dah start exam. Next paper will be on this Thursday. Hehehe~ Wish me luck you allz! (=

final exam


Semalam Ifah & Izi datang tolong, sambil tu pinjamkan sekali jumper tu. Ya Allah, terharu sangat! Dah susah  jauh daripada famili macam ni memang buntu tak tahu nak mintak tolong siapa. Segan you allz! I tak suka menyusahkan orang sebab dah banyak sangat rasanya menyusahkan kawan kawan. Legalah tadi dapat drive si Kelisa tu ke workshop yang si Azem & Norman suggest tu. Baik gila uncle kat situ! So nice lah... I'll remember that workshop. I tak kisahlah Cina ke Melayu ke yang penting uncle tu baik. *kasi cium sikit* ;P Baik macamana pun RM140 melayang you allz. Haruslah kan? Takkan free pulak. LOL~

I give in to him because I choose to, because I love to. Because it sets me free


I jalan jalanlah dengan girangnya. Singgah ATM Bank Islam, beli nasi ayam kat Kesidang... pau pun sempat sauk sekali! Hahaha~ Sekali dalam perjalanan nak balik tu I perasan yang lampu simbol enjin tu menyala. I teringatlah yang uncle tu cakap kalau masa drive ada yang menyala means ada problem lah tu. Terus tak sempat balik rumah makan, I drive semula ke workshop tu selamatlah dekat. Dalam 10 minit macam tu settle! I pun tak sure sebenonya kenapa. Maybe pasal dah dua minggu tersangka tu kot tunjuk perasaan si Kelisa biru yang comot ni *kotor gila you allz!*. Mula mula dalam kepala ni cakap, "Habislah duit aku keluo lagi." Sekali uncle tu kata tak payah bayo apa apa. Ya Allah! ALHAMDULILLAH... syukur sangat! Rezeki melimpah ruah aku dapat hari ni ya Allah. So, I'm in a happy mood right now. Request je apa apa insyaAllah I buat *harapan*. Kasihan kat ada sorang mak cik ni dah dua kali I datang bengkel tu dia masih tunggu kereta dia. Sempat berbual dengan mak cik tu. Orang Melaka kalau dah baik dan ramah memang I layan you allz. Orang macam tulah yang ngam dengan I. Hahahaha~ Yelah, dah tua mak cik tu kasihan pulak tengokkan dia tunggu lama lama tapi nak buat macamana dia yang tak nak balik *dia kata*.

fuck yeah free bird


And now... I'm at home... typing this entry. Finished eating my chicken rice. On the way to finish the kuih pau. Love can be this happy sometimes but don't foget about my next paper. HAHA~ Kan?? Dah sedap bercerita lupa pula nak baca buku. Ahakz~ Okeylah you allz... nak makan pau. GTG! XOXO~

p/s: Malam ni nak berkaraoke dengan si D'zan. #yeah