Tuesday, 23 April 2013

Burger Abang Terbakar??

Assalamualaikum & hey you all!

Kan I dah cerita last 2 weeks I ke KL tumpang rumah Ezwan kat Shah Alam. Well, kononnya nak balik hari Isnin tapi I postponed ke esok harinya. Alasan? Sebenonya, I penat sangat berulang-alik hujung minggu tu Shah Alam - KL dengan naik train lepas tu jalan kaki. Oh tidak! I tak biasa dah hidup macam tu sejak stay JB ni. Selain tu, I ada idea mengejut. Haha! Apa dia? Ada kena mengena dengan tajuk di atas ya. Apa?? Wehh! Jangan fikir bukan-bukan dengan title tu. Okey macam ni, I nak sangat try burger bako (bakar). I belum pernah try you all. Selalu tengok dalam tv or iklan dalam Facebook ataupun dengo kawan-kawan bercerita. Dah alang-alang Wan pun tahu mana nak dituju, apa salahnya dia bawa I ke situ, kan? Hihihihihi...

Tak cukup makan nasi kukus petang tu, malam tu serang kedai burger pula. Ezwan pun bawalah I ke Burger Bakar Abang Burn. Tak jauh pun dari rumah Wan. Sampai-sampai je tengok boleh tahan penuh. Beratur jugalah nak order. I suka sebab menu ada ditampal kat depan mata. Jadi, untuk customer baru macam I ni dia jadi mudahlah kan. Cara dia ambil order pun moden. Everything's computerized. Ala-ala Pizza Hut semua tu. Even macam tu pun, dia still boleh ikut specification/request I yang cerewet tak mahu sos cili atau tomato kat dalam burger tu. Adalah button dia kat skrin tu. Teehee~

Hmm... I dengan Wan baru je duduk. Tak sempat ambil minuman lagi sebab itu pakai sistem layan diri je. Tiba-tiba burger yang we all order dah sampai. "Pappppp!!!" Ada atas meja. Helloooo??! Ini manusia ke robot ke hape ek? Lajooooooo gila servis dia. Meletop ahhhh! Rekod tak sampai 5 minit pun, maybe 3 minit je. Terkesima gila we all. Ezwan of course dia dah tahu sebab dah pernah cuba sekali sebelum ni.

I order Lamb Ori Cheese Burger (no sauce) = RM12.50 (Termasuk minuman - RM1)
Auuuummm! 


Wan makan Beef Ori Cheese Burger (something like that) = RM12.00 (maybe or less)
Sebab apa tau, dia order yang set special
Dia dapat 3 sausages with cheesy sauce

Since I tak bawa kamera, gambo adalah atas ehsan si Ezwan. Tengkiut! Apa-apa hal pun tengok gambo je dah menarik, kan? Kikiki... Jadi apa yang I nak buat sekarang adalah bagi rating. Sedia? Hehehe

Services:
4.5 stars

Burger:
3.5 stars

Beverages:
4 stars

Cleanliness:
3.5 stars

TOTAL:
4 stars

Let me tell you why. Servis tu I bagi 4 setengah bintang sebab sistem they all kat situ memang bagus. I tak tahu bagaimana apa semua tapi memang tip top lah senang kata. I selalu makan kat Oblong Melaka tapi servis kat sini jauh lebih hebat. Well done! Burger sampai dalam sekelip mata tu memang hebat. Kalau you all terlalu lapo silalah ke kedai ni. Sebab pepatah "penantian itu satu penyeksaan" memang terhapus bila you all makan kat sini. Haha! Mungkin juga sebab pekerja kedai ni ada ramai. Fast and furious!

Burger... I bagi 3 setengah bintang sahaja sebab I belum makan burger lain. I baru rasa daging kambing je you all. So, it's not fair if I wanna rate the burger as 5 stars. Am I right? Daging dia masak dan tak liat. Tebal memang tebal. Tak lokek bahan. Sayur banyak. Bak kata Wan, cara nak trick orang macam we all yang tak suka sayur ni adalah dengan bubuh sayur yang banyak kat dalam burger. Takkan dibuang punyalah! Hahaha

Beverages I rate 4 bintang. Tinggi ke? The reason is... minuman tu boleh tambah berapa banyak kali pun. You all nak minum sampai terkencing pun boleh. HAHA! Pilihan pun okeylah. But mostly carbonated drinks lah. Cuma kena pandai-pandailah ya ambil sendiri.

Dari segi kebersihan... 3 setengah bintang. Kedai tu nampak bersih cuma sepah-sepah sikit tu biasalah. Jual burger you all. Btw, I tak pakai cermin mata malam tu so ini jelah rating yang I mampu beri. Haha

Overall, I bagi 4 bintang. Okey tak? Baik sangat ke? Ke kejam? Haha. Secara keseluruhannya I sangat puas hati dan rasa nak datang lagi. Budi bahasa staf baik. We all belum angkat kaki lagi dia dah nak pungut pinggan. We all nak blah pun ada orang ucapkan terima kasih. Totally satisfied lah. Next time, I nak try yang kat JB pula. Seriously you all, I tak tahu menahu langsung yang JB pun dah ada jual burger bako. Rupa-rupanya, Burger Bakar Abang Burn ni dah ada franchise. Kat JB baru ada satu. I tahu pun dari akaun Facebook dia. Tapi tak apalah. Nampak tak usaha I nakkan burger bako sampai ke Shah Alam - KL I jajah. Lol! Oleh sebab flat Wan kat Seksyen 16, kedai yang we all pergi ni adalah kat Seksyen 7. Whatever it is, my review is only based on my first visit at one particular branch. InsyaAllah lah I akan try yang dekat JB pula. Katanya dekat area Stulang. 20 minit juga tu dari rumah. Tak apa, untuk burger fresh apa pun boleh. Hihihi

No comments: