Friday, 30 March 2012

Earth Hour Konon!

Assalamualaikum & heyy y'allz!


Ibu mms ni tahu! 
Thank you ibu. Loooovvveee~^^

Hmm... I ada macam-macam cerita. Sejak semalam nak post entry tapi tak ada mood. Hari ni lagi banyak idea tapi tak sempat. Banyak hal nak kena fikir dan nak kena uruskan. Almaklumlah esok I nak berangkat ke KL. Alasannya bagitahu orang lain nak sambut Earth Hour dengan kawan-kawan. Ada Sakinah, Yam, Abang Usop dan mungkin ada lagi member yang nak join sama-sama. Memang betul pun konon-kononnya nak celebrate sama-sama tapi faktor utamanya lain. The main reason is I wanna go ...

SHOPPIIIIINNNGGG!!!

Brendan shopping cart

Hahahahaha...! I dah plan dengan bff I sejak sem ni belum bermula lagi tahu. Hehehe... ga-ya-gih kata Azem. Gigih! Yelah, alang-alang dah ada kawan yang stay sana apa salahnya. Lagipun sementara duit ada lagi. Nanti dah nak akhir sem masa tu poket ni dah tersedak-sedak. Lol~ Mula-mula plan nak drive dengan syarat Azem ikut tapi dia tak jadi ikut. Dia ada hal katanya. Jadi, I pun belilah tiket bas semalam. Bila fikirkan pergi seorang je I pun tak jadilah nak bermalam tapi... Abang Usop sudi nak tumpangkan I kat rumah dia. Maka akan 'berkampung'lah kat KL esok. Hehehehe! 

Excited sangat ni! ^_^ I tak tahulah macamana meriahnya esok. InsyaAllah semuanya berjalan lancar diharapkan. I niat baik je nak jalan-jalan teroka bandar metropolis kegemaran I tu. Yelah, I ni kan orang Selatan jauh nak ke KL. Last year ada juga jejak tapi dengan kawan. Esok akan jadi pertama kalilah I ke KL seorang diri naik bas. Teruja nak tengok Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Puduraya dulu I tak pernah jejak so yang ni I kena jejakkan kaki at least one time. Sakinah akan jemput I kat TBS nanti sebabnya I tak tahu jalan okey. Nampak beno jakunnya! Tak apa I tak malu pun nak ngaku. I orang JB which is bandar juga tapi KL bukan tempat I membeso. Buatnya kawan-kawan nak dengki I tinggalkan I kat mana-mana memang menangislah I silap-silap kena culik. *na'uzubillah*

Okay, got to go. I'm so tired and I need a quality rest since I'll use a lot of energy tomorrow. Tata you allz... XOXO! As salam...

earth hour

p/s: Don't forget to switch off your lights on Saturday 31 March (tomorrow) at 8:30pm to be part of the world's largest voluntary action for the environment.

Thursday, 29 March 2012

Amoiiiiiyyy... nak kucing satuuuu!!!

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Mampu tak you allz tak tidur dari semalam? Sekarang pukul 6.30 pagi. I masih lagi celik gara-gara takut tak bangun tidur untuk kelas pukul 10.30 pagi. Gigih tak I? Huhuhu... nak buat bagaimana you allz... I kan insomnia. Bila I tidur, mata ni mula lelap pukul berapa nanti nak bangun pukul berapa? Jadi, baik tak payah tidur teruslah. Lagi pun satu je kelas hari ni. Balik boleh tidur. Okay, enough! 

Kelmarin kelas dibatalkan tapi digantikan dengan kelas hari ni. *layaklah dengan muka kau!* You allz ingat senang-lenang je lecturer nak bagi lepas tanpa ganti semula kelas. So, seronoknya cuma kelmarin jelah. Huhu... apa yang jadi? Dandan dapat sms daripada Bobby yang kelas batal I terust tuko round neck t-shirt plan nak pergi Dataran Pahlawan. Memang plan pun nak pergi sana hari Selasa lepas tapi jadi macam tu I awalkanlah. Apa susah ya tak? Plan nak beli apa yang patut. Bukan apa yang dihajati okey. Tapi last2 tersangkutlah juga sampai 4 helai t-shirt. LOL! It's okay... 4 shirt for RM65. Okey apa? Tak setuju? Ada I kisah? Hahaha!

