Sunday, 29 January 2012

Ada Apa Dengan JPO?

Assalamualaikum & heyy y'allz!



Dah lamaaaaaaaaaaaaaaaa tak post entry sekali dapat tulis blog sampai 3 entry sehari. Mampu? Yelah, agak hebatlah untuk si pemalas ni. Hahahaha~ Hari Rabu lepas I keluo dengan Kelis, Kinah & Faiz. Mulanya planning berlima tapi si Cha'a ni entah ke mana jadilah berempat je. Konon nak pergi Seoul Garden kat KSL Mall tapi tak jadi sebab rasa tak berbaloi makan berpuluh-puluh ringgit sedangkan kat rumah masing-masing ada banyak sangat makanan. Lol! Lastly, we went to Red Box at Plaza Pelangi. 

From 12pm-3pm we spent our time there. Tak banyak lagu pun rasanya sebab terkial-kial nak pilih lagu. Dah lama tak pergi you allz! Kinah boleh pula malu-malu kucing nak pilih lagu favourite K-Pop dia. Ahakz! 12pm baru I dengan Sakinah sampai sebenonya. Macam-macam jelah halnya bila nak bersiap. Tapi kali ni melampaulah sebab blackout siang-siang hari. *sabojelah* Dah balik rumah blackout semula. =_____=

Lepas tu pergi makan dekat Restoran Remaja Classic. Adik ber'hadek' jugalah dengan Restorang Remaja dekat BBU sebelah Masjid BBU tu tapi yang ni terletak kat depan Menara Jati a.k.a. Hasil Dalam Negeri (HDN). Berpuluh ringgit jugalah keluo dek menyanyi karaoke dengan makan tapi rasanya muailah berbanding makan kat Seoul Garden waktu-waktu semua orang dalam kegawatan ekonomi ni. Huhuhu~

Entah macamanalah boleh terlahirnya dan terzahirnya idea nak ke JPO tu. Sama ada si Faiz atau si Kelis disokong oleh Sakinah. I ikut je sebab I carpool dengan Kinah. Tak tahu JPO tu apa? JPO stands for Johor Premium Outlet. Planning dulu nak pergi masa opening tempat tu tapi tak jadi sebab masa tu dah nak balik ke Melaka cuti tak panjang lagipun. Tempat ni ala-ala shopping mall macam Pavilion Kuala Lumpur tu cuma yang ini dia buat style not under one roof lah. Faham? Tak ada pendingin hawa kat situ. Setiap kedai ada lot masing-masing. Pintu masing-masing... keluo kedai je kalau hujan memang tempias rasanya. Hahahah~ Lawo tu haruslah!!! Tapi JPO ni tempat shopping untuk orang-orang kaya. Jenama hebat-hebat je yang banyak. Padini dan Vior tu kebetulan je ada kat situ. Kebetulan ternampak artis kat situ. Awal & Scha Alyahya ada hari tu tapi tak sempat nak kejo si Scha. I minat dia je so agak menariklah kalau dapat 'tangkap' dia dan ambil gambo. Boleh buat kenangan you allz. Hahaha~










JPO memang tempat beli-belah yang high class lah pendek cerita. Jauuuuuuuuuuuuh daripada pusat bandoraya JB. Kat area Kulai you allz. I rasa focus group dia, nak tarik pengunjung dari Singapura dan high income people lah. Tak kisahlah pengunjung tempatan ke pelancong. Dekorasi sangat cantik. Ada food court selain daripada kedai makan lain ataupun coffee house macam Starbucks. Kepada yang belum pernah menjejakkan kaki silalah... jangan segan-segan. Parking kira per entry so jangan risau. Hehehe~

p/s: Ambil gambo sendiri jugak baru puas hati. (=

2 comments:

Umar said...

wah! nice picture! follow you back :)

Mikah Lurima said...

Umar>> Seriously? Biasa je... hehe~ Thanx for following me back. (=