Thursday, 22 March 2012

Birthday Bombs!

As salam & heyy y'allz!

Seronoknya jadi orang macam I kan? Yelah, tak ada kelas dari hari Khamis sampai Ahad. Tapi harus diingatlah jangan leka dengan perkara-perkara yang tak mendatangkan manfaat. *berkata-kata untuk diri sendiri* Jadi, apa yang I nak ceritakan hari ni? You allz tahu bulan Mac kan? Mestilah tahu... apakah badul sangat you allz ni kan tak tahu Mac tu apa. Macam ni... I ada 4 orang ahli keluarga termasuk I lah. Ibu, ayah dan adik... ditakdirkan Allah they allz ni lahir dalam bulan yang sama. *ikut kalendar Masihi* Tahun Hijrah punya cari sendiri ya. Dulu-dulu we allz celebrate lah memandangkan masa tu I dan adik kecil lagi rasa seronok sambut hari jadi ni. So, sejak beberapa tahun ni we allz sambut biasa-biasa je. Paling teruk dan kedekut adalah wish melalui sms. Huhu... sebenonya bukan sengaja tapi bajet tak ada y'allz. Bayangkanlah, 3 orang punya birthday nak kena bagi hadiah atau sambut semunya sekali, kopaklah wehh! Hahaha... buat masa ni famili I tak pernah sambut serentak. Maybe we should do it one day or after this. 

Ibu


Ibu telah dilahirkan pada tanggal 13 Mac. *tahun tak payahlah* Senang kata sama dengan umur mendiang Whitney Houston. *gitewww* Ibu I ni sangat mementingkan majlis hari jadi ya. I mean she's so alert with all this stuff. Sama dengan perangai seorang kawan baik I ni. Hehehe! Then, she always plan for our presents months before  our birthdays. Sangat sensitiflah senang kata especially bab hari jadi ni.

Ayah

Ayah memang susah sikit nak senyum dalam gambo.
I dunnow why...


Ayah pula lahir 6 hari selepas tarikh ibu lahir cuma tahun haruslah lebih awal. Awal 5 tahun rasanya... ayah orangnya ringan-ringan je. Tak complicated sangatlah bila datang bab hari jadi ni cuma... ayah sangat-sangatlah sayangkan hadiah yang we allz beri sampaikan dia sanggup simpan sampai berlapuk dan berhabuk. Walaupun makanan! Believe me y'allz... so we have to force him to use them or at least remind him about the gifts so that he will use them. *sigh* Dalam famili we allz ayah je yang macam ni. Lol!

Adik



Okey, I lagi suka eja adik tu dengan A-D-E-K sebab nampak lebih sesuai disebut dan lain sikit daripada adik-adik orang lain. Apakah? Hahaha... dia ni haruslah keluo daripada perut ibu I selepas I kan? Takkanlah adek lahir dulu sebelum I tu namanya kakak. Apalah you allz ni?! Dialah yang paling last dan paling muda. I think our parents aren't planning for any extra. HAHA! Adek okey je rasanya, dapat hadiah okey tak dapat pun okey. Kan dek? ;P Yang paling penting kena wish birthday tulah. 

This is the latest one. During her college's annual dinner. *my ex-college* 
And guess what? 
Boleh dikatakan daripada hujung rambut sampai ke hujung kaki adek I ikut consult I. 
Hahahaha! *vangga*


I? Tak perlulah cerita birthday I bila kat mana semua. Tak sukalah share hal-hal macam tu. Bukan malu cuma rasanya tak perlu. Bila dah melepasi umur 20an ni dah kurang nafsu dah nak sambut birthday bagai. Tiba masanya nak muhasabah diri dan tumpukan pada hal yang lebih penting. Gitewww!!!

p/s: Untung birthday I tak sama bulan! =D

No comments: