Tuesday, 30 April 2013

KFC Golden Wrap Chicken vs. KFC Spicy Korean Crunch

Assalamualaikum & heyy you all!

Tengok tajuk rasanya dah jelas yang I nak cerita pasal apa. Masa sangat terhad. Dah malam ni dan I pun dah mengantuk. Since, I tak berkesempatan nak review Golden Wrap Chicken ni dulu, jadi I gabungkan kedua-duanya dan buat perbandingan. So, this is my review.

KFC Golden Wrap Chicken

I LOVE IT! At first I agak takut sebab rasa dia pelik. Rare! I underestimate menu ni masa keluo iklan tv. Gabungan ayam tu dengan rempah yang digunakan sangat sesuai dalam masa yang sama pelik. It was extremely spicy yet so tasty. Sayang sebab menu ni bermusim. Bak kata Rya, rasa menu ni sangat 'oriental'. Maknanya bila kita rasa je kepala otak ni terus terfikirkan masakan Cina tapi pedas dia tahap Siam. Hahaha! Makan macam tu je dah sedap, makan sekali dengan nasi pun okey. I tak try dengan roti tapi somehow jagung tu dapat membantu menghilangkan kepedasan yang teramat tu. 

KFC Spicy Korean Crunch

The very first word popped out in my mind was 'weird'. Actually, I don't how to describe it. Siapa kata ayam K-Pop sedap? =P Dia cuma ayam goreng Hot & Spicy biasa yang dituangkan sedikit sos yang pelik. Apa yang pelik? Well, rasa sos tu sendiri dah pelik... rupa dia gelap ala-ala kicap. Bijan tu tak mengubah apa-apa pun. Setakat hiasan mungkin? Totally hate it! Terpaksa habiskan sebab dah terlalu lapo. Lol! Mungkin sebab I tak pernah rasa makanan Korea. Ataupun mungkin memang rasa dia teruk macam tu. Gabungan kesemuanya sangat tak serasi dengan tekak I. For sure takkan beli lagi. 

So, that's all I guess. I wish they'll bring back the Golden Wrap Chicken and ban or modify that Spicy Korean Crunch. I hope this review will help you guys. Sorry for being too honest. ~XOXO~

p/s: Sedap lagi Uncle Bob. 

Wednesday, 24 April 2013

Doraemon Pun Pergi Konvo

As salam & heyy you all!

Sejak sebulan lepas isu konvo antara perkara yang menganggu fikiran I. It's sort of a dilemma. I tak nak pergi konvo sebab I tak kisah pun. Bagi I lecehlah semua tu. You know UiTM... kan ramai student so haruslah ramai nanti. Plus, I konvo kat Shah Alam pula tu. Itu pun baru tahu minggu lepas. Hal ni jadi dilema sebab ibu I nak sangat I pergi. Dan I tahu apa pun I kena turutkan juga. Tapi adalah benda yang merumitkan... yang menjadi sebab-sebab kenapa I tak nak pergi. 

First of all... maybe because of my result. *it wasn't good enough* Secondly, because Marketing is actually not my thing. *at all* Thirdly, it's because of my skin a.k.a. acne problem. Perkara ni lama berlarutan. Masalahnya benda ni berlaku kat muka. Dah nak elok dah mula-mula tapi bila ubat dah habis, my dad refused untuk bawa I pergi klinik lagi. Bagi I benda ni hal besar sebab yang nak ambil gambo I bukan they all. Dan I tak nak orang tengok gambo graduation I muka comot banyak jerawat dan parut. Pelik ke tak? I mean, I'm a guy but because of my skin problem I... I choose not to go to the convocation. 

Tinggal lagi 3 minggu je lebih kurang. I belum bagitahu parents I bila konvo bagai semua sebab I senyapkan je. Semalam, adik I bagi patung Doraemon pakai jubah konvo. So cute yet so sweet. I suka sangat-sangat! Dia tahu-tahu je kan I ni big fan of Doraemon. *ewww! Tak matangnya kau ni* Hehehe. Tapi... itulah yang buat kepala I makin runsing. Doraemon dah sedia nak konvo, I apa cerita??

Awwwwww... so cute! ^_^
Thank you, adik! XOXO

Tuesday, 23 April 2013

Hmm... Ummppphh... Huhhh...

Assalamualaikum & heyy you all!


Ini mungkin entry I yang paling pendek. Kawan-kawan rapat I dan ibu ayah I pastinya tahu yang I tak minat nak bercakap pasal politik. Actually, I tak dengar pasal hal politik dari mana-mana saluran ataupun daripada sesiapa pun, I tak berminat. Masuk telinga kanan, keluo telinga kiri. Tapi entry terbaru daripada 
The Other Khairul telah menarik minat I. Setelah sekian lama tak blogwalking bagai dalam 4 ke 5 bulan lepas ni, inilah antara entry terawal yang I baca adalah dari blog Khairul ni. 
*itu pun kalau betul nama dia Khairul. Haha!*

Enjoy reading! XD

Burger Abang Terbakar??

Assalamualaikum & hey you all!

Kan I dah cerita last 2 weeks I ke KL tumpang rumah Ezwan kat Shah Alam. Well, kononnya nak balik hari Isnin tapi I postponed ke esok harinya. Alasan? Sebenonya, I penat sangat berulang-alik hujung minggu tu Shah Alam - KL dengan naik train lepas tu jalan kaki. Oh tidak! I tak biasa dah hidup macam tu sejak stay JB ni. Selain tu, I ada idea mengejut. Haha! Apa dia? Ada kena mengena dengan tajuk di atas ya. Apa?? Wehh! Jangan fikir bukan-bukan dengan title tu. Okey macam ni, I nak sangat try burger bako (bakar). I belum pernah try you all. Selalu tengok dalam tv or iklan dalam Facebook ataupun dengo kawan-kawan bercerita. Dah alang-alang Wan pun tahu mana nak dituju, apa salahnya dia bawa I ke situ, kan? Hihihihihi...

Tak cukup makan nasi kukus petang tu, malam tu serang kedai burger pula. Ezwan pun bawalah I ke Burger Bakar Abang Burn. Tak jauh pun dari rumah Wan. Sampai-sampai je tengok boleh tahan penuh. Beratur jugalah nak order. I suka sebab menu ada ditampal kat depan mata. Jadi, untuk customer baru macam I ni dia jadi mudahlah kan. Cara dia ambil order pun moden. Everything's computerized. Ala-ala Pizza Hut semua tu. Even macam tu pun, dia still boleh ikut specification/request I yang cerewet tak mahu sos cili atau tomato kat dalam burger tu. Adalah button dia kat skrin tu. Teehee~

Hmm... I dengan Wan baru je duduk. Tak sempat ambil minuman lagi sebab itu pakai sistem layan diri je. Tiba-tiba burger yang we all order dah sampai. "Pappppp!!!" Ada atas meja. Helloooo??! Ini manusia ke robot ke hape ek? Lajooooooo gila servis dia. Meletop ahhhh! Rekod tak sampai 5 minit pun, maybe 3 minit je. Terkesima gila we all. Ezwan of course dia dah tahu sebab dah pernah cuba sekali sebelum ni.

I order Lamb Ori Cheese Burger (no sauce) = RM12.50 (Termasuk minuman - RM1)
Auuuummm! 


Wan makan Beef Ori Cheese Burger (something like that) = RM12.00 (maybe or less)
Sebab apa tau, dia order yang set special
Dia dapat 3 sausages with cheesy sauce

Since I tak bawa kamera, gambo adalah atas ehsan si Ezwan. Tengkiut! Apa-apa hal pun tengok gambo je dah menarik, kan? Kikiki... Jadi apa yang I nak buat sekarang adalah bagi rating. Sedia? Hehehe

Services:
4.5 stars

Burger:
3.5 stars

Beverages:
4 stars

Cleanliness:
3.5 stars

TOTAL:
4 stars

Let me tell you why. Servis tu I bagi 4 setengah bintang sebab sistem they all kat situ memang bagus. I tak tahu bagaimana apa semua tapi memang tip top lah senang kata. I selalu makan kat Oblong Melaka tapi servis kat sini jauh lebih hebat. Well done! Burger sampai dalam sekelip mata tu memang hebat. Kalau you all terlalu lapo silalah ke kedai ni. Sebab pepatah "penantian itu satu penyeksaan" memang terhapus bila you all makan kat sini. Haha! Mungkin juga sebab pekerja kedai ni ada ramai. Fast and furious!

Burger... I bagi 3 setengah bintang sahaja sebab I belum makan burger lain. I baru rasa daging kambing je you all. So, it's not fair if I wanna rate the burger as 5 stars. Am I right? Daging dia masak dan tak liat. Tebal memang tebal. Tak lokek bahan. Sayur banyak. Bak kata Wan, cara nak trick orang macam we all yang tak suka sayur ni adalah dengan bubuh sayur yang banyak kat dalam burger. Takkan dibuang punyalah! Hahaha

Beverages I rate 4 bintang. Tinggi ke? The reason is... minuman tu boleh tambah berapa banyak kali pun. You all nak minum sampai terkencing pun boleh. HAHA! Pilihan pun okeylah. But mostly carbonated drinks lah. Cuma kena pandai-pandailah ya ambil sendiri.

Dari segi kebersihan... 3 setengah bintang. Kedai tu nampak bersih cuma sepah-sepah sikit tu biasalah. Jual burger you all. Btw, I tak pakai cermin mata malam tu so ini jelah rating yang I mampu beri. Haha

Overall, I bagi 4 bintang. Okey tak? Baik sangat ke? Ke kejam? Haha. Secara keseluruhannya I sangat puas hati dan rasa nak datang lagi. Budi bahasa staf baik. We all belum angkat kaki lagi dia dah nak pungut pinggan. We all nak blah pun ada orang ucapkan terima kasih. Totally satisfied lah. Next time, I nak try yang kat JB pula. Seriously you all, I tak tahu menahu langsung yang JB pun dah ada jual burger bako. Rupa-rupanya, Burger Bakar Abang Burn ni dah ada franchise. Kat JB baru ada satu. I tahu pun dari akaun Facebook dia. Tapi tak apalah. Nampak tak usaha I nakkan burger bako sampai ke Shah Alam - KL I jajah. Lol! Oleh sebab flat Wan kat Seksyen 16, kedai yang we all pergi ni adalah kat Seksyen 7. Whatever it is, my review is only based on my first visit at one particular branch. InsyaAllah lah I akan try yang dekat JB pula. Katanya dekat area Stulang. 20 minit juga tu dari rumah. Tak apa, untuk burger fresh apa pun boleh. Hihihi

The Journey of an Awesome Experience

Assalamualaikum & heyy you all!

Fuhhhh... akhirnya! Entry pertama selepas sekian lamanya dah pun I published sebelum ni. Jadi, entry baru nak cerita pasal apa ek? Well, boleh kata dah 2 minggu sejak I balik dari KL hari tu. Bagi I, pergi KL dari JB sorang-sorang tu kira big deal okey. Tapi kali ni I bermalam kat rumah Ezwan. Siapa dia? Aiyyyooo! Dia ni kawan baik I masa kat kolej matrik dululah. Just imagine... it has been 4 years since our last meeting. SubhanAllah! Takdir Tuhan, we all berjumpa semula. Hehe

Bertolak dari JB pukul 5 petang, naik bas. *boring* I tak suka naik bas tapi nak buat macamana. My parents lah, tak bagi I drive. Ikut jelah you all. Wan ni dia tak jelaskan awal-awal dia duduk mana sebab dia assume I tahu. Tahulah sangat kan?! Bas I turun kat TBS. I kena naik Komuter ke KL Sentral sebab itu je cara nak ke Shah Alam. Lama kot tunggu train baru sampai. Sampai je KL Sentral, kaunter tiket tutup depan mata. Haruslah I tak tahu nak buat apa masa tu kan. Tapi inilah part yang paling thrill dan best sepanjang perjalanan nak ke area flat si Ezwan tu. I tak tahu yang pukul 10 malam last train masih ada lagi. Itulah... kenapa tak tanya orang lain. Plus, I bawa kad Touch 'n' Go kot. Rugi!! Why? Sebab I ambil teksi untuk ke sana. RM34.00 terbang begitu sahaja. Tapi sebelum tu nak call Wan untuk tanya alamat punyalah susah. Best naik teksi sebab dapat tengok pemandangan malam dan selesa memandangkan I terkena 'jet leg' lepas duduk dalam bas selama 5 jam. =.= Masa naik teksi tu dapat pula apek driver yang tak tahu area Shah Alam tu macamana. Suruh hantar ke Seksyen 7 tapi tak sure mana satu seksyennya. Akhirnya, Wan kata berhenti jelah kat KFC. Ada satu KFC ni dekat dengan bangun UiTM kat situ. I pun tunggulah gelap-gelap kat bus stop tu. Pukul 12am jugalah I sampai rumah Wan. Perrghh! Letih dia tak terkata. Lebih mengantuk daripada lapar. Haha

Jadi, apa tujuan I nak ke KL? Sampai sanggup stay sejauh Padang Jawa tanpa kereta? Well, WCOPA lah yang menjadi penyebabnya. Tak tahu apa tu? Google, please! Jangan malas sangat okey. =P Ataupun baca entry I yang 2 tahun lepas ni. Dah baca? I dah lama dah bercita-cita nak cuba nasib untuk WCOPA ni. Oleh sebab tahun ni dah ada semula, apa kata I datang je kan. Ambil pengalaman orang kata. Manalah tahu ada rezeki dapat masuk sampai final ke, kan? Sebab tu jugalah I tangguh dulu untuk mula bekerja sebab I nak pastikan I free waktu audition tu. Tambahan pulalah tahun ni cuma ada satu audition je. Berbekalkan latihan nyanyian selama 3 minggu, I pun pergilah. Rya ada sekali temankan I. Dia je yang free masa tu. Alhamdulillah... ada teman beranilah sikit I nak berjalan ke situ. Naik train dari Padang Jawa sampai KL Sentral jumpa Rya. Dialah yang pandu I untuk jalan ke Maju Junction. We all sampai awal rupa-rupanya. Hihi! *semangat*

Hari pertama, I nyanyi lagu Sinaran by Dato' Sheila Majid. Sebab? I suka lagu-lagu jazz dan I rasa seronok bila nyanyi lagu tu. Tak ramai yang datang tapi yang tak ramai tulah yang menggerunkan sebab majoriti kalau tak budak Aswara mesti profesional macam Rizu (Forteen) *excellent vokal dia* , Azmeera dan adik kepada Shila Amzah ataupun dididik guru yang berpengalaman. Jauh bezalah dengan I. Hahaha! Vokal they all tak payah katalah. Pergh! Senang kata peserta yang audition untuk wakil Malaysia ni memang bukan calang-calanglah orangnya. Tak kisahlah sama ada they all nak bertanding untuk vokal ke... tarian ke... instrument ke... acting ataupun modelling. Superb! Juri ada 3 orang. Tapi seorang je yang I betul-betul kenal, Deja Moss. Perasaan masa tu? Seram dan excited dalam masa yang sama. Komen they all, sampai bila-bila I akan ingat. Itu yang I nak sebenonya. Dengar komen daripada professionals ni. Thank God! I lepas untuk ke semi final esoknya. Weeee~

Hari Ahad tu mula lewat sikit so boleh makan dan jalan-jalan dulu. Rya nak singgah Sogo dulu lagi pun. I love Sogo! Seronok shopping mall tu sebab sentiasa ada sale yang gila meriah. Plus, I belum decide nak nyanyi lagu apa. Mampu? I rasa semua orang pening kepala fikir nak nyanyi lagu apa lepas kena kritik semalamnya. Huhuhu... nervous I sangat teruk okey masa semi final. At last, I decided to sing I Surrender by Celine Dion. Itu je lagu yang I rasa paling menguji vokal dan I paling  prepared. I hampir-hampir nak tuko lagu last minute sebab nervous gila. Ada lupa lirik sikit tapi dapatlah cover that part. Fuhh! Gugup dia memang lainlah. I don't know why. Tapi... rezeki I sampai situ je tahun ni. Bak kata Deja Moss, juri hanya nilai daripada performance hari kedua sahaja. *sobs* I antara 4 orang yang tak lepas ke final. Ada juga yang tarik diri sebelum separuh akhir. Sedih sikitlah tapi I puas hati. Alhamdulillah, at least I dah cuba. Dan I tahu apa yang perlu dibaiki kalau I betul-betul nak masuk lagi next year. Keseluruhannya, I seronok, teruja dan bersyukur sangat. Actually, semua perasaan yang I pernah rasa sepanjang hidup disatukan dalam masa yang sama. Macam itulah perasaan I. I rasa perlu dijelaskan yang tujuan I masuk sebab I memang minat nak masuk WCOPA ni dari duluuuuuuuu lagi. Sejak dari zaman Iqwal, Dina, Sarah, Bob dan Deja Moss masuk. I wanna prove that I've got what it takes to be in the competition and in the show business. Besides, I wanna prove to myself that if I have passion, nothing's impossible. (:

 Sementara tunggu audition mula lepak sini dululah dengan Rya. Lama gila kot, we all sempat bergosip lagi. Haha!

Masa nyanyi Sinaran...

Dengan Rizu Forteen... mantap gila vokal dia.

With Iqwal... one of the best performer in Malaysia. *no doubt*

Gadis yang hitam manis tu Biha, anak Auntie Izan yang peramah tu. Hehe

Dah lapo lepas audition inilah yang I baham. Kid's eyh? n_n

Sempat juga snapped dengan Ezwan before balik JB. Kenangan you all... frust tak ambil gambo dengan Rya. Huhu..

Selain tu, I dapat kenalan baru. Ada seorang aunty ni anak dia si Biha tu masuk juga. Sangat peramah okey. We all siap bertukar-tukar nombor kot kot ada apa-apa event lepas ni dia boleh ajak I join sekali. Sweet sangat aunty tu tau. Haha! Anak dia pun sweet juga. *matilah* Kita tengoklah apa yang jadi tahun depan ya. InsyaAllah, ada rezeki tak kemana. I harap sangat Malaysia buat The Voice, so that ada lah platform untuk makhluk Allah yang unik macam I ni kan. Ahakz! Terima kasihlah kat Ezwan & Rya. Thanks ibu dan ayah sebab approved 'FaMa' untuk Along masuk audition tu. Love y'all! ;D

Monday, 22 April 2013

IT'S ABOUT TIME!!!

Assalamualaikum... heyy all!!!

Jutaan ampun dan maaf kepada kawan-kawan yang follow blog I ni. Sekian lamanya I tak update apa-apa. Last update... 6 bulan lepas. Itu gila! Seriously, I was busy with the internship thingy plus viva a.k.a. thesis and presentation. I rasa untuk berlaku adil, akan ceritakan secara ringkas tentang apa yang dah berlaku sepanjang blog ni sunyi sepi. This is my recap.

Internship

Makin lama makin sibuk. I kena buat report kat dalam log book. Dalam masa yang sama bila intern dah nak akhir tahun lebih banyak event rupa-rupanya. Sejujurnya, I suka! Tapi... macam-macam yang berlaku sepanjang masa tu. Kena buat paperwork tu I tak kisah tapi bila supervisor tak bagi markah yang setimpal, itu memang buat I marah dan kecewa. I tak tahu apa yang they all nak. Nak I datang malam? I datang. Nak I datang hujung minggu? SELALU!!! Nak I menari Gangnam? Pun I buat. Overall, oleh kerana sakit hati dan patah hati dengan pemarkahan dia... I ambil hati dengan semua orang. Honestly, I wish we'll never ever meet again. Sebab perasaan I dah berubah. Jangan cakap pasal profesional atau tidak okey. I cuma budak praktikal. Tak ada siapa pun antara staf dalam company tu yang nak tolong jawab questionnaire I. Kecuali... Wani dengan Ikin. Terima kasih kat they all berdua jelah. Yang lain? Alasan busy. Blahhh lah! Online Facebook tiap-tiap hari sempat? Setakat jawab soalan kaji selidik tak boleh tolong. *selfish* To my ex-supervisor... I hate you and 'thank you' for being so 'fair' with me. Hanya Allah yang dapat membalas you all semua. 

Viva

I tak tahu viva ni nama khas ke apa. I tak ambil kisah dah. Perkataan ni merujuk kepada apa pun I tak tahu.  Kan lebih senang kalau cakap presentation je. Yang I tahu I akan ditimpa masalah yang beso menjelang viva ni. Cuma nasib I berbeza. I dapat lecturer a.k.a. advisor yang sangat cerewet dan 'mental'. *I could say that* I pun mental juga tapi dia ni tahap psiko. I pernah buat satu ke dua entry pasal dia ni. You all carilah sendiri kalau rajin. Dia dah pernah ajo I sejak dia belum jadi Timbalan Rektor lagi. I ingat bila dia dah naik jawatan lebih tinggi dia akan sibuk dan tak ada masa untuk ambil kisah hal yang remeh temeh tapi I silap. I was totally wrong. Kawan-kawan I stay area kampus tak lama macam I. I nak dekat sebulan okey spent time kat Melaka. Dahlah kena ulang-alik dari bando ke Lendu. *sigh* Kasihan parents I sampai kena bagi duit sebab I dah pokai kat sana. Presentation I yang paling teruk adalah masa viva. I present tanpa perasaan. Tak ada satu pun benda yang I cakap masa presentation tu I rasa 'feel'. Yang I tahu I nak habiskan benda ni. I dah sengsara 3 tahun setengah buat benda yang I tak suka jadi ada I kisahlah kan presentation tu macamana. Sedangkan, setahu I lah... I ni antara presenter paling stand out masa kat kelas dulu. Haha! Keadaan lebih keji dan menjatuhkan semangat bila lepas dah habis present tu advisor I tak nak lepaskan I. Dia siap ugut nak gagalkan I semata-mata ada kesalahan ejaan dalam report. Come on!!! Setakat salah letak huruf besar dengan huruf kecil kot?! Apa-apa hal pun, I terhutang budi dengan dia sebab dia ajo I macamana nak guna SPSS yang I tak pernah faham sampailah bila dia ajo I secara personal. I pasti akan lupa macamana SPSS tu berfungsi tapi suka nikmat belajo benda tu. Lol!

Unemployed *makan anggur*

Jadi, inilah keadaan hidup I sekarang. Duduk rumah 24/7. Yes! With my parents. Almost broke. Semangat nak kerja belum datang lagi sebenonya. Semangat nak jalan-jalan dengan kawan tu sangat-sangat ada. Hahahahaha! Tapi sayang... sebab duit simpanan boleh dikatakan dah habis. Jadi, keluar hanya bila perlu ataupun hanya bila ada kawan nak belanja. Ahakz! Senang kata hidup sebagai pelajar jauh lebih 'loaded' lah. Inilah yang jadi bila I tak ada buat side income. Bukan tak ada yang offer tapi tak minatlah dengan apa yang ditawarkan. Jobstreet? Resume?? Oh! Semua tu I kerap sentuh sejak-sejak ni. Parents I risau I tak kerja plus they all tahu maintenance I tinggi so I memang patut cari kerja cepat untuk tanggung macam-macam termasuklah pinjaman YPJ. Huhuhu. Itulah... I pun tak suka asyik nak 'FaMa' je bila nak keluar rumah. Banyak kerja I dah apply. Apply untuk jadi promoter kedai je pun banyak tapi they all boleh pula takut nak ambil. Alasan... I ni lepasan degree. Motifffff! I belum graduate lagi kot. Sedih tau... wuwuwu. Ada juga yang panggil interview tapi buat masa ni tak ada yang I pergi. InsyaAllah, I call terus je kot company yang I minat tu so that lebih mudah. Azem pun asyik tanya je. Baguslah ada kawan yang ambil kisah pasal I kan. Hehehe

We'll see... anything can happen. Whatever it is, I'm positive!

p/s: Can't wait to start writing for my next entry. *wink wink*