Thursday, 7 June 2012

Perginya Seorang Guru Periang

Assalamualaikum...

Ya, memang I dah lama tak publish apa-apa. Banyak dah draft tapi tak ada hati nak publish. Tapi demi guru kesayangan I, I akan taip sesuatu. This is like a tribute to a woman who played a big role in my life besides my biological mother. I dikejutkan dengan berita sedih ni pada Selasa minggu lepas. Sangat mengejutkan sampai I tak tahu nak cakap apa. I mandi masa handphone berbunyi sebab ada calling masuk tak henti-henti tapi bilik mandi jauh. Malas nak keluo dari bilik mandi tapi dalam kepala ni tak berhentilah fikirkan macam-macam. I dapat rasa ini mesti berita yang sangat penting sampai non-stop bunyi telefon tu. Ibu cakap mesti penting ni sebab dah banyak kali miscalled. So, tergesa-gesalah I keluo dari bilik mandi dengan tak sempat nak ambil wudhu' I angkat call si Faiz. Betullah gerak hati I. Bukannya I meminta-minta untuk dengo berita macam tu tapi macam dah boleh teka. Cikgu Norita baru je kembali ke rahmatullah dalam lebih kurang pukul 7 malam. Ya Allah... 

I rasa macam baru je hari tu I call dia. Macam biasalah suara teacher memang lemah sikit sebab penat. I call masa 'hari-hari biasa'. So, mestilah teacher ada kelas. She was fine! I mean we knew that she has this diabetes and maybe other illness. Setiap hari dia kena masukkan injection khas untuk orang-orang diabetes tu. I tahu sebab ibu saudara ada yang macam tu. Macam-macam rawatan lagi yang teacher kena buat. I nak sebut macam-macam pun I tak reti.  

Sepanjang I belajo dengan teacher I rasa seronok je. I panggil dia 'teacher' je. Dia ajo I subjek Sains dulu. Even I ni bukan student yang pandai Sains tapi dia tetap layan I baik. Rapat dengan geng I. Apa tidaknya sejak dari Form 2 lagi dia dah ajo we allz. Siapa yang rapat dengan I macam Fatmie dan Faiz they allz tahulah. Dia memang guru kegemaran I. Sangat sporting dan manja, lemah lembut dan periang. Happy-go-lucky lah senang kata! Ya Allah, seriously I rasa dia tak pernah pun sakitkan hati siapa-siapa. Tapi Allah lebih sayangkan teacher...

I ralat sebenonya sebab I tak datang masa hari pengebumian tu minggu lepas. I pun ada masalah I sendiri yang susah I nak explain. Ralat sangat sebab I kat JB masa tu. Yelah, I kan cuti minggu lepas sempena Hari Gawai tu. Oleh sebeb tulah I plan dengan Ijat untuk ziarah kubur arwah since ramai yang tak dapat hadir masa tu. Jadi, Ahad lepas dengan Rya dan Times, I dengan Ijat pergilah melawat kuburnya kat Mahmoodiah. Barulah I rasa lega... alhamdulillah jenazah selamat dikebumikan hari Rabu minggu lepas pukul 11 pagi. Harapan dan doa I untuk orang yang dah banyak tolong I dan menghargai I sebagai anak didik, semoga roh Allahyarhamah Cikgu Norita dicucuri rahmatNya, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman di syurga nanti dan dijauhkan daripada azab seksa kubur. Sesungguh Allah itu Maha Memahami dan Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani. Amin ya Rabb~

Antara memori yang ada...
Masa Jamuan Hari Raya SMKAJB tahun 2007 ni...
I'll miss her. ;(
I will always love you...

No comments: