Thursday, 12 July 2012

How I Miss The Library vs How Much I Love Music


Assalamualaikum & hai semua!


Harap maaflah blog ni ditinggalkan sejenak sebab nak bagi laluan kepada final exam. Alhamdulillah... dua-dua paper final sem ni dah habis. Risk Management hari Selasa lepas dan Strategic Marketing Management tadi petang. How?? Hmm... overall inilah sem yang paling buat I susah hati even lepas dah habis semua final paper. Bukannya I tak berusaha tahu tapi... rezeki takat tu je I redha jelah. Hmm, senang kata I online masa examination week dulu lagi boleh jawab paper berbanding kali ni yang konon-kononnya tak mahu online. *sigh*

Nak cakap pasal berusaha, semalam hampir sehari jugalah I lepak dalam library. Coursemate I lah ajak revise sama-sama. Last minute revision punyalah kiranya ni sebab selang sehari je pun antara dua kertas tu. I pula banyak yang tak faham so feeling feeling nak tanya kawan-kawanlah. Masa dah start belajo dalam library tulah baru I teringat macamana seronoknya belajo dalam library. SubhanAllah... best!

Dulu, masa kat sekolah I ni kira suka jugalah masuk library. Perpustakaan Sultan Ismail Johor Bahru tu kira macam tempat lepak I masa sekolah rendah. Masuk sekolah menengah, tak usah cakaplah! I jadi Ketua Pengawas Pusat Sumber kot. So, you can imagine lah how often I have to visit the library. Seronok! Even masa kat kolej matrikulasi dulu pun, perkara paling awal I buat lepas habis minggu orientasi adalah jengah libraryNak dijadikan cerita duduk belajo kat library kampus I semalam mengimbau kembali betapa nikmatnya belajo. Dah pula tu sejuk berpendingin hawa... aduhhh... dengan scenery bersih, semua orang menelaah buku, berbincang, semangat belajo tu berlainan daripada I duduk kat rumah. Jangan salah sangka okey! I'm not a top scorer kinda student. I just like to sit in the library. But seriously, I miss the old memories so much and ohhh... how I miss the feeling of studying in the library. With cohert friends... a lil' bit gossip within the take five session. Haha! I rasa ironi jugalah sebab I tak pernah datang library tu untuk ulangkaji sejak mula belajo degree dulu tiba-tibah hari terakhir sebelum last paper untuk kali terakhirnya barulah nak bertandang semula ke perpustakaan. Boleh kata kurang 20 kali kot I masuk library UiTM tu. Sedihkan?

Apa-apapun takkan mengubah keputusan I lah untuk tak teruskan master. Cukup sudah! I'm done! After internship, I would like to persue my dream. Macam-macam! If you're my closest friends you should know. How much I love music, arts; fashion and literature. MUSIC! I think I wanna be in that area. Mungkin tak larilah daripada biz world ni tapi masihlah nak buat benda yang I suka. Life is short, why spend it with something that you're not enjoy with?

Apa-apapun, sekarang adalah masa untuk I berehat sebentar sebelum mula praktikal bulan depan. Bulan puasa pun dah dekat. Jadi, bersiap sedia jugalah untuk itu. Semoga you all dan I dipanjangkan umo. (:

p/s: Nak baham kek SR!

2 comments:

An Najwa said...

mikah ary2 nampak kat library, kusyuk abes la, tp segan nak tegur..

anyway hope u'll success in ur life.. fightin.. ^_^

Mikah Lurima said...

An Najwa>> Erk? Hari hari? Eh, tak adalah. Ni salah orang kot. Hari Rabu hari tu je kat library. Hehe

Anyway, thanks a lot for your wish. (: Kamu juga! Moga berjaya. (;