Sunday, 29 April 2012

Baju Raya

As salam & heyy y'allz!

Hawau u? Haha! Macam gedik je taip macam tu. *dalam sms je I taip macam tu* Apa kabo? I mula taip entry ni seminggu sebelum I dengan famili pergi Batu Pahat untuk shopping kain baju raya. *bermula 19hb* Sebab I tak mahu lupa cerita pasal benda ni. Ini boleh dikatakan 'ritual' setiap tahun. Samada I ikut ke tidak tetap akan diteruskan. Kenapa mesti kat Batu Pahat? I dunnow... since I can't remember... we allz dah selesa dan biasa shopping kain Batu Pahat instead of pergi ke Tangkak which is known as 'syurga kain'. I dunnow, I pernah belajo kat situ. *masa KMJ dulu* I tak rasa pun banyak kain yang cantik. *just saying* Ataupun! Mungkin juga sebab kampung ibu I kat Parit Besar, Batu Pahat. Hmm... maybe...

So apa yang dah jadi last week?? Tengoklah sendiri...

Ini masa baru je sampai.
All I can say is,
that promoter memang ada chemistry dengan we allz.
Especially, my sis! lol~


Mahu tak rambang mata kan?
Kalau I jadi orang perempuan pun I boleh excited gila macam ni.
Ahakz!




Orang perempuan ek bila cari kain...
I boleh tahan lagi tengok harga ni.


I tak tahu masa ni ada sale.
No wonder lah my mom nak datang sini hari tu.


Ya! SEMPAT! 
Hahahaha


Pengsan tengok harga.
Ini dah sampai bahagian kain mahal-mahal.
Kenapa harga macam tu?
Sebab tu semua kain ala-ala batik sutera macam tu.
Plus! They are all limited edition & exclusive y'allz.

Nampak tak ada kotak merah kecil tu?
Itulah nama kedai kain yang I biasa beli kain untuk baju raya.
Sorry lupa bawa kamera masa beli. 
*bagus supaya orang tak tahu kain apa. Lol!*

Ini gambo berangkai.
"Eh! Cantiklah..."

Kejap... kejap!
"Let me think."
*monolog dalaman*

"Ah! Tak naklah."
Hahaha... adik I memang gedik!

Nama pun bahagian kain-kain eksklusif kan?
Kondusif je siap ada sofa.
Makin lamalah jawabnya kat sini.
*boring*



Tak silap I, ini kain batik 1 Malaysia rasanya. (:

Ini kain yang RM400++ tu.
Cantik memang cantik tapi...

Ini antara kain batik 1 Malaysia tu.
RM100 je sepasang. *je*




Agak-agaknya... 
apalah warna tema baju raya famili I tahun ni ek?
Boleh teka tak?
Siapa boleh teka I bagi cekidis. ;P 
*olok-olok je*

Kata promoter India yang layan we allz tu, Rashid Sibir, Pengarah Drama terkenal Malaysia tu pun shopping kain kat sini. Bukan dia exactly lah tapi mestilah orang-orang tersayang dia kan? Kira hebatlah juga tempat ni. Selebriti pun datang okey! Dah tu datang dari Seremban lak tu.

Lebih kurang 2 jam lah we allz spent time kat Euromoda Batu Pahat ni. Selain ke sini we allz biasa singgah yang kat belakang stesen bas kat bando Batu Pahat tu. Apa? Mahal? Jangan risau... setiap harga tu adalah untuk sepasang punya. Bukan semeter okey. Kalau semeter non mamfooo lah you allz. Ahakz! Tapi itulah yang I cakap... lupa nak bawa kamera sekali masa masuk kedai kat sana. Yang penting you allz tak tahu I punya kain yang mana. Haha! Ya, I suka berahsia lebih-lebih pasal baju raya. Baru feeling bila raya! *eleh, puasa pun belum lagi* Ini pun untunglah... mula-mula lappy I tak dapat nak trace file memory card kamera sebab lappy tu baru je lepas format baru. Jadi, segala binatang virus dah tak ada. Memori kad kamera pula yang affected. Tu yang I frust tak dapat post entry ni awal. Thank God lah balik Melaka tanya si Rafiq. Dapat pun scan semua. Alhamdulillah hasilnya dapatlah letak gambo. Hehehe~

I bukan nak berbangga ke apa tapi sangat bersyukur sebenonya sebab dalam famili I, I lah orang yang paling diperlukan dan dihargai pendapatnya bila datang bab shopping pakaian termasuklah kain untuk tempah baju raya. Biasalah famili I ikut tema you allz. So, semua nak kena synchronize! Bermula daripada pemilihan warna kain, tona kain, texture kain semuanya akan ikut dan ambil kira pendapat I. Walaupun bukan I yang keluokan duit. InsyaAllah one day maybe I'll support everything. ^_^

Terima kasihlah kat parents I dan adik I sebab sentiasa buat I rasa diperlukan. I sangat suka bila I rasa diperlukan terutamanya bila they allz nak pilih baju raya, pakaian-pakaian biasa dan sebagainya. Even tudung pun I yang pilihkan selalunya. Senang kata I kena ikutlah setiap kali ada misi macam ni. LOL! Hellowwww! I ni still macam lelaki lain juga, bukan suka pergi kedai kain bagai ni tapi dah I minat fesyen dan sentiasa nak pastikan yang famili I paling standout, do it right dan tak jadi fashion victim masa hari raya, hari-hari biasa ataupun masa ada function2 tertentu. (:

p/s: Harap-harap tailor still terima tempahan lagi. 

2 comments:

yana d'zone said...

hamboiboiboi...puasa dah ganti ke x ni? heeee =)

Mikah Lurima said...

Yana>> Hahahah! InsyaAllah semua lepas kot. Mintak2 mcm tulah...