Monday, 25 June 2012

I'm Happy for Them!

As salam & heyy y'allz!

I don't have much time to type a new entry actually.
But this news is too great.
I didn't follow much about Egypt election or their political story.
I don't like politic. 
So, you can imagine how ignorance I am when it comes to politic issues.
Included those in my own country.

I don't know why...
... the news of Egypt election results made me interested.
Egyptians are so happy.
I can feel the somehow.
I can feel their joy and how grateful they are right now.
Islamist Mohamed Morsi of the Muslim Brotherhood...
... he was declared as Egypt's first democratic president.
From what I've heard.
He's a hafiz.
To be exact,
we should call him... 
... Dr. Mohamed Morsi al-Hafiz.

Source: Facebook

MasyaAllah...
Alhamdulillah.
They have found a new leader.
A great president wanna be I believe.
InsyaAllah...
... Egypt is going to be a much better Islamic country.
So, Malaysians?
Are we going to have the same fate?
I don't know...
I really hope so. (:

Fleming Crunchy? Sedapkah?

Assalamualaikum & heyy y'allz!

I rasa nak singgah sini kejap buat satu entry
Sangat bosan ya menghadap kerja yang siap tak kunjung tiba tu. 
Naik menyampah dah tapi nak buat macamana kan? 
Dah nama pun kerja. 
Bukannya hiburan. 
Hahaha 
*tak lawak pun rasanya*

Okey, 
Jumaat malam Sabtu yang lepas I makan malam kat KFC area depan rumah I ni je. 
I pergi dengan Azem. Tak kuasa nak dine in kalau seorang diri. 
Konon-konon sengaja je mention kat Azem, 
"Jom makan kat KFC! Ada ayam goreng baru." 
Sekali dia setuju pula. 
Jadilah plan tu maksudnya. 
Tak serious sangat pun sebenonya. 
Ahakz~

Tak nampak coleslaw? Tak penting pun. :P


Nyum nyum nyum~ 

Azem kat mana ada kamera dandan dia posing. Haha!

So, how?

Hmm... biasa je. 
Bolehlah... not bad actually
Harga? 
Mahal sikit daripada Original dan Hot & Spicy. 
Rasa??
Mula-mula masa telan I tersedak sikit.
Hahahaha...
I tak sangka pedas dia boleh tahanlah.
Macam rasa pedas Hot & Spicy dulu-dulu.
You allz yang biasa makan KFC dulu akan faham apa maksud I dengan "dulu-dulu" tu.
I suka rasa pedas macam tu sebenonya.
Sebab I tak makan sos. *fyi*
Rasa crunchy tu pun best.
Betullah kata Ila...
... kerangupan ayam tu datang daripada empingan jagung yang menyaluti ayam goreng tu.
Actually, I ni nak rasa sebab si Ila dan Qem lah yang bersungguh-sungguh suruh cuba.
Sedap katanya.
Haha

Alhamdulillah...
... dapatlah try.
Lepas ni balik JB rasanya akan dapat lagi.
Almaklumlah, adik I kerja kat KFC sekarang.
^_^ 

p/s: Sambung buat kerja... huhuhu.

Thursday, 21 June 2012

Movie Theater No More

As salam & heyy y'allz!

Haiiiiissshhh... I sebenonya ada banyak gila kerja nak kena siapkan ni tapi... tak bolehlah selagi tak buat satu entry baru. *at least one lah* Sejak dua tiga empat lima enam tujuh dan lapan menjak ni ada sahaja pengakuan yang I nak buat. Kali ni... benda yang dah lama I simpan seorang diri. Entah macamana, I rasa I patut tulis dalam blog ini supaya semua kawan I tahu.

I dah tak nak tengok wayang lagi. YES! Again, I repeat. I don't wanna go to the cinema anymore. Whyyyy???

I don't know... maybe it's time for me to avoid the place. Maybe I should have some limit in having fun. Or... maybe I just don't wanna go to the theater anymore. I just don't feel like to go anymore. Mungkin Allah dah tarik nikmat tu daripada I. Besides the fact that watching movie in the cinema is forbidden in Islam. 

Admit it people! I'm saying the truth. Yes, it's hard to stop watching movie in the movie theater. Me too! I mula-mula fikir larangan itu tidak benar. Yelah, sebab I suka ke situ. I pergi dengan bff I selalunya. We were so happy back then. I fikir lagi... bukan I buat perkara tak senonoh pun dalam tu. Semuanya bergantung kepada niat. Betul? Ya, memang betul. Tapi... orang lain dalam panggung tu yang buat 'benda' tak elok kita tak nampak. Actually, I've seen it before. Once maybe. I tak payah terangkan lebihlah ya. (:

Apa yang I boleh cerita... I dah tak ada rasa nikmatnya lagi. Last time masa awal semester ni. Itu pun sebab segan nak tolak. Kakak angkat I ajak tengok Hunger Games... yang mana I dah tolak tapi lepas dipujuk-pujuk, I ikutkan juga. Dah pula tu orang tu kakak I kan. But, the feeling has changed!

Change

I tak rasa tenang bila masuk dalam panggung wayang tu lagi. I tak tahu kenapa. I just don't know why. I tahu yang I cuma tengok filem yang biasa-biasa sahaja. Bukannya rated 18SX ke apa. Tapi tetap macam itu perasaanya. 

Sejak bila? I pun tak ingat... yang penting dah lama. Sejak tahun lepas mungkin? Atau pun tahun sebelum tu lagi. Obviously, Norman & Azem should have notice it. Sebab I dah banyak kali elak tengok wayang. Alasan tak ada duit. Awal sem ke, tengah-tengah sem ke, apatah lagi akhir sem macam sekarang. Yang pelik tu bila orang ajak I tengok wayang dalam hati I terus macam gemuruh tau. Seolah-olah hati kata, "Alamak!!" Macam tak rela.

Jadi, I nak tegaskan kat sini. Kepada rakan-rakan yang membaca. Kalau you allz nak pergi tengok movie, janganlah ajak I lagi okey. InsyaAllah I akan tolak pelawaan you allz. Walaupun you allz kata nak belanja. I've made up my mind. I harap you allz hormatilah ya keputusan I ni. Ini bukan mudah okey sebab dalam zaman yang moden ni. I tahu dugaannya beso. Berhenti untuk melakukan sesuatu yang sudah menjadi satu kebiasaan. Plus, watching movie in the cinema was one of my favourite things to do. 

people change

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
'Rabbabaa Laa Tuzigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab'

Ertinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; 
karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia).”
(QS. Ali Imran: 7)

Kita semua akan berubah. Sama ada you allz terima perubahan tu atau tidak, terserlahlah...

p/s: Ya Allah... Engkau tetapkanlah hati kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Membolak-balikkan hati kami. *amin*

Monday, 18 June 2012

She Has Been Taken!

Assalamualaikum & heyy y'allz...

I don't know how and when to begin this...
At the same time,
I don't understand what has got into me!
A few weeks ago...
I had this feeling...
... towards this particular someone.
I've never felt like this before but...
... when I saw her that day I just felt 'something' you know.
Something I can't explain.
I think I like her.
Not just like her but I thought that she's the one.

The funny part is we already 'befriended' in the Facebook...
... but I didn't notice that she is in the same class with me during this whole semester.
*sigh*

However...

However...
... last night,
I asked my friend which I guess that...
... she recognizes that girl.
So, I asked my friend whether she has a special boyfriend or not.
Too bad...
... she already has.
;(

My first respond was,
"Thank God, alhamdulillah... she is taken!"
But somehow I feel a lil' bit of frustration.
I want to make the next move.
I've planned for it but...
Lord has already planned for me.
Like big time!
So, I believe when the time has come...
... I'll meet the righteous person in my life.
InsyaAllah...
... just pray for it.

Allah knows best

p/s: This wasn't my first time.

Sunday, 17 June 2012

The Last Annual Dinner as a Student

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Sorry lah wahai blog yang comel. 
Janji nak sambung publish entry hari Jumaat tapi... 
... hari Ahad baru ada kesempatan dan rasa rajin. 
Kebetulan semalam ada seminar. 
Kelmarin dah sedia malas dan hari ni jelah yang boleh diharapkan sebab esok...
... dah mula ada kelas bagai. Huhu

I tak tahu nak start macamana pasal dinner tu. 
Okeylah macam ni...

Venue:
Hotel tu 4 bintang tapi cantiknya macam 5 bintang.
Cuma sayang...
... masa sampai je ballroom kat level 6 tu bau something yang kurang enak.
Macam bau toilet
*serious*

Registration: 
Sedih!!!
Nama I tak ada dalam list.
I tak tahu pun ada kad.
Makinlah sedih!
Bayo mahal tu.
I dah bayo tu walhal.
Selamat urusetia percaya yang I bayo.
So, dapatlah duduk tu pun kat meja paling belakang dengan Ifah.

Opening:
Sangat tak faham!
Apa yang they allz persembahkan pun I tak faham.
Dah macam upacara sembahyang apa entah.
HAHA!
Apa tidaknya, bawa bunga ros tu ramai-ramai...
...  lepas tu masuk lalu pintu gerbang tu.
Apakah itu???

Hosts:
Ada dua orang pengacara majlis.
I pernah tengok they allz mengacara tapi malam tu...
... sangat hambar! Tak tahulah kenapa ek.

Speech: 
Ucapan sangat boring.
Ketua projek?
BORING!
Penasihat?
Boring!
VVIP?
Pun boring!
Siap sempat macam nak berpolitik pula. =_=

Makan:
Not bad!
Itulah antara sesi yang paling best malam tu.
Kawan-kawan pernah cakap hotel tu makan tak best tapi...
... malam tu sedap pula.
Mungkin sebab masakan Melayu kot.
I bagi 3/5 bintang. Hehe~

Showmanship:
Persembahan paling hambar daripada student MASA malam tu.
SEDIH!
Fyi, setahu I lah penyanyi best2 semua datang daripada program I okey.
Bukan nak gebang tau.
I tak tahu siapa yang silap.
Malas nak cerita ketidakpuasan hati I.
Dengan game ala-ala Super Spontan konon-konon tu. Alaaaaahaii...
Tapi...
... persembahan silap mata dijemput khas dari luo tu boleh tahan.
I bagi 2.5/5 bintang je keseluruhan.

Lucky Draw:
Banyak gila hadiah okey!
Sayangnya I tak dapat nombor.
Sebab tak ada kad.
Alhamdulillah, Ifah dapatkan nombor untuk malam tu. 
Hehe

Overall... I bagi 2/5 bintang je untuk dinner tu.
Dinner paling tak best dalam sejarah hidup I.
Siapa yang uruskan hal-hal tu semua WAJIB minta maaf dengan I patutnya.
I paling senior dan I bayo sama macam orang lain.
It's okay!
I redha je... 
... cuma sumpahlah lepas ni I tak nak join lagi.
Manalah tahu MASA jemput lagi ke, kan?
I tahu tak mustahil.

Hmm...
... award malam tu semua okey.
Cuma...
... couple of the night tu apa kejadahnya??
Suka hati you allz nak kata I ni narrow minded ke apa.
Tapi,
jujur I cakap anugerah pasangan terbaik malam tu tak perlu.
Seolah-olah you menggalakkan pelajo datang dinner secara berpasang-pasangan lepas ni.
Ewwwwwwww!

Jadi...
... untuk menyembunyikan ketidak puasan hati I.
Terpaksalah I senyum dalam gambo-gambo ni. =P

Baru je masuk hotel Ezzah dah snap satu. Haha


Ifah dengan pensyarah yang semua I tak kenal kecuali Ketua Fakulti. Haha

Gambo ni menunjukkan yang I dengan Ifah memang dapat table yang paling belakang. Sobs!

I ingatkan choc balls tu sedap sekali... *bluerkk*

Ini lapo pun ya, sedap pun ya.
Lepas tu tambah lauk je duduk meratah Ayam Masak Tomato dengan Ifah.
*SEDAAAAAP*

ABC katanya! Lol~
Hotel buat lawak agaknya ataupun memang tak reti buat.
Namanya silap ni...
Should be cendol or  cocktail.
Tu pun still tak sesuai juga. ;P



Sementara itu...

Sempat!!
Yelah singgah toilet hotel tu lawo.
Snap lah beberapa. Hehehe


Ifah tangkapkan...


Cuba teka nombor mana yang terkena?? XD
Ifah dapat banyak gila nombor sekali...

Yang 'terkena'nya cuma satu je. LOL~

Kau mampu? Ifah punyalah happy sakan dapat hadiah lucky draw malam tu.
2nd prize, okay! 
I jealous dengan 1st prize tu je. 
Hadiah penginapan kot!

Dengan Wani yang comel. ^_^

Ini bersama dengan Pia yang sangat lemah lembut orangnya. ;D

Dengan geng-geng Puteri dan Qem yang tinggal. *tiba-tiba rasa sedih*

Ini Ifah dengan kawan dia yang I tak kenal. Lol!

Gambo berbeza-beza ikut resolusi kamera masing-masing okey. 
I punya of course yang watermark nya tak ada by anybody.
Janganlah percaya sangat kecerahan yang ada tu.
Hahaha!
Tu silap flash agaknya kot.
Whatever it is I tried my best to enjoy that night.
Takkan seronoklah kalau kawan-kawan batch kita dah tak ada.
Dah tu pula Bobby balik awal.
The only friend originated from my batch.
Dia balik awal sebab rumah jauh.
Jadi, tak adalah gambo dengan kawan lelaki.
I dengan Ifah balik sejurus lepas selesai dinner tu.
Datang agak lewat balik agak cepat.

Friday, 15 June 2012

The Event

Assalamualaikum & heyy y'allz!

I dah tak larat ni macam biasa... mengantuk sekali lagi. 
Sama je kan tak beza pun 'feel' dengan entry sebelum ni. 
Alasan tak boleh taip panjang-panjang sebab mengantuk. 
I just nak bagi bagi sneak peek tentang dinner malam tadi. 




Ya! Itu sahaja... I dah tak kuasa nak menaip. Nanti siang jelah ya I sambung cerita. As salam y'allz... tata! Good mor_night! XOXO~ 

Thursday, 14 June 2012

2 in 1

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Ya ampun! Sangat mengantuk okey sekarang. Tapi I tahankan je semata-mata nak luahkan perasaan dihati. Fyi, tadi pukul 10.30 pagi I ada test. Test 2 for Risk Management course. Aduhhhh... I tak tahu nak cakap macamana. Mula-mula jawablah macam tak ada perasaan tapi last2 baru I perasan... apa yang keluo tu tak serupa macam yang pensyarah I janji nak keluokan. Frust!! Seriously I am so frustrated. You allz kalau pernah belajo dengan lecturer ada tak dia cakap, "Okey, this part I nak keluarkan dalam test." "Hmm, yang ni selalu keluar dalam test!" And, "Blahblahblahblahblah..." Ada kan??

Nak dijadikan cerita... lecturer I memang macam tu. Plus, I siap take note semua okey. I highlight mana yang dia kata penting dan nak masukkan dalam ujian tu. Siap janji lagi hari tu nak masukkan bahagian kira-kira even we allz dah cakap, "Tolonglah, jangan!" Akhirnya... non hado!

Soalan tadi ada lima. Kena jawab semua! Dalam masa 1 jam 15 minit. You allz sempat kot... I ni slow sikit menulis so depends lah. LANGSUNG TAK ADA yang berkaitan. I mean apa yang dia janji nak masukkan dia tak letak pun dalam soalan. Konon direct question... of course lah siapa yang ingat semua tu je boleh jawab. Mana tak frust I... I rasa 2 je soalan yang I boleh jawab betul-betul. The rest tu berserah seperti "Nerf or nothing!" Hahahahahaha... *tak faham sila goole*

Pensyarah I dah cakap baca chapter yang mana tapi manalah I boleh ingat semua. Ada dalam 1 ke dua chapter dia tak ajo pun. Plus, dia DAH JANJI nak masukkan yang mana. Promise is promise lah... I nak kata frust tu ya tapi bersalah tu tidak sebab dia keluokan soalan daripada bahagian yang majoriti orang tak fokus. Rosak target I macam ni tahu...! I mestilah ada letak target. Tapi dah macam ni redha jelah. Just rely on grouped presentation and final exam. Hopefully I can do it next week.

Okey, lupakan pasal test. I tadi dah fikir apa tahu... malam ni enjoy jelah the dinner. Release your stress! Yup, I have an annual dinner tonight. Program Marketing Students' Associates (MASA) ni sebenonya. Jarang sekali I nak join even kelab untuk kursus I sendiri sebab I ni bak kata kawan-kawan I kat sini student marketing 'convert' international business. Yelah, they allz punya event I nak join, event sendiri cabut lari. Boleh?? Hahaha

Ini pun kalau tak pasal Ifah ajak dan ada Bobby tak pergilah I. Tak kuasa! Dahlah bayo mahal tapi itulah I cakap, ada kawan rapat ajak I pergi jelah. Merakam kenangan terakhir belajo kat sini. *insyaAllah* Dah pula tu entah berapa kali tuko tempat. Mula-mula resort kat Ayer Kerohlah, lepas tu kat Hotel Emperor lah, then kat Equotorial Hotel lah dan akhirnya kat Hotel Avillion je. Hotel paling dekat dengan kampus we allz. Hahaha... sengalkan?? I ikutkan jelah dah bayo lagipun. I cerita kat sini je. Siapa yang handle this event nak ngaruk-ngaruk kalau dia baca, ada I kisah? ;P

Faham-fahamlah ya venue tu dah tuko berkali-kali.

Alright... I'm gonna take a nap. Gonna enjoy it tonight. Jangan jealous... XOXO~

p/s: Baju belum gosok lagi ni... aduuuuuuuuhhh! ;(

Friday, 8 June 2012

Ada Apa Dengan BB Cream?

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Hehehe... excited gila nak publish entry baru hari ni. Sekian lama baru I ada semula topik yang skopnya luas dan boleh share dengan semua oranglah senang kata, baik lelaki ataupun perempuan. Since I'm a metrosexual guy so this topic is a must published. Haha! Apa halnya dengan BB cream ni? Apa tu BB cream? I ceritakan sikitlah ya. 'BB' stands for Blemish Balm. It's not Tiger Balm lah! Aiiyyooo... muka you allz merah berapi nanti sapu satu muka. =P Daripada apa yang I baca daripada blog Rabiatul Adawiyah, BB cream sebenonya berasal dari Jerman dalam lebih kurang tahun 50-an dulu. Adalah dermatologist kat sana yang cipta benda ni tapi tak dikomersialkan sampai Asia sehinggalah era 80-an. Itu pun cuma kat Korea Selatan dan juga Jepun. Macam inilah... I rasa better you allz google sendiri maklumat lanjut ataupun sergah je Wikipedia okey? Ngee~

So... sejak kebelakangan ni I selaluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sangat nampak iklan BB cream. Kat tvlah, kat majalahlah dan kat mana-mana je yang I pergi. I jadi sangat curious lah nak tahu apa ke benda alahnya itu. Ada macam BMW ke? Ada macam BB pinkah? Ada macam BB Torch ke kan? *sepak nak??* Ada macam foundation ke sebab I tak nak pakai foundation. Mula-mula I nampak Maybelline punya BB cream. Nampak macam best je tahu. Iklan dia... packaging dia... model dia... hahaha! *macam lain je bunyinya* Lepas tu I nampak pula iklan BB cream SimplySiti. Masa tu I ke Watson konon-kononnya nak tengok-tengok je dulu tak berani beli. 

Tujuannya? I nak cover muka I ni dengan sesuatu bila ada event ataupun presentation.  Malu orang tengok bekas jerawat ni. Kalau tak nampak lainlah cerita. Lepas tu nak kurangkan kadar minyak yang boleh kata kalau dikumpulkan rasanya dua tiga biji telur boleh goreng. Wahh! *hiperbola sangat* Maybe boleh ganti terus krim pelembab yang I pakai sekarang. I semakinlah rasa nak beli bila I nampak Garnier punya produk BB cream pula. Aduhhhh... dugaan betul! Ayah I cakap... "Boleh tahan mahal ek?", tu dia cakap sebab dia nampak I belek-belek. Sentap! Baru nak minta ayah spedo. Ngeh ngeh ngeh... macam nak beli tapi last2 tak jadi juga. ):

I ni cerewet orangnya jadi I pun google lah dulu. Selain blog Rabiatul Adawiyah tu I dapat lagi sikit maklumat daripada blog Fyna ni. Rupa-rupanya produk ni dah start popular kat Malaysia sejak lebih kurang 2 ke 3 tahun yang lepas. Nampak benokan kalau dah laki-laki tu namanya memang tak tahu menahu sangatlah pasal benda alah ni semua. Yelah, I baru perasan yang produk ni macam 'hot' kat Malaysia sejak awal tahun ni je. Before this I was unconscious about this product. Frankly speaking I didn't mind at all about this type of cosmetic until now. 

Nak dijadikan cerita hari Isnin lepas, lepas kelas terus pergi Dataran Pahlawan hajat dihati nak cari benda lain akhirnya... I beli juga krim BB! Tapi bukan Garnier okey. Bukan Skin79 juga bukan Maybelline. Nak tahu I beli yang mana?



Just nice!
Tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.
Creamy je gitu! XD

Nampak tak?
First Impression...

Daripada banyak-banyak review yang I dah baca boleh tak last2 I beli produk yang orang tak bagi review lagi. Haha! Maybe ramai yang dah cuba tapi I tak baca review dia kecuali blog ni. First time pakai semalam... sengaja dah tak sabo nak try. Ya Allah! Sangat best okey. I tak tahu nak explain macamana. Sorry lah I takkan ambil gambo muka sendiri. Haha! Malulah you allz... I cuma mampu bagi review macam ni jelah. All I can say is... texture BB cream ni sangat lembut. Bila I kata 'sangat' tu means lembutlah daripada moisturizer yang I pakai selama ni. Selama ni I pakai Safi je sebab kulit I sensitif. Maybe sebab krim pelembab tu lebih likat. So, bila pakai kulit rasa agak rimas dan kurang selesa masa mula-mula sapu. First time je sapu BB cream ni I dah dapat rasa I memang tak silap beli jenama SimplySiti. Bukan sebab harga dia mahal ke apa okey tapi sebab dia memang sesuai dengan kulit I kot. Memang khas untuk kulit yang mudah berjerawat, sensitif dan berminyak macam kulit I. Kenapa I pilih untuk beli SimplySiti? Antara sebab-sebabnya I dah bagitahu tadi. Selain tu, SimplySiti Clear Solution HD Simplify BB Cream boleh...

:: Mengawal minyak ::
:: Mengurangkan kecelaan dan jerawat ::
:: Melembabkan ::
:: Melindung daripada kesan UV ::
:: Menutup ketidak sempurnaan kulit wajah ::
:: "Matte feel" ::
:: Mengurangkan kesan merah dan mengecilkan saiz liang roma ::
:: Bedak kekal lebih lama ::
:: Melembutkan kulit ::
:: Cerah berseri ::

Pros

Bersungguh-sungguh okey I taip benefits krim BB HD ni untuk you allz, siap dalam bahasa ibunda lagi. Nak I taip dalam Bahasa Arab ke Korea ke? Bolah blahhh!! You allz ada HD kat muka? I ada! Hahaha... jangan main-main you allz sekarang ni bukan ada skrin High Definition (HD) je muka pun boleh jadi HD. Hua hua hua! Krim ni cepat menyerap ke wajah. Within 30 seconds or less lah. Then, mengikut kesesuaian warna atau tona kulit. Macam I pilih medium beige sebab I tak naklah muka I nampak macam tepung kurma' nanti. Lol! Jadi, kulit nampak semulajadi macam tu. Tapi macam kulit I cerah sikit so still kena tenyeh bedak sikit. Nak tahu lagi kenapa I pilih yang ini? Sebab krim ni terkandung SPF30 PA++. Orang cakap lagi tinggi SPF lagi bagus. Entahlah I pun tak tahu apa tu SPF. You allz buat sendirilah ya research I dah penat taip tak habis-habis ni. Aduhh...

Price

Lagi satu, I ni sangat detail bila shopping. Even kandungan dia pun I bandingkan. Okey, Garnier berharga RM19.90 dengan kandungannya 20ml je berbanding SimplySiti siap berHD bagai ada 30ml dengan harga RM29.90. Yup! Setahu I sekarang ni sedang promosi. Jenama lain jangan ceritalah sebab setahu I mahal kalau nak beli Skin79 ke Maybelline. Okeylah kan harganya? There's always a price for every beauty that we wish for. I bought it at Watson since I've a membership. Baunya wangi... I kenal tu ada bau Tea Tree sikit. Tapi agaknya dah campur bahan-bahan lain macam enzim betik tu jadi wangi tu. I like! Senang kata review orang pun membantu juga dan kena try before beli itu sudah pasti juga kalau ada promoter sila tanya they allz semaksimum mungkin persoalan yang berada diminda you allz. For me the most important part is products of SimplySity are certified with Halal from Jakim and this Clear Solution HD Simplify BB Cream is made in Korea. Tempat di mana BB cream khas untuk orang Asia direka. Okey, nak bersiap untuk makan malam. Daaaaaa... ;D

p/s: Not really her fan.

Mission Accomplished (Part 2)

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Okey, hari tu I dah declare pasal Zalora tu 'awek' baru I kan? Huh?! Tak tahu menahu? Klik sini kalau nak baca. Kalau nak je I tak paksa. Sebelum ni juga I dah published entry pasal Part 1 kan? Jadi, ini adalah sambungannya.

I dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa berangan nak beli dua-dua benda ni. Pertama! I nak sangat beli gladiator shoes for men. Kat Malaysia susah nak dapat okey! Rupanya macam sandle tapi bukan sandle. Kenapa? Sebab sah-sahlah orang panggil 'shoes'. =P Lepas tu, rupanya sangat unik. Dengan tali-tali yang bersilang dan memberikan imej seorang pahlawan Gladiator kepada si pemakai. Wahh! Tak percaya you allz boleh google sendiri untuk tahu bagaimana rupa dia. Kedua, I nak sangat beli varsity jacket yang boleh kata trendy sejak tahun lepas. I tak mahu yang universiti punya tu! I tak mahu yang sama macam orang lain pakai. Benda ni pun agak susah nak cari kat Malaysia sebab faktor cuaca kita. Tak ramai yang nak pakai kecuali orang betul-betul suka bergaya. (:

Jadi, entry kali ni I nak ceritakan macamana misi I berjaya! You allz tahu tak gladiator shoes tu je yang tak tercapai lagi? Dalam henset I dah lama dah duduk dalam memo tu tak boleh nak dibuang selagi tak didapatkan. Benda last sebelum tu I kena dapatkan botol air jenama Bros which is I already bought guna voucher pelajar hari tu. So worth it! ;D



I beli varsity jacket tu online juga sama macam I beli jaket I sebelum ni dan juga sama dengan cara I beli capal gladiator tu. Cuma website je yang berbeza. Varsity jacket tu I dah lama aim je kat Facebook tu. Last time I dapat try pakai Zara punya. Wow! Sangat selesa okey. Pakai yang mahal-mahal ni memang best tapi I tak naklah beli yang beratus-ratus macam tu. Fatmielah yang suruh try. Haha... salahkan orang lain lak. Sejak tulah I makin minat dengan jacket tu. Two months before lah... I dah tak tahan. Rasa macam sangap sangatkan... last2 I beli juga. Hahahaha! Tak boleh blahh kan tengok pakaian pun 'sangap'. Sengal! Yelah, geram tahu tengok banyak-banyak macam tu harga kurang daripada RM100 tapi tak boleh pakai. Masa tu kebetulan duit ada jadi I pun tutup mata jelah beli. *setiap kali bayo memang tutup mata* 3 minggu kemudian sampai. Paling cepatlah kali ni. 

Gladiator shoes tu pula bermula daripada YouTube. Masa I buka YouTube... keluo iklan banyak-banyak kat tepi atas semua tu kan. Dah berapa kali dah tengok iklan Zalora tu muncul tapi tak tahu apa bendanya tu. Akhirnya I pun kliklah. Hmm... dandan terus berminat nak 'selongkar' web tu. Mula-mula ingatkan nak window shopping je sekali... terjumpa pula gladiator shoes. The one and only gladiator shoes in Zalora. I pun apa lagikan... tengok ada stok, saiz ada, harga mampu bayo... grab lah!!! Hahahaha~ 

Excited! XD


Varsity Jacket from Kay Korean Collection

Gladiator Shoes from Zalora

 I order gladiator shoes tu hari Selasa dan settle transfer duit hari Rabu minggu yang sama so patutnya dapat hari Khamis esoknya. Seksa ni menanti last2 hari Isnin minggu depan tu baru sampai. Itu yang they allz bagi kad "Sorry" tu sebab rasa bersalahlah tuuuuu sent parcel lambat. Haha! Alhamdulillah, walaupun duit I melayang tapi sangat berbaloi okey dapat memiliki kedua-dua barang ni. Cantikkan? Hihihi... bahagianya shopping... mission accomplished! Teehee~

Abang Mahfidz's Wedding

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Masa mula-mula Rya bagitahu pasal Abang Mahfidz nak kahwin tu I tak adalah terkejut sangat. Siapa dia Abang Mahfidz tu? Hmm... okey, I akan ceritakan secara singkat dan padat ya. *yelah tu singkat konon* Abang Mahfidz ni dia senior I masa I sekolah menengah dulu. We allz boleh kata rapatlah back then. Yelah, dia Ketua Dorm masa I Tingkatan Satu dulu. Dah tu sekepala walaupun beza umur lebih kurang 3 tahun. Boleh kata lagu-lagu dan artis-artis yang we allz minat semua sama. Beza umo bukan satu halangan untuk berkawan okey! Btw, I pun jenis lebih suka berkawan dengan yang lebih tua. Plus, I don't have a brother so he was like a brother to me, still...

Kalau tak dijemput I tak datang rasanya sebab segan. Yelah, I fikir I siapakan? Maybe dia jemput ahli keluarga  dan rakan-rakan terdekat je. I dah jarang jumpa dia sejak tahun 2008 kot. Sebab dia belajo kat oversea. At Bangalore, India if I'm not mistaken. So, I redha je samada I dijemput atau tidak. Alhamdulillah, dia invite we allz kat dalam Facebook. Itu dah kira bermaknalah you allz. Masa tu I fikir, InsyaAllah I akan pergilah sebab dia buat last day masa I cuti. You know... he is one of people who has inspired me as a student. Dia memang tak dinafikan the best student lah dalam batch dia. Result terbaik dalam SPM 2003 kat sekolah I kot! Of course I see him as a good role model, right? Besides Kak Amalina Che Bakri lah. Tak kisahlah dia dah off hijab pun. I was inspired by her achievement not her look. ;P Tiba-tiba, teringat semula masa kat sekolah dulu ramai budak perempuan tak suka dengan Amalina. I bet they were so jealous of her. *so typical Malay*

Karakter Abang Mahfidz ni, dia ni lawak orangnya... lebih banyak tahu daripada orang lain dan ada semangat inkuiri yang tinggi sebab tulah pandai kot orangnya. Tapi I ingat masa sekolah dulu, dia ni kuat tidur berbanding orang lain. Abang-abang senior lain selalu cakap yang dia ni selalu mengantuk dalam kelas. Macam Fatmie lah tu! Hahaha... tapi bila belajo dia fokus. So, no wonder lah right? Orangnya sederhana, bijak dan pandai ambil hati orang tua rasanya sebab tu parents I kenal dan suka dengan cara dia. Parents I kenal siapa kawan-kawan I sebab I tak hide. They should know and have the right to know who are my friends. Jadi, memang senanglah berkawan dengan Abang Mahfidz ni. Seronok! ;D

Okey, berbalik kepada cerita kerja kahwin Abang Mahfidz. I pergi!!! (= Majlisnya dah berlalu hari Ahad yang lepas. Hari yang sama I dengan Ijat, Rya dan Times ziarah kubur arwah Cikgu Norita. Senang dalam hari yang sama sebab we allz bukannya selalu boleh jumpa. Dalam berita sedih ada juga yang mengembirakan. Alhamdulillah selamat sudah seorang senior I diijabkabulkan. Agak-agak siapa pula lepas ni ek? Hehe

Abang Mahfidz yang duduk 3 dari kanan tu. 
I yang mana? Pandai-pandailah teka... ;P

Thursday, 7 June 2012

Perginya Seorang Guru Periang

Assalamualaikum...

Ya, memang I dah lama tak publish apa-apa. Banyak dah draft tapi tak ada hati nak publish. Tapi demi guru kesayangan I, I akan taip sesuatu. This is like a tribute to a woman who played a big role in my life besides my biological mother. I dikejutkan dengan berita sedih ni pada Selasa minggu lepas. Sangat mengejutkan sampai I tak tahu nak cakap apa. I mandi masa handphone berbunyi sebab ada calling masuk tak henti-henti tapi bilik mandi jauh. Malas nak keluo dari bilik mandi tapi dalam kepala ni tak berhentilah fikirkan macam-macam. I dapat rasa ini mesti berita yang sangat penting sampai non-stop bunyi telefon tu. Ibu cakap mesti penting ni sebab dah banyak kali miscalled. So, tergesa-gesalah I keluo dari bilik mandi dengan tak sempat nak ambil wudhu' I angkat call si Faiz. Betullah gerak hati I. Bukannya I meminta-minta untuk dengo berita macam tu tapi macam dah boleh teka. Cikgu Norita baru je kembali ke rahmatullah dalam lebih kurang pukul 7 malam. Ya Allah... 

I rasa macam baru je hari tu I call dia. Macam biasalah suara teacher memang lemah sikit sebab penat. I call masa 'hari-hari biasa'. So, mestilah teacher ada kelas. She was fine! I mean we knew that she has this diabetes and maybe other illness. Setiap hari dia kena masukkan injection khas untuk orang-orang diabetes tu. I tahu sebab ibu saudara ada yang macam tu. Macam-macam rawatan lagi yang teacher kena buat. I nak sebut macam-macam pun I tak reti.  

Sepanjang I belajo dengan teacher I rasa seronok je. I panggil dia 'teacher' je. Dia ajo I subjek Sains dulu. Even I ni bukan student yang pandai Sains tapi dia tetap layan I baik. Rapat dengan geng I. Apa tidaknya sejak dari Form 2 lagi dia dah ajo we allz. Siapa yang rapat dengan I macam Fatmie dan Faiz they allz tahulah. Dia memang guru kegemaran I. Sangat sporting dan manja, lemah lembut dan periang. Happy-go-lucky lah senang kata! Ya Allah, seriously I rasa dia tak pernah pun sakitkan hati siapa-siapa. Tapi Allah lebih sayangkan teacher...

I ralat sebenonya sebab I tak datang masa hari pengebumian tu minggu lepas. I pun ada masalah I sendiri yang susah I nak explain. Ralat sangat sebab I kat JB masa tu. Yelah, I kan cuti minggu lepas sempena Hari Gawai tu. Oleh sebeb tulah I plan dengan Ijat untuk ziarah kubur arwah since ramai yang tak dapat hadir masa tu. Jadi, Ahad lepas dengan Rya dan Times, I dengan Ijat pergilah melawat kuburnya kat Mahmoodiah. Barulah I rasa lega... alhamdulillah jenazah selamat dikebumikan hari Rabu minggu lepas pukul 11 pagi. Harapan dan doa I untuk orang yang dah banyak tolong I dan menghargai I sebagai anak didik, semoga roh Allahyarhamah Cikgu Norita dicucuri rahmatNya, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman di syurga nanti dan dijauhkan daripada azab seksa kubur. Sesungguh Allah itu Maha Memahami dan Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani. Amin ya Rabb~

Antara memori yang ada...
Masa Jamuan Hari Raya SMKAJB tahun 2007 ni...
I'll miss her. ;(
I will always love you...