Monday, 30 July 2012

Awesome Iftar + Surprising Sahur

Assalamualaikum & heyy you all!

Sotsetsotsetsotset! Sejak dua hari lepas ni I asyik bersiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin je. Sangat kerap okey. I tak boleh tidur bawah kipas sebenonya tapi cuaca sangat dahsyat. Suhu dalam rumah ni... ya Allah! Tuhan jelah yang tahu. I dah cuba untuk kurangkan penggunaan kipas dalam masa yang sama I nak jimatkan elektrik. *takut ayah bising* Tapi tak boleh jugalah you all. Wait... why should I tell you about this? Okay, stop!

Bukan itu hal yang I nak cerita. Sebenonya I nak ce citer pasal semalam. Masa buka... biasalah. Bulan Ramadan takkan lengkap tanpa roti jala. At least once lah. Mesti kena berbuka dengan roti jala. Home made okey bukannya beli. Tak mainlah beli! *kekwatnyaaaaaaaa* ;P

Lagi pun I dah ingatkan ibu I untuk buat. Biasanya I akan tolong kirai roti tu semuanya sekali. Tapi kali ni I tolong gorengkan sikit je sebab senyap-senyap je ibu I dah mula buat. Tak ajak I pun tahu. Huhuhu... hampir-hampir nak merajuk. *gedik tak?*

Btw, inilah hasilnya ketika berbuka semalam...

Suka tengok warna oren tu. Jarang jumpa.

The highlight part! XD

I suka ambil bahagian yang tak jadi.
Lebih sedap biasanya. Hihi

Ibu I ek... 
... dah macam-macam kat rumah dia belikan lagi Coconut Shake kat bazar.
Mahal sikitlah daripada Klebang punya dan...
... sedap lagi yang kat Klebang punya. Huhuhu


Pelik!
Kathira agak susah nak jumpa.
Kawan-kawan I pun cakap hal yang sama.
Tapi tak sedap manalah yang ni.
Ibu I juga yang beli ni. 
*mahal kot!*

I jarang sekali moreh kat masjid. Biasanya cuma jamah teh yang noja masjid tu buat je. I prefer to have supper at home. Habiskan baki makanan yang ada kat rumah. Lebih elok macam itu rasanya, kan? Tak naklah tamak-tamak kat masjid nak sapu yang kat rumah terbuang. Kan dah membazir namanya tu. Tapi kadang-kadang ada juga yang tak sempat makan. Jadi, kena cuba untuk lebih bersederhana lagilah nampaknya. (:

Tadaaaaaaaaaaaaaaa!

Yummy! (:

Greasy sikitlah. Huhu

Advantage untuk I sebab I tak suka benda ni.
Biasanya ibu I hidangkan atas pinggan terus.
Jadi, terpaksa jamah juga.
Tapi kali ni tak bolehlah macam tu sebab sahur kan.
Takkanlah nak grand sangat. LOL!
I hate vegetables.
So, I hate coleslaw too! =P

Terkejut gila kot! I mean... iftar dahlah awesome. Tiba-tiba bangun sahur, I tengok meja makan ada ayam goreng tanpa tulang bersalutkan serbuk roti. Oh! Ibu..... I should have expected that. Macamanalah I boleh tak tahu ibu plan nak buat chicken chop untuk sahur sedangkan I dah nampak dalam fridge malam tu ayam yang dah siap diperap dan coleslaw... 

Konklusinya? Berat makin bertambah... tidur pun makin nyenyak. Not good lah you all. Jadi, bermula hari seterusnya... I kena kurangkan makan dan tidur. But how? Duduk rumah... dengan ibu yang sangat rajin, ayah yang terlebih caring. Oh! It's gonna be hard I tell ya. :(


2 comments:

Cha'a said...

ya Allah.. why mikah whyy whyyy?? hungry balik.. ur berbuka menu sgt2 mutu keunggulan lah! ;)

Mikah Lurima said...

Cha'a>> Hahahahaha... again. Sorry lah beb. I love food. So, cara paling best utk hargainya kena snap pics. Lol! Tu selamat I lupa ambil gambo kari daging. If not... *pengsan u*

Ekceli biasa je bg sesetengah orang but b'coz roti jala is one of my fav dish so memang UNGGUL lah kan! Hehehe