Thursday, 29 March 2012

Amoiiiiiyyy... nak kucing satuuuu!!!

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Mampu tak you allz tak tidur dari semalam? Sekarang pukul 6.30 pagi. I masih lagi celik gara-gara takut tak bangun tidur untuk kelas pukul 10.30 pagi. Gigih tak I? Huhuhu... nak buat bagaimana you allz... I kan insomnia. Bila I tidur, mata ni mula lelap pukul berapa nanti nak bangun pukul berapa? Jadi, baik tak payah tidur teruslah. Lagi pun satu je kelas hari ni. Balik boleh tidur. Okay, enough! 

Kelmarin kelas dibatalkan tapi digantikan dengan kelas hari ni. *layaklah dengan muka kau!* You allz ingat senang-lenang je lecturer nak bagi lepas tanpa ganti semula kelas. So, seronoknya cuma kelmarin jelah. Huhu... apa yang jadi? Dandan dapat sms daripada Bobby yang kelas batal I terust tuko round neck t-shirt plan nak pergi Dataran Pahlawan. Memang plan pun nak pergi sana hari Selasa lepas tapi jadi macam tu I awalkanlah. Apa susah ya tak? Plan nak beli apa yang patut. Bukan apa yang dihajati okey. Tapi last2 tersangkutlah juga sampai 4 helai t-shirt. LOL! It's okay... 4 shirt for RM65. Okey apa? Tak setuju? Ada I kisah? Hahaha!

I jalan-jalan area mall tu. Last time pergi situ dengan famili I tak ada pula pet shop tu letak kucing. Tapi kelmarin ada. Bukan seekor je okey. Ramai! Ooooppss... banyak! Hehehe... malu je ibu cikgu Bahasa Melayu anak salah guna penjodoh bilangan. Ahakz~

Apa lagi... pekerja kedai dok sibuk berbual sesama dia. I seorang je visitor a.k.a. customer. Pantasssssss keluokan kamera tangkap gambo anak-anak I tu. *mamfooo perasan anak sendiri?!* Maka, inilah hasilnya! (=




What do you guys think? I mean so cute, right? Bukanlah I tak pernah tengok ataupun pernah jumpa yang lagi comel cuma... bila berjauhan dari rumah kat JB haruslah I rindooooooo dengan kucing-kucing I kat rumah. Tengok kucing tepi jalan pun I dah gembira. Haha! RM1200 for each kitten, okay. You allz mamfoooooo?? I tengok jelah. Memang baka parsi ni. I mampu tengok sehampir macam dalam gambo ini jelah sebab ada pagar depan sangko kucing tu. Tak dibenarkan bersentuhan okey! Bukan sebab batal air wudhu' ke bukan mahram ke apa. Bukan!! I fahamlah tuan premis nak jaga kesucian... eh! Bukan bukan bukan. Hehehe... cara ni boleh elakkan kucing sakit atau keguguran bulu sebab anak kucing sangat sensitif okey bulu they allz senang gugur bila you allz kerap sentuh. Actually, every cat does! Dulu I kasihan tengok kucing kat kedai ni sebab nampak tak bermaya je mungkin dengan cara ni boleh lebih jaga kucing tu. So, it's okay. I tak dapat sentuh pun tak apa asalkan kucing tu sihat dan akan ada orang beli. Tengoklah nanti bila duit I dah berkepok-kepok I nak borong semua yang ada untuk dibela dan didodoikan serta digolekkan. Hahahaha! *over!!!*

p/s: Subuh lah Mikah! Ya Allah, apa nak jadi ni...?

No comments: