Friday, 8 June 2012

Abang Mahfidz's Wedding

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Masa mula-mula Rya bagitahu pasal Abang Mahfidz nak kahwin tu I tak adalah terkejut sangat. Siapa dia Abang Mahfidz tu? Hmm... okey, I akan ceritakan secara singkat dan padat ya. *yelah tu singkat konon* Abang Mahfidz ni dia senior I masa I sekolah menengah dulu. We allz boleh kata rapatlah back then. Yelah, dia Ketua Dorm masa I Tingkatan Satu dulu. Dah tu sekepala walaupun beza umur lebih kurang 3 tahun. Boleh kata lagu-lagu dan artis-artis yang we allz minat semua sama. Beza umo bukan satu halangan untuk berkawan okey! Btw, I pun jenis lebih suka berkawan dengan yang lebih tua. Plus, I don't have a brother so he was like a brother to me, still...

Kalau tak dijemput I tak datang rasanya sebab segan. Yelah, I fikir I siapakan? Maybe dia jemput ahli keluarga  dan rakan-rakan terdekat je. I dah jarang jumpa dia sejak tahun 2008 kot. Sebab dia belajo kat oversea. At Bangalore, India if I'm not mistaken. So, I redha je samada I dijemput atau tidak. Alhamdulillah, dia invite we allz kat dalam Facebook. Itu dah kira bermaknalah you allz. Masa tu I fikir, InsyaAllah I akan pergilah sebab dia buat last day masa I cuti. You know... he is one of people who has inspired me as a student. Dia memang tak dinafikan the best student lah dalam batch dia. Result terbaik dalam SPM 2003 kat sekolah I kot! Of course I see him as a good role model, right? Besides Kak Amalina Che Bakri lah. Tak kisahlah dia dah off hijab pun. I was inspired by her achievement not her look. ;P Tiba-tiba, teringat semula masa kat sekolah dulu ramai budak perempuan tak suka dengan Amalina. I bet they were so jealous of her. *so typical Malay*

Karakter Abang Mahfidz ni, dia ni lawak orangnya... lebih banyak tahu daripada orang lain dan ada semangat inkuiri yang tinggi sebab tulah pandai kot orangnya. Tapi I ingat masa sekolah dulu, dia ni kuat tidur berbanding orang lain. Abang-abang senior lain selalu cakap yang dia ni selalu mengantuk dalam kelas. Macam Fatmie lah tu! Hahaha... tapi bila belajo dia fokus. So, no wonder lah right? Orangnya sederhana, bijak dan pandai ambil hati orang tua rasanya sebab tu parents I kenal dan suka dengan cara dia. Parents I kenal siapa kawan-kawan I sebab I tak hide. They should know and have the right to know who are my friends. Jadi, memang senanglah berkawan dengan Abang Mahfidz ni. Seronok! ;D

Okey, berbalik kepada cerita kerja kahwin Abang Mahfidz. I pergi!!! (= Majlisnya dah berlalu hari Ahad yang lepas. Hari yang sama I dengan Ijat, Rya dan Times ziarah kubur arwah Cikgu Norita. Senang dalam hari yang sama sebab we allz bukannya selalu boleh jumpa. Dalam berita sedih ada juga yang mengembirakan. Alhamdulillah selamat sudah seorang senior I diijabkabulkan. Agak-agak siapa pula lepas ni ek? Hehe

Abang Mahfidz yang duduk 3 dari kanan tu. 
I yang mana? Pandai-pandailah teka... ;P

No comments: