Friday, 20 April 2012

Home Sweet Sour Home

As salam & heyy y'allz!

Fuhh! Alhamdulillah lega sudah sampai JB akhirnya malam tadi. Gitu gini pukul 7 malam baru keluar highway Ayer Keroh. Teruknya!!! Itulah bangun lewat lepas tu nak lepaskan Asarlah konon, jalan jammed dah tu ada hati nak singgah McDonald's Drive Thru angan-angan nak rasa Horlicks Crunch McFlurry . Tipulah kalau I beli tu je kan? Lapo okey! Lepas tu singgah pula kedai dekat-dekat situ beli ole-ole dari Melaka untuk orang JB. Belum lagi isi minyak kat Petronas? Nak topup kad Touch n Go lagi dan akhir sekali nak pam tayar kereta. Keluar dari rumah pukul 5.30 petang. Harapanlah nak sampai JB pukul 8 ke 9 malam. *Padan muka!*

Dah tu masa kat highway tu berapa kali hilang fokus masa drive. Aduhh! Last2 kat R&R Machap *r&r favourite I* I tidur sekejap. Kejap tak kejaplah sejam macam tu. Dah nak pukul 10 malam barulah sambung drive semula. Eh! I bukan jenis yang mengantuk drive waktu malam tahu. Mungkin sebab overslept semalam kot. Lepas tu lewat makan. Packing barang tak hengat bajet-bajet excited sangat nak balik. Yelah, apa tidaknya housemates semua ada kelas lagi hari Jumaat. Siap ada yang tak habis-habis study lagi sebab ada test petang semalam. *alolo... kecian* Btw, tekaan I betul! Masa I drive I dapat rasakan yang boot kereta belum tutup rapat. Selamat ibu I tak perasan masa dia belek-belek belakang kereta I. *phewwwwh* Thank God beg tak tercampak atas jalan. Lol!

Jadi sekarang I dah ada kat rumah. Online... boleh tengok tv. Semalam balik terus tengok American Idol dengan Strong Heart semua. Pening tak hengat padahal tu. Tak faham kenapa masih boleh tengok tv sampai ke pagi. Mungkin sebab kat rumah sewa tak ada Astro kot. Lol! Tapi semua keindahan tinggal kat JB ni sekejap je. Cutinya seminggu je pun... tu pun akan ada kena balik kampung segala. Aduhhhh... biasalah tak setiap saat hidup kita bersenang-lenang je ya tak? I bila lama-lama tinggal rumah pun boleh jadi stress. Masa tulah daripada baik-baik rasa tenang terus jadi tertekan. Biasalah, I kadang-kadang over lepak sangat. Parents I pula macam-macam soalan akan diajukan berkenaan macam-macam hal. Nanti kena bebel lagi... so tak ada yang seronok sangat tapi tak adalah tak seronok. Hehehe! Ini cuti mid sem kan jadi kenalah have fun sikit. Walaupun seorang diri je sebab adik I still kat KMJ sedang 'berperang' dengan kertas, pen dan buku. *Hebat!*


roll over kitteh


p/s: Nak goreng nugget kegemaranlah! ;D

No comments: