Monday, 22 April 2013

IT'S ABOUT TIME!!!

Assalamualaikum... heyy all!!!

Jutaan ampun dan maaf kepada kawan-kawan yang follow blog I ni. Sekian lamanya I tak update apa-apa. Last update... 6 bulan lepas. Itu gila! Seriously, I was busy with the internship thingy plus viva a.k.a. thesis and presentation. I rasa untuk berlaku adil, akan ceritakan secara ringkas tentang apa yang dah berlaku sepanjang blog ni sunyi sepi. This is my recap.

Internship

Makin lama makin sibuk. I kena buat report kat dalam log book. Dalam masa yang sama bila intern dah nak akhir tahun lebih banyak event rupa-rupanya. Sejujurnya, I suka! Tapi... macam-macam yang berlaku sepanjang masa tu. Kena buat paperwork tu I tak kisah tapi bila supervisor tak bagi markah yang setimpal, itu memang buat I marah dan kecewa. I tak tahu apa yang they all nak. Nak I datang malam? I datang. Nak I datang hujung minggu? SELALU!!! Nak I menari Gangnam? Pun I buat. Overall, oleh kerana sakit hati dan patah hati dengan pemarkahan dia... I ambil hati dengan semua orang. Honestly, I wish we'll never ever meet again. Sebab perasaan I dah berubah. Jangan cakap pasal profesional atau tidak okey. I cuma budak praktikal. Tak ada siapa pun antara staf dalam company tu yang nak tolong jawab questionnaire I. Kecuali... Wani dengan Ikin. Terima kasih kat they all berdua jelah. Yang lain? Alasan busy. Blahhh lah! Online Facebook tiap-tiap hari sempat? Setakat jawab soalan kaji selidik tak boleh tolong. *selfish* To my ex-supervisor... I hate you and 'thank you' for being so 'fair' with me. Hanya Allah yang dapat membalas you all semua. 

Viva

I tak tahu viva ni nama khas ke apa. I tak ambil kisah dah. Perkataan ni merujuk kepada apa pun I tak tahu.  Kan lebih senang kalau cakap presentation je. Yang I tahu I akan ditimpa masalah yang beso menjelang viva ni. Cuma nasib I berbeza. I dapat lecturer a.k.a. advisor yang sangat cerewet dan 'mental'. *I could say that* I pun mental juga tapi dia ni tahap psiko. I pernah buat satu ke dua entry pasal dia ni. You all carilah sendiri kalau rajin. Dia dah pernah ajo I sejak dia belum jadi Timbalan Rektor lagi. I ingat bila dia dah naik jawatan lebih tinggi dia akan sibuk dan tak ada masa untuk ambil kisah hal yang remeh temeh tapi I silap. I was totally wrong. Kawan-kawan I stay area kampus tak lama macam I. I nak dekat sebulan okey spent time kat Melaka. Dahlah kena ulang-alik dari bando ke Lendu. *sigh* Kasihan parents I sampai kena bagi duit sebab I dah pokai kat sana. Presentation I yang paling teruk adalah masa viva. I present tanpa perasaan. Tak ada satu pun benda yang I cakap masa presentation tu I rasa 'feel'. Yang I tahu I nak habiskan benda ni. I dah sengsara 3 tahun setengah buat benda yang I tak suka jadi ada I kisahlah kan presentation tu macamana. Sedangkan, setahu I lah... I ni antara presenter paling stand out masa kat kelas dulu. Haha! Keadaan lebih keji dan menjatuhkan semangat bila lepas dah habis present tu advisor I tak nak lepaskan I. Dia siap ugut nak gagalkan I semata-mata ada kesalahan ejaan dalam report. Come on!!! Setakat salah letak huruf besar dengan huruf kecil kot?! Apa-apa hal pun, I terhutang budi dengan dia sebab dia ajo I macamana nak guna SPSS yang I tak pernah faham sampailah bila dia ajo I secara personal. I pasti akan lupa macamana SPSS tu berfungsi tapi suka nikmat belajo benda tu. Lol!

Unemployed *makan anggur*

Jadi, inilah keadaan hidup I sekarang. Duduk rumah 24/7. Yes! With my parents. Almost broke. Semangat nak kerja belum datang lagi sebenonya. Semangat nak jalan-jalan dengan kawan tu sangat-sangat ada. Hahahahaha! Tapi sayang... sebab duit simpanan boleh dikatakan dah habis. Jadi, keluar hanya bila perlu ataupun hanya bila ada kawan nak belanja. Ahakz! Senang kata hidup sebagai pelajar jauh lebih 'loaded' lah. Inilah yang jadi bila I tak ada buat side income. Bukan tak ada yang offer tapi tak minatlah dengan apa yang ditawarkan. Jobstreet? Resume?? Oh! Semua tu I kerap sentuh sejak-sejak ni. Parents I risau I tak kerja plus they all tahu maintenance I tinggi so I memang patut cari kerja cepat untuk tanggung macam-macam termasuklah pinjaman YPJ. Huhuhu. Itulah... I pun tak suka asyik nak 'FaMa' je bila nak keluar rumah. Banyak kerja I dah apply. Apply untuk jadi promoter kedai je pun banyak tapi they all boleh pula takut nak ambil. Alasan... I ni lepasan degree. Motifffff! I belum graduate lagi kot. Sedih tau... wuwuwu. Ada juga yang panggil interview tapi buat masa ni tak ada yang I pergi. InsyaAllah, I call terus je kot company yang I minat tu so that lebih mudah. Azem pun asyik tanya je. Baguslah ada kawan yang ambil kisah pasal I kan. Hehehe

We'll see... anything can happen. Whatever it is, I'm positive!

p/s: Can't wait to start writing for my next entry. *wink wink*

No comments: