Monday, 23 July 2012

Yang Aku Tunggu...

Assalamualaikum & hai semua!

Selamat berpuasa! Kepada yang tak berpuasa tu senyap-senyap sudah. :P Sabtu lepas I kena ikut parents I balik Batu Pahat. Nothing's interesting actually. Biasalah awal Ramadan ibu I nak berbuka dengan tok mak dan tok bah. Sekejap! Bukan ini yang I nak ceritakan sebenonya. Lol~

I dah banyak 'hutang' cerita dengan blog ni. Semuanya macam kena simpan dalam hati jelah gamaknya. Banyak sangat nak diluahkan. Tapi hari ni I ada cerita baru. Tadi pagi selepas sahur, I ada mention pada my dad tentang pinjaman tambahan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) yang I mohon tu. Dah lama sangat rasanya tunggu feedback daripada they all tapi senyaaaaaaaap je. Risaulah I sebab I dah nak kena sambung sem seterusnya dan yuran perlu dibayar. Kenapa pinjaman tambahan? Hmm... malasnya nak cerita panjang-panjang. Apa kata you all yang kepohchi dan terlebih rajin ni baca je kat sini atau sini.

So, dah faham? I extend pinjaman biasiswa tu sebab I extend lagi satu semester. Plus, the study fee has been raised for 'extend' student like me. Next time I'll explain more about the amount. Sekarang I nak cakap pasal YPJ ni. You all tahu tak? Punyalah I bertekak dengan ayah I pagi-pagi tadi pasal masalah YPJ yang tak selesai-selesai lagi ni, tambahan lagi dengan jumlah yuran tu. Sekali surat tawaran pinjaman tu datang tadi waktu tengahari. Dandan kan???

 Pffffffffffffttttt!

Sengaja je tahu! I dah penat-penat bertekak bagai dengan ayah I barulah surat nak datang. Geram jugalah sebenonya. Apa-apapun, alhamdulillah... lega! Legalah rasa hati ni bila surat tu dah datang. Maksudnya, I hanya perlu isi dan sign borang tu untuk teruskan proses tambahan pinjaman tu. Hehehe

Allah bagi dugaan pada kita sekejap je. Tahu-tahu hari yang sama 'solution' dan sampai depan mata. Allahuakbar! (: 

p/s: Selamat berbuka puasa! XD

2 comments:

Anonymous said...

Macamana nak mohon ni? I pun nak extend jugak sem..pls reply..tq

Mikah Lurima said...

Hai Cik Anon! Maksud you nak apply YPJ tu ke? Hantar jelah surat rasmi ke YPJ. Senang je explain kat dia you siapa, nak extend untuk apa. InsyaAllah ASAP dia reply lah. Usually within 30 working days. Good luck!