Monday, 8 October 2012

Dua Tingkat Ke Bawah

Assalamualaikum & heyy you all!

Apa yang dua tingkat ke bawahnya? Haha. Hari tu minggu yang sama KFC keluokan menu baru tu. Alahh, Zinger Double Down tu. Huh! I boleh dikatakan segeralah beli hari Jumaat hari tu. Terliur tengok gambo kat internet punya pasal lah ni. Btw, memang Zinger Burger tu menu kegemaran I pun kalau ke KFC. 



Tapi... tak adalah best mana pun. Sorry to say lah. Tahap kesedapan tu biasa je. Tak adalah sebeso mana pun. Plus, mahal lah untuk ayam setakat tu je. Ya, memang tak ada tulang tapi kalau you all jenis yang nak kenyang dan rasa puas baik order snack plate ke ataupun Zinger Burger set yang biasa tu. Kalau nak lagi murah beli je nasi bungkus. LOL! Setakat you all nak jamah bolehlah. Sorry, KFC! Ini sekadar feedback jujur daripada salah seorang regular customer anda. (:

100 Years Before The Birth of Doraemon

As salam & heyy you all!

You all tahu tak bulan September yang lepas adalah bulan kelahiran Doraemon? Tak tahu? Mehh sini I beritahu. Doraemon sepatutnya lahir atau wujud pada 3 September 2112. Jadi, tahun ni adalah 100 tahun sebelum Doraemon muncul. Faham? Hahahahahaha... you all ingat I serious ke? Of course lah I'm not. But as a big fan of Doraemon, I have to know about this. At least, for my general knowledge. (: Wait! Kiranya Doraemon dengan I samalah. Kami bintang Virgo! Hehehe. Ada video sempena birthday Doraemon kat SINI

Nak dijadikan cerita, sebulan lepas ada promo merchandises Doraemon kat City Square, Johor Bahru. Mula-mula I datang belek-belek je. 30 September tu baru I datang semula sebab dah tak boleh nak ignore lah. Doraemon tu watak kartun kegemaran I sepanjang zaman. Comel lak tu merchandises dia. Haruslah  kena beli something, kan? Lagi pun, I bajet bajet ada diskaunlah hari last. Lol!


Sekarang, Mickey dah ada kawan. Hehehe

Fuhhhh! Ramai gila orang! Rugi I datang seorang. Tak bawa kamera pula tu. Ada maskot Doraemon & Nobita kot petang tu. Ramai gila orang beratur cuma untuk bergambo je. I malulah nak join sebab seorang je. Tak ada teman, kawan atau parents dengan I. Tak apalah... InsyaAllah satu hari nanti I ada duit banyak I upah je sesiapa pakai maskot tu then ambil gambo kat rumah. Waaahhhh! Hahahah *pujuk hati sebenonya ni*

Hari yang sama juga Teddy cekau tangan I. But it was okay, I was happy that day. Thanks to you Doraemon. Happy birthday!!! *in one more century*  Haha

Sunday, 7 October 2012

Gersang

Assalamualaikum & heyy you all!

Only God knows how much I miss to write for my blog. At last! Dapat juga bersua muka dengan laptop. Macam tulah kan... esok dah nak kerja semula baru sibuk nak online. =.= Bukannya nak buat thesis ke apa tapi tulis blog. Lol! *tak sedo diri*

Ceritanya macam ni. Jumaat lepas (kelmarin) I dah 'gersang' gila nak minum Chatime. Kenapa? You ingat I gersang sebab apa? ;P Hahaha... I rindu gila nak sedut air dari Chatime tu. Last time I beli masa kat Melaka tu pun dah berbulan-bulan. Mungkin adalah dalam lima bulan dah tak beli. Huhu! I berhajat nakkan benda tu sejak bulan puasa kot. Tapi I ingatkat kat JB tak ada Chatime. Masuk office je terus 'googling'. Ahakz! Belek punya belek Google Map tu I yakin I boleh jumpa kedai Chatime. Dekat je kot dengan Sutera Mall. Tak jauh dari Plaza Angsana. So, lepas office hour terus ke sana. 


Nyum nyum nyum!

Haven't try this flavour before. It tastes awesome!

Favourite of all time. Hehe
2 cawan okey!

Pun belum pernah cuba yang ini. 
Seriously, refreshing! ;D

Boleh tak? I dah beli sampai empat cawan tu kan, boleh pula waiter dia tu tanya, "Nak plastik?" Errrrrrr... kau rasa aku beli sampai empat cawan dalam keadaan seorang diri macam ni aku nak bawa junjung atas kepala ke apa? Hahaha! Bakal je I ni penat bebeno baru balik dari office dan tak kuasa nak jawab soalan yang tak relevan tu. Iyakan jelah. Kalau ya pun bersopan santun tanyalah soalan yang logik bro. Bukannya hari tanpa plastik pun. ;P

Anyway, alhamdulillah... setelah sekian lama. Hampir kempunan pun ya akhirnya dapat juga I minum Chatime. Sebenonya, beli banyak-banyak tu sebab nak belanja ibu dan ayah I. They all belum pernah rasa lagi. Lepas ni nak pergi dengan kawan-kawanlah. Kat situ sesuai sangat kalau nak drink in(: