Thursday, 19 April 2012

Internship a.k.a. Latihan Industri

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Aduh lenguh kaki ni. Tadi tak habis-habis tweet lepas tu sambung pula dengan blogging ni. Kalau berjogging kan lagi bagus. Sihat sikit... hehehehe! *wait! Apa kena mengena tweet dengan kaki?* Sengaja cerca diri sendiri yang rasanya berat tak turun-turun dan lemak semakin bertambah ni. Ishk ishk ishk...

So, wuzzzzzuuuppp?! Sekejap je kan? Dah hampir berlalu bulan April. Tahu-tahu je sem ni habis, final exam dan internship. Oh my God! Internship??? Siapa yang belum ready lagi dengan surat permohonan dan resume should be gelabahlah waktu ni sebab sepatutnya semuanya dah pos, emelkan, faks atau apa-apa jelah cara yang you allz prefer kot-kot nak guna burung merpati ke kan. Bukan you allz je yang memohon, kawan-kawan you allz, budak dari universiti lain dan I. HAHA! *tahu gelabah*

3 minggu lepas *lebih kurang* I topup RM20 khas semata-mata untuk call syarikat-syarikat yang mungkin ada peluang cerah bagi I dan yang paling penting sudi ambil pelajar atau staf praktikal. Seminggu lebih juga ambil masa untuk call semua company yang I list out tu. Bukannya I tak buat awal-awal. I dah ushar dah sesetangahnya tapi banyak okey company yang I minat tak ada ambil student untuk praktikal. *frust* Ada company yang langsung tak angkat calling. I tak tahu kenapa tapi I ingatlah sampai bila-bila yang I tak mahu call they allz lagi. Elaklah seboleh-bolehnya! Kebanyakan syarikat tak bagi elaun. FYI, I nak buat latihan industri ni kat JB. My parents suggested macam tu since perbelanjaan masa sem depan akan meningkat memandangkan yuran akan jadi 3 kali ganda sebab I extend dan belum tentu I boleh extend pinjaman walaupun dah buat surat. Jadi, kepada orang-orang yang 'sedih' lagi tak tahu-menahu tu jangan main sembur je ya bila tak tahu situasi I. =P

Plus, most firms only give an amount of RM250 as monthly allowance which for me is so not worth it. Sebab living cost kat JB bukan calang-calang okey. Boleh jadi lebih mahal daripada kat KL. Tambah-tambah lagi mula masa bulan Ramadhan nanti. Ya, memang I tinggal dengan parents tapi perlukah semuanya parents I yang spedo? Tak kot... dan dibuatnya kerja yang I dapat berat tapi bagi elaun ceto'ot je. Menyesal tak sudah nanti. Jadi, I berusaha cari lagi syarikat lain yang I berminat. Then, some companies operate on Saturday. Ibu I lah ingatkan I, kalau boleh pastikan hari raya tak kerja hujung minggu dan mudah nak cuti. Ya tak ya kan? Naiya je nanti... untung ada ibu ingatkan. Hehe! Alhamdulillah... bila dah balik JB last week. Ibu suggest macam-macam company. Tersebutlah satu company ni yang I tahu kewujudannya tapi I tak terfikir pun untuk buat panggilan telefon. UDA Holdings! Have you allz heard of that name before? Yes! That is my chosen one. =D




I tak ingat bila I call tapi bila I sure je yang they allz memang ambil practical students terutamanya daripada program Pemasaran. I had a great feeling about it. It was so relief to hear like from that staff from Human Resource Department. Apa lagi! Masa tu I dah sent emel kat Acad tulis alamat lain tahu. Terus kelam kabut taip alamat UDA Holdings kat surat tu dan send semula kat Acad. Thank God, Miss Ummi *pensyarah yang pantau student praktikal* belum print surat-surat yang ada letter head tu. Sedihnya, bermula semester  ni semua student hanya boleh dapat satu sahaja surat yang ada formal letter head tu. Huhuhu... jadi? Sesiapa yang nak mohon lebih daripada satu syarikat kenalah buat surat sendiri. I? Mohon kat satu company dulu sebab I dapat rasakan yang peluang I cerah. *insyaAllah* Sekiranya sah I tak dapat, *which is sisihlah tak dapatkan?* masa tu, barulah I gunakan backup plan I. Lari ke syarikat tempat ayah kerjalah. (= 

You allz yang baca ni doakanlah ya I dapat buat praktikal kat sini dengan jayanya, tenang dan seronok. *amin, insyaAllah!*


p/s: Ibu kata hanto ke JB kena setem 80 sen. *hah! merungut*

2 comments:

Anonymous said...

So..you dapat x practical situ ? Sbbnya saya pun nak try mntak kat situ untuk omtern ni hihi

Mikah Lurima said...

@Anonymous Hai! Iya alhamdulillah dapat. InsyaAllah mudah aje nak dapat intern situ. Good luck!