Friday, 8 June 2012

Ada Apa Dengan BB Cream?

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Hehehe... excited gila nak publish entry baru hari ni. Sekian lama baru I ada semula topik yang skopnya luas dan boleh share dengan semua oranglah senang kata, baik lelaki ataupun perempuan. Since I'm a metrosexual guy so this topic is a must published. Haha! Apa halnya dengan BB cream ni? Apa tu BB cream? I ceritakan sikitlah ya. 'BB' stands for Blemish Balm. It's not Tiger Balm lah! Aiiyyooo... muka you allz merah berapi nanti sapu satu muka. =P Daripada apa yang I baca daripada blog Rabiatul Adawiyah, BB cream sebenonya berasal dari Jerman dalam lebih kurang tahun 50-an dulu. Adalah dermatologist kat sana yang cipta benda ni tapi tak dikomersialkan sampai Asia sehinggalah era 80-an. Itu pun cuma kat Korea Selatan dan juga Jepun. Macam inilah... I rasa better you allz google sendiri maklumat lanjut ataupun sergah je Wikipedia okey? Ngee~

So... sejak kebelakangan ni I selaluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sangat nampak iklan BB cream. Kat tvlah, kat majalahlah dan kat mana-mana je yang I pergi. I jadi sangat curious lah nak tahu apa ke benda alahnya itu. Ada macam BMW ke? Ada macam BB pinkah? Ada macam BB Torch ke kan? *sepak nak??* Ada macam foundation ke sebab I tak nak pakai foundation. Mula-mula I nampak Maybelline punya BB cream. Nampak macam best je tahu. Iklan dia... packaging dia... model dia... hahaha! *macam lain je bunyinya* Lepas tu I nampak pula iklan BB cream SimplySiti. Masa tu I ke Watson konon-kononnya nak tengok-tengok je dulu tak berani beli. 

Tujuannya? I nak cover muka I ni dengan sesuatu bila ada event ataupun presentation.  Malu orang tengok bekas jerawat ni. Kalau tak nampak lainlah cerita. Lepas tu nak kurangkan kadar minyak yang boleh kata kalau dikumpulkan rasanya dua tiga biji telur boleh goreng. Wahh! *hiperbola sangat* Maybe boleh ganti terus krim pelembab yang I pakai sekarang. I semakinlah rasa nak beli bila I nampak Garnier punya produk BB cream pula. Aduhhhh... dugaan betul! Ayah I cakap... "Boleh tahan mahal ek?", tu dia cakap sebab dia nampak I belek-belek. Sentap! Baru nak minta ayah spedo. Ngeh ngeh ngeh... macam nak beli tapi last2 tak jadi juga. ):

I ni cerewet orangnya jadi I pun google lah dulu. Selain blog Rabiatul Adawiyah tu I dapat lagi sikit maklumat daripada blog Fyna ni. Rupa-rupanya produk ni dah start popular kat Malaysia sejak lebih kurang 2 ke 3 tahun yang lepas. Nampak benokan kalau dah laki-laki tu namanya memang tak tahu menahu sangatlah pasal benda alah ni semua. Yelah, I baru perasan yang produk ni macam 'hot' kat Malaysia sejak awal tahun ni je. Before this I was unconscious about this product. Frankly speaking I didn't mind at all about this type of cosmetic until now. 

Nak dijadikan cerita hari Isnin lepas, lepas kelas terus pergi Dataran Pahlawan hajat dihati nak cari benda lain akhirnya... I beli juga krim BB! Tapi bukan Garnier okey. Bukan Skin79 juga bukan Maybelline. Nak tahu I beli yang mana?



Just nice!
Tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.
Creamy je gitu! XD

Nampak tak?
First Impression...

Daripada banyak-banyak review yang I dah baca boleh tak last2 I beli produk yang orang tak bagi review lagi. Haha! Maybe ramai yang dah cuba tapi I tak baca review dia kecuali blog ni. First time pakai semalam... sengaja dah tak sabo nak try. Ya Allah! Sangat best okey. I tak tahu nak explain macamana. Sorry lah I takkan ambil gambo muka sendiri. Haha! Malulah you allz... I cuma mampu bagi review macam ni jelah. All I can say is... texture BB cream ni sangat lembut. Bila I kata 'sangat' tu means lembutlah daripada moisturizer yang I pakai selama ni. Selama ni I pakai Safi je sebab kulit I sensitif. Maybe sebab krim pelembab tu lebih likat. So, bila pakai kulit rasa agak rimas dan kurang selesa masa mula-mula sapu. First time je sapu BB cream ni I dah dapat rasa I memang tak silap beli jenama SimplySiti. Bukan sebab harga dia mahal ke apa okey tapi sebab dia memang sesuai dengan kulit I kot. Memang khas untuk kulit yang mudah berjerawat, sensitif dan berminyak macam kulit I. Kenapa I pilih untuk beli SimplySiti? Antara sebab-sebabnya I dah bagitahu tadi. Selain tu, SimplySiti Clear Solution HD Simplify BB Cream boleh...

:: Mengawal minyak ::
:: Mengurangkan kecelaan dan jerawat ::
:: Melembabkan ::
:: Melindung daripada kesan UV ::
:: Menutup ketidak sempurnaan kulit wajah ::
:: "Matte feel" ::
:: Mengurangkan kesan merah dan mengecilkan saiz liang roma ::
:: Bedak kekal lebih lama ::
:: Melembutkan kulit ::
:: Cerah berseri ::

Pros

Bersungguh-sungguh okey I taip benefits krim BB HD ni untuk you allz, siap dalam bahasa ibunda lagi. Nak I taip dalam Bahasa Arab ke Korea ke? Bolah blahhh!! You allz ada HD kat muka? I ada! Hahaha... jangan main-main you allz sekarang ni bukan ada skrin High Definition (HD) je muka pun boleh jadi HD. Hua hua hua! Krim ni cepat menyerap ke wajah. Within 30 seconds or less lah. Then, mengikut kesesuaian warna atau tona kulit. Macam I pilih medium beige sebab I tak naklah muka I nampak macam tepung kurma' nanti. Lol! Jadi, kulit nampak semulajadi macam tu. Tapi macam kulit I cerah sikit so still kena tenyeh bedak sikit. Nak tahu lagi kenapa I pilih yang ini? Sebab krim ni terkandung SPF30 PA++. Orang cakap lagi tinggi SPF lagi bagus. Entahlah I pun tak tahu apa tu SPF. You allz buat sendirilah ya research I dah penat taip tak habis-habis ni. Aduhh...

Price

Lagi satu, I ni sangat detail bila shopping. Even kandungan dia pun I bandingkan. Okey, Garnier berharga RM19.90 dengan kandungannya 20ml je berbanding SimplySiti siap berHD bagai ada 30ml dengan harga RM29.90. Yup! Setahu I sekarang ni sedang promosi. Jenama lain jangan ceritalah sebab setahu I mahal kalau nak beli Skin79 ke Maybelline. Okeylah kan harganya? There's always a price for every beauty that we wish for. I bought it at Watson since I've a membership. Baunya wangi... I kenal tu ada bau Tea Tree sikit. Tapi agaknya dah campur bahan-bahan lain macam enzim betik tu jadi wangi tu. I like! Senang kata review orang pun membantu juga dan kena try before beli itu sudah pasti juga kalau ada promoter sila tanya they allz semaksimum mungkin persoalan yang berada diminda you allz. For me the most important part is products of SimplySity are certified with Halal from Jakim and this Clear Solution HD Simplify BB Cream is made in Korea. Tempat di mana BB cream khas untuk orang Asia direka. Okey, nak bersiap untuk makan malam. Daaaaaa... ;D

p/s: Not really her fan.

8 comments:

Rabiatul Adawiyah said...

Hi Mikah,

waaa.. sangat details review bb cream kan! Sejarah semua ada. Hehehe. Akak on the way nak review BB stick and BB Cream new dari Maybelline. Maybe next week boleh buat review pasal produk tu. Busy la sekarang.

BB Cream SimplySiti tu baru tu. Tekstur best dan guna sikit je pun boleh. Biasakan guna dengan sponge foundation tu. dap dap dap kat skin je. Lagi cepat tutup pori muka dan scar. :)

Happy ber BB cream ye. Hehehe.

xoxo!
www.rabiatuladawiyah.com

Mikah Lurima said...

Kak Rabiatul>> Hai!! ;D
Wahh... tak sabonya nak tahu pasal review akak tu. Rasanya buat masa ni akan stick guna produk nilah. Orait, thanx 4 coming here. (: XOXO~

Cik Nur said...

nur mmg penguna setia simly siti.. tapi yg BB ni belum cuba lagi, sebab krim yg tiub lama tak habis lagi.. :)

tapi bila baca review ni, rasa tak sabar pula nak beli krim ni.. :)

dan lagi tak sabar nak habiskan krim lama tu..hihihi

Mikah Lurima said...

Cik Nur>> Yes! Cepat habiskan. Hahaha... kalau kulit sesuai baik teruskan. BB Cream ni worth buy lah sebab kualiti baik dan harga pun affordable. (:

Anonymous said...

Hi mikah
bb stick maybelline dh try?
Best tau.
X oily pn.
Kekal dlm 8 jam.
Nk cuci pn senang.
Try ok.hehe

Mikah Lurima said...

Anon>> Thanks. Maybe akan try.

Anonymous said...

Hi mikah (:
Berapa jam cream simplysiti ni kekal kat muka?
And.. creamnya mmg x oily eh?

Mikah Lurima said...

Hi, Cik Anon!

I dah x pakai lagi sekarang.

Tapi seingat I dulu dalam 5 hours or less muka I dah rasa berminyak. Walaupun I pakai bedak after sapu cream tu. Tapi tu maybe sebab kulit I memang oily.