Saturday, 8 September 2012

10 Days After...

Assalamualaikum & heyy you all!

Blueberryyy... MY FAVOURITE!

Happy birthday, to me...
Happy birthday, to me...
Happy birthday, Mikah!
Happy birthday, to me...

HAHAHAHA! Sendiri taip sendiri ketawa. Kau memang syok sendirilah Mikah! I lupa ada orang lain baca agaknya. ;P 7 September 2012 adalah tarikh hari jadi I. *Ikut kalendar Masihilah* Nothing's special. I hide tarikh birthday I kat Facebook. Jadi, tak ramailah yang sampaikan ucapan hari jadi dan sebagainya. I tak kisah kawan-kawan wish ke tidak asalkan ibu dan ayah ingat. Itu dah sangat memadai. (:


Btw, pagi-pagi Subuh hari tu lagi ibu dah beri hadiah. Katanya tak sempat belikan yang istimewa. Jadi, ibu hadiahkan computer mouse. Comel tak? Hehehe... okeylah kan? Daripada tak dapat apa-apa. I rela je, tak ada hadiah pun syukur je. Mungkin terasa bosan sikitlah hari jadi tanpa hadiah tapi dah Allah tentukan rezeki macam tu I redha je. 


^_^

Bolehlah... Season lagi best! *sorry Rya*

I tak pernah rasa kek tu sebelum ni. Rya lah yang selalu mention pasal kek ni. I teringin sangat nak beli tapi tak pernah jejak masuk dalam Starbucks sebelum ni. Yes! I'm serious. Pernah minum ice blended dia je tapi itu pun Kinah yang order kan dan itu pun drive thru je. Segan nak masuk tempat eksklusif macam tu. Boleh? Hahaha~ I keluo malam hari jadi tu konon nak shopping baju kat butik kegemaran tapi akhirnya cuma shopping kat Watson je. Dah lama tak pergi City Square. Itu mall yang paling dekat dan banyak kedai menarik. Starbucks pun ada kat situ. Jalan seorang diri jelah. I kan permanent solo dari dulu. Huhuhu

Kesimpulannya, hari jadi bukanlah sesuatu yang bizarre bagi I. Sejak masuk sekolah berasrama I tak hairan sangat nak sambut benda ni. Walau bagaimana sekalipun ibu dan ayah tetap datang bawa kek biasanya. Kawan-kawan siap nyanyi lagi kadang-kadang. At least sepotong kek macam tu kenalah ada. Famili I bukannya reti nak makan kek sangat jadi lebih baik I beli untuk diri sendiri, kan? Alhamdulillah... Allah dah lanjutkan umo sehingga ke hari ini. Banyak lagi yang perlu I perbaiki. *Sangat!* Syukurlah masih sihat tak ada yang kronik meronik ni. Ngee~ InsyaAllah semoga I kekal sihat sehingga tua nanti, panjang umo dan dimurahkan rezeki. Aamiiin...

p/s: Taipnya dah lama sengaja post lewat... *malas*