Sunday, 27 May 2012

Mission Accomplished (Part 1)

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Tajuknya taip dah lama tapi isinya tak siap-siap. Kalau disimpan makanan tu dah basi pun. Ahakz! Jenoh kata orang Johor! *orang negeri lain pun guna kot* Apa yang 'accomplished'nya? Entahlah! I pun tak tahu. *boleh tak tahu?* Haruslah I tahu, I punya blog mestilah ada ceritanya. 

Macam ni... semua orang mesti ada hajat, kan? You allz pun... mesti ada goals ataupun sesuatu yang you allz nak sangat dapatkan ataupun buat. Ya tak? I pun ada juga. Tapi I tak list down lah. I cuma tulis memo dalam handphone jah. Dia samada I letak dalam handphone sebagai reminder atau note, atau I simpan je dalam memory kat kepala otak I ni. You allz pernah dengo tak yang kalau kita angan-angankan je benda tu, lama-kelamaan benda tu akan datang dekat dengan you allz. Macam tulah cara I berangan dan berhajat. Orang jawa ghoyak 'day dream' katanya. Apa-apa hal pun semuanya terletak pada kuasa Allah yang Maha Hebat dan Maha Mengetahui. You allz masukkan dalam doa... baik masa bangun tidur ke, sujud ke, tadah tangan ke atau masa you allz dah nak tidur. InsyaAllah... sikit sebanyak matlamat you allz akan tercapai.

Amboi! Panjang lebo lak I membebel. Ceritanya tak sedahsyat itu pun. Lol! Macam ni... I teringin sangat nak pergi makan KFC punya breakfast. Selalulah dok tweet, dalam Facebook pun pernah cerita tapi gegar je lebih. Boleh kata dari I sem dualah macam ni. *sedih!* Cakap nak breakfast kat situlah, sinilah... tak pergi juga! I ni bangun awal atau lewat ke memang susah nak breakfast. Senang kata sejak I masuk kolej matrikulasilah I jadi macam ni. Hello! I bukan setiap hari lewat okey. Kadang-kadang I tak tidur pun ada. 'Burung hantu'lah katakan... nak dijadikan cerita ibu I ada bagi voucher RM10. Voucher tu boleh guna untuk makan kat KFC atau Pizza Hut. I fikir, I tak suka Pizza Hut so why not I guna untuk breakfast kat KFC kan! Tamat tempoh 30 April 2012 hari tu. *Yes! Dah lama pun cerita ni.* Ibu I bagi 2 minggu sebelumnya. Kononnya termasuk duit belanja sekalilah. Haha!

Ya Allah... susah beno nak ke KFC. Ada je yang tak jadi. I tak ingat sebab apa memandangkan setiap hari ada je aralnya. Akhirnya, hari tamat tempoh tulah baru I pergi. Gigih bangun pagi-pagi walaupun tak ada kelas. Alhamdulillah... dapat juga rasa menu sarapan pagi Restoran KFC. Lol!


Banyak gila okey cheese dia!

Ya, ala-ala McD punya tapi ada bezanyalah.

Jadi, inilah hasilnya. Menunya lagi banyak daripada McDonald's dan lebih murah cuma proportion jelah yang kureng. Rasa not bad cuma harap diperbaiki lagilah. Overall, I bagi 3.5 bintang untuk breakfast KFC. I prefer McDonald's Breakfast more lah.

p/s: More Parts of Mission Accomplished to come. 

No comments: