Monday, 30 July 2012

Awesome Iftar + Surprising Sahur

Assalamualaikum & heyy you all!

Sotsetsotsetsotset! Sejak dua hari lepas ni I asyik bersiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin je. Sangat kerap okey. I tak boleh tidur bawah kipas sebenonya tapi cuaca sangat dahsyat. Suhu dalam rumah ni... ya Allah! Tuhan jelah yang tahu. I dah cuba untuk kurangkan penggunaan kipas dalam masa yang sama I nak jimatkan elektrik. *takut ayah bising* Tapi tak boleh jugalah you all. Wait... why should I tell you about this? Okay, stop!

Bukan itu hal yang I nak cerita. Sebenonya I nak ce citer pasal semalam. Masa buka... biasalah. Bulan Ramadan takkan lengkap tanpa roti jala. At least once lah. Mesti kena berbuka dengan roti jala. Home made okey bukannya beli. Tak mainlah beli! *kekwatnyaaaaaaaa* ;P

Lagi pun I dah ingatkan ibu I untuk buat. Biasanya I akan tolong kirai roti tu semuanya sekali. Tapi kali ni I tolong gorengkan sikit je sebab senyap-senyap je ibu I dah mula buat. Tak ajak I pun tahu. Huhuhu... hampir-hampir nak merajuk. *gedik tak?*

Btw, inilah hasilnya ketika berbuka semalam...

Suka tengok warna oren tu. Jarang jumpa.

The highlight part! XD

I suka ambil bahagian yang tak jadi.
Lebih sedap biasanya. Hihi

Ibu I ek... 
... dah macam-macam kat rumah dia belikan lagi Coconut Shake kat bazar.
Mahal sikitlah daripada Klebang punya dan...
... sedap lagi yang kat Klebang punya. Huhuhu


Pelik!
Kathira agak susah nak jumpa.
Kawan-kawan I pun cakap hal yang sama.
Tapi tak sedap manalah yang ni.
Ibu I juga yang beli ni. 
*mahal kot!*

I jarang sekali moreh kat masjid. Biasanya cuma jamah teh yang noja masjid tu buat je. I prefer to have supper at home. Habiskan baki makanan yang ada kat rumah. Lebih elok macam itu rasanya, kan? Tak naklah tamak-tamak kat masjid nak sapu yang kat rumah terbuang. Kan dah membazir namanya tu. Tapi kadang-kadang ada juga yang tak sempat makan. Jadi, kena cuba untuk lebih bersederhana lagilah nampaknya. (:

Tadaaaaaaaaaaaaaaa!

Yummy! (:

Greasy sikitlah. Huhu

Advantage untuk I sebab I tak suka benda ni.
Biasanya ibu I hidangkan atas pinggan terus.
Jadi, terpaksa jamah juga.
Tapi kali ni tak bolehlah macam tu sebab sahur kan.
Takkanlah nak grand sangat. LOL!
I hate vegetables.
So, I hate coleslaw too! =P

Terkejut gila kot! I mean... iftar dahlah awesome. Tiba-tiba bangun sahur, I tengok meja makan ada ayam goreng tanpa tulang bersalutkan serbuk roti. Oh! Ibu..... I should have expected that. Macamanalah I boleh tak tahu ibu plan nak buat chicken chop untuk sahur sedangkan I dah nampak dalam fridge malam tu ayam yang dah siap diperap dan coleslaw... 

Konklusinya? Berat makin bertambah... tidur pun makin nyenyak. Not good lah you all. Jadi, bermula hari seterusnya... I kena kurangkan makan dan tidur. But how? Duduk rumah... dengan ibu yang sangat rajin, ayah yang terlebih caring. Oh! It's gonna be hard I tell ya. :(


Ramadan Shows My Dark Side

Assalamualaikum...

I'm so frustrated with myself.
I believe...
... it is every Muslim's dream.
You know!
To make a difference during this fasting month.
But... why??
Why I keep doing the same mistake.
*sigh*

I dah tak tahu dah nak kata apa.
Apa yang tahu...
... dalam masa 10 hari pertama Ramadan ni,
I masih lagi tak dapat nak ubah satu perkara.
Satu perkara yang sangatlah buruk.
Malah, makin teruk jadinya.
Mungkin disebabkan kedegilan dalam diri ni.
Mungkin juga disebabkan I ni tak istiqomah.
Betul kata orang...
istiqomah itu sangat susah.
Huhuhu...

Actually,
I don't know.
I cannot blame all the satan and devil.
They're being 'handcuffed', right?
So,
who should I blame on?
It's me!!!
=_=

Dah bertahun-tahun macam ni.
Cuba untuk mulakan perubahan pada bulan yang mulia ni.
Tapi masih tak berjaya.
Makinlah I kecewa bila I sedar yang Allah masih beri segala nikmat.
Sedangkan I ni bergelen-gelen dosa. );

Thanks for the tweet, Maria! 
I feel the same way too. 


All I can do is don't give up.
I keep telling myself that I really can change.
Why?
Because I'm an optimistic person.
I want to change like so bad.
To be a better Muslim.
Not just for this month but for the rest of my life.

Bro Maher, thank you for reminding me. (:

I rasa masih belum terlewat lagi.
Kena berusaha lebih gigih untuk merealisasikan impian ni.
InsyaAllah, I akan cuba sehabis baik untuk melawan nafsu.
Ya Allah...
please guide me.
I'm so helpless, o' Allah. 

p/s: SMKAJB is the best environment to spend Ramadan.

Thursday, 26 July 2012

Genap Satu Bulan

Assalamualaikum & hai you all!

Salam Ramadan al-Mubaraq dan selamat berpuasa sekali lagi diucapkan. 
Jangan salah sangka ya! 
Belum genap sebulan lagi kita berpuasa. 
Apa yang genap sebulan tu?
Okey, bagi I cerita sikit.

Sebulan yang lepas.
Kucing kat rumah I ni,
si Dolly.
Dia beranak lagi.
Dan buat kali kedua kena buat operation juga.
Huhuhu...
I ingatkan normal je.
Dah tu macam-macam pula yang berlaku lepas operation tu.
She was bleeding non-stop for first 12 hours.
Kasihan...
Tak pasal-pasal pula I balik rumah jadi stress.
Ibu I lah yang I bebelkan.
I suruh 'ikat' sekali tak mahu.
Bukan apa.
Kucing I ni dah berkali-kali masalah bila nak beranak.
I tak naklah dia sakit-sakit lagi macam hari tu.
Tak sampai hati tengokkan.
Huhuhu

Tapi...
... bukan semua anak kucing tu hidup.
Keluonya 5 ekor.
Now,
cuma tinggal dua sahaja.
*sobs*
Dah biasa dah macam ni.
We all redha je
Dolly tu tak reti sangat jaga anak.
Lagi pun dia ada masalah sikit bila nak bagi 'nenen' kat anak dia.
Susah nak cerita.

Yang gebu tu I panggil dia Mok.
Actually, adek I yang patut bagi nama.
Tapi... I decide nak panggil dia Mok je.
Haha!

Yang seekor lagi tu kasihan.
Dia macam terbantut.
Comot je tapi rajin cari mak dia untuk hisap susu.
Kedua-duanya warna putih.
Comel... ^_^

Jadi,
I harap-harap dan doa-doa jelah...
... supaya yang dua orang ni, eh! 
Dua ekor baby cat *kitten lah!* ni panjang umo.
InsyaAllah...
... amin~

Monday, 23 July 2012

A Day Before

Assalamualaikum & heyy you all!

Okay. I should have posted this a week ago but I've been so busy. *That's a lie!* Hahahaha... okay. I was so lazy lah last week. Sekarang jelah waktu yang I kurang sibuk dan kurang malas. Dah berbuka lagi pun kan. Motiflah nak malas. Huhuhu

I balik JB dari Melaka hari tu kan Ahad minggu lepas. Jadi, hari Sabtu tu I buat donut!! *again* 

Dia bulat-bulat sebab I letak chocolate spread dalamnya.
They like it. XD


Within 1 hour dah tinggal ini je.
Kira laku jugalah.
I tak ingat I buat berapa banyak.
*dalam 30 biji kot?*

Bukanlah I tak pernah buat donut sebelum ni. Tapi last time tak jadi sangat. Donut tu terlalu lembut sampai tak boleh dibentuk. Ahakz! Kali ni I memang dah niat nak buat sebelum I keluo dari apartment tu. Sweet tak?? *bluerks* 

I suka buat donut sebab I suka makan donut. Tapi dah dua kali I buat ni, dua-dua I tak suka. Entahlah... housemates I suka je I tengok. Orang kata, kalau kita yang masak kita takkan suka. Iya ke? Hmm...

Ada lagi satu! A day before I balik Melaka untuk paper final hari tu pun I ada baked something. Hehehehe... I bawa balik ke Melaka masa tu. I rasa I lah orang yang bertanggungjawab 'mengajo' budak-budak rumah I ni makan benda-benda macam ni. Lol!


You know what are they, right?
Ini muffin lah.
Tapi I buat Nescafe Cheese Muffin.
I suka gila rasa muffin ni.
Gabungan cheese dan Nescafe tu memang sedap. (:


Sorry lah tak ada hulur-hulur kat you all. Huhuhu... I memang suka baking. Maybe because I love dessert. I suka makan benda-benda yang manis. Erk! I tahu itu bukan diet pemakanan yang elok tapi susahlah. I'm that kinda guy. I suka makan yang sedap-sedap. Ibu pula suka memasak. Jadi, bila dah beso ni I rasa I patut belajo buat semuanya sendiri. Hehehe...

Btw, if you all wanna know the recipes I think you all should google 'em. I just post suka-suka je lagi pun. People say, sharing is caring. ;P

Yang Aku Tunggu...

Assalamualaikum & hai semua!

Selamat berpuasa! Kepada yang tak berpuasa tu senyap-senyap sudah. :P Sabtu lepas I kena ikut parents I balik Batu Pahat. Nothing's interesting actually. Biasalah awal Ramadan ibu I nak berbuka dengan tok mak dan tok bah. Sekejap! Bukan ini yang I nak ceritakan sebenonya. Lol~

I dah banyak 'hutang' cerita dengan blog ni. Semuanya macam kena simpan dalam hati jelah gamaknya. Banyak sangat nak diluahkan. Tapi hari ni I ada cerita baru. Tadi pagi selepas sahur, I ada mention pada my dad tentang pinjaman tambahan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) yang I mohon tu. Dah lama sangat rasanya tunggu feedback daripada they all tapi senyaaaaaaaap je. Risaulah I sebab I dah nak kena sambung sem seterusnya dan yuran perlu dibayar. Kenapa pinjaman tambahan? Hmm... malasnya nak cerita panjang-panjang. Apa kata you all yang kepohchi dan terlebih rajin ni baca je kat sini atau sini.

So, dah faham? I extend pinjaman biasiswa tu sebab I extend lagi satu semester. Plus, the study fee has been raised for 'extend' student like me. Next time I'll explain more about the amount. Sekarang I nak cakap pasal YPJ ni. You all tahu tak? Punyalah I bertekak dengan ayah I pagi-pagi tadi pasal masalah YPJ yang tak selesai-selesai lagi ni, tambahan lagi dengan jumlah yuran tu. Sekali surat tawaran pinjaman tu datang tadi waktu tengahari. Dandan kan???

 Pffffffffffffttttt!

Sengaja je tahu! I dah penat-penat bertekak bagai dengan ayah I barulah surat nak datang. Geram jugalah sebenonya. Apa-apapun, alhamdulillah... lega! Legalah rasa hati ni bila surat tu dah datang. Maksudnya, I hanya perlu isi dan sign borang tu untuk teruskan proses tambahan pinjaman tu. Hehehe

Allah bagi dugaan pada kita sekejap je. Tahu-tahu hari yang sama 'solution' dan sampai depan mata. Allahuakbar! (: 

p/s: Selamat berbuka puasa! XD

Thursday, 19 July 2012

In Advance

Assalamualaikum & heyy you all!

I sangat malas nak update blog ni bila dah sampai JB.
Ya Allah!!!
Rasa nak enjoy enjoy je lepas tu tak nak fikir pun pasal online.
I ada banyak nak cerita tapi malas nak taip.
Oleh sebab I takut tak sempat online sebelum Ramadan,
I update lah sekarang semata-mata nak ucapkan...


I tak sure I dapat online ke tak esok.
Macam-macam nak buat.
Paling penting Sabtu ni kena balik kampung.
Jadi I wish awal-awal dulu.
Hehe... 
... tak apa kan?
InsyaAllah, 
I dan you all semua dipanjangkan umo untuk rasa
kenikmatan menjalani ibadah berpuasa di bulan yang mulia ini.
Semoga dilimpahkan dengan pelbagai jenis rezeki sepanjang bulan Ramadan dan seterusnya.
~Amin~

p/s: Jom karok esok! ;P

Sunday, 15 July 2012

JB, JB, JB, Ouuuhhh!

Assalamualaikum & heyy you all!

Ooooooppppss!
Jangan salah sangka okeyyy.
I'm not a fan of JB. ;P
I'm talking about Johor Bahru.
My hometown.
Why?
I'm going home.
Forever!

Bukanlah untuk selama-lamanya sebab masa intern nanti...
... kena juga datang kampus dalam 2 minggu sekali.
Untuk jumpa advisor katanya.

I ada banyak nak cerita ni tapi tak sempat.
I'm in the middle of packing all my stuffs.
SANGAT BANYAK!
InsyaAllah,
lepas sampai nanti I update eyh?

I'll miss this apartment.
The best place to live ever! XD
Thanks to all my friends.
Minta halal segala bagai!
Makan,
minum,
duit, 
dan macam-macam lagilah!
Minta maaf atas salah silap kepada you all semua.
Those who live in Melaka lah.
Hehe...

Alright,
doakan perjalanan I selamat.
InsyaAllah...
... akan sampai JB sebelum waktu Maghriblah harapnya.
Takut jalan sibuk je ni.
Tata!
~XOXO~

p/s: Crazy & excited! ^_^

Friday, 13 July 2012

Ben Ashaari Follow I lah!

Assalamualaikum & heyy you all!

First of all, 
selamat berJumaat! 
I dah perasan dah malam tadi pasal benda ni.
Apa dia??
You all mesti kenal dengan blogger masyhur meletop pompampom Ben Ashaari kan?
Dia follow I you all!!!



Haha... 
... excited gila kot!
Tak adalah.
Actually, biasa je cuma tak sangka jelah.
Yelah, I ni siapalah.
Blog pun tak lawo,
tak super fun & glamor macam blog orang lain.
Tiba-tiba je semalam tengok jumlah follower dah bertambah.
Tengok-tengok...
... Ben Ashaari.
Hehe!
Terima kasih daun plastiklah ya sebab sudi ikut blog I yang tak seberapa ni ya.
I don't know whether I should call him bro, abang or just Ben. 
Lol!
Anyway, 
thanks again.
^_^

thank you

p/s: Just blocked someone. =P

Thursday, 12 July 2012

How I Miss The Library vs How Much I Love Music


Assalamualaikum & hai semua!


Harap maaflah blog ni ditinggalkan sejenak sebab nak bagi laluan kepada final exam. Alhamdulillah... dua-dua paper final sem ni dah habis. Risk Management hari Selasa lepas dan Strategic Marketing Management tadi petang. How?? Hmm... overall inilah sem yang paling buat I susah hati even lepas dah habis semua final paper. Bukannya I tak berusaha tahu tapi... rezeki takat tu je I redha jelah. Hmm, senang kata I online masa examination week dulu lagi boleh jawab paper berbanding kali ni yang konon-kononnya tak mahu online. *sigh*

Nak cakap pasal berusaha, semalam hampir sehari jugalah I lepak dalam library. Coursemate I lah ajak revise sama-sama. Last minute revision punyalah kiranya ni sebab selang sehari je pun antara dua kertas tu. I pula banyak yang tak faham so feeling feeling nak tanya kawan-kawanlah. Masa dah start belajo dalam library tulah baru I teringat macamana seronoknya belajo dalam library. SubhanAllah... best!

Dulu, masa kat sekolah I ni kira suka jugalah masuk library. Perpustakaan Sultan Ismail Johor Bahru tu kira macam tempat lepak I masa sekolah rendah. Masuk sekolah menengah, tak usah cakaplah! I jadi Ketua Pengawas Pusat Sumber kot. So, you can imagine lah how often I have to visit the library. Seronok! Even masa kat kolej matrikulasi dulu pun, perkara paling awal I buat lepas habis minggu orientasi adalah jengah libraryNak dijadikan cerita duduk belajo kat library kampus I semalam mengimbau kembali betapa nikmatnya belajo. Dah pula tu sejuk berpendingin hawa... aduhhh... dengan scenery bersih, semua orang menelaah buku, berbincang, semangat belajo tu berlainan daripada I duduk kat rumah. Jangan salah sangka okey! I'm not a top scorer kinda student. I just like to sit in the library. But seriously, I miss the old memories so much and ohhh... how I miss the feeling of studying in the library. With cohert friends... a lil' bit gossip within the take five session. Haha! I rasa ironi jugalah sebab I tak pernah datang library tu untuk ulangkaji sejak mula belajo degree dulu tiba-tibah hari terakhir sebelum last paper untuk kali terakhirnya barulah nak bertandang semula ke perpustakaan. Boleh kata kurang 20 kali kot I masuk library UiTM tu. Sedihkan?

Apa-apapun takkan mengubah keputusan I lah untuk tak teruskan master. Cukup sudah! I'm done! After internship, I would like to persue my dream. Macam-macam! If you're my closest friends you should know. How much I love music, arts; fashion and literature. MUSIC! I think I wanna be in that area. Mungkin tak larilah daripada biz world ni tapi masihlah nak buat benda yang I suka. Life is short, why spend it with something that you're not enjoy with?

Apa-apapun, sekarang adalah masa untuk I berehat sebentar sebelum mula praktikal bulan depan. Bulan puasa pun dah dekat. Jadi, bersiap sedia jugalah untuk itu. Semoga you all dan I dipanjangkan umo. (:

p/s: Nak baham kek SR!