Saturday, 28 January 2012

AJL 26: The Expectation

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Sedia maklum, semua peminat muzik tanah air tahu esok malam akan satu acara yang dinanti-nantikan dan mungkin yang paling meletop TV3 adakan setiap tahun. Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-26 akan bersiaran secara langsung esok pukul 9 malam. Tahun ni I akan dapat tengok *insyaAllah*. Untuuuuunnngglah cuti sem kan sekarang. Haha~ Macam tahun lepas tengok tak sampai habis dah kena balik kolej. *menyampah!* Tapi tahun ni I akan pastikan I akan tengok kat tv. ^__^

Ini je hiburan yang I suka dan enjoy you allz. I tak minat bola sepak so I tak boleh cakap pasal bola sepak dalam blog ni. Huhu~ I love music so much. Usually I would post something 'bout international music events or singers but now I wanna talk on our local music industry.



Kenapa ek I havoc sangat nak post sampai tak sempat-sempat nak pergi mandi dulu? Haha~ Well, there are a lot of my favourite songs there, in the final of AJL. Apa-apahal pun, I tak mahu harapkan sangatlah pasal lagu mana yang akan mengungguli AJL ke-26 ni sebab sejak beberapa tahun yang lepas ramai orang yang dah frust dengan keputusan AJL. Juara tahun lepas pun ramai orang tak expect. Huhu~ Tak kisahlah lagu Ajai ke, lagu indie ke ramai yang persoalkan. AJL dah tak macam dulu! Tapi I tengok je sebab seronok dapat tengok artis kegemaran kita beraksi kat atas pentas. Tak payah harapkan sangatlah ya artis favourite you all menang sebab apa-apapun boleh jadi. Silap-silap lagu yang I tak suka menang. Lagu apa tu ek? Kawan-kawan I tahu rasanya... haha~

Siapa yang setia tengok AJL, orang tu mesti setia ambil tahu pasal AIM. Setuju? Contohnya I lah... kontroversi kot masa lagu Yuna, Penakut kena tarik balik anugerah sebagai Lagu Terbaik AIM tahun lepas. I tak tahulah kenapa Anuar Zain tak mahu perform lagu Sedetik Lebih esok malam. Kan lagu ni yang diangkat sebagai Lagu Terbaik lepas AIM tarik balik trofi kemenangan tu. Gila tak? I just assume that Anuar Zain don't wanna sing his song maybe because he doesn't want people to question his victory on AIM last year. Yelah, should be dah menang kat AIM patutnya menang dalam AJL juga ya tak? Jangan salah faham okey, I peminat Anuar Zain. Haruslah I frust jugalah Anuar Zain takkan perform lagu Sedetik Lebih tu esok.

Anugerah Juara Lagu 26


Bijaklah tindakan Edry untuk bagi Jaclyn Victor nyanyi lagu tu. Originals are hard to compete meyh! Cakap pasal lagu yang tak sepatutnya berada dalam final AJL pun ada juga tapi malas nak cakaplah. Kita tengok jelah apa yang jadi esok malam okey. I nak cakap lebih-lebih pun I ni siapa? Tapi siapa-siapa pun I, I bukan dengo lagu tu tanpa sebarang perasaan. I tengok lirik tu okey dan I boleh kata faham setiap bait lagu tu. Yelah, I tak naklah dengo lagu yang tak senonohkan? Sebab apa yang kita dengo berulang-ulang kan masuk ke hati biasanya so biolah apa yang masuk ke hati tu perkara yang baik-baik. (:

Okeylah, dah panjang lebo sangat I membebel pasal AJL. All I can say about my expectation is;

Should win:

Sedetik Lebih - Jaclyn Victor
Beribu Sesalan - 3 Suara
Penakut - Yuna

Might win:

Karma - Faizal Tahir
Kisah Hati - Alyah
Sungai Lui - Aizat
Awan Nano - Hafiz

Shouldn't win:

Cinta Muka Buku - Najwa Latif

Best performance:

Karma - Faizal Tahir

This is just my expectation y'allz! Don't underestimate other songs & singers. Anything can happen you allz. I nak letak nama pencipta sekali tapi bukan semuanya I ingat. Takut tersalah letak kang jadi isu lain pula. Hahaha~ Alright, that's all for now. We'll see what happen tomorrow. ~XOXO~

p/s: Tema air katanya... jangan banjir satu stadium tu sudeyh! LOL~
p/s/s: Kenapa tak ada kumpulan nasyid yang masuk final ek? #wonder


No comments: