Monday, 3 September 2012

Kerja! Kerjaaa...!

As salam & hai you all!

Tajuk kat atas tu patutnya kena nyanyi ikut lagu Meet Uncle Hussin sebenonya. Tak tahu macamana? Lantak you all lah tak kuasa I nak buat kelas karaoke kat sini. Hahahah! Hmm... Tengok jelah! Sejak I intern kat Uda Angsana tu macam-macam jugalah dah berlaku dan semuanya berlalu dengan agak pantas. Raya dah masuk 15 hari baru I nak cerita kat blog. Bulan dah bulat kot. Lol! Minggu ni dah masuk 5 minggu I praktikal kat situ. I pun belum betul-betul dapat tugasan yang dahsyat. Paling dahsyat kerja yang supervisor I bagi hari Selasa lepaslah. Sampai I jatuh dalam bilih basuh kat rumah semata-mata terkejo-kejo nak bersiap cepat ke pejabat. Sampai sekarang kot badan sengal-sengal lagi. Dah urut ni padahal. *risau* Thank God tak demam. Huhuhu

Tengok! Sampai ke kisah jatuh dah masuk. Punyalah banyak cerita I terpaksa ringkaskan. Supervisor I suruh edit bajet rental rate untuk tahun 2013-2014. Banyak kot! Itu yang gelabah sangat tu takut tak siap dalam jangka masa yang dia nak. Tapi akhirnya alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar walaupun I tak sihat lepas terjatuh tu. Allah Maha Hebat! Bila kita nakkan benda tu dan kita kuatkan semangat insyaAllah Dia tolong. You know what? I think, I’ve fallen for this job. I’m not really sure...

Apa-apahal pun, sebagai ‘budak praktikal’ dalam office tu haruslahkan kena tolong fotostat itu dan ini, tolong print ini dan itu, jaga mesin fotostat & printer lah. Macam-macam kerja yang remeh-temeh yang I tak pernah buat atau jarang lakukan I kena buat. Akak-akak dan abang-abang staf kat situ ada banyak kerja yang lagi berat okey. Jadi logiklah kan? I pun dapat meja sebelah mesin fotokopi. Ahakz! Kerja filing tu tak usah cakaplah. Sebelum cuti hari raya bertimbun fail nak kena kemas kini sampaikan Selasa minggu lepas baru siap semuanya. Filing tu apa? Errr... you all google jelah okey? Hahaha... yang penting kerjanya tak susah tapi sangat leceh bagi I. Almaklumlah bukan semua benda computerized you all.


Masa bulan Ramadan hari tu setiap hari ada tadarus waktu pagi. 
Hari last I kena lead. Lol! *segan*

Nampak tak? Mesin tulah yang mengurangkan privasi I bila duduk kat meja tu. Huhu

Masa mula-mula tak penuhlah meja. Sekarang? Hmm...

Nak tolak benda ni memang I lemah. Kadang-kadang ketat.
Nak masa puasa you all! *pengsan*

Masuk bilik supervisor nak tanya ada kerja ke tidak.
Last last dapat benda ni. Ahakz!


I tak suka sangat biskut buah-buahan tapi dah rezeki kan...
Thanks, Mr. Im! Hehe

Ini pula bos beso yang bagi sempena hari raya.
Not bad lah! Mahal kot masalahnya. Setiap seorang dapat okeyyyy.

Ini adalah 'hutang' yang I kena langsaikan selepas cuti raya habis.

Masa ni ramai lagi cuti raya. Kosong office masa tu.

Favourite mug masa kat rumah sewa dibawa ke pejabat. Hehehe

My favourite bakery shop. 


Hampir setiap hari I makan ni tapi time dah tak puasa lagilah. Haha


Mampu?? Tapi I rasa tu kira sikit lagilah. Boleh kata kerja dah habislah tapi tipulah tu kan? Mana pernah habis filing. Hahaha! I ditempatkan dibawah Bahagian Pemasaran dan Pemasaran. Ramai staf perempuan. Lelaki cuma supervisor dengan seorang lagi staf tu. Majoriti staf baiklah. Tak sombong. Cuma segelintir je susah nak 'masuk'. Almaklumlah I ni pemalu. Almost every female staffs have no problem to interact with me. Biasalah tuuu... orang perempuan lagi ‘masuk’ dengan cara I. Hehehe... rezeki Tuhan bagi macam tu. Tapi I tetap kena jagalah manners I segala. Disiplin waktu masuk kerja bagai. Mula-mula lewatlah sekarang macam dah okey. *Alhamdulillah* Kena ringan tulang... cuba ramahkan diri. InsyaAllah... akan dipermudahkanlah urusan I praktikal lima bulan kat sini harapnya. You all doakanlah ya. (:

p/s: Doa you all didahului dengan ucapan, “syukran!”

No comments: