Friday, 8 June 2012

Mission Accomplished (Part 2)

Assalamualaikum & heyy y'allz!

Okey, hari tu I dah declare pasal Zalora tu 'awek' baru I kan? Huh?! Tak tahu menahu? Klik sini kalau nak baca. Kalau nak je I tak paksa. Sebelum ni juga I dah published entry pasal Part 1 kan? Jadi, ini adalah sambungannya.

I dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa berangan nak beli dua-dua benda ni. Pertama! I nak sangat beli gladiator shoes for men. Kat Malaysia susah nak dapat okey! Rupanya macam sandle tapi bukan sandle. Kenapa? Sebab sah-sahlah orang panggil 'shoes'. =P Lepas tu, rupanya sangat unik. Dengan tali-tali yang bersilang dan memberikan imej seorang pahlawan Gladiator kepada si pemakai. Wahh! Tak percaya you allz boleh google sendiri untuk tahu bagaimana rupa dia. Kedua, I nak sangat beli varsity jacket yang boleh kata trendy sejak tahun lepas. I tak mahu yang universiti punya tu! I tak mahu yang sama macam orang lain pakai. Benda ni pun agak susah nak cari kat Malaysia sebab faktor cuaca kita. Tak ramai yang nak pakai kecuali orang betul-betul suka bergaya. (:

Jadi, entry kali ni I nak ceritakan macamana misi I berjaya! You allz tahu tak gladiator shoes tu je yang tak tercapai lagi? Dalam henset I dah lama dah duduk dalam memo tu tak boleh nak dibuang selagi tak didapatkan. Benda last sebelum tu I kena dapatkan botol air jenama Bros which is I already bought guna voucher pelajar hari tu. So worth it! ;D



I beli varsity jacket tu online juga sama macam I beli jaket I sebelum ni dan juga sama dengan cara I beli capal gladiator tu. Cuma website je yang berbeza. Varsity jacket tu I dah lama aim je kat Facebook tu. Last time I dapat try pakai Zara punya. Wow! Sangat selesa okey. Pakai yang mahal-mahal ni memang best tapi I tak naklah beli yang beratus-ratus macam tu. Fatmielah yang suruh try. Haha... salahkan orang lain lak. Sejak tulah I makin minat dengan jacket tu. Two months before lah... I dah tak tahan. Rasa macam sangap sangatkan... last2 I beli juga. Hahahaha! Tak boleh blahh kan tengok pakaian pun 'sangap'. Sengal! Yelah, geram tahu tengok banyak-banyak macam tu harga kurang daripada RM100 tapi tak boleh pakai. Masa tu kebetulan duit ada jadi I pun tutup mata jelah beli. *setiap kali bayo memang tutup mata* 3 minggu kemudian sampai. Paling cepatlah kali ni. 

Gladiator shoes tu pula bermula daripada YouTube. Masa I buka YouTube... keluo iklan banyak-banyak kat tepi atas semua tu kan. Dah berapa kali dah tengok iklan Zalora tu muncul tapi tak tahu apa bendanya tu. Akhirnya I pun kliklah. Hmm... dandan terus berminat nak 'selongkar' web tu. Mula-mula ingatkan nak window shopping je sekali... terjumpa pula gladiator shoes. The one and only gladiator shoes in Zalora. I pun apa lagikan... tengok ada stok, saiz ada, harga mampu bayo... grab lah!!! Hahahaha~ 

Excited! XD


Varsity Jacket from Kay Korean Collection

Gladiator Shoes from Zalora

 I order gladiator shoes tu hari Selasa dan settle transfer duit hari Rabu minggu yang sama so patutnya dapat hari Khamis esoknya. Seksa ni menanti last2 hari Isnin minggu depan tu baru sampai. Itu yang they allz bagi kad "Sorry" tu sebab rasa bersalahlah tuuuuu sent parcel lambat. Haha! Alhamdulillah, walaupun duit I melayang tapi sangat berbaloi okey dapat memiliki kedua-dua barang ni. Cantikkan? Hihihi... bahagianya shopping... mission accomplished! Teehee~

No comments: