Saturday, 18 February 2012

Which Hairstyle

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Dah berapa hari ek I tak ada mood nak menaip. Ada je yang I fikirkan untuk ditaip tapi tak ada mood jadi susah nak menaip bila tak ada mood. Macam-macam isukan sejak Grammy hari tu. Adele kata nak break 5 tahun sebab nak fokus pada hubungan dengan boyfriend baru, Simon Konecki. Sebab kematian Whitney Houston masih belum dikenal pasti. Apa-apa jelah team CSI kat sana ek. Bajet je dalam cerita selesaikan kes dalam 1 hari tapi dah nak seminggu tak sure kenapa orang tu mati. 

Hari ni I terbangun sangat awal. Itulah yang jadi bila I tidur seawal 12am. Sedih jadi orang yang ada masalah tidur a.k.a. insomnia ni. Tidur awal jadi masalah tidur lewat pun tak normal. Entahlah... I baru je balik daripada temankan ibu I pergi ke Pasar Tani kat Larkin tadi. Dekat sangat dengan rumah I, ikutkan hati jalan kaki je tapi ibu minta drive kereta. I duduk je dalam kereta. Okey,  I rasa dah jauh sangat I melalut ni.

Alright! From the past few days I've been seeking & 'googling' the latest hairstyle for men in 2012. And this is the result! 




Bayangkan okey... ini adalah Korean short hairstyle. SHORT? Short dia tak berapa nak short. Rimas! I tak faham kenapa bila I pergi kampus orang kata "...rambut nak Korea." Hellowww! Bila kala pulalah I buat style rambut Korea. Tak reti okey. Entah apa-apa je they allz nak komen pun main bantai tak tahu lepas tu main cakap je. =_=



Okay! I put these two images because I like this guy so much. Yang atas tu I suka gila. Mungkin sebab ada warna. Somehow I think we have the same type of hair & equally handsome. *matilah berkali-kali perasan* Cuti panjang bolehlah nak warnakan rambut. Ini rambut untuk naik semester baru. Huh! Yang kat bawah tu sama. Adore sangat rupa mamat Korea sorang ni. *man crush*


I'm a huge fan of David Archuleta at the same time we have the same hair colour. Rambut macam ni sesuai untuk orang yang comel je. I comot! Huhuhu...



Love this Levitt?


VJ Rich


Hairstyle yang kat atas ni adalah stail rambut I yang I pernah ada atau masih boleh dilakukan keatas rambut yang serabai ini. Haha!

And now.... we have come to the end of hairstyle makeover discussion. It's not really a discussion lah.



Kalau I buat stail yang macam ni dah macam Draco Malfoy versi fashionista. Haha! Nampak kejam tapi stylo lah... ala-ala Wilhelmina man version.






Perasan ke tidak? Lebih kurang sama je semua style rambut tu kan? Yes! Memanglah... sebab inilah dia style yang I nak pada rambut I bila gunting nanti. InsyaAllah next sem I akan ada stail rambut baru sekali untuk tahun baru. *over* Tepi tu shave tapi taklah slope habis terus tak ada rambut. Dapat ada 'tanduk' sikit kat depan tu memang 'hot' dah I rasa. *perasan sendiri* 

The thing is... apa yang I jumpa berbeza dengan apa yang I baca. Dalam Berita Harian *tak sure tarikhnya* kata tahun ni punya fesyen rambut lain, kononnya ala-ala superhero komik Jepun pun ada. Tapi bila I search dalam Google lain pula katanya. *sigh* Yang mana latest update pun I tak tahu. I lebih percayakan sumber yang I baca. Hehe! Actually, I cuma cari panduan sikit-sikit je. Bukan nak ikut trend pun. Pernah pula I ikut trend? Hahahahaha! I'm a trendsetter y'allz! I set my own trend & style, not following others'. Tujuan I buat macam ni supaya I lebih sayang pada rambut I memandangkan I ni tak suka set rambut dan prefer pakai topi. Hopefully, bila dah ada rambut yang stylo I akan rajinlah jaga rambut tu dan lebih confident tanpa cover pakai fedora atau cap. Faham? Bukannya nak bajet-bajet hot pergi kelas ke apa. Hahaha! 

Susah-susah I buat macam ni jelah! Mamfooo?? :P

p/s: All the images came from Mr. Google. Tq~

4 comments:

Umar said...

semua hairstyle smart la! sure anything will suit you! good luck! ;)

Mikah Lurima said...

Umar>> itulah... kat model memang nampak smart tapi kat atas rambut kita belum tentu. experiment! haha~ Thanx for giving me motivation to try a new hairstyle cut. (:

A FLYING UNICORN said...

your current hairstyle just lovely already but if you try the Dong Wook's omg i pun cair tengok nanti luls

Mikah Lurima said...

Rya>> No lah... rambut i yg sekarang ni tak tetap. serabai habislah! haha... yg dong wook tu memang cantek. i pun suka tp tengoklah...