I jalan-jalan area mall tu. Last time pergi situ dengan famili I tak ada pula pet shop tu letak kucing. Tapi kelmarin ada. Bukan seekor je okey. Ramai! Ooooppss... banyak! Hehehe... malu je ibu cikgu Bahasa Melayu anak salah guna penjodoh bilangan. Ahakz~

Apa lagi... pekerja kedai dok sibuk berbual sesama dia. I seorang je visitor a.k.a. customer. Pantasssssss keluokan kamera tangkap gambo anak-anak I tu. *mamfooo perasan anak sendiri?!* Maka, inilah hasilnya! (=




What do you guys think? I mean so cute, right? Bukanlah I tak pernah tengok ataupun pernah jumpa yang lagi comel cuma... bila berjauhan dari rumah kat JB haruslah I rindooooooo dengan kucing-kucing I kat rumah. Tengok kucing tepi jalan pun I dah gembira. Haha! RM1200 for each kitten, okay. You allz mamfoooooo?? I tengok jelah. Memang baka parsi ni. I mampu tengok sehampir macam dalam gambo ini jelah sebab ada pagar depan sangko kucing tu. Tak dibenarkan bersentuhan okey! Bukan sebab batal air wudhu' ke bukan mahram ke apa. Bukan!! I fahamlah tuan premis nak jaga kesucian... eh! Bukan bukan bukan. Hehehe... cara ni boleh elakkan kucing sakit atau keguguran bulu sebab anak kucing sangat sensitif okey bulu they allz senang gugur bila you allz kerap sentuh. Actually, every cat does! Dulu I kasihan tengok kucing kat kedai ni sebab nampak tak bermaya je mungkin dengan cara ni boleh lebih jaga kucing tu. So, it's okay. I tak dapat sentuh pun tak apa asalkan kucing tu sihat dan akan ada orang beli. Tengoklah nanti bila duit I dah berkepok-kepok I nak borong semua yang ada untuk dibela dan didodoikan serta digolekkan. Hahahaha! *over!!!*

p/s: Subuh lah Mikah! Ya Allah, apa nak jadi ni...?

Tuesday, 27 March 2012

Malware Awareness

As salam & heyy y'allz!

Hmm... baru je siap satu entry dah sambung yang ini. Sibuk sangat pening kepala nak tulis apakan? Khamek ko! Malware punya pasal I dapat buat satu entry baru. Huhuhu... Gigih tak I? Semata-mata nak meluahkan perasaan tak apa. Asalkan isi hati ni terluah. Dah pukul 12 tengah malam ni mata tersengkang lagi menaip sambil-sambil tonton TV2. Seniman Bujang Lapok kot! I terima je movie apa-apa yang ada kat tv malam ni asalkan bukan 18sx. Haha! 

Dalam entry sebelum ni I dah cakap nak cerita pasal apa yang dah jadi pada blog I malam Ahad hari tu. Sebenonya warning tu dah keluo beberapa kali dah tapi mula-mula I tak faham dah I tekan je "proceed anyway" tu. Almaklumlah pemalas nak baca semua tu nak cepat tekan jelah benda tu. Tapi last2 bila I rasa rensa bagai barulah I baca. 



I dah unfollow dah tu. I dunnow what happened to that blog. I tak kenal pun blogger tu cuma I follow sebab entry2 dia cool. (= Tapi entah sejak bila blog dia dah kena serang dengan malware si keji lahanat yang cuba nak ganggu blog I pula. Thanx a lot to Dr. Lurve *a.k.a. Admin Blogger Area* for asking me about this malware thingy. Dialah yang buat I perasan pasal benda ni. Maksudnya bukan I je yang nampak tapi orang lain pun akan nampak. Jika tidak I tak tahu pun still ada lagi warning tu walaupun I dah unfollow bagaikan. Mahu tak risau I masa tu dah lepas pukul 2am tak silap. Gelabah mak enon you allz! Lol~ Sebab bila dah ditanya barulah I perasan yang benda tu bahaya sampai boleh menyebabkan I hilang blog I ni. Potong stim tahu?! I sedap-sedap karang ayat untuk entry baru terus tak jadi. Pending terus! Baik Dr. Lurve siap bagi link bagai tentang cara-cara untuk buangkan benda tu. Terima kasih jugalah kat mamat yang I share link dia tu. Agak membantu ya. Pening kepala jugalah sebab I ni slow sikit bab-bab benda macam ni. Sejam lebih jugalah ambil masa. Yelah, apa lagi yang kena buat ek?

Ini sangatlah tak membantu! =_=

Akhirnya I buang blog list yang I follow yang I tahu dulu blog dia pun I list out kat situ. Masa tu Azem ada online kat sebelah I. Apa lagi? Minta tolong dia check kanlah... alhamdulillah! Lega I bila tahu tulisan yang ada background merah tu dah tak muncul lagi... semua dah settle! =D Binatang malware tu hilang juga akhirnya. Sangat lega! Terus ada mood semula cuma masa tu dah letihlah tak mampu nak sambung entry baru kan. 

p/s: Letih sudah...


Monday, 26 March 2012


Assalamualaikum & heyy y'allz!


I punya tak tahu nak letak tajuk apa sampai last2 I tak isi pun title kat atas. Haha! Apa tidaknya banyak sangat idea untuk title akhirnya tak payah letaklah senang. Kan? Patutnya I ada banyak peluang nak letak entry2 baru tapi sejak malam kelmarinlah... something came out! Siapa yang ada singgah blog ni mesti tahu yang Malware keji tu dah mula nak bertapak kat blog I. Tapi alhamdulillah sekarang dah okey semula. Nanti I cerita kat entry baru okey.

Sambung balik cerita I. Tadi lepas habis kelas petang I teruslah singgah kedai kuning *nama bagi sendiri* kat area Kampung Morten. Biasalah I punya favourite menu kalau pergi situ mesti Nasi Goreng Seafood. Keh3~ Tak lupa teh tarik sekali, dua-dua tu bungkus je sebab I kan loner tak syok makan kat kedai seorang diri ni baik bawa balik makan depan tv. Lagipun solat Asar belum buat masa tu you allz! Otw balik ke rumah tu I tiba-tiba je rasa nak singgah bank. Sebelum tu ada hajat konon-konon nak beli something kat CoolBlog entah macamana pula boleh datang idea lain. *gedikkan?* Sengaja je nak jengah mesin ATM tu manalah duit dah masuk ke kannnn?? Hahaha!

Sayangnya Bank Islam *kat sebelah kiri* dah terlepas, jadi I pun bagi signal ke kanan. Confident jalan ke Maybank tapi keluokan kad Bank Islam. Lol! Tak lamalah tunggu line... 10 saat je. Slow je tahu... mula-mulalah... lepas tu bila dah klik pada 'Simpanan' tu pun perlahan je nak keluo figure kat skrin tu. Ce teka ce teka!

4 digit you allz! Hahaha

Maksudnya YPJ dah masukkan duit I!!! ALHAMDULILLAH! Syukur sangat... somehow I dah dapat agak masa tu yang figure tu lambat keluo sebab tulah. Duit I dah masuk. LOL! *serious* Alah you allz... bukannya banyak pun cuma I terlalu gembira sebab... entahlah. Me & my friends have been planning to hang out together in KL this end of March then I've been worried about the unpaid study fee for this new semester. However, after the money has been deposited to my account like so sudden I can see my future back... like so bright! Hahaha~ Over acting right? Biasalah tuuu... risau kot hutang nak bayo macam-macam. Datang kelas pun mahu tak mahu je. Sekarang dah tak ada alasanlah... hehehe. Terima kasih, YPJ!



Terus!!! Tengokkan CoolBlog dah tutup I dandan nak singgah KFC alasannya nak beli Crushers yang I tak pernah rasa tu. Padahal semalam baru makan kat KFC dengan sepupu I yang datang sini. Hihi... sebagai tanda yang I ni dah masuk fulus... belilah apa-apa ye tak? Walaupun duit tu belum disentuh lagi sebenonya. It's okay, I still have cash in my hand. *in my wallet lah* Tak agak-agak parking depan pintu KFC walhal tak ada parking lot. *parking penuh you allz* Ingatkan nak beli Oreo Crushers tapi dah habis. Huhuhu... oleh sebab belum pernah try apa-apa so I belilah Chipsmore Crushers. Dah tu pandai jugalah cashier tu tanya I, 

"Ada apa-apa lagi?" 

Silaplah aku sebagai marketer wannabe ni selalu kalah dengan soalan tu. Elok-elok nak order Crushers je tak pasal-pasal aku beli Cheezy Wedges sekali. *favourite tuuuu* Bak kata sepupu I, pergi KFC tak makan ayam goreng macam tak lengkap. Bagi I pula tak makan Cheezy Wedges yang tak lengkap. Hahaha! Malahan rasanya lebih sedap daripada semalam... maybe sebab semalam duit tinggal sikit kot? *matilah* Kidding! Hari ni cheese dia banyak. (:





p/s: Esok nak beli apa ek...? =P

Sunday, 25 March 2012

New Excitement!

Assalamualaikum & heyy y'allz!



Ini bukan Tumblr yang kita tak perlu berkata-kata ya tak? Okeylah, akhir sem lepas I ada beli katil tapi tilamnya tak ada. Jadi, awal sem ni I bawa sekali tilam dan wardrobe ke Melaka dari JB khas demi keselesaan hidup di Melaka. Hehehe! Yelah, rahsiah kejayaan bermula daripada mimpi. Nak mimpi yang hebat-hebat dan awesome kenalah tidur pun lena dan nyenyak. Inilah hasilnya! Terima kasih kepada Rafiq the roommate-man kerana tolong I angkat barang sebab I takkan mampu angkat semuanya seorang diri. ^_^

p/s: Jangan asyik bangun lewat sudah!

Saturday, 24 March 2012

Permainan Lapar


Assalaimualaikum & heyy y'allz!

Hmm... feeling2 kononnya petang semalam ada harapanlah nak jumpa geng Blogger Area sekali non hado! Sedih I tahu tak? Gigihlah juga kan datang ke CoolBlog area kampus I sebab nak bertemu admin-admin yang kata nak buat gathering kecil-kecil je. Sekali sampai seorang admin Blogger Area pun tak ada. Memanglah I datang lewat tapi I dah bagitahu awal-awal. Rupa-rupanya tak jadi sebab semua orang ada hal kecuali bos we allz. Hahaha! *eeeeww! Bos ke? =P* 

Jadi, dengan tak ada perasaannya I pun berjalanlah nak balik ke kereta sekali terserempak dengan kakak angkat I, Kak Nora. Masa tu dia driving. Dandan suruh I masuk kereta ajak I minum kat kafe Apartment Yayasan Melaka a.k.a. A.Y.A.M.. Dia nak fetch tunang dia yang satu kampus dengan we allz sebenonya. Alahai, minum teh tarik je tu pun akak I belanja. Sekali dia ajak I tengok wayang temankan dia malam tu memandangkan tunang dia nak balik kampung. Mula-mula I tak nak lagi pun tak ada bajet selain daripada dah ada janji dengan Norman nak pergi makan malam sama-sama dari malam sebelumnya tak dapat. Dah akak I kata nak belanja last2 I ikutkan jelah sebab dah tak ada alasan nak bagi. Petang tu beli tiket dulu lepas tu malam akak I fetch dari apartment I.


Itulah ceritanya... punyalah panjang lebar I ceritakan? Nak cakap pasal cerita apa je yang I tengok sebenonya... Ini pula review yang bagi!



So? I give 3.5 stars for this movie. 'Thanx' to the wardrobe because of that I increase the rate. Haha! Plus, I like the actors in this movie. The heroin is gorgeous and hot male celebs too. Kawan-kawan I sukalah tengok cerita ni tengok pelakon lelaki dia hot bagaikan... sengal! I tak tengok trailer dia fully cuma teaser kat tv jelah dan review kawan-kawan yang dah tengok sehari awal. Mungkin jugalah I ni terpengaruh dengan review orang lain. 

Thanx a lot lah to my sis for paying the tix. Kasihan akak macam boring je tengok movie tu. Ramai you allz dalam panggung malam semalam. Siapa yang belum tonton lagi bolehlah tengok. Is not that bad. I lagi benci Twilight Saga. =P

p/s: Tuhan dah tarik nikmat I untuk tengok wayang rasanya...

Thursday, 22 March 2012

Birthday Bombs!

As salam & heyy y'allz!

Seronoknya jadi orang macam I kan? Yelah, tak ada kelas dari hari Khamis sampai Ahad. Tapi harus diingatlah jangan leka dengan perkara-perkara yang tak mendatangkan manfaat. *berkata-kata untuk diri sendiri* Jadi, apa yang I nak ceritakan hari ni? You allz tahu bulan Mac kan? Mestilah tahu... apakah badul sangat you allz ni kan tak tahu Mac tu apa. Macam ni... I ada 4 orang ahli keluarga termasuk I lah. Ibu, ayah dan adik... ditakdirkan Allah they allz ni lahir dalam bulan yang sama. *ikut kalendar Masihi* Tahun Hijrah punya cari sendiri ya. Dulu-dulu we allz celebrate lah memandangkan masa tu I dan adik kecil lagi rasa seronok sambut hari jadi ni. So, sejak beberapa tahun ni we allz sambut biasa-biasa je. Paling teruk dan kedekut adalah wish melalui sms. Huhu... sebenonya bukan sengaja tapi bajet tak ada y'allz. Bayangkanlah, 3 orang punya birthday nak kena bagi hadiah atau sambut semunya sekali, kopaklah wehh! Hahaha... buat masa ni famili I tak pernah sambut serentak. Maybe we should do it one day or after this. 

Ibu


Ibu telah dilahirkan pada tanggal 13 Mac. *tahun tak payahlah* Senang kata sama dengan umur mendiang Whitney Houston. *gitewww* Ibu I ni sangat mementingkan majlis hari jadi ya. I mean she's so alert with all this stuff. Sama dengan perangai seorang kawan baik I ni. Hehehe! Then, she always plan for our presents months before  our birthdays. Sangat sensitiflah senang kata especially bab hari jadi ni.

Ayah

Ayah memang susah sikit nak senyum dalam gambo.
I dunnow why...


Ayah pula lahir 6 hari selepas tarikh ibu lahir cuma tahun haruslah lebih awal. Awal 5 tahun rasanya... ayah orangnya ringan-ringan je. Tak complicated sangatlah bila datang bab hari jadi ni cuma... ayah sangat-sangatlah sayangkan hadiah yang we allz beri sampaikan dia sanggup simpan sampai berlapuk dan berhabuk. Walaupun makanan! Believe me y'allz... so we have to force him to use them or at least remind him about the gifts so that he will use them. *sigh* Dalam famili we allz ayah je yang macam ni. Lol!

Adik



Okey, I lagi suka eja adik tu dengan A-D-E-K sebab nampak lebih sesuai disebut dan lain sikit daripada adik-adik orang lain. Apakah? Hahaha... dia ni haruslah keluo daripada perut ibu I selepas I kan? Takkanlah adek lahir dulu sebelum I tu namanya kakak. Apalah you allz ni?! Dialah yang paling last dan paling muda. I think our parents aren't planning for any extra. HAHA! Adek okey je rasanya, dapat hadiah okey tak dapat pun okey. Kan dek? ;P Yang paling penting kena wish birthday tulah. 

This is the latest one. During her college's annual dinner. *my ex-college* 
And guess what? 
Boleh dikatakan daripada hujung rambut sampai ke hujung kaki adek I ikut consult I. 
Hahahaha! *vangga*


I? Tak perlulah cerita birthday I bila kat mana semua. Tak sukalah share hal-hal macam tu. Bukan malu cuma rasanya tak perlu. Bila dah melepasi umur 20an ni dah kurang nafsu dah nak sambut birthday bagai. Tiba masanya nak muhasabah diri dan tumpukan pada hal yang lebih penting. Gitewww!!!

p/s: Untung birthday I tak sama bulan! =D

Super Senior!

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Okey, sudah-sudahlah... dah 3 minggu lebih pun berlalu. I pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi. Life goes on right? So, I'm going to share more happy & excitement story. Don't get me wrong! I'm not going to share any story relates to Super Junior okay?! =P

Sebenonya, ini sem terakhir I kat kampus. I sekarang sedang belajar macam student lain kat kampus jugak cuma I sepatutnya dah praktikal tapi I mengada-ngada nak extend. Kenapa? Okey, dah penat dengan soalan tu. Jawapan paling jujur & relevan adalah sebab I nak jaga pointer a.k.a. CGPA dan terlalu stress disebabkan sem-sem sebelum ni jam kredit I terlalu banyak. Jadi, itulah yang I maksudkan dengan 'super senior'. Hanya student yang extend je mampu jadi super senior kat kampus ni. You allz ada?? Haha! I lah antaranya... ngee~ So I akan buat internship masa sem hadapan which is my 7th semester and last one. *insyaAllah*

Pandai jugalah ibu I nak mengubat hati I yang lara ni, malam yang Baby meninggal tu ibu I bagi duit, bukan untuk shopping tapi beli Domino's Pizza. Alasannya sebab katanya I yang nak sangat daripada hari tu tapi I dah tak ada nafsu sangat dah pun. Masih bersedih lagi you allz! Plus, my mom tak masak. Sedihlah masa tu dalam kesibukan I nak packing bagai, ibu I ada orang tempah kuih tambahan lagi I terpaksa juga keluo untuk beli barang dan pizza sedangkan baru lepas nangis-nangis. )=








Alah, I tahu sangat yang ibu I nak pujuk hati I yang gundah malam tu. Wajib okey untuk I beli CinnaStix tu kalau pergi Domino's Pizza! Sedap... I suka manis-manis ni lagipun I sedang bersedihkan masa tu jadi layaklah I makan makanan manis untuk hilangkan kesedihan yang melanda. Tu pun kena tambah duit sendiri.  *eleh, sikit jah!* Hehe! Btw, kalau you allz nak belanja I pizza, pastikan Aloha Chicken, Beef Pepperoni atau Hawaiian Chicken okey sebab itu je yang I makan. =P

Sebelum I bertolak balik 4hb Mac yang lepas tu macam-macam I kena packing... antaranya tilam & wardrobe sebab I tak ada benda tu sebelum ni kat apartment ni. Thanx to my mommy for helping me. And my dad too! For giving a lot of pocket money. Hahaha! ^_^ That's why if you can see... I'm smiling in the photos. *walhal pakai shades nak sorokkan kesedihan*





Btw, hari Isninnya tu bangun lewat you allz! Penat gila drive sampai tertidur 45 minit kat Machap pun masih tak cukup. Unpack barang tu semua lagi... aduuuuhhh! Alhamdulillah semuanya settle malam tu juga dan tak ada kelas hari Isnin tu. Fuhh! (:

My Baby You

Assalamualaikum...

It has been a while since my beloved cat died...
... kucing kesayangan I mati depan mata I dua hari sebelum sem baru nak start.
2nd March... that was the date.
Dandan I tak jadi balik esok harinya tu sebab terlalu sedih.
I tak nak cerita detail...
...cukuplah I dah menangis on the spot
Tak pernah-pernah kucing yang we allz bela mati depan mata macam tu.
I dunnow what happened.
I sangat sayangkan dia lebih daripada kucing-kucing lain.
Just imagine!
I withdrew my money from Tabung Haji just to adopt her.
Oh my Lord...
...besarnya dugaanMu ya Allah.
Terima kasih ibu atas kata-kata ibu buat Along menangis.


Apa yang I boleh cakap masa tu hujan.
I tak tahu yang Baby sangat sakit masa tu sebab ibu I tak ada cerita apa-apa...
...memandangkan we allz letak kucing dewasa kat luar rumah.
I menyesal sebab lepas balik kampung I tak main-main dengan dia lagi.

Last,
I cuma sikat-sikat bulu dia.
Of course I lebihkan dia sebab dia yang I paling sayang.
Walaupun I marah dia sebab dia pernah cekau I...
...I tak hold any grudge pun sebab I tahu dia tak ada akal.
Cuma nak bergurau... (:

I called my sis...
...she was crying too.
Kasihan adik I...
... I'm sorry lah my dear.
I think I should tell you that day.
Pagi Sabtu baru I tanam.
Sangat sayu...
... ayah tolong gali lubang.
Hampir nak nangis *again*...
... tapi I tahan sebab nanti ayah I risau lak tengok anak dia emosi tak habis-habis. 

Thank you, Kinah for calling me that night.
Malu sebab I tak boleh handle emosi masa Kina call.
It was so hard.
This was my first time ever loosing someone right in front of my eyes.
May Allah bless her soul.
I wish I'll meet in the hereafter.
I love you, Baby...
... always.