Saturday, 8 September 2012

10 Days After...

Assalamualaikum & heyy you all!

Blueberryyy... MY FAVOURITE!

Happy birthday, to me...
Happy birthday, to me...
Happy birthday, Mikah!
Happy birthday, to me...

HAHAHAHA! Sendiri taip sendiri ketawa. Kau memang syok sendirilah Mikah! I lupa ada orang lain baca agaknya. ;P 7 September 2012 adalah tarikh hari jadi I. *Ikut kalendar Masihilah* Nothing's special. I hide tarikh birthday I kat Facebook. Jadi, tak ramailah yang sampaikan ucapan hari jadi dan sebagainya. I tak kisah kawan-kawan wish ke tidak asalkan ibu dan ayah ingat. Itu dah sangat memadai. (:


Btw, pagi-pagi Subuh hari tu lagi ibu dah beri hadiah. Katanya tak sempat belikan yang istimewa. Jadi, ibu hadiahkan computer mouse. Comel tak? Hehehe... okeylah kan? Daripada tak dapat apa-apa. I rela je, tak ada hadiah pun syukur je. Mungkin terasa bosan sikitlah hari jadi tanpa hadiah tapi dah Allah tentukan rezeki macam tu I redha je. 


^_^

Bolehlah... Season lagi best! *sorry Rya*

I tak pernah rasa kek tu sebelum ni. Rya lah yang selalu mention pasal kek ni. I teringin sangat nak beli tapi tak pernah jejak masuk dalam Starbucks sebelum ni. Yes! I'm serious. Pernah minum ice blended dia je tapi itu pun Kinah yang order kan dan itu pun drive thru je. Segan nak masuk tempat eksklusif macam tu. Boleh? Hahaha~ I keluo malam hari jadi tu konon nak shopping baju kat butik kegemaran tapi akhirnya cuma shopping kat Watson je. Dah lama tak pergi City Square. Itu mall yang paling dekat dan banyak kedai menarik. Starbucks pun ada kat situ. Jalan seorang diri jelah. I kan permanent solo dari dulu. Huhuhu

Kesimpulannya, hari jadi bukanlah sesuatu yang bizarre bagi I. Sejak masuk sekolah berasrama I tak hairan sangat nak sambut benda ni. Walau bagaimana sekalipun ibu dan ayah tetap datang bawa kek biasanya. Kawan-kawan siap nyanyi lagi kadang-kadang. At least sepotong kek macam tu kenalah ada. Famili I bukannya reti nak makan kek sangat jadi lebih baik I beli untuk diri sendiri, kan? Alhamdulillah... Allah dah lanjutkan umo sehingga ke hari ini. Banyak lagi yang perlu I perbaiki. *Sangat!* Syukurlah masih sihat tak ada yang kronik meronik ni. Ngee~ InsyaAllah semoga I kekal sihat sehingga tua nanti, panjang umo dan dimurahkan rezeki. Aamiiin...

p/s: Taipnya dah lama sengaja post lewat... *malas*

Monday, 3 September 2012

Kerja! Kerjaaa...!

As salam & hai you all!

Tajuk kat atas tu patutnya kena nyanyi ikut lagu Meet Uncle Hussin sebenonya. Tak tahu macamana? Lantak you all lah tak kuasa I nak buat kelas karaoke kat sini. Hahahah! Hmm... Tengok jelah! Sejak I intern kat Uda Angsana tu macam-macam jugalah dah berlaku dan semuanya berlalu dengan agak pantas. Raya dah masuk 15 hari baru I nak cerita kat blog. Bulan dah bulat kot. Lol! Minggu ni dah masuk 5 minggu I praktikal kat situ. I pun belum betul-betul dapat tugasan yang dahsyat. Paling dahsyat kerja yang supervisor I bagi hari Selasa lepaslah. Sampai I jatuh dalam bilih basuh kat rumah semata-mata terkejo-kejo nak bersiap cepat ke pejabat. Sampai sekarang kot badan sengal-sengal lagi. Dah urut ni padahal. *risau* Thank God tak demam. Huhuhu

Tengok! Sampai ke kisah jatuh dah masuk. Punyalah banyak cerita I terpaksa ringkaskan. Supervisor I suruh edit bajet rental rate untuk tahun 2013-2014. Banyak kot! Itu yang gelabah sangat tu takut tak siap dalam jangka masa yang dia nak. Tapi akhirnya alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar walaupun I tak sihat lepas terjatuh tu. Allah Maha Hebat! Bila kita nakkan benda tu dan kita kuatkan semangat insyaAllah Dia tolong. You know what? I think, I’ve fallen for this job. I’m not really sure...

Apa-apahal pun, sebagai ‘budak praktikal’ dalam office tu haruslahkan kena tolong fotostat itu dan ini, tolong print ini dan itu, jaga mesin fotostat & printer lah. Macam-macam kerja yang remeh-temeh yang I tak pernah buat atau jarang lakukan I kena buat. Akak-akak dan abang-abang staf kat situ ada banyak kerja yang lagi berat okey. Jadi logiklah kan? I pun dapat meja sebelah mesin fotokopi. Ahakz! Kerja filing tu tak usah cakaplah. Sebelum cuti hari raya bertimbun fail nak kena kemas kini sampaikan Selasa minggu lepas baru siap semuanya. Filing tu apa? Errr... you all google jelah okey? Hahaha... yang penting kerjanya tak susah tapi sangat leceh bagi I. Almaklumlah bukan semua benda computerized you all.


Masa bulan Ramadan hari tu setiap hari ada tadarus waktu pagi. 
Hari last I kena lead. Lol! *segan*

Nampak tak? Mesin tulah yang mengurangkan privasi I bila duduk kat meja tu. Huhu

Masa mula-mula tak penuhlah meja. Sekarang? Hmm...

Nak tolak benda ni memang I lemah. Kadang-kadang ketat.
Nak masa puasa you all! *pengsan*

Masuk bilik supervisor nak tanya ada kerja ke tidak.
Last last dapat benda ni. Ahakz!


I tak suka sangat biskut buah-buahan tapi dah rezeki kan...
Thanks, Mr. Im! Hehe

Ini pula bos beso yang bagi sempena hari raya.
Not bad lah! Mahal kot masalahnya. Setiap seorang dapat okeyyyy.

Ini adalah 'hutang' yang I kena langsaikan selepas cuti raya habis.

Masa ni ramai lagi cuti raya. Kosong office masa tu.

Favourite mug masa kat rumah sewa dibawa ke pejabat. Hehehe

My favourite bakery shop. 


Hampir setiap hari I makan ni tapi time dah tak puasa lagilah. Haha


Mampu?? Tapi I rasa tu kira sikit lagilah. Boleh kata kerja dah habislah tapi tipulah tu kan? Mana pernah habis filing. Hahaha! I ditempatkan dibawah Bahagian Pemasaran dan Pemasaran. Ramai staf perempuan. Lelaki cuma supervisor dengan seorang lagi staf tu. Majoriti staf baiklah. Tak sombong. Cuma segelintir je susah nak 'masuk'. Almaklumlah I ni pemalu. Almost every female staffs have no problem to interact with me. Biasalah tuuu... orang perempuan lagi ‘masuk’ dengan cara I. Hehehe... rezeki Tuhan bagi macam tu. Tapi I tetap kena jagalah manners I segala. Disiplin waktu masuk kerja bagai. Mula-mula lewatlah sekarang macam dah okey. *Alhamdulillah* Kena ringan tulang... cuba ramahkan diri. InsyaAllah... akan dipermudahkanlah urusan I praktikal lima bulan kat sini harapnya. You all doakanlah ya. (:

p/s: Doa you all didahului dengan ucapan, “syukran!”

3 Dara Datang Beraya

Assalamualaikum & heyy you all!

Semalam kawan-kawan I yang pernah sekelas dengan I masa kat kampus UiTM KBM dulu datang beraya ke rumah. *satu batch lah kiranya* They all ni tak pernah datang rumah I tapi oleh sebab Bell sangat rajin untuk plan maka jadilah mereka dara bertiga ini datang. *tepuk tangan sikit* Walaupun tak jumpa rumah pada mulanya tapi okeylah sampai juga. Hohoho~ Ada GPS membantu dah kira okeylah tu kan. Rumah I memang susah nak jumpa kalau you all bukan orang Larkin. Huhu

Ceh ceh ceh! Cover ayulah tu konon. Hahaha!

Dah mula dah nak toleh kat kamera. :P

Bersama wakil tuan rumah. Hehe

Comel sokmo semuanya. I rasa ada peluang lagi ni kalau you all nak isi borang boleh contact I okey. *matilah*

Happy je they all ni I tengokkan. Mungkin sebab dah habis belajo kot. I je yang extend. *Siapa suruh?* Hahaha! Btw, gembiralah dapat jumpa. Tak salahkan perempuan datang rumah lelaki. Bukannya meminang beraya je pun. Lol! InsyaAllah lain kali I pula yang merayap ke rumah they all raya akan datang. Hehehe... Thanks a lot for coming, girls! ;D

p/s: Dengo kabo Kinah lak nak datang...

Sunday, 2 September 2012

Blog Pun Beraya

As salam & heyy you all!

Walapun dah nak masuk minggu ke-3 bulan Syawal...
... I tetap nak update sikit blog ni.
Edit sikit benda-benda yang perlu.
Padahal bilik tidur sendiri tak berkemas sibuk nak edit blog.
Hahaha


Lega dapat tuko background.
Nampak macam ada mood mood raya macam tu, kan?
*perasan*
Tak perasan ke? Tolonglah cakap ada... hahaha!
Yelah, raya mesti ada hijau-hijau sikit.
Pink tu wajiblah ada sikit.
Trademark blog I okey mesti ada warna merah jambu.
So?
Macamana blog you all?
Ada ke ketupat ke... lemang ke?
Hahaha

Masih Seperti Dulu


Assalamualaikum & hai you all!

Sejak dari we all sekolah menengah dalam Tingkatan 2 *rasanyalah*, I dengan kawan-kawan I dah mula beraya sama-sama. Mula-mula sikit je yang join. Cuma adalah satu dua tahun yang rayanya sangat ramai. Havoc! Sangat seronok dan dalam masa yang sama sangat letih dan leceh. Leceh sebab nak kena tunggu orang. Datang 2 ke 3 jam selepas waktu yang dah dijadualkan tu dah biasa dah bila beraya dengan kawan-kawan I. Bak kata orang, banyak udang banyak garam... ramai orang banyak ragam. Setuju?

Ikutkan sebenonya mula dari tahun lepas I dah tak mahu plan beraya lagi dah. Sebab setahu I lah kan, yang plan raya ni asalnya I, Sakinah dan Rya(Mariam) je. Fatmie ke Faiz ke Kelis ke siapa-siapa yang lain cuma tolong sampai-sampaikan je invitation. Sebab dulu belum ada lagi Facebook yang canggih tu. *nyampah dengan FB* But! This year, it was unique. Yam (Rya) Sanggup balik semula JB lepas dah habis cuti raya yang lepas semata-mata nak guna cuti minggu ni yang mana panjang sikiiiiiiiiiiiiit je sebab 31 Ogos (kelmarin) tu cuti. Dia plan nak ajak ‘kita-kita' sahaja untuk beraya ke rumah dia. Rasanya I lah orang yang paling awal diberitahu. Maka beruntunglah si Rya sebab dia dah ‘book’ tarikh semalam awal-awal. Btw, Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-55 wahai rakyat Malayisa sekalian! Maaf lewat. Huhu...

Ikutkan I kena ikut parents I daftar adik I masuk U sebenonya. Inilah dia... dah lama tak update macam-macam cerita nak kena skip. Fyi, adik I masuk UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Ya! Sama tempat dengan I. Dah rezeki macam tu you all. Jadi, pendek cerita... inilah hasil jelajah raya dengan BFFs dan sahabat karib I semalam. *tak payah nak jelajah sangatlah dua rumah je pun* LOL!

Kat rumah Yam...

Rajin mak si Yam memasak. Hehehe


Tengoklah kawan-kawan I.
Sempat lagi, kan? Hahaha

Soto nasi... first round.

Soto mi... second round. ;P
Jangan main-main... pedas okey.
I tak makan dengan sambal lagi ni tahu.
Anyway, sedap! I sangat suka.
Berbeza daripada style masakan ibu I tapi tetap sedap. Hehe


Huh! Tambah jangan tak tambah! Teehee~


Ini budak ha, itu ahh sangat nakal maaa... haha!
Still comel lagilah. *nyampah* Lol~

Dengan Times...

Dengan Sakinah... *Times sempat selit* haha!

Sesi berbual as usual...

Ahli geng tak cukup kali ni.
Ayip tak termasuk okey. Ahakz!

Ada drama sekejap masa nak ambil gambo.


Macam nak masuk majalah sekolah je kan? Hahaha



Tak formal katanya... lalala~

Asal ada muka I je mesti gambo jadi blur. *nyampah*


Blur juga... sikit.

Dengan Kelis... ngee~

Kat rumah Kinah...





Nyum nyum nyum...

Sakinah yang buat katanya... hehehe!
I like! *wink wink*


Apa-apahal pun... curlaaaaaaaasssz kau, Kinah!
Ribena katanya. Permintaan kawan-kawan. LOL!

Jadi, itulah serba sedikit kemeriahan beraya bersama kawan-kawan rapat I. We all satu sekolah kat SMKAJB dulu. Buat masa ni tradisi ni masih kekal lagilah. *InsyaAllah* Masih lagi rapat walaupun semuanya dah ada komitmen masing-masing. Siapa kata sibuk tak boleh berjumpa. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. (: