Wednesday, 18 April 2012

In KL with BFFs

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Fuhh! Jauuuuuuuuuhhhnyaaaaa perjalanan nak ke sini. I mean susahnya nak realisasikan impian I untuk tulis entry ni. Macam-macam hal yang I kena settle. Dalam entry yang lepas I dah ceritakan. Lepas tu minggu lepas pula dah sibuk dengan uruskan hal surat-menyurat untuk apply tempat praktikal a.k.a. internship. Alhamdulillah dah dapat call tempat yang bagi I paling sesuailah untuk praktikal. InsyaAllah ada banyak berkatlah sebab ibu yang cadangkan. Suratnya pun dah hanto so esok atau lusa nak follow up lah samada pihak sana dah terima ke belum. Nanti I beritahu dalam entry lain okey company apa yang I apply tu. (:

Pergi KL hari tu 31 Mac, hari Sabtu tapi tengok sikit tarikh hari ni? Apa-apalah! Cerita dah basi ke belum ke I nak publish juga entry pasal benda ni. It was special... we've planned for it months before it happened. I suka sangat pergi KL. Almost every sem kena naik KL. I'm a moderate shopaholic so of course Kuala Lumpur is the right place for me to go. *ada ke yang moderate?* Okay, let's scroll down! Haha~

Day 1




Sampai je dalam pukul 11 pagi lebih kuranglah. Apa taknya TBS ni beso gila bapak arrrrhh! Hahaha... memang macam yang orang katalah. Bajet nak lawan airport. Patutnya waktu bas dah sampai tapi oleh sebab kena pusing berapa kali jadi 5 minit lebih hanya untuk sampai ke perhentian bas tu. Apa-apa hal harus dipuji tempat ni sangat sistematik, cantik dan prestijlah. Walaupun stesen bas dan pengangkutan awam je sebenonya. Sakinah sampai dalam setengah jam lepas tu biasalah untuk guide I lah nak ke mana seterusnya. Non mampu nak jalan seorang diri. Lol!




Order order order!!!



Seriously, I forgot it's name. =_=


Red Velvet!


Belum apa-apa we allz dah bantai dessert dulu. Apa-apa je kan? Haha

Kinah macam biasa pandai pose depan kamera. Sayang blur sikit gambo ni.

Apa yang bahagia sangat pun tak sure. Hahahaha!


Inilah menu yang I order. Sedap okey sos krim masam tu. *sour cream*


See! Kawan-kawan I boleh dikatakan happy-go-lucky je sepanjang masa bila we allz gather macam ni. Thanx a lot to Abang Usop. SEMUA makanan seperti diatas adalah ditaja oleh dia. LOL!!! Untunglah... I macam bayo duit tambang pergi balik je. Errr, I belum pernah makan kat The Manhattan Fish Market ni. Tahu kat JB ada tapi almaklumlah parents I tak suka makan kat luo. I tak suka makan ikan lagi pun. Tak suka tahap yang memang sebulan sekali belum tentu makan. Tapi pil minyak ikan wajib ditelan setiap hari. Iodin kurang nanti banyak penyakit pula. Plus, ini tempat favourite Abang Usop kot sampai Rya dah muak dah agaknya. Nasib baik muka tak jadi macam muka ikan. Hua3~ Tapi kalau jadi ikan pun maybe berubah jadi ikan duyung kot. Yelah, mahal tempat ni.  So, sesuailah orang macam I yang jarang makan ikan ni pergi tempat macam ni. Barulah rasa tertarik nak makan ikan. Cupcakes yang kat atas tu pun not bad jugalah. Juga sangat 'berharga' ya. Boleh pergi sinilah kepada yang datang Pavillion sekali sekala macam I ya... untuk isi tekak yang sedang lapo. Berbaloi-baloi! 

This is the only photo taken by Sakinah while we were hanging out in Sungei Wang Plaza. 
At McDonald's. *I like!! Haha*

Ini yang terbaik untuk dipertontonkan sebab gambo lain blur lah. Kamera I tak canggih. Huhu


Funny! Malam tu tak perfect lah untuk Earth Hour. KLCC is a well-known landmark in Malaysia should celebrate it grandly. Sekali lampu tak padam sekali gus. Masa countdown tu dah habis lampu masih on. Apakah?? Hahaha~ Potong stim je tau! I ada video tapi tak payahlah sebab sedih. =P





Ini bukan dalam kelab okey. Hahaha! Masih tempat yang sama. Btw, apa tak penatnya berkejo dari Bukit Bintang ke KLCC yang masa tu 15 minit lagi nak 8.30 malam. Sekali dah sampai semua lepak... dan sambutannya biasa-biasa je. 

Singgah masuk dalam KLCC jap. Kinah belanja popcorn kat sini. 
Ramaaaaaaiiinyaaa orang! 
Tak faham kenapa sampailah I dah rasa sendiri popcorn tu. 
Mamma miaaaa! 



Area kondominium Abang Usop macam inilah bila malam. 
Cantik tempatnya... walaupun banyak bangunan.



Masih tak habis lagi okey popcorn ni walaupun dah sampai rumah. Banyak gila! Mahal tapi sedap sungguh. *tu sebab free!* Makan sampai dah nak habis baru perasan yang bau dia sebiji macam Cornflake Bermadu. Hahaha! Seriouslah... bahan-bahan dia sama cuma dalam bentuk yang lain. Sebab itu bau sama. (:

Ini bukan New Moon okey. =P


Perkenalkan.....




Ini namanya Sara... sebut betul-betul...! S.A.R.A. *geli I-allz. Haha!*


Tadi mata sepet, masam je muka tiba-tiba mata terbeliak lak. Haha!
Ini namanya Shiro... I suka-suka hati je panggil Hiroshima. LOL!



They allz ni kucing-kucing belaan bunian. Hehe... taklah! Housemate Abang Usoplah yang beli. Terlebih duit katanya... yelah, belum ada anak bini bolehlah. Btw, I jealous ni. Shiro dan Saralah pengubat rindu I sekejap pada kucing-kucing I kat JB. Yelah, sebulan tak balik JB masa ni.


Day 2

Bajet-bajet orang kayalah naik yang ni. Padahal sebab nak cepat terus ke TBS. 
Dah lewat masa ni since I nak singgah Mid Valley kejap.


Public transport paling selesa kot dalam banyak-banyak jenis train yang ada kat KL. 
Tapi perhentiannya atau check point sikit je.

Muka penat ni layan I sebenonya tapi still kata tak cukup penat. *motif?!*

I pun cover penat je ni... huwaaaaa!

Ini tiket untuk seorang... cuba darab empat. Itulah jumlahnya... Huhu


Kat situ pun ada skrin tau sekarang!



Inilah gate yang I kena tunggu... bas tak sampai-sampai pun...


Classy right? 

Kalah tiket wayang! *hebat*

You mampu naik teksi dekat je dari TBS ke Midvalley... ini tambangnya. *pengsan* 

Inilah hasilnya bila balik semula ke Melaka... *kopak*

Okey! Banyak gilaaaaaaaaaaaa gambo sebenonya tapi ini je yang mampu diedit dan dimuat naik sebab I tak larat you allz. Letih... tulang ni dah berbunyi semata-mata duduk dari petang sampai ke malam tak habis belek-belek gambo. Apalah nak jadi... ada kelas petang nanti ni. Aduh... okeylah... untuk tatapan kawan-kawan dan follower I rela bersusah payah publish entry ni. Thank you for reading. Tata! ~XOXO~

2 comments:

A FLYING UNICORN said...

HAHAHAHAHAAHHAHA okay fine muka i buruk-buruk belaka luls

anyway its well written thanks for you and omg i want more picsssssss

Mikah Lurima said...

Rya>> Tak adalah... okey jah! Chomell apa... hahahaha!

Thank u... hehe... I bersungguh-sungguh okey siapkan 'task' ni. LOL! Ini je yg elok. Yg lain semua blurrrrrrrrr... huhu