Sunday, 29 January 2012

AJL 26: The Result

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Tak payahlah klik tak ada apa-apapun. Credit to Gua.Com.My!


WOW!!! Hahahaha... saja je start dengan "WOW" tu. Taklah se'wow' mana opening AJL 26 kali ni. Gembar gembur sangat semalam masa ramai orang datang tengok full dress rehearsal. I rasa Jamal Abdillah sangat hebat masa persembahan pembukaan tirai Anugerah Juara Lagu (AJL) ke -26 tadi sebab dia pakai ala-ala Michael Jackson. Suara dia pun sangat memukau tambahan lagi sound system sangat best. I don't know lah if Sony Bravia's sound system was the reason of it or just my feeling. Pentas dan backdrop memang lawolah. Awie & Sheila Majid antara yang sama-sama buat persembahan pembukaan. Semuanya ada gelaran masing-masing, Raja Pop, Ratu Jazz & Raja Rock. Btw, legend is more suitable for somebody who's already dead. *peace*


Macam post I sebelum ni dalam AJL 26: The Expectation, I dah ada target jugalah siapa yang patut menang tapi sangkaan I meleset. I wish Yuna wins something but so sad, she didn't get any trophy. Penakut is a great song... I don't know, we were not the professional judges. Melalui persembahan siaran langsung tadi I ingatkan trofi Persembahan Terbaik akan dirangkul oleh Hafiz tapi Alyah yang dapat. Sangat mengejutkan ramai orang ya sebab dia bawa Remy Ishak ke atas pentas kot. Itu memang WOW! Hahaha~ Lepas tu I rasa mengikut telinga I ni, dan juga fahaman vokal I, Jaclyn Victor melalui lagu Sedetik Lebih ataupun 3 Suara lagi layak dianguerahkan Persembahan Vokal Terbaik AJL 26 berbanding Hafiz. Ya! Hafiz nyanyi sangat best. Vokal dia makin matang dan mantap tapi... *sigh*


Yuna pun layak untuk dianugerahkan dengan trofi 'Best Peromance' untuk Penakut sebab stage presence dia sangat unik. Btw, walaupun I bukan peminat Faizal Tahir lagu Karma memang 'cool' sebab gabungan Audi Mok dengan Faizal Tahir memang tak dinafikan sejak AJL tahun-tahun lalu. Entahlah... kalau nak komen semua memang tak boleh berhenti sampai esok. Hahahah~ Bayangkan jelah Twitter I sampai bagi warning you allz.




Tahniahlah kepada komposer Sedetik Lebih sebab dapat juga bawa anugerah khas untuk AJL ke-26 ni. Tahniah juga Alyah sebab Kisah Hati tu mampu bagi impak kali ni. Tahniah kepada pemenang-pemenang AJL 26 tahun ni. Termasuklah trio terhebat kegemaran I, 3 Suara! =D

Ini dia keputusan AJL 26 kepada yang belum tahu dan nak ambil tahu. ^_^

Lagu Terbaik:

Juara: 
Awan Nano - Hafiz (M. Nasir & Budi Hekayat)

Naib Juara:
Beribu Sesalan - 3 Suara [Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah] 
(Kevin Chin & Tinta)

Tempat Ketiga:
Karma - Faizal Tahir (Faizal Tahir & Audi Mok) 

Persembahan Vokal Terbaik:

Hafiz - Awan Nano

Anugerah Mobile Celcom:

Sedetik Lebih - Jaclyn Victor/Anuar Zain (Edry Abdul Halim)

Nak tahu lebih pasal hadiah?? Sila klik sini

p/s: I rindu untuk AJL ada kategori-kategori muzik macam dulu...

No comments